Saat yang sangat meletihkan mendatangi
lesu kaku seluruh tubuh
keyakinan yang semakin rapuh
sendupun merusuh
Apalah daya meminggirnya
entah untuk kesekian kali
ulangannya begitu
mengharukan sungguh
Apakah semangatnya hilang?
Taburkan kelopak mawar putih
di tengah kolam teratai
dengan semerbak wangian pandan
dan bersiramlah
Berserulah
berkat la ila haillallah
memanggil semangat
agar pulang ke dalam jiwa
ke dalam jasad
seorang manusia
yang sedang meratapi
kehilangannya
Selamat Jalan, KY…
-
Hari ini, Ejulz menerima satu perkhabaran yang benar-benar membuatkan hati
terdiam.Daripada adik kepada kawan ofis lama, Ejulz mendapat berita bahawa
KY t...
11 hours ago

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”