Saturday 14 December 2019

PERADUAN GURINDAM...

ASSALAMUALAIKUM

TAMAN GURINDAM:
GURINDAM BUANG SIFAT-SIFAT BURUK
13 Disember 2019
Keputusan:
Penyertaan terbanyak:
Yahti Hayati - 16 rangkap
Paridah Ishak - 15 rangkap
Mak Russ - 11 rangkap
Karya terbaik pilihan juri:
CL Tan
Amranee Honey
Yahti Hayati
TAHNIAH.
Terima kasih kepada kanda Sabariah Nor Salleh sebagai juri tetap saya. Terima kasih kepada semua yang menyertainya. Sekali bergurindam terus bergurindam.


PENULIS MAPAN CIKGU NAZIM MOHD SUBARI MEMANG RAJIN MENGADAKAN PERADUAN GURINDAM DI WALL  FB BELIAU DENGAN JURI TETAPNYA PENULIS SABARIAH NOR SALLEH,,,INI KALI KEDUA PI SERTAI DAN TERPILIH SEBAGAI SALAH SEORANG PEMENANGNYA..ALHAMDULILLAH.


GURINDAM BUANG SIFAT BURUK
Buang sifat cuaikan masa,
hilanglah emas bukan suasa.

Buang sifat suka bercanda,
ambil serius semua agenda.

Buang sifat merasa hebat,
penyakit jiwa sukar diuba

. Buang sifat suka dibantu,
rajin usaha jadi penentu

Buang sifat suka dipuji,
kadang belakang ramai mengeji.

Buang sifat mudah kecewa,
gigih dan tegar riang ketawa.

Buang sifat degil dan nakal,
tanda beriman lagi berakal.

Buang sifat suka mengungkit,
jika diamal jadi penyakit.

 Buang sifat menghina nista,
dunia yang fana kita melata.

Buang sifat malu belajar,
ilmu bertambah taraf sejajar,

Buang sifat mengaku bijak,
lautan i lmu tidak terjejak.

Buang sifat suka bermimpi,
mencapai nyata penuhi impi.

Buang sifat mewah berbelanja,
berjimat cermat rajin bekerja.

Buang sifat mengambil mudah,
fikir teliti selesai gundah.

Buang sifat suka membeli,
papa kedana rajin berjoli.

PARIDAH ISHAK
DMS
14/12/019
.


6 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist