Sunday 29 April 2018

PERAYU UNDI...

ASSALAMUALAIKUM...

JOM PULANG MENGUNDI
sumber:
Cengkerama (2018), TabirAlam
SELOKA PERAYU UNDI

Perayu undi tugas sambilan,
pikat pengundi tak payah iklan.
Perayu undi wakili parti,
jeling pengundi tak puas hati.
Perayu undi letih berdiri,
tak ubah robot habis bateri.
Perayu undi pilihan raya,
petah bercakap cuba perdaya.
Perayu undi dalam kereta,
pengundi lawan mulalah meta.
Perayu undi muka dah merah,
lawan bertekak tak tentu arah.
Perayu undi jarang mengalah,
pengundi enggan jadi berbalah.
Perayu undi kaki jenaka,
pengundi muda terlebih ingka.
Perayu undi lajak sempadan,
bertemu ruas baru sepadan.

OLEH
YAHTI HAYATI

Saturday 28 April 2018

BUKU APA YANG PATUT DITULIS...

ASSALAMUALAIKUM...


BUKU KISAH HIDUP

Buku apa paling penting mesti ditulis sekarang?
"Tulis kisah hidup anda."
Semudah kisah segelas air kosong yang memberi kebahagiaan 30 tahun pasangan suami isteri pun dapat diberi sentuhan agar kisah hidup yang seronok dibaca.
Ada bapa dan ibu menulis buku mengenai kisah hidup keluarga agar apabila anak sudah dewasa dapat membacanya.
Ada pula yang menulis kisah hidup untuk mendorong orang lain.
Ada juga yang menulis kisah hidup bagi mengenang orang yang disayangi.
Ada yang menulis pengalaman kerja, kembara dan zaman belajar. Kisah jatuh bangun bisnes pun ada juga.
CEO Naminara 남이섬 (foto) menulis pengalaman selama 15 tahun di pulau yang menjadi tumpuan para pelancong apabila ke Korea Selatan.
Pak Jeon menulis cerita-cerita pendek dan melukis menggunakan ball pen bagi memberi gambaran.
Mahu menyimpan kisah hidup sendiri sekarang?
Mahu belajar cara menukarkan kisah biasa-biasa menjadi sedap dibaca dan diikuti orang ramai?
Orang ramai mula sedar pentingnya menulis kisah hiduppada awal tahun 1990-an apabila kisah keluarga mereka mula makin hilang.
Mula menguasai skil, klik di bit.ly/hidupsaya
Mula menguasai skil, klik di bit.ly/hidupsaya
Mula menguasai skil, klik di bit.ly/hidupsaya
EMEL ZAMRI MOHAMAD

Thursday 26 April 2018

FOLLOWER BARU KARYAKU.

ASSALAMUALAIKUM ...

FOLLOWER BARU

SELAMAT DATANG  KEPADA DUA FOLLOWER BARU KARYAKU...NURFARAHAIN SEORANG BLOGGER MUDA YANG CANTIK...BEGITU JUGA TEACHER DIVA...JIKA KAWAN-KAWAN BLOGGER HENDAK SINGGAH BLOG MEREKA CUBALAH KLIKWAJAH MEREKA YANG KETARA ANTARA FOLLOWER KARYAKU.

SELAMAT MENJALIN UKHUWAH MURNI SESAMA BLOGGER..MOGA KEKAL SELAMANYA HINGGA SYURGA

nur farahain

Nur farahain

TEACHER DIVA DJARI CHRONICLES
TEACHER DIVA DJARI CHRONICLE

Monday 23 April 2018

MAJLIS ASNAF PENYAIR DI DBP...

ASSALAMUALAIKUM....


Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Zakat Asnaf PENYAIR Malaysia } Ahad 22 April 2018 } 4.00 petang } Aras 5, Bangunan Lama, DBP Kuala Lumpur.
Anjuran: PENYAIR Malaysia dengan kerjasama UMW CORP SDN BHD.

PI juga dipilih sebagai salah seorang penerimanya...Alhamdulillah...terima kasih kepada PENYAIR MALAYSIA penyumbang zakat. Terima kasih puan Norazimah Abu Bakar kerna ingat nama PI walau tak pernah bertemu sebelum ini.

PI pun kalut2 bersiap dihantar anak menantu dan cucu2 ke DBP....sampai terlewat majlis sudah separuh masa berlangsung.

Meriah sekali majlisnya dengan aneka juadah hidangan dan diserikan persembahan lagu-lagu puisi merdu, deklamasi sajak penuh semangat oleh penulis-penulis ternama. PI terasa amat kerdil sekali...marhaen yang tiba-tiba muncul di sini melalui terowong masa heh..heh.. 


 pic fb PENYAIR (C)

 Barisan peneraju PENYAIR dengan  penaungnya Tan Sri Hamad Kama Piah, pengerusinya
Dato Redzuan dan komitinya
 Berselfie bersama penulis berwibawa Puan Norazimah..pic puan Norazimah (C)

Arif dan Abqori bergaya dengan sasterawan hebat Ahmad Sarju

Image may contain: 2 people, including Paridah Ishak, people smiling, people sitting

Penulis mapan Ladin Nuawi menghadiahkan PI antologi sajak PEMAIN PUISI nukilan beliau.


Friday 20 April 2018

PANTUN SERUMPUN...

ASSALAMUALAIKUM

Image may contain: 135 people, including Sabariah Nor Salleh, Paridah Ishak, Sujata Wee, Latty Latisa, Saudah Mat Lazim, Qurniaan Pencinta JiWa, Yahti Hayati, Rose Biru, Dipinggiran DP and Nazim Mohd Subari, people smiling
PIC PENULIS YAHTI HAYATI


PANTUN SASTERA PUISI INDAH BUDAYA MELAYU SEJATI...TIDAK DIPENGARUHI MANA-MANA PUISI LUAR...JUSTERU KEINDAHANNYA MENGINSPIRASI DIREKACIPTA LAGI DAN LAGI...
SIRI PENERBITAN TABIR ALAM BARU SAJA MENERBITKAN ANTOLOGI PUISI PANTUN SERUMPUN PULA,

BERMAKNA TAHUN INI SPTA TELAH MENERBITKAN EMPAT BUAH BUKU....BAGI PI INI ADALAH BUKU KE ENAM UNTUK TAHUN INI....MENJADIKAN JUMLAHNYA 46 BUAH.

HMM...MENULIS MAIN-MAIN SAJA SEDAR TAK SEDAR DAH SENDAT RAK BUKU KECIL...


Thursday 19 April 2018

ZAKAT ASNAF KEPADA PENYAIR...

ASSALAMUALAIKUM...

PURNAMA SYAABAN MULA BERSINAR...MUDAHAN CERAHNYA MENYULUH HINGGA RAMADAN DAN SETERUSNYA...INSYAA ALLAH

DAN SUMBANGAN ZAKAT MULA DIBERIKAN KEPADA GOLONGAN ASNAF YANG MEMERLUKAN.

JIKA TERASA DARIPADA GOLONGAN ASNAF PENYAIR YANG LAYAK CUBALAH POHON...MANATAHU REZEKI KITA TERSURAT DI SITU...ALHAMDULILLAH
 

ZAKAT KEPADA ASNAF PENYAIR. Salam sahabat Penyair, Mohon kerjasama sahabat untuk berikan maklumat berikut:- 1. Nama penuh : 2. No.KP : 3. Alamat Lengkap : Bagi bantuan zakat dalam satu majlis yang akan diadakan pada 21/4/18 di DBP K. Lumpur. Maklumat perlu disalurkan segera sebelum tarikh 19/4/18 kepada Dato Wanrazuhar 012 2118303 (Whatsaap).

Wednesday 18 April 2018

FOLLOWER BARU KARYAKU...

ASSALAMUALAIKUM...

CARLIE FIFIE

Carly Fifie

INILAH FOLLOWER TERBARU BLOG KARYAKU....CANTIK ORANGNYA...TIADA APA-APA MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI MELALUI FOLLOWER DETAIL..HANYA SEBAGAI FOLLOWER BEBERAPA BLOG YANG TERSENARAI.

TERIMA KASIH BANYAK TURUT MENGIKUTI BLOG PI KARYAKU...

SEMOGA  BEROLEH SEDIKIT SEBANYAK MENFAATNYA MELALUI N3 YANG DITELUSURI.

Monday 16 April 2018

KATA KATA DARI JENDELA...

ASSALAMUALAIKUM...

MUNCUL PULA ANTOLOGI PUISI TERBARU PI UNTUK TAHUN INI....KALI INI BERSAMA PENERBIT JOM SASTERA@FACEBOOK SEBUAH GRUP PENULISAN DARI SABAH...SEBENARNYA PI PUN DAH TERLUPA SAJAK APAKAH YANG TELAH DIHANTAR UNTUK ANTOLOGI INI...SETELAH DIBERITAHU KARYA DITERBITKAN  AMATLAH TERKEJUT.

ALHAMDULILLAH BERTAMBAH SEBUAH LAGI KOLEKSI ANTOLOGI SAJAK PI


Sunday 15 April 2018

HOMPIMPAH....

ASSALAMUALAIKUM ..

.
HOPIMPAH

ANTOLOGI BERSAMA SAJAK PI TELAH PUN DITERBITKAN DI INDONESIA SELEPAS SKOIA...ADALAH ANTOLOGI BERSAMA YANG KE LIMA UNTUK TAHUN INI...MENAMBAH JUMLAH KOLEKSINYA KESEMUA 45 BUAH...HMM BANYAK JUGA

GABUNGAN Komunitas Sastra Asean (GAKSA) berpusat di Banten, Indonesia menerbit tiga volum antologi puisi bersama penyair Malaysia dan Indonesia iaitu Sekoia, Hompimpah dan Kasmaran. Penyelenggara ketiga-tiga antologi puisi ialah Irwan Abu Bakar, pendiri E-Sastera Malaysia dan diterbitkan oleh Gaksa Enterprise (CV Gaksa Enterprise) diketuai CEO penyair Muhammad Rois Rinaldi.
SEKOIA (Volum 1, 2017) menghimpun 14 penyair Malaysia-Indonesia dengan kata pengantar oleh SAS Puzi Hadi. Tujuh penyair Malaysia iaitu Abid AddinGabriel Kimjuan, Irwan Abu Bakar, M.S. Rindu @ Mohamed Salleh LamryParidah IshakSaiful Zanawi dan Zairid87; serta tujuh penyair Indonesia iaitu Abdul Mukhid, Ade Novi, Fillah Kampar, Muhammad Rois Rinaldi, Novia Rika, Wahyu Yudi dan Yudi M Barzah.
HOMPIMPAH (Volum 2, 2017) menyenarai 16 penyair Malaysia-Indonesia diiringi kata pengantar oleh Hudan Hidayat Gozali. Senarai 13 penyair Malaysia ialah Abid Addin, SAS Ahkarim Abdul Halim, CT Nurza, Ilham Pujangga, Ilya Kablam, Noor Aisyah Maidin, Paridah IshakPauzi Mohd IsaPuzi PuzihadiYahya Arif IsmailYasin YesyenYatim Ahmad dan Yus Effendy; serta tiga penyair Indonesia ialah Gunta Wirawan, Kartini Ayu Wahyuningsih dan Nanang Suryadi.
KASMARAN (Volum 3, 2018) merangkumi 16 penyair Malaysia-Indonesia digarap kata pengantar oleh Yo Sugianto. Sejumlah 14 penyair Malaysia ialah Aloy Indra, Dewi KuYah Senapi, Din Kelate, Hanafiah MZ, Ilham Pujangga, Khair Man, Lara MN, Lynn Linda Ardi, Mamat Ramli, Nor Aziah Aziz Fadzilah, Nor Azizah Idris, Nurul Syahida Hassan, Sabahuddin Senin dan Yajuk @:Yusoff Abdollah; serta dua penyair Indonesia iaitu Ahmad Suyuti dan Muhammad Iqbal Alfahri.

Saturday 14 April 2018

SALAM ISRAK MIKRAJ...

ASSALAMUALAIKUM

ISRAK MIKRAJ
Peristiwa Israk dan Mikraj Muhammad terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacitakerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
WIKIPEDIA

Thursday 12 April 2018

PANTUN ASMARA..

ASSALAMUALAIKUM....




Nostalgia

Sisih kumpulan buntu bahagi,
maman berjenis dekat belara;
selisih jalan suatu pagi,
senyuman manis mengikat mesra.

Nostalgia #2
Rana santapan roti  penganan,
bersila tamu berpuntung sigup;
pesona tampan hati berkenan,
kala bertemu jantung berdegup.

Nostalgia #3
Langkah memilis  getus suara,
tujah kepayang tala pulasan;
warkah ditulis utus bicara,
wajah terbayang mula perasan.


Nostalgia #4
Kerapu lalu lokan menghalang,
serangan teja menggodam bisa;
tersipu malu bukan kepalang,
berangan saja memendam rasa.

Nostalgia #5
Talam berkrim di gerai dadu,
serbat dilirik ketip hiasan;
salam dikirim melerai rindu,
sahabat baik dititip pesan.

Nostalgia #6
Sida sedia hendak mendapa,
melayang balam mengusik dayang;
kepada dia tidak terlupa,
siang malam asyik membayang.


Nostalgia #7
Tunduk kenari riba angsana,
 gugur kerana layangan bangau;
duduk berdiri serba tak kena,
tidur tak lena serangan angau.

Nostalgia #8
Berangin tamu galau dilontar,
terenjat hadam sega dicapai;
ingin bertemu walau sebentar,
hajat dipendam moga tercapai

Nostalgia #9
Tergoyang-goyang kelambu payang,
sampan dihitung bergalah sipi;
sayang disayang berbu saying,
harapan digantung hanyalah mimpi.

Nostalgia #10
Lambat di kolek sewa bermalam,
gundi serahan fana diganti,
sahabat baik pembawa salam,
jadi pilihan arjuna hati.

Nostalgia #11
Kerana gentar disagat salju,
selingan kota pilih segerah;
buana berputar ligat laju,
penangan cinta beralih arah

Nostalgia #12

Ujud berbalam jauh berjurai,
pedada tua  kandih di Lundu;
tahajud malam rusuh dikirai,
kepada Dia sedih diadu.

Nostalgia #13
Melati lawa lewa ditandu,
lada melondoh serta garupa;
hati kecewa bawa beradu
tiada jodoh nak kata apa

Nostalgia #14

Lihai dibebat lihai sempurna,
pita berlian permata pasti;
duhai sahabat duhai arjuna,
cinta kalian cinta sejati.

Nostalgia #15

Citra kirana cangkir serata,
pantang terleta susun di peti;
asmaradana mengukir cinta
bertentang mata turun ke hati.

Wednesday 11 April 2018

REBUNG MADU GULAI LEMAK...

ASSALAMUALAIKUM

JIKA ADA TANAMAN BULUH SEKITAR RUMAH DAN ADA REBUNG YANG MUNCUL DI PERDUNYA BOLEHLAH DIPOTONG UNTUK DISAYUR...KALAU DIBIARKAN REBUNG AKAN PERLAHAN-LAHAN MEMBUKA BAJUNYA UNTUK MENJADI BULUH HEH..HEH...

Image may contain: plant, outdoor and natureNo automatic alt text available.Image may contain: food


Image may contain: food

PIC PENULIS DIKNA TERIMA KASIH

Dlm gambar ikan kembung. Boleh ganti dgn udang, ayam atau daging.
Rebung madu tak jeruk pun tak apa. Gulai terus macam gulai rebung biasa. Bubuh serai dgn daun limau purut.


Gulai Lemak Rebung Madu Dengan Udang

Bahan2
300 gm udang saiz sederhana
½ kg rebung madu
2 btg serai ~ ketuk
serbuk perasa & garam (jika perlu sebab dah bubuh garam kasar)
sebiji kelapa di ambil santan secukupnya
1 keping asam gelugur

Bahan ditumbuk halus
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
15 ~ 20 biji cili padi (ikut kepedasan yg anda suka) 
 2 inci kunyit hidup ~ tumbuk halus
sedikit garam kasar (utk memudahkan cili lumat serta kurangkan percikan waktu menumbuk) 
 
Cara memasak 
1) Rebung di potong saiz yang sesuai. Rebus sekejap & toskan.
2) Jerang santan bersama bahan2 tumbuk & serai. Kacau2 sentiasa.
3) Bila mendidih.. masukkan rebung, asam keping, serbuk perasa & garam (jika perlu).
4) Biarkan mendidih sambil dikacau2 selalu agak tidak membuak. Akhir sekali masukkan udang & masak seketika sehingga udang bertukar warna.  Renihkan sekejap hingga kuah agak pekat.
5) Agak2 dah secukup rasa garamnya, bolehlah dihidangkan.

Selamat memasak..

Kongsi resepi

http://mamawandiha.blogspot.my/2015/06/gulai-lemak-rebung-madu-dengan-udang.html

Monday 9 April 2018

MENGENANG SASTERAWAN AZIZI HJ. ABDULLAH....

ASSALAMUALAIKUM...

DUA TIGA HARI JUGA PI TIDAK PUBLISH N3 YA...BIASALA HARI-HARI YANG KITA DEPANI ADA SAJA MASALAH YANG MERINTANG LALUANNYA....BARU INI RUMAH ANAK PI TEMPAT PI MENUMPANG TEDUH BLACKOUT PULA...LAMANYA TIGA HARI JUGA....SEDANGKAN RUMAH ITU BARU SAJA DIDUKI SETELAH SELESAI RENOVATE ...SUDAH TIMBUL MASALAH KETIDAKSEMPURNAANNYA...

BEGITULAH BENDA BAHARU ALAM INI

DISEBABKAN ITU TAK DAPAT PI NAK BLOGGING WALAU ADA JUGA BAHAN YANG DICERITAKAH..HEH..HEH..

SEMALAM AHAD 8 APRIL MINGGUAN MALAYSIA MENYIARKAN TULISAN PI MENGENANG SASTERAWAN AZIZI HJ.ABDULLAH....ALHAMDULILLAH..BOLEH JUGA PI MENULIS RENCANA PENDEK YA.

TERIMA KASIH BANYAK EDITOR MINGGUAN MALAYSIA ATAS KESUDIAN MENYIARKAN KARYA KECIL PI

No automatic alt text available.

Friday 6 April 2018

Thursday 5 April 2018

ULASAN BUKU MEMORI AIDILFTRI..,CATATANKU

ASSALAMUALAIKUM...



MEMORI AIDILFITRI
Genre : Anekdot
Penyelenggara :
Tabir Alam
Penulis : 35 orang (Malaysia 34), (Brunei 1)
Penerbit : SPTA
Nombor ISBN : 978-967-14738-8-7( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 118
Pengulas : Paridah Ishak

             MEMORI AIDILFITRI nukilan pena 35 orang penulis. Berganding karya penulis baru dan lama melontarkan catatan kenangan masing-masing ketika menyambut Aidilfitri.
            Pelbagai memori pengalaman penulis-penulis ini. Citranya  berbaur merona karya. Ada kisah  sedih kala dibaca menyentuh perasaan. Dan emosi rasa menjadi  sebaliknya pula tika menelusuri catatan harmoni menggembirakan..Kadangkala sukar dipercayai peulis penulis ini mengalami situasi begini kala menyambut Aidilfitri. Penceritaannya secara tulus  dan bersahaja. Amat menarik sekali
Anekdot Tokbatin Syam bertajuk Pakaian Raya Dan GST antara tulisan yang amat menarik dibaca justeru sinonim sekali dengan situasi warga marhaen yang sering berkeluh kesah menyediakan perbelanjaan keluarga setiap kali tiba sambutan hari raya.  Lantaran  barang-barang keperluan   melonjak harganya setiap hari.

            Antara penulis- penulis yang terlibat:
1.       Citranalis ;  Suatu Hari Di Hari Raya
2.      Dipinggiran;  Aidilfitri Tanpa Abah
3.      Jalimah Jaudin;  Lontong Mak Teh
4.      Kamarsinah Sarkam; Kegembiraa Berganda
5.      Mahani Mustafa; Memori Aidilfitri
6.      Mayang Haidziri; Baju Biru Raya
7.       Nazim Mohd Subari; Ayam Kampung Raya Ketiga.
8.      Masriyah Misni; Kenangan Baraan Aidilfitri
9.      Nor Azizah Idris; Memori Indah Di Aidilfitri
10.  Nor Lida Baharim; Rumah Tepi Tebing
11.  Norbaini Yusof; Kerinduan di Aidilfitri
12.  Onn Abdullah; Potret Aidilfitri
13.  Padin Majid; Kejutan Dua Syawal
14.  Pak Engku; Memori Sepi Di Aidilfitri
15.  Paridah Ishak; Sebuah Momen Aidilfitri
16.  Pauzi Mohd Isa; Sahabat Lama
17.  Qurniaan Jiwa; Inilah Ceritaku
18.  Raonah Mohd Sam; Memori Di Aidilfitri
19.  Rina Chundau; Memori Hari Raya
20.  Roserina S Sari; Kembali Fitrah Kepada Pencipta
21.  Russ Assan; Kesayuan Syawal
22.  Sabariah Nor Salleh; Tetamu Jauh Pada Syawal Ke Empat
23.  Saniah Masri; Suka Duka Di Aidilfitri
24.  Saudah Mat Lazim; Re Union GrupSDK 79
25.  Shapiai Mohd Ramli; Syawal Kembali Lagi
26.  Sri Mawar; Seindah Hari Raya
27.  Syidah Ida; Memori Di Aidilfitri
28.  Tabir Alam; Hening Aidilfitri
29.  Seti Zaleha; Kenangan Di Aidilfitri
30.  Tokbatin Sham; Pakaian Raya Dan GST
31.  Tunku Zarita; Aidilfitri Terakhir
32.  Wahidah Hj. Ahmad; Gelora Aidilfitri
33.  Yahti Hayati; Cuitan Rasa Di Aidilfitri
34.  Zaleena Ena; Air Mata Di Aidilfitri
35.  Zuraida Dewi; Harapan di Aidilfitri 

Memori mengingatkan kita suatu kejadian yang pernah dialami. Tanpa memori kita bagaikan mengulangi sesuatu peristiwa yag baru. Kehilangan nikmat memori dalam kehidupan sama seperti terpadamnya kenangan yang indah disamping kenangan yang menyedihkan.
TABIR ALAM


 

MyBloglist