بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..

CORETAN PAK ENGKU
SEPANJANG JALAN KENANGAN
BAB 3 : MERAJUK MEMBAWA DIRI
Pada suatu pagi aku telah mengikut Inchum pergi mengangkat susu getah di ladang. Kebetulan ayahku telah lalu di situ dan terserempak dengan kami berdua. Apabila telah dekat dia pun bertanya, "Apa kamu berdua buat ni?"
Aku menjawab, "Tak ada apa-apa Abah."
Ayahku tersangat marah. Dengan mukanya yang merah padam itu ayahku terus berkata, "Sampai mati pun tak akan aku nikahkan engkau berdua."
Inilah kata-kata yang jelas terdengar di telingaku. Setelah itu ayahku pun berlalu dari situ. Dari kata-kata ayahku itu, hatiku telah mula terasa bahawa harapan aku untuk mengahwini Inchum telah menjadi tipis.
Inchum menyandarkan badannya pada sebatang pokok getah. Baldi di tangan diletakkannya perlahan-lahan. Wajahnya kelihatan teramat sayu. Air mata mula mengalir di pipinya dan terus menitis ke tanah. Dengan suara yang perlahan dia berkata, "Manalah orang hendak dengan Chum ini. Uda, kita orang miskin."
Aku pun pergi mendekatinya dan berkata, "Sudahlah Chum, kita lupakan sajalah akan hal ayah Uda itu. Ini soal kita. Uda tetap kasih dan cinta padamu." Aku tahu hati Incum telah terluka dengan kata-kata ayahku tadi. Aku cuba menenangkan perasaannya.
Setelah kejadian itu, aku pun balik dan hidup seperti biasa di rumahku. Namun ayahku sering sahaja memarahi aku. Oleh yang demikian keadaan diriku sudah jadi tidak tenteram lagi. Maka pada suatu petang aku telah pergi berjumpa dengan Inchum untuk memberi tahu dia bahawa aku akan ke Johor Baru. Hendak pergi ke rumah abang sepupuku yang bernama Tajaludin bin Sutan. Dia bekerja sebagai penggunting tiket kereta api di setesen kereta api Johor Baru.
Agak berat juga lidah Inchum untuk melepaskan aku pergi. Tetapi aku berkata, "Izinkanlah Uda pergi kerana di sana nanti Uda akan cuba mencari kerja. Apalah jadinya kita kelak jikalau sesudah berumah tangga Uda tidak berkerja."
Dengan suara yang terputus-putus Inchum menjawab, "Pergilah Uda. Tapi Chum amat berharap, janganlah kelak dah jauh di mata jauh pula di hati. Meranalah hidup Chum nanti. Tiada tempat yang lain untuk Chum bergantung hidup. Hanya kepada Uda seoranglah." Air mata Incum sudah membasahi pipinya.
“Percayalah Chum bahawa kasih sayang Uda tidak akan berubah walaupun kita akan terpisah jauh nanti,” balasku.
Selepas itu kami pun berpisah dan aku balik ke rumahku. Sesampai di rumah, aku pun mengemaskan sedikit sebanyak baju dan pakaianku untuk kubawa ke Johor Baru nanti. Pada hari yang aku akan bertolak pergi, Inchum telah memberikan aku sehelai kain batik dan sehelai baju bekas pakaian tubuhnya iaitu baju basahannya sebagai tanda bukti kasihnya padaku.
Aku bertolak ke Johor Baru pada pertengahan bulan Mac 1929. Tepat jam 9.30 malam aku telah berada di Stesen Keretapi Seremban. Aku telah ditemani oleh kawan karibku yang bernama Ahmad bin Mohd Zain. Dia menghantar aku ke Setesen Kereta Api sebelum aku menaiki Keretapi Mel ke Singapura. Jam 10.00 malam keretapi pun tiba. Aku pun bertolaklah ke Johor Baru.
Pada permulaan perjalanan aku tidak merasakan apa-apa sedikit pun. Apabila kereta api telah melalui setesen Gemas pada ketiaka itu bulan sedang mengambang dan sinar cahayanya sangatlah terang. Aku memandang ke luar tingkap kereta api. Melihat ke arah cahaya bulan yang menerangi alam. Tiba-tiba pada waktu itu suatu perasaan telah datang kepadaku. Perasaan yang teramat pilu dan hiba. Semakin kurenung bulan di angkasa semakin menjadi pilu dan hiba di hatiku. Pandanganku pada ketika itu bukanlah lagi pada bulan yang mengambang itu. Di ruangan mataku seolah-olah aku terpandang akan wajah kekasihku Inchum. Secara tiba-tiba sahaja aku mengeluh. "Apalah akhirnya yang akan jadi ni."
Aku ke Johor Baru hanya berbekalkan wang saku sebanyak sepuluh ringgit. Air mata mula menggenangi kelopak mataku. Ia jatuh menitis perlahan-lahan di pipiku. Akhirnya aku menangis terisak-isak. Dalam aku dilambung oleh seribu perasaan itu, tanpa disedari aku pun terlena.
Tiba-tiba kedengaran ketukan 'guard' kereta api pada tempat dudukku di dalam kereta api sambil mengatakan, "Johor Baru, Johor Baru." Aku terbangun dan memberikan tiket dan bersiap-siap untuk turun. Jam 6.30 pagi kereta api mel itu pun berhenti di setesen Johor Baharu. Aku pun turun. Kebetulan kanda Tajaludin berada di situ kerana dia bertugas sebelah pagi. Setelah berbual-bual, kanda Tajaludin mengajak aku ke rumah tumpangannya di Bukit Chagar. Rumahnya berhadapan dengan Polis Depoh. Seminggu aku berada di rumah kanda Tajaludin, hatiku semakin sehari semakin teringat hendak balik ke kampung. Aku sering termenung seorang diri.
Rupa-rupanya hal aku yang selalu termenung ini telah diperhatikan oleh seorang kawan di rumah itu. Dia juga berkerja, sama seperti kanda Tajaludin. Namanya Alias. Sebulan aku di Johor Baru, badanku mula beransur susut. Pada suatu petang aku duduk seorang diri di serambi rumah. Lebih kurang pukul 6.00 petang. Aku memandang ke arah matahari terbenam. Warna yang menerangi langit masa itu kemerah-merahan. Sedang aku merenung cuaca yang indah itu perasaanku tiba-tiba terbang melayang. Aku terbayangkan wajah Inchum. Lalu aku menangis teresak-esak. Sewaktu aku menagis itu rupa-rupdnya Alias ada di belakangku.
"Man!", katanya sambil memegang bahuku. "Sudahlah. Janganlah dikenang sangat, nanti kau juga yang akan binasa."
Mendengarkan kata-kata Alias aku pun tunduk lalu menyapu air mataku dengan kain dan baju yang ada di tanganku. Kain pemberian Inchum semasa aku akan bertolak dulu. Barulah aku sedar dan tahu, aku kini telah dihinggapi penyakit rindu. Rindu kepada kekasihku Inchum. Mujurlah ada kain dan baju bekas pakaian tubuh badannya itu. Pada malamnya, waktu aku akan tidur, aku letakkanlah kainnya di muka aku. Dengan itu terlipurlah sedikit hatiku yang rindu.
Ada ketikanya, pada waktu malam, Alias membawa aku keluar bersiar-siar ke pekan Johor Baru. Ini terutamanya pada hari beliau menerima gaji. Aku tahu segala apa yang Alias lakukan terhadap aku hanyalah semata-mata untuk menghiburkan hatiku. Semoga ianya dapat meredakan pederitaan hidupku. Namun begitu hatiku pada setiap detik dan ketika sentiasa sahaja teringat pada Inchum kekasih hatiku itu.
Pernah juga aku mengirimkan surat kepada Inchum melalui abang sepupuku Lakin bin Bahrin untuk bertanya khabar. Jawapan yang aku terima menyatakan bahawa Inchum, selama aku tinggalkan dia, sudah jadi seperti ayam yang kehilangan ibu. Mendengarkan khabar yang sedemikian hatiku menjadi bertambah sedih dan pilu lagi. Namun apakan dayaku. Aku tidak punya kemampuan untuk pulang ke kampung pada waktu itu.
(Bersambung ke BAB 4 - BERPINDAH SEBAB SELISIH FAHAM

11 comments - "MANUSKRIP LAMA SIRI 3"

nohas delete icon 12 January 2017 at 00:30

oo..sambungan kenangan indah..kena baca dari bab 1 ni..

raihanah delete icon 12 January 2017 at 08:12

oo ni sambungan ya. kena baca yg dulu tu gakla kak

paridah delete icon 12 January 2017 at 11:15

TKSH NOHAS...DH SIRI 3 NI KALAU NAK BACA CARI SIRI 2.

paridah delete icon 12 January 2017 at 11:16

TKSH HANA ..MENARIK KISAH LAMA NI..

Warisan Petani delete icon 12 January 2017 at 11:56

Wah menarik jalan ceitanya. Nak tau kisah selanjutnya.

paridah delete icon 12 January 2017 at 12:13

TKSH WP..NANTI BACA SIRI 4 PULA

Kakzakie Purvit delete icon 12 January 2017 at 13:41

Kakak boleh baca manuskrip jawi itu PI
Muka kanan bermula dengan - pada nurmah utk nurmah
Muka kiri bermula - org berakit pergi ke hulu - berpantunlah dia hihi..

Apa pun kakak baca kisah ini sedihlah pulak.
Apalah kesudahan dgn hubungan mereka berdua bila dah berjauhan. Kesian Inchum.


paridah delete icon 12 January 2017 at 15:22

TKSH KAKZAKIE..PANDAI BACA JAWI YA..TULISAN JAWI UTK ORG JAWI CAM KITA TAPI DH XDIPERTAHANKAN...BACA KISAH LAMA NI MCM SDG TONTON FILM HITAM PUTIH KAN KAKZAKIE TIADA WARNA TAPI BERSENI

Khir Khalid delete icon 12 January 2017 at 21:17

Dapat duduk betul2 sedap baca ni nanti..

Sporttoto 4d delete icon 13 January 2017 at 10:18

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI -http://pendidikan-merangin.blogspot.co.id

dear anies delete icon 18 January 2017 at 14:21

bawa duit RM10? cukup ke tu hehe

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”