بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Aku bersimpati pada para peniaga yang menggunakan minyak masak sebagai bahan utama mereka. Minyak masak botol besar (nasib baik tak cakap minyak dalam paket) kat Nilai ini khabarnya dah seminggu tidak dapat bekalan, nak tak nak mereka terpaksa mengguna minyak botol kecil untuk terus berniaga.
Tapi aku tak simpati langsung malah menjadi benci kepada peniaga yang tiada menggunakan langsung minyak masak sebagai bahan utama tetapi mengambil kesempatan menaikkan harga perniagaan mereka.
Contohnya si tukang gunting rambut. Dari RM12 kini naik RM15 harga cukur kepala dan misai serta janggut. Alasan yang diberi, "minyak ada naiklah abg."
MAHU JUGA AKU EMPUK DENGAN PELAPIK KAYU KERUSI YANG AKU DUDUK TADI.

Coretan Sazaalee Sulaiman


pic google images

10 comments - "MINYAK ADA NAIK ABANG!"

Sheila Adziz delete icon 13 November 2016 at 10:56

hehe... minyak naik, gunting rambut pun naik juga la yer... haduiii..... memang ambil kesempatan.... nak naik cepat jer.... turun tak pasti....

Khir Khalid delete icon 13 November 2016 at 13:01

Minyak ada naik.. auta pun mesti kasi naik hehee :D :D

Warisan Petani delete icon 13 November 2016 at 13:22

Mungkin sebab kos hidupnya bertambah,
jadi upah perkhidmatan juga bertambah.

Pha Is delete icon 13 November 2016 at 13:39

hahaa.. minyak ada naik, jangan sampai org naik minyak.. hehehe

Unni Anje delete icon 13 November 2016 at 14:59

sabar je la dgn minyak skg :(

Sue Bee delete icon 13 November 2016 at 15:14

Kedai gunting rambut terang terangan tiada kaitan dengan minyak masak..ni yang cepat buat naik minyak bila dijawap begitu,kak PI

paridah delete icon 14 November 2016 at 03:03

heh..heh..ntahlah shiela pntg ada sbb peniaga mesti nak ambil ksmptn kaut untung

raihanah delete icon 14 November 2016 at 09:41

bertabahlah semua. kesan kenaikan semua orang rasai. cuma sekarang kena usahakan tambah pendapatan jugalah

paridah delete icon 14 November 2016 at 14:59

heh..heh..gitule..tq dik KK

dear anies delete icon 16 November 2016 at 20:15

Hanya kat malaysia... yg xde kaitan myk ikut sibuk nk naikkk jugekkk

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”