بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

APA KHABAR SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGERS DAN VIEWERS YANG DIKASEHI...SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIRAHMATI-NYA DUNIAWI DAN UKHROWI
LAMA JUGA PI TAK MENGUPDATE BLOG PI YANG RENCAHNYA CACA-MERBA NI SEBAB PI BARU NI BERCUTI KE KAMPUNG HALAMAN SENDIRI SAMBIL MEMBERSIHKAN DAN MEMPERBAIKI APA SAJA KEKURANGANNYA....MAKLUM HARTA YANG DITINGGAL LAMA TANPA PENGAWASAN TENTU ADA YANG MENGGANGGUNYA.....WALAU SEKEJAP MASA BERADA DI RUMAH DAN KAMPUNG HALAMAN SENDIRI SEMUA URUSAN YANG MENYANGKUT DENGANNYA DISELESAIKAN.....BAYAR BIL AIR YANG TERTUNGGAK BANYAK WALAU SUDAH DIJELASKAN KEPADA AGENNYA...KES BEGINI MEMANG TAK FAHAM DAN AMATLAH MENYUSAHKAN...BAYAR/DERMA KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WAKIL YANG MENGURUSKANNYA...TENTANG INI PI TIDAK KISAH LANGSUNG.....DALAM SOAL HIDUP BERMASYARAKAT WALAU DI MANA SAJA KITA BERADA TANGGUNGJAWABNYA TIDAK HARUS DILUPAKAN.



DULU PI PERNAH TULIS N3 TENTANG KAWASAN BELAKANG RUMAH PI DIBERSIHKAN DARIPADA TANAMAN POKOK RAMBUTAN YANG BERJENIS-JENIS DAN DITAMBAK SEMULA DENGAN TANAH YANG DIBELI...KAWASAN TANAH ITU AGAK BERPAYA DAN SELALU BANJIR KERANA BERDEKATAN DENGAN SUNGAI KECIL....KINI TANAHNYA SUDAH AGAK TINGGI...ADIK ANGKAT PI DAN SUAMINYA MENANAM ANAK PISANG NANGKA DI TANAH TERSEBUT...TIKA ITU SEDANG MUSIM KEMARAU ELNINO JADI TERPAKSALAH MENYIRAMNYA SETIAP HARI MENGGUNAKAN AIR SUNGAI BERDEKATAN.





KINI PISANG NANGKA YANG DITANAM SEJUMLAH 200 POKOK ADA YANG TELAH BERBUAH DAN SETENGAHNYA MASIH DALAM PERINGKAT BARU DITANAM MENGIKUT KELAPANGAN WAKTU....BIASALAH YANG MENGUSAHAKANNYA PUN SENTIASA SIBUK DENGAN URUSAN HIDUP YANG TIDAK PERNAH HABIS..


20 ulasan - "HASIL KEBUN SEKANGKANG KERA..."

Kakzakie Purvit delete icon 2 November 2016 10:12 PG

200 pokok banyak tu PI
Memang boleh jadi duitlah kalau dah bertandan-tandan kelak hasilnya
Alhamdulillah.. rezeki org rajin

paridah delete icon 2 November 2016 10:55 PG

YEKE...NAMPAK MACAM SIKIT JE...INSYA ALLAH KALAU ADA REZEKI DAN ADA PEMBELINYA...KALAU NAK DIMAKAN MMGLAH XTERMAKAN WALAU DIBERI KPD JIRAN2...TKSH KAKZAKIE.

Atie Yusof delete icon 2 November 2016 10:56 PG

bila sesekali balik kg memanh mcm tu lah kan Kak PI..kena settle kan semua masa ni... menjadi jugak 200 pokok tu ya kak.. alhamdulillah..moga membuahkan hasil..

Unni Anje delete icon 2 November 2016 11:17 PG

bynk nyerr 200 pokok..

Fidah Shah delete icon 2 November 2016 11:18 PG

bestnya tengok hasil kebun sendiri..
Alhamdulillah....nampak menjadi buahnya tu

Norhayati Mohd Isa delete icon 2 November 2016 11:20 PG

Alhamdulillah..
Dah berhasil ye kak PI...
Sedap pisang nangka dibuat goreng dan pengat..

PeRdU cINta delete icon 2 November 2016 12:27 PTG

Seronok bila pokok yang ditanam sudah mengeluarkan hasil..alhamdulillah..

Husna Rahman delete icon 2 November 2016 2:26 PTG

banyaknya 200 pokok... klu tanam pokok pisang mmg kena rajin "dandan" baru kejadian buahnya cantik2 gemuk2 kan??..

paridah delete icon 2 November 2016 4:46 PTG

INSYAALLAH ATIE MENJADI JUGA WALAU KURANG PENJAGAANNYA...TKSH

paridah delete icon 2 November 2016 4:48 PTG

SIKIT JE TU UNNI ENJE...TQ

dear anies delete icon 2 November 2016 4:49 PTG

hebat kak... 200 tuuu

paridah delete icon 2 November 2016 5:00 PTG

ALHAMDULILLAH FIDAH MMG SUKA TENGUK TANAMAN YG DITANAM MENGELUARKAN HASIL..TKSH

paridah delete icon 2 November 2016 5:21 PTG

KAK XHEBAT ANIES KAK JUST PANDANG N SEDIAKAN KOSNYA SERBA SIKIT JE HEH..HEH..TQ

paridah delete icon 2 November 2016 5:25 PTG

AMIIN.......TKSH YATIXLAMA LAGI DPTLAH MERASA GORENG PISANG NANGKA N PENGAT SEDAP TU YATI...TQ

paridah delete icon 2 November 2016 5:28 PTG

AMIIN YELA PC SUKA SGT KALAU TNAMN KITA BERHASIL...TQ

paridah delete icon 2 November 2016 5:30 PTG

BETUL TU HUSNA POKOK PISANG KENA RAJIN DIBELAI JUGA...TQ

nohas delete icon 2 November 2016 6:58 PTG

bestnya..balik kpg..banyak juga boleh tanam..200 pokok..

paridah delete icon 2 November 2016 9:08 PTG

ye nohas balik kampung mndamaikan jiwa...kalau rajin banyk yg boleh ditanam lagi tu...tq

webctfatimah delete icon 3 November 2016 1:57 PTG

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak.... Didoakan akak dan keluarga sihat dalam rahamt Allah SWT. Aamiin. Andai kita berbudi dengan tanah, pasti akan ada balasannya. Kita perlu menghargai setiap kakang kera (hehehe... kalau kera tahu, pasti ia pelik kerana kakangnya jadi ukuran untuk bertanam... hahaha) tanah kita yang ada. Tentu seronok dan happy apabila saat menuai hasilnya ya kak. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

paridah delete icon 3 November 2016 3:23 PTG

WSALAM CT........TKSH DOANYA MOGA CT N FAMILI SHT SJHTRA JUGA..HEH..HEH..KANGKANG KERA DIJADIKAN KATA BIDALAN MELAYU MENYIRAT MAKSUDNYA MUNGKIN MENGGAMBARKAN RASA RNDAH HATI ORG KITA YG LANGSUNG XMEMBNGGA DIRI DGN HARTANYA YG SEDIKIT..TKSH

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”