بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...




GELONGSORAN TANAH SERENDAH

Tanah Serendah taman alam indah
Hutan rimba warisan pribumi
Jernih air lata mengalir
Bermandi-manda bermain air
Dan rumah rumah kecil di pinggir
Pembangunan merobah wajah
Tasik dan paya digubah-gubah
Ditambak ditambah-tambah
Lalu rumah agam dibina merata
Memenuhi minta warga kota
Yang ingin merasa suasana desa
Sebelum berakhir usia
Lalu berlomba-lombalah jurutera arkitek
Merekabentuk kediaman cantik
Menorah menakik tanpa serik
Tanpa sedar kelukaan mendukakan
Kerosakan menjahanamkan
Leburlah pelaburan
Akibah gelongsoran
Astagfirullah ujian kesabaran
Moga menginsafkan

Paridah Ishak
Selayang Utama

27/11/2016

16 ulasan - "GELONGSORAN TANAH SERENDAH..."

Khir Khalid delete icon 27 November 2016 6:19 PTG

Moga dipermudahkan segala usaha dan dilindungi semua penduduknya... aamiin.

Unni Anje delete icon 27 November 2016 6:35 PTG

bstnya mandi manda

Jari Manis delete icon 27 November 2016 8:22 PTG

semoga semua mangsa yg terlibat tabah dengan dugaan ini

paridah delete icon 27 November 2016 9:21 PTG

MUDAH2AN MRK SEMUA TABAH LALUI UJIAN-NYA..INSYA-ALLAH...TKSH DIK KK

paridah delete icon 27 November 2016 9:22 PTG

PIC TU KWSN AIR TERJUN SERENDAH UNNI...TQ

paridah delete icon 27 November 2016 9:24 PTG

TKSH JM...BERAT UJIANNNYA TU..PERLU TABAHKAN HATI

Warisan Petani delete icon 28 November 2016 9:44 PG

Keindahan alam semula jadi banyak yang lenyap dek pembangunan.
Bia pembangunan tidak dirancang dengan baik, musibahlah jadinya.

Indahnya nukilan PI

nadhie wueen delete icon 28 November 2016 10:32 PG

wahhh..seronoknyaa

paridah delete icon 28 November 2016 11:08 PG

TKSH WP...KAK SELALU JUGA ULANG-ALEK KE SINI TU YG TAHU SERBA SIKIT KEADAANNYA...NUKILAN KAK TU DIDASARKAN PEMERHATIAN KAK SAJA.

paridah delete icon 28 November 2016 11:09 PG

TKSH NADHIE...SERONOK DLM SEDIH TU.

Puan Wawa delete icon 28 November 2016 11:10 PG

Allahuakbar, semoga mereka2 duduk berfikir. usah ghairah mengejar dunia.

paridah delete icon 28 November 2016 12:08 PTG

TKSH WAWA..MOGA KEJADIANNYA MENGINSAFKAN.

Norhayati Mohd Isa delete icon 28 November 2016 3:42 PTG

Semoga tiada lagi pembangunan yg mengakibatkan kehilangan jiwa dan harta benda ni kan kak..

paridah delete icon 28 November 2016 9:38 PTG

TKSH YATI..KAK TENGOK DI SITU PEMBANGUNAN TERLALU PESAT N TANAHNYA DIGEMBUR SENTIASA SDG KWSNNYA LUAS TANAH BERPAYA...RISAU JUGA MIKIRKANNYA.

Faarihin Talip delete icon 29 November 2016 5:02 PG

Bumi ini makin ditarah. Moga masih ada tempat yang selamat untuk didiami.

dear anies delete icon 30 November 2016 11:31 PG

diharapkan mereka dapat menghuni semula kediaman mereka kelak...aminnn

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”