بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
KEK OREN INI MENGINGATKAN AKU KEPADA JIRANKU KAK FAUZIAH YANG GEMAR MEMBUAT KEK INI SETIAP KALI NAK SAMBUT RAYA. RONA KUNING OREN BEGITU MENYERLAH DAN AROMA OREN YANG DIPARUT KULITNYA MERATA DALAM KEK OREN INI HARUM MANIS SEKALI. IDA JUGA MENGGUNAKAN TEKNIK MEMASAK KEK OREN YANG SERUPA DENGAN CARA KAK FAUZIAH JIRANKU...

TERIMA KASIH IDA ZURAIDA BERKONGSI RESEPI KEK YANG SANGAT ENAK INI. SESIAPA YANG NAK MENCUBANYA BOLEHLAH IKUTI CARA IDA ZURAIDA INI.



22 hours ago via mobile 


Slalunya buat kek oren guna ibu oren sunquick tp hari ni sy guna sebijik buah oren dan hasilnya sgt2 mengkagumkan tekak.. layannnn! ngeeeee~

Resepi kek oren
1 biji oren (diparut kulitnya dan ketepikan)
(Buahnya dipotong dua dan ambil jusnya)
1 cwn minyak masak
1 cwn gula
2 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk ovelette
1 sk oren emulco

Cara2nya:
1. Kisar telur, gula, jus oren dan ovelette
2. Masukkan bhn kisar kedlm bekas. Tuangkan tepung dan baking powder sedikit2 dan kacau sebati.
3. Masukkan emulco dan minyak. Kacau rata2.
4. Masukkan adunan dlm loyang saiz 7"x7"
5. Taburkan parutan kulit oren atas adunan dan tekan2 dgn garpu supaya ia tenggelam sedikit.
6. Bakar dlm oven selama 50-60 minit 200°c
 


2 comments - "KEK OREN IDA ZURAIDA..."

nohas delete icon 2 October 2013 at 23:30

wahh..kek oren pula..makan dgn teh O panas, sedap ni...

paridah delete icon 3 October 2013 at 10:08

sesekali upload resepi nohas...tq

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”