Saturday 29 June 2013

CORAT CORET PAK ENGKU

  • SUDAH DIGARAMI, SI IKAN HARUAN,
    IKAN PATUNG, DIGARAMI SEKALI,
    DIMASAK GULAI, CILI API,
    BERENCAH PERIA, YANG BARU DIRANGGIT,
    DIMASAK IA, DI DALAM KUALI;
    JANGAN ZALAMI, ISTERIMU TUAN,
    DIBIAR TERGANTUNG, TANPA BERTALI,
    DIBIAR BERSALAI, TANPA API,
    DIAPIT DIA, TIDAK BERSANGGIT,
    DITAMBAT DIA, TIDAK BERTALI!

    Sahihlah dari pantun di atas, malam ni saya nak cerita tentang bab SUAMI.
    Apa yg nak saya diceritkan mungkin ibarat 'Menepuk air di dulang terpercik muka sendiri'.Tak apa, biarlah terpercik ke muka sendiri, itu hakikat yg saya kena terima.
  •  Pada para suami yg sama2 terkena percikan ini nanti, janganlah melenting marahkan saya. Bukan tujuan saya untuk 'Membuka pekung di dada' atau hendak mengaibkan sesiapa!Kesedaran untuk membincangkan hal ini timbul dari kesedaran diri sendiri dan dari cerita sedih kengkawan yang bergelar isteri di laman FB ini! 

  • Orang lelaki, macam saya juga, memang terkenal dgn sikap egosentrik! Ramai lelaki yg macam ni. Kalau dgn isteri langsung tak mahu mengalah! Sebab dia bergelar suami & penghulu di dlm rumah, isteri mesti sujud kat dia. Kalau dia buat kesalahan sebesar gunung sekalipun tak apa. Tetapi isteri jangan... Yang sekelumit pun akan jadi sebesar bukit!!

  • Ada suami amat garang dlm melayan isteri. Cakap tak pernah lembut & ada yg sampai naik naik tangan dan kaki kat tubuh badan isteri. Yang aneh tu, bila malam & di ranjang elok pulak peluk dan nak bermesra dgn isteri. Apalah punya suami yg perangai macam ini!! Ada suami yg tak kisah nak beli barang makan utk keluarga sendiri. Tapi bila balik ke rumah mesti semua di atas meja sudah tersaji. Kalau tak siapkan makanan, lencun si isteri dimarahi & terkadang di hamun maki! Suami yg macam ini dari hidup lebih baiklah mati!!

  • Ada suami, dah tua baru buat perangai yg tak terperi. Isteri yg dulu amat disayangi telah berubah kepada benci. Isteri yg dulu dia kata cantik berseri kini dah tak indah lagi. Memanglah, dah tua, mana nak cantik lagi. Mana nak bergetah lagi! Diri kita sendiri pun dah tak sehandsome & segagah dulu lagi. Jadi, apa nak dihairankan wajah & bentuk badan si isteri tak sehebat dulu lagi! Bukankah itu lumrah kehidupan di dunia yg fana ini!!

  • Dalam keadaan dimana hubungan suami isteri tidak dapat diperbaiki lagi, si suami kenalah lepaskan si isteri dgn lapang hati. Buat apa berdendam sampai ke mati. Di biarkan isteri tergantung tanpa bertali atau mcm maksud yg terkandung dlm pantun saya di atas tadi. Berilah dia peluang utk mencari kebahagiaannya sendiri. Akurlah dgn ketentuan Ilahi.

  • Saya dulu pun serupa. Sering diserba-salahkan isteri walaupun di tubuh isteri tak pernah naik tangan & kaki! Tetapi apabila musibah menimpa diri, perpisahan terjadi saya bawa muhasabah diri. Memang kita yg banyak buat salah itu & ini! Nak berubah kena bermula dari dlm diri kita sendiri. Orang lain suruh, orang laih nasihat mungkin payah nak diikuti & tak akan menjadi!

  • Rugikah suami, kalau dah tahu bersalah, minta maaf pada isteri. Janganlah disakitkan hati, perasaan & tubuh badan isteri. Kenanglah kembali saat indah dulu yg sama2 diharungi. Hargailah pegorbanan mereka selama ini. Kan dia ibu kepada zuriat kita.

  • Mengaku bersalah tidak membuatkan kita rugi.
    Saya bukanlah nak 'Masuk bakul angkat sendiri'. Hanya sedikit berita utk kita kongsi.
    Bekas isteri saya masih menerima RM200.00 hingga ke hari ini walapun dia bukan tanggungjawab saya lagi. Anak2 telah membesar & dia pula sudah bersuami lain sebagai pengganti. Pemberian itu, bagi saya, adalah sebagai tanda kasih sayang saya yg dulu, kekal & abadi! Saya kata pada bekas isteri saya, "Mama ambillah wang pencen saya ini sampai saya mati!

  • Isteri saya yg ada sekarang, ada juga kadang2 hatinya saya guris & sakiti! Tetapi bila di malam hari, melihatkan wajahnya di waktu tidur, timbul rasa belas kasihan padanya & keinsafan diri. Dia telah banyak berkorban pada diri ini. Apakah saya mahu terus-terusan, pengorbanannya tidak saya hargai? Kini, kalau saya rasa saya bersalah, saya akan hantar SMS atau telefon isteri saya dan kata, "Yang, maafkan abang ya kerana membuat hati Yang terluka hari ini."

  •  Rugikah kita berbuat begini demi untuk mencari keharmonian hubungan suami isteri. Mungkin orang akan kata ini hanya cerita rekaan saya sendiri. Cakap yg tak serupa bikin! Tak apalah kalau ada persepsi yg sebegini. Hakikatnya, Allah lah yg lebih mengerti!!

  • Sekian catatan sebuah perjalanan hidup yg dapat saya paparkan malam ini. Semuga ia dapat memberi manfaat kepada semua suami! Insyaallah.

6 comments:

  1. Jarang ada suami yang mcm ni...

    ReplyDelete
  2. betullah tu nohas...suami yg baik ni cuma rezeki masing2 yg terpilih...tq

    ReplyDelete
  3. Allah3x...kalau lah semua suami mcm ni dalam dunia ni..aman lah dunia,,tiada lagi kes dilema wanita...tapi bagi kaum wanita pula,,hanya kepada Tuhan sahajalah tempat mengadu...supaya Tuhan sahajalah tempat bergantung...semoga Tuhan lembutkan hati suami yang garang dan ego...

    ReplyDelete
  4. yelh shbt kita xboleh tentukn hanya kemahuan kita semata kan...pabila kita diuji mndpt suami arogant egoistik bnyk2lh berdoa kpd Allah, jodoh kita Allah yg tentukan n Allah pasti mendengar keluhan hambanya....tq penyisir rambut kerna kunjunganmu ke laman kak ni...

    ReplyDelete
  5. nak mencari lelaki seperti ini di zaman skang ni kak mmg payah lah !

    ReplyDelete
  6. walau xperfect sgt tp saling toleransi n faham memahami dh kira ok kan KA...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist