"Kenapa kau tak pilih dia? Dia kan kaya, ada syarikat guaman sendiri dan seorang yang berjaya di dalam hidup kau tentu senang lenang kelak..." Kawannya itu masih meneruskan komentarnya lagi.
"Atau kau pilih saja sidia yang kau ceritakan pernah melamarmu tapi kau tolak. Aku tengok dia pun hebat orangnya, seorang kontraktor tahap jutawan. Kenapalah kau ni menolak tuah...sah-sah kau akan bermandikan wang ringgit kelak...tak faham betul aku..."
Kawannya itu dijeling sekilas dengan senyuman berbunga.
"Dah habis omel kau ke...kau tak payah nak susah-susah faham aku, aku sendiri pun kadang tak faham diri aku sendiri tapi bolehlah aku cerita sedikit setakat yang aku faham tentang diri aku ni..."
"Ceritalah...aku dengar ni..."
"Aku tak pilih sidia-sidia yang kaya-raya tu bukan sebabnya aku tak suka jadi kayaraya segera. Cuma aku rasa aku pun boleh cari kekayaan tu dengan usaha aku sendiri. Tak payah nak bergantung hidup dengan kekayaan orang lain. Lagipun kau nak kalau suami kau kata lepas kita kahwin nanti awak duduk saja kat rumah...takpayah nak kerja. Sedangkan mak ayah kita yang miskin tu dah melabur banyak duit untuk pengajian kita. Takkan kita taknak berkerja membantu mak ayah kita. Dibuatnya jodoh kita tak panjang dengan sidia...ditinggalkannya kita, macamana kita nak hidup kalau tak berkerja.
Alasan aku yang kedua mudah saja...sebab aku tak cintakan mereka. Aku akan pilih seorang sidia yang baik, berbudi bahasa,bertanggungjawab, hormat orang tua. Walaupun tak kaya. Kebaikan tu sangat penting tau. Dalam dunia sekarang tidak ramai lagi lelaki yang baik tau...Lagipun aku dah ada sidia yang sangat cintakan aku..."
'Patutlah pun. Moga apa yang direncanakan menjadi kenyataan. Kadangkala memang amat payah menolak takdir justeru jodoh pertemuan itu Allah yang atur sahabatku.'
Monday 31 October 2011
Friday 28 October 2011
Sakit dan ubat
"Kita ni bila dah berumur ni macam-macam sakitnya yang menyerang yer...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung...yang paling takut tiba-tiba menjadi lumpuh pula...risau betul..."
"Sihat tentulah lawannya sakit...kan dah lama hidup sihat....bila diserang sakit sedikit janganlah merungut. Kalau dah sakit kenalah cari ubat. Kan Allah kata setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Pabila dah mati dah tak boleh nak kata apa lagi..."
Zai dan Idah leka bertukar kata sambil menjeling aku yang terkedu di sisi mereka.
"Kak Pidah ni ok saja...tak pernah pulak kita dengar dia sakit teruk yer..."
"Ok apa...kau tak ingat dulu kak Pidah kena darah tinggi...masuk wad dekat sebulan...badannya menggelembong macam belon..."
"Betullah...tapi lepas tu kak Pidah dah tak ada darah tinggi lagi kan...apa yang kak Pidah makan yer?"
'Kau nak tahu ye Zai...biarku ceritakan...'
"Kak Pidah dulu lepas balik daripada hospital terus dia makan akar petawali yang pahit sangat tu...aku tahulah sebab aku yang tolong blendkan untuk dia...punyalah pahit akar tu sanggup dia minum..." Idah menolongku menjelaskan yang sepatutnya.
PETAWALI/AKAR SERUNTUN...PIC GOOGLE.
"Tapi pahit-pahitpun mujarab akar tu. Tengok sampai sekarang kak Pidah dah takde darah tinggi lagi."

GAMBAR HIASAN
Selain akar petawali banyak lagi herba2 alam yang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi sekiranya diamalkan tanpa jemu seperti pokok akar cerita, daun rambutan, daun manggis yang gugur, daun sabung nyawa dan lain-lain lagi yang tidakku ketahui
Wednesday 26 October 2011
6787 HIKAYAT LEMBAH SUNYI - SAMBUNGAN - bab 4
BERMULALAH hidupnya di sebuah tanah rancangan yang baru dibuka. Suasananya baru. Segala-galanya baru. Hidupnya berjiran dengan rakan-rakan baru yang berhijrah daripada pelbagai negeri yang berbeza. Jiran di sebelah kanannya sepasang suami isteri beranak tiga berasal daripada Kelantan. Jiran di kiri pula datang daripada Selangor dan pasangan itu miliki seorang anak lelaki. Hamimah dan Aris adalah jiran di hadapan rumahnya berasal daripada Pulau Pinang dan miliki sepasang anak lelaki/perempuan. Dan sepasang lagi jirannya yang terdekat adalah kelahiran utara. Orang Kedah. Kesemua mereka ini adalah kawan-kawan barunya yang menghuni lembah ini. Pertempatan ini memang lembah. Sebuah lembah yang sunyi lagi damai.
Masing-masing bersama-sama membina penghidupan yang diharapkan jauh lebih cerah setelah merantau daripada tanah kelahiran asal. Walau di sini kehidupannya tidaklah sesenang mana namun tergantung juga setakat mana usaha yang dipertaruhkan. Jikalau mengharapkan hasil daripada kebun sawit semata tentulah setakat boleh hidup saja. Perlu juga ada usaha sampingan untuk menambah penghasilan.
Suaminya mula mengatur visi. Isterinya hanya boleh mengangguk saja. Rencananya walau disanggah akan menjadi juga. Berniaga, Bukan mudah hendak berniaga. Banyak yang perlu difikirkan sebelum melaksanakannya. Susah sungguh hati isterinya. Belum hilang rusuh hatinya, suaminya sudah membawa pulang sebuah lori pickup kecil yang dibeli dengan wang simpanannya.
Rupanya tekadnya hendak menjadi bisnesmen bukan main-main. Isterinya itu hanya menarik nafas lelah disamping berdoa mengharapkan setiap rancangan suaminya untuk meningkatkan taraf hidup dipermudahkan urusannya.

Tuesday 25 October 2011
Kehilangan
1. Pusara itu kembali meraup sepi. Setelah berteleku, membaca yasin, berdoa dia melangkah meninggalkan pusara arwah anak kesayangannya dalam hujan yang turun renyai-renyai di awal pagi. Hatinya yang masih robek ditinggalkan bertambah nyilu diselimuti dinginnya suasana. Telah sekian tahun anak itu mengadap Ilahi namun dia merasakan insiden itu seolah baru semalam. Cinta dan kasih sayangnya yang mendalam terhadap anak yang telah dibelai, dimanja, dididik sebaiknya tidak langsung hapus walau sedikit. Perasaan itu menderanya pula,melanyaknya hingga tidak bermaya. Kesedihan lantaran kehilangan yang tersayang terus diratapi. Menjadikannya murung.
2. Dia merenung siling. Sekujur tubuhnya lesu. Tiada daya upaya menolong diri sendiri. Hanya terbaring saja mengharapkan kesudian orang lain menghulurkan pertolongan lantaran kelumpuhan yang memenjarakan pergerakannya. Anak-anak yang masih kecil mengelilinginya. Dia hanya memandang pilu wajah anak-anak yang sayu tanpa dapat berbuat apa-apa untuk mengurusi kemasylahatan mereka sebaiknya.Tidak dapat lagi menyayangi apalagi memberi didikan menurut kemahuannya. Semata-mata mengharapkan belas kasih keluarganya terdekat untuk memberi mereka perhatian. Dia amat menyesali kehilangan saat-saat indah berceria bersama anak-anak kesayangan walau anak-anak itu tetap tumbuh membesar dan berada di sisinya...

Wednesday 19 October 2011
Berwuduk
Jangan membazir air tika berwuduk. Juga tidak was-was tika melakukannya. Tetapi mesti teliti. Memadai hanya menggunakan 3 liter air. Hukum berlebihan menggunakan air tika berwuduk adalah harus.
Berwuduk pada setiap kali hendak sembahyang' Hadis riwayat Anas; Nabi SAW berwuduk setiap kali hendak sembahyang tetapi para sahabat tidak melakukannya.
Allah menulis sepuluh kebajikan setiapkali kita berwuduk sebelum wuduk terbatal

Tuesday 18 October 2011
6787 HIKAYAT LEMBAH SUNYI - SAMBUNGAN - bab 4
Allah memang mengasehi setiap hamba-Nya. Pintu rezeki sentiasa terbuka luas walau ada yang merasanya peluang untuk itu sudah tertutup. Tiba-tiba tanpa disangka-sangka dia dan suaminya mendapat tawaran untuk menyertai skim tanah rancangan FELDA yang banyak dibuka di sekitar sini.
Inilah saat-saat yang ditunggunya selama ini untuk mendirikan kehidupan berkeluarga di rumah sendiri. Di skim ini memang sudah disediakan rumah untuk dihuni pesertanya dan diberikan pula tanah seluas 3.4 hektar yang telah ditanami dengan tanaman kelapa sawit. Setelah sawit itu mengeluarkan hasilnya para peneroka pun dipanggil untuk menyertainya.
Suatu ketika dulu dia dan suaminya sering meronda-ronda kawasan skim melihat persekitaran perumahan dan mengunjungi rumah saudara maranya yang tinggal di situ. Mereka ini sudah lama menjadi peserta skim dan taraf kehidupan mereka jauh lebih baik dari sebelumnya. Dan ada diantara mereka yang berjaya menguruskan perniagaan yang menguntungkan.
Saudara-maranya ini dulu pernah ditolongnya mengisi borang dan urusan-urusan yang bersangkutan dengannya kerana kebetulan dia tika itu berkerja di pejabat pentadbiran FELDA wilayah. Dan mereka itu amat berterimakasih kepadanya.
Kini gilirannya pula untuk bergelar penerokawati dan suaminya adalah peneroka. Rentak hidup baru sedang diteroka.

Monday 17 October 2011
GEGARAN BUMI
12 Apr 05
Gunung berapi Talang di Sumatera mula mengeluarkan laharnya. Sebelum ini berlaku gegaran gempa bumi yang meranapkan Nias di Sumatera barat. yang mengorbankan beribu nyawa. Gegarannya tidak menyebabkan ombak tsunami tetapi tetap menimbulkan was-was dan prasangka yang tidak terduga.
Sejak awal tahun hingga kini gegaran melebehi 6 skala Richter beberapa kali berlaku menggusarkan hati penghuni yang mendiami Sumatera dan negara-negara yang berkongsi perairan lautan Hindi.
Seketika dulu ramai yang tidak peduli atau beringat tentang apa yang berlaku di daerah sini kerana langsung tidak nembawa kesan yang mudharat. Namun setelah gegaran yang menghasilkan tsunami yang menelan banyak korban dan melibatkan banyak negara Asean, masing-masing tidak memandang ringan lagi.
Justeru ada fadilatnya Allah menguji hamba-hamba-Nya dengan dugaan yang langsung tidak pernah terfikir. Allah memberi peringatan bahawa segenap ciptaan manusia itu tidak seberapa daripada apa segi sekalipun. Cuma digegar gempa sedikit saja sudah ranap semuanya. SUBHANALLAH

Wednesday 12 October 2011
30 MACH 05
30 Mach 05
Umum sibuk bercerita tentang subjek yang dimulakan pembelajarannya sejak 3 tahun lalu sebagai usha terakhir Dr.Mahathir selaku PM iaitu pembelajaran math dan sains dalam bahasa Inggeris tidak releven lagi kini. Banyak alasan yang diberikan kononnya penguasaan bahasa itu tidak membawa manafaat apapun.
Dr.M walau pada mulanya bersikap mendiamkan diri tetapi berbunyi juga pabila usahanya untuk menjadikan manusia Malaysia bijak pandai untuk merenangi arus globalisasi disanggah dan dikritik ideanya.
Begitulah manusia secara semulajadinya memang sukar untuk menerima perubahan meskipun membawa kebaikan' Sentiasa merasa selesa dalam sarung sendiri dan tidak mahu mengubah diri mempelajari sesuatu yang akan memenafaatkan mereka kemudian hari.

Tuesday 11 October 2011
HARTA DUNIA
Harta yang diperolehi daripada jalan haram tidak boleh disedekahkan atau dijadikan amal ibadat. Pelbagai penipuan yang berlaku untuk memperolehi harta itu.
Hukumnya ternyata haram.
Jual beli mesti sohih agar pembelinya redha.
Harta yang ada mesti disucikan dengan zakat dan disuburkan dengan sedekah.
Hukumnya ternyata haram.
Jual beli mesti sohih agar pembelinya redha.
Harta yang ada mesti disucikan dengan zakat dan disuburkan dengan sedekah.
Monday 10 October 2011
ASSIGNMENT PUNYA PASAL
Sambil memicit-micit kakinya dia tersenyum sendiri mengenangkan insiden lucu tika melakukan tugasan yang diberi pensyarahnya dr. Nordin yang tegas tapi berwajah manis itu.
Seorang wanita sebaya emaknya kelihatan kalut dan gelabah sekali tika dia dan temannya menghampiri gerainya.
"Tolonglah cik...janganlah roboh gerai saya...saya baru saja buat gerai ni nak berniaga. Saya orang susah cik...anak-anak ramai yang nak disara..."
Dia dan kawannya berbalas pandangan. Tersenyum pula.
"Kenapa kak...jangan risau...kami ni bukannya pegawai DEWAN BANDARAYA yang datang nak meroboh gerai kak. Kami ni daripada UPM Serdang buat kajiselidik sikit tentang alam sekitar kat kawasan pinggir bandaraya ni. Dah penat berjalan menemuramah orang tekak pun rasa kering...itu yang kami berdua singgah kat gerai akak ni..."
"Begituke...kak ingatkan awak semua orang-orang DEWAN BANDARAYA tadi...hati dah tak sedap. bimbang saja gerai kak kena roboh..."
"Kenapa kak risau sangat dengan orang-orang DEWAN BANDARAYA...kak tak ambil lesen berniaga kat sini kot?"
"Kita nak berniaga mestilah mohon lesen berniaga kan. Dah banyak kali dipohon...tak adapun jawapannya...banyak sungguh kerenahnya..Kita ni nak cari rezeki halal...nak hidup. Bukannya nak mencuri...itupun jadi masalah..." Wanita itu melepaskan rungutan tentang tidak kesetabilan hidup yang melengkunginya kini...
Sunday 9 October 2011
Dia memandu perlahan. Melepasi stesyen bas, Pejabat Pos, Talikom dan akhirnya berhenti di lampu isyarat yang merah sebelum bergerak setelah lampu itu bertukar hijau. Wira ungu kelabu itu membelok pula ke jalan yang menghala ke kampungnya dan beberapa kampung felda yang lain.
Hujan merembas renyai dan angin berhembus halus menyentuhi wajahnya. Dingin. Daun-daun hijau kemilau jernih disinari caha mentari yang cerah kembali. Tadi situasi alamnya redup saja.
Suara Raihan merdu bernasyid beralun daripada keset keretanya.
Kini sudah berada di beranda rumahnya menikmati flora indah alam yang menyegarkan sambil memicit-micit kakinya yang terasa lenguh kepenatan. Betisnya terasa sengal sekali.

Friday 7 October 2011
Kapal yang bocor
Kapal itu telah meninggalkan pelabuhan
sarat muatannya berat bebanannya
kadang melinglung dipukul ombak ganas
kadang tersasar laluan dihempas badai
Namun terus belayar dengan sabar
meredah situasi demi situasi
tanpa mengira nasib diri
Di tengah lautan pelayarannya terhenti
segara luas nan tidak bertepi
tidak gagah lagi direnangi
Dan
tiada yang menangisi nasib dirinya
mahu berpayah membaiki kebocorannya
Kini sendirian bermain gelombang
bertemankan camar yang singgah di tiangnya
yang pasti bakal tenggelam
ke dasar lautan perlahan-lahan
untuk menjadi tukun ikan ikan

Tuesday 4 October 2011
Dah lama rasanya tak bercuti. Sesekali dapat cuti seronok juga. Terlepas sekejap daripada kefardhuan. Boleh berehat panjang. Asyik baring saja. Bermain-main dengan hp pun boring juga, tu. Apalagi nak dibuat.
Pabila dah tua minat menonton TV pun dah kurang. Suara nyanyian artis-artis tidak lagi merdu mempesona. Drama/cerekarama TV tengok pun mengantuk.
Itu baru keseronokan mata dan telinga yang beransur-ansur hilang. Belum lagi bab selera. Rezeki melimpah-ruah tapi selera makan pula tidak ada. Jikalau ada keinginan hendak makanpun tidak boleh sebarang. Mesti berfikir banyak kali sebelum menyuapnya ke mulut..
Bimbang akan makanan itu jenisnya boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan hipertensi
atau lain-lain penyakit kronik yang menyerang dalam diam.
Setiap hari langkah yang diatur semakin lemah dan goyah. Akhirnya terhenti sendiri....

Monday 3 October 2011
Sunday 2 October 2011
Secebis kisah 4
Hujan....hujan...hujan...
Musim tengkujuh sudah memasuki fasanya. Mengulangi rentak serupa saban tahun. Justeru hujan pun akan menghujani kawasan-kawasan yang tertakluk kepada perubahan cuaca alam.
"Kalau hujan ni berterusan lebat selama 2 jam pasti akan banjir kawasan kita..." Jiranku Idah bersuara gusar.
" Ialah kak Idah. Lagipun sungai kecik kat belakang rumah kita ni nampaknya dah dipenuhi tebing yang runtuh dan dah semakin cetek. Macamana air nak lalu. .." Sela Imah jiranku terdekat. Menambahkan fakta yang merisaukan kedua-duanya.
"Nampaknya setiap tahun kita akan menghadapi masalah serupa. Terpaksa menyapu selut dan mengemas perabot. Penat ooo...tambah kita ni dah tua...kudrat pun tak seberapa...."
"Orang yang penting tu bila kita kena banjir barulah sibuk nak mendalamkan sungai. Dah tu habis pokok pokok yang kita tanam dikorek dan dihumban sesuka hati pemandu bulldozer tu. Kononnya rizab sungai. Rizab sungai kemenda batu pancang sempadan kan ada. Tak nampak ke...main korek ikut suka dia je..." Kak Idah melepaskan kekesalannya.
"Tak patut tu. Setiap tahun kita yang bayar cukai tanah. Cukai dibayar sedangkan tanah kita sudah jadi rizab sungai."
"Tahun ni kalau banjir lagi tentu orang penting tu suruh korek lagi sungai tu. Korek...korek...korek....sudahnya
sungai tu melebar sampai ke tepi rumah kita..."
"Sepatutnya ada seseorang yang ditugaskan menjaga sungai kita ni. Memerhatikan keadaannya. Jangan biarkan semak samun yang menghalang laluan air atau bina batu-batu penghadang yang dibuat macam kat sungai gombak tu..."
Begitulah rungutan para suri rumah yang sentiasa terdengar seiring dengan hujan lebat yang turun di kampungku. Tetapi jeritan dan rungutan suri suri yang keletihan mengurusi tamu yang berkunjung setiapkali musimnya tiada siapa yang peduli. Kecuali gangguan itu menimpa orang orang kota. Maka banyaklah terowong terowong SMART yang dibina.

Subscribe to:
Posts (Atom)
MyBloglist
-
-
Hatyai, Thailand: Bee Garden - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Bersambung dari SINI. perjalanan kami dari imigresen Thailand ke bandar Hatyai mengambil masa kira-kira sejam. Alhamduli...7 hours ago
-
Kiriman Hadiah Untuk Top Komentator Mac 2022 - Januari 2024 Amie's Little Kitchen - Bismillahirrahmanirrahim. Masih ingat tak lagi entri *TOP KOMENTATOR MAC 2022 - JANUARI 2024 AMIE'S LITTLE KITCHEN?* Malam tadi baru dapat alamat lengkap ...7 hours ago
-
GREENHOUSE MAKNGAH - Assalamualaikum semua, Balik kampung aritu sangat cemburu dengan greenhouse atau rumah hijau adik aku si Makngah tu. Seronok bercucuk tanam kat kampung ...9 hours ago
-
Resepi sambal terung - Dalam bulan Ramadan Mubarak nih, rasanya kak ana akan share resepi masakan yang kak ana masak untuk keluarga waktu berbuka atau sahur. Ada dua tiga lagi e...21 hours ago
-
Realiti PIBG di sebahagian besar sekolah di Malaysia - Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) merupakan badan yang memainkan peranan penting dalam sekolah. Peranannya termasuk menyokong pengurusan sekolah, meliba...1 day ago
-
ZAKAT FITRAH MESTI TUNAIKAN - *ZAKAT FITRAH MESTI TUNAIKAN | *Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. KALAU SOLAT TARAWIH hanya dilakukan ketika...1 day ago
-
Ramadhan Kareem 1446H - بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمSalam Ramadhan untuk semua. Allhamdulillah tup tap tup tap dah masuk Ramdhan yang ke 5. Cepat sungguh masa berlalu. ...3 days ago
-
Ya Allah, Atas TakdirMu, Mereka Dipersatukan. Kami Merestui Pasangan Bahagia Ini. - Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Detik anak kami menyarungkan cincin ke jari manis seusai lafaz nikah dan taklik. Bertemu lagi di udara maya, syukur ...3 days ago
-
Festival Raya Choii X Bulan Bintang Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan *pelancara...4 days ago
-
WW 556 : Durian Dah Berbunga - Salam bertani Durian kampung Durian musang king Durian D2 Durian kim hong Durian ioi Durian duri hitam Durian kim hong Durian ioi Salam be...5 days ago
-
Salam Ramadan 2024 - Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya1 week ago
-
Hukum Menjemput Bukan Islam Berbuka Puasa - Semalam pejabat sebelah ada buat juadah bawaan (*potluck)* dijemputnya kami yang sedang siapkan rakaman sempena Aidilfitri. Antara menu yang dihidangkan ad...1 week ago
-
Recap for reading 2024 - 1. She and her cat 2. A robot in the garden 3. You've reached Sam 4. Haley and Bix: Best friend no matter what1 week ago
-
Majlis Perkahwinan Muaimin dan Farah - Assalamualaikum, 2hb March yang lalu kita orang geng Ulat buku telah menghadiri majlis perkahwinan anak Anim. Kiranya ini pertama kali Anim dapat men...2 weeks ago
-
Lagu 'Hasrat' Amir Jahari mengimbau memori menonton Imaginur - *Janji dengan I...* *Janji Apa?* *Ingat I...* First of all, tahniah Amir Jahari atas kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke 38 menerusi lagu 'Hasrat'. ...2 weeks ago
-
Sculpting Style: Stylish Ways to Combine Your Best Shapewear - *Sculpting Style: Stylish Ways to Combine Your Best Shapewear* Are you sick and bored with the same old shapewear? In our most recent article on learnin...2 weeks ago
-
Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Salam Jumaat - Bacaan Yasin Mingguan. *Salam Jumaat Mrs.A ucapkan buat readers my ...2 weeks ago
-
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan - *Soalan:* Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan. *Jawapan: * Hukum bagi wani...2 weeks ago
-
Masisseoyo K-Fried Chicken dari Marrybrown memang Masisseoyo! - Salam semua! 🙋🏻♀️✨ Hari tu cheq dah cuba pekena Marrybrown punya *K-chicken wrap* edisi Masisseoyo, petang kelmarin cheq *try* dia punya Masisseoyo *K...5 weeks ago
-
Hadis 6: Dua Golongan Diseksa di kubur - عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَعْضِ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَان...1 month ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*1 month ago
-
Kalau sudah tertulis milik kita, tiada siapa mampu halang,Allah akan permudahkan - Assalamualaikum Di dalam labirin kehidupan yang kompleks dan penuh cabaran, sering kali jiwa kita merayap dalam ketidakpastian dan kegelapan. Namun, ...1 month ago
-
Doa Mendapat Anak Soleh Solehah Hafaz Al-Quran Dan Selawat Mudah Bersalin - Assalamualaikum wbt, Impian semua ibu bapa di dunia ini yang berimpikan mempunyai anak-anak yang soleh solehah serta menjadi penghafaz Al-Quran. Tulisan ka...2 months ago
-
Kelebihan Penstriman Langsung Dalam Pemasaran Marketplace - Assalamualaikum. Penstriman langsung atau live streaming kini sudah menjadi trend pemasaran marketplace yang semakin berkembang pesat! Bagi rakan usahawa...2 months ago
-
Kedai Komputer Terbaik di Petaling Jaya - Adakah anda sedang mencari kedai komputer yang terbaik di Petaling Jaya? Sebaiknya anda mencari *kedai komputer* yang boleh dipercayai untuk *membaiki k...3 months ago
-
Cepatnya Masa Berlalu - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz...Harap semuanya dalam keadaan sihat..Tak berasa hampir 4 bulan tak update blog.. heheTerla...4 months ago
-
BILA ANAKMU BERTANYA TENTANG PALESTIN - Assalamualaikum sahabat blog ku sayang🥰 Semoga kita berada dalam rahmat Allah SWT😍 Rindu kenangan solat di Masjidil Aqsa Palestin pd tahun 2019, dah 5 t...5 months ago
-
#JMBELOG: SUMBER - Portal Semakan *TriviaMY - Portal Kerjaya dan Info Bantuan Kerajaan* *JAWATAN KERJA - Semua maklumat tentang kerjaya* *Blog Rojak - Portal Informasi Mal...5 months ago
-
JELI PENYEJUK BADAN - Sejak akhir2 ini, cuaca sekejap panas terik, sekejap hujan lebat, buatkan badan kita semua tak selesa. Dalam cuaca terang benderang tetiba huja...5 months ago
-
Akhirnya Kalah Dan Mengalah... - Beginilah...di usia meniti senja... pergerakkannya makin kerap terganggu. Ada saja sebabnya untuk mengalah dan rebah... Seperti yang pernah mak catat di bl...6 months ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...7 months ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...8 months ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...8 months ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...10 months ago
-
PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON - Assalamualaikum and Hi! Untuk entry yang lepas, aku dah tulis tentang buffet Ramadan di AnCasa Residences kan? So, untuk entry ini aku akan tulis ten...1 year ago
-
Perubahan dunia blogging? - Salam. Sudah lebih kurang setengah bulan saya balik ke dunia blogging ni; blogwalking setiap hari sehingga post pertama Tahun Baru 2023 tiga hari lalu. ...1 year ago
-
-
Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak? - Assalamualaikum semua sahabat alam maya 💖 View dalam flight dalam perjalanan balik kampung on Nov 2022 - Tengok Air Asia ingat JM okey hehe Ya Allah!...1 year ago
-
Bubur Lambuk....Jom buat... - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Bubur Lambuk....bulan ramadhan pasti insyaAllah akan ada saja bubur lambuk yang dijual mahupun dibuat edaran kep...1 year ago
-
Tamat - Assalammualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pn.Komsiah. Pada 1 November 2021, Pn.Komsiah telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.36 malam. Jena...2 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...2 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...2 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...2 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...2 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...2 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...2 years ago
-
Bukit Intan, Trolak Timur, Perak - Bukit Intan, Trolak Timur. Mendaki : 45 minit. Kesusahan pendakian : Easy hiking. Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwar...3 years ago
-
JANGAN BERSEDIH - SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺 . Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasa...3 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...3 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...3 years ago
-
-
BubbleBee Bangi - Assalamualaikum, salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu. Sepanjang PKP lep...3 years ago
-
PICKUP KL/SELANGOR MURAH - Hi Assalamualaikum Guys. Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni. ...3 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...4 years ago
-
Sepi. Sedih. Kehilangan - Assalamualaikum. Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklum...4 years ago
-
Bina Homestay Chalet Kontena - Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak *bina Homestay atau Chalet Kontena* ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi ...5 years ago
-
Percutian Di Swiss Garden Beach Resort - Swiss Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Beserah, lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kuantan. Sesuai amat untuk membawa anak-anak kecil b...5 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...5 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...5 years ago
-
mencuba untuk kembali - ASSALAMUALAIKUM PINJAM 3MINIT UTK BACA NI 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah ...5 years ago
-
Review Filem Pulang - Assalamualaikum. Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti ...5 years ago
-
Meniti Suratan - *Terciptanya wanita dimuka bumi ini bukan untuk disakiti fizikal atau hatinya. Ia diutuskan untuk saling melengkapi, saling menyempurnakan dan saling memb...6 years ago
-
Booth di Subang Parade - Assalamualaikum kawan2 semua. Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex ...6 years ago
-
Tahun 2017 Yang Tragis - *Tahun 2017 Yang Tragis* | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina yang ...6 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...6 years ago
-
Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong - Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dal...6 years ago
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H - Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak rentetan y...6 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...7 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...8 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...8 years ago