Tuesday, 29 May 2012
MEKAR SEBELUM LAYU
Saturday, 26 May 2012
SELIRATAN CINTA BAB 8/2
“Tidak untuk
ketika ini. Tetapi di masa depan jika awak masih yakin berpegang dengan janji
Melayu itu nampaknya terlepaslah peluang untuk meraih keuntungan bersama
syarikat ini yang berpegang pada motto ‘cepat dan tepat pasti jaya’.”
‘Seakan motto PDRM pula (Polis
Diraja Malaysia)’ getus hati Sarina.
Dirasakannya
khutbah yang diberi produser drama yang masih muda dan baru berkahwin itu
laksana seorang motivator yang memberi ceramah motivasi kepadanya.
Membosankan. Memeningkan kepalanya yang malas untuk mentafsir dan
menghazam maksud baiknya. Tetapi demi menjaga periuk nasinya terpaksa
ditebalkan juga cupingnya untuk menerima ocehan yang tidak memenuhi seleranya
itu.
“Mana dokumen kontrak tawaran
berlakon drama untuk kedua-dua artis ni? Sarina dan Anita ni ada appointment dengan wartawan majalah
hiburan pula selepas ni.” Rosli menerjah tanya kepada gadis pembantunya.
Seorang PRO (Pegawai Perhubungan Awam) syarikat yang tugasnya khusus
kepada tanggung-jawabnya menjaga kepentingan dramatis-dramatis yang telah
diberi kontrak tawaran berlakon.
Orangnya tampak elegan dan sofistikated perawakannya. Haslinda. Dia
meninjau pandang ke mana-mana. Mencari-cari sesaorang lagaknya.
“Kemana pula si Lela ni?” gadis itu
tercari-cari sekretari Encik. Rosli.
“Lela…”jeritnya. Tiada sahutan
balasnya. Sepi.
“Biar saya tengok samaada dia ada di
luar,” Anita menawarkan jasa baiknya untuk meninjau keberadaan Lela. Barangkali
Lela sedang menyiapkan sesuatu yang belum beres tentang dokumen perjanjian itu.
Kerana di dalam perjalanannya memasuki bilik Encik Rosli sebentar tadi, dia
melihat Lela sedang tekun mengadap skrin komputer.
Sebenarnya Anita tidak
gemarkan cara Haslinda yang meninggikan suaranya memanggil sesaorang dan
berharap orang itu akan membalas panggilan dengan cepat tetapi malas bergerak
dengan pantas untuk mencari dan mengambil tahu sebab-musabab akan
kelambatannnya. Apalah guna membuang masa setakat memeritkan tekak
terjerit-jerit begitu.
Benar sekali dugaan Anita, Nurlaila
ditemuinya sedang mencetak terma perjanjian di kertas terakhir yang sudah
disusun rapi di dalam beberapa buah fail. Tertera nama Sarina pada fail yang
sedang dipegangnya di bahagian atas. Fail yang di bawahnya tentulah tertera
namanya. Dia mengagak saja.
Nurlaila sudah bangun dari duduknya yang lama. Menegakan tubuhnya
dan mengibas-ngibas ponggongnya. Merapikan semula susun-letak pakaian di
tubuhnya.
“Cepat sikit Lela, Encik Rosli dah
sibuk cari kau tu.” Nurlaila terkocoh-kocoh mengemasi dokumen yang akan
dibawanya masuk ke bilik pejabat ketuanya.
“Gitulah Nita, Encik Rosli tu semua
kerja dia nak cepat menepati masa tetapi masa yang cukup tidak diberi untuk aku
siapkan kerja ni. Apapun beritahulah awal-awal, ni tidak, hari ni nak sain
perjanjian, pagi tadi bila aku masuk opis dia suruh aku siapkan semua
dokumennya. Kelam-kabut aku nak buat. Mujur juga dokumennya memang tersimpan
dalam folder computer dan tidak banyak yang perlu diubah, tapi penatlah juga.”
Anita turut kasihan menatap wajah layu yang keletihan kerana mindanya terdera itu.
Kadang-kadang kita inginkan orang
lain memenuhi nilai-nilai norma yang kita amalkan tetapi kita lupa di satu sisi
orang lain itu tidak berupaya hendak mengikut rentaknya. Di sini telah berlaku
salah tanggapan penerimaan, menurut Anita.
“Awak ke mana ni Lela?” Tanya
Haslinda gusar. Lela melepaskan senyuman yang dipaksa bermain di bibirnya.
‘Lebih sudu dari kuah lah pulak dia ni…bos tak berbunyi pun. Dia pula yang
sibuk.’ Getus hatinya mengeram haba.
“Tak ke mana. Di luar tu saja.
Siapkan semua dokumen yang perlu ni.” Balasnya hambar. Di letakannya timbunan
surat-surat yang perlu di tandangani kedua-dua artis drama itu untuk
mengesahkan kedua-duanya menerima tawarannya dan tertakluk pula kepada beberapa
syarat tertentu yang mesti dipatuhi.
“Sarina dan Anita boleh turunkan
tanda tangan pada ruangannya.” Tukas Encik Rosli. Johan menghulurkan pen yang
di ambil dari kocek bajunya kepada Anita. Dokumen itu telah disemak terlebih
dahulu sebelum dia menurunkan tanda tangannya. Dia meneliti setiap syarat yang terkandung
di dalamnya. Setelah berpuas hati baru dia menandatanganinya.
Giliran Sarina pula untuk tugasan
yang serupa. Cepat dan pantas. Yakin amat. Gurisan tanda tangan terus tercoret
tanpa sebarang kerja kaji yang sepatutnya.
Selesailah acara itu. Bersalaman
pula secara formalnya. Menurut kebiasaan yang dilakukan setelah sesuatu urusan
itu dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Tidak ada sebarang
bantahan yang berbangkit.
Tuesday, 22 May 2012
MUSANG BERJANGGUT VERSI BARU...HAA...?
"Kenapa kau tak jadi kahwin dengan dia? Pelik juga alih-alih kawan baik kau pula yang ganti tempat kau..."
"Saja...maknanya tak ada jodohlah tu..."
"Mana boleh saja-saja...bukankah kau dah plan elok-elok nak kahwin...siap bawa dia dan maknya pergi dating lagi..top...top..kawan yang kau selalu bawa bertandang ke rumah dia pula yang dikahwininya. Mesti ada sesuatu yang tak kena ni.....cer cite sikit..."
"Mak ayah dia memang setuju aku dengan anaknya tu...cuma aku minta tangguh masa nak masuk minang sebab nak kumpul duit dulu. Aku kan cuma kerja bawa lori je ...bukannya kayaraya atau anak orang kaya..."
"Mak ayahnya tentu tak setuju sebab itu dikahwinkannya anaknya dengan kawan kau kan..."
"Bukan begitu....rupanya kawan aku pun suka dengan dia...jadi dia reka cerita yang dia ni anak raja yang menyamar, datang ke sini nak menyiasat sebuah perbadanan kerajaan di sini..."
"Gitu pulok...bukankah kau kata kawan kau tu anak sinun yang sekampung dgn kau...?"
"Entahlah...aku pun tak faham...tiba-tiba boleh bertukar jadi musang berjanggut pulak..."
"Dan mak ayah dia pun teruja nak bermenantu waris raja, kau ditolaknya..."
"Hmmm......"

Wednesday, 16 May 2012
JUTAWAN-JUTAWAN SENYAP.FELDA....
Anda sering ditanya apakah cita-cita yang hendak dicapai tika dewasa kelak. Kita pun mendengar jawapan-jawapan yang klise seperti, "Aku nak jadi guru...kau?" "Aku nak jadi polis...kau?" "Aku nak jadi jururawat.."
"Dan kau...diam saja...apa cita-citanya?"
"Aku nak jadi jutawan..."jawabnya selamba. Tapi aku yang terpana. Tinggi amat cita-cita yang hendak digappainya. Namun tidak mustahil mampu diraih jika disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesemua kawan-kawanku berjaya mencapai cita-cita mereka yang disemat di hati sejak kecil. Dan kawanku yang ingin jadi jutawan itu telah tergolong di kalangan jutawan-jutawan senyap di felda.
Felda telah membuka dan memajukan 360 tanah rancangan felda dan 112635 peserta yang menyertainya sebagai peneroka.
Jikalau setiap kampung felda memiliki 10 orang saja tahap jutawan senyap; kiralah pula jumlah keseluruhannya. Felda LBJ dan Sg. Buaya kesemua penerokany adalah jutawan-jutawan kerana tanah mereka diambil kerajaan untuk pembangunan negara.
Tandanya kejayaan felda dan peneroka memajukan hutan belantara terbukti jelas. Tidak perlulah hendak mempertikaikan kemantapan kewangan felda yang memberi durian runtuh 15k kepada peneroka-penerokanya.

Saturday, 12 May 2012
SELIRATAN CINTA...bab 8
Anita dan Sarina bergegas memasuki sebuah pejabat produser yang
aktif menerbitkan drama-drama untuk siaran TV. Kedua-duanya adalah dramatis
yang sering membintangi drama-drama dari syarikat ini ataupun yang dikeluarkan
syarikat yang lain.
Tetapi kedua-dua dramatis ini sangat selesa jika ditawarkan untuk
berlakon drama terbitan Encik Rosli dari syarikat Drama Kita. Syarikat ini
dirasakan memberi bayaran yang setimpal dan sentiasa menunaikannya mengikut
waktu yang dijanjikan. Kebajikan dan kesusahan artis-artis yang terlibat dengan
produksi ini juga diperhati.
“Hai Nita…Sarina... dah sampai pun.” Rosli menyambut kehadiran
kedua-dua gadis itu dengan senyuman.
“Mestilah kena tiba tepat menepati waktu Encik Rosli. Janjinya
hendak tandangani surat
perjanjian kontrak berlakun pada pukul 9.00 pagi. Saya harap saya dan Sarina
tidak terlambat.” Dia mengerling Sarina yang amat payah hendak dikejutkan dari
tidurnya di awal pagi walau disengguh
tubuhnya beberapa kali sehingga terpaksa dibasahkan mukanya dengan tuala
berair.
Mengenang insiden itu dia tersenyum sendiri. Sarina yang
terjerit-jerit terpekik terlolong marahkan dirinya kerana menekap mukanya
dengan tuala yang basah dingin. Menyebabkannya bingkas bangun dari katil dan
mengejar pelakunya. Ditumbuknya bahu Anita sedang Anita cuma terkekeh-kekeh
tertawa.
“Nita ni Encik Rosli, semuanya hendak cepat dan tepat masanya.
Hingga saya ni yang jadi mangsa kerana hendak pastikan betul prinsip yang
dipegangnya.”
“Kenapa?” Tanya Johan yang hanya berdiam dan memandang saja sejak
tadi.
Sarina merasa serba-salah pula hendak menceritakan apa yang
dialaminya sebentar tadi. Dia bimbang persepsi produser dan pengarah drama
terhadapnya akan merudum prestasinya lantaran cerita yang tidak memihak
kepadanya itu.
“Kita nikan artis Melayu Malaysia . Orang Melayu sangat
berpegang dengan janji Melayunya. Kalau janji nak jumpa pukul 9.00, jawabnya
pukul 9.30 atau tidak pun lewat sikit pukul 10.00.” Sarina tersengih dengan
hujah yang dipertahankannya.
Rosli dan Johan saling
berbalas senyuman. Anita pula yang mengetap bibirnya kegeraman. ‘Kalaulah kita
ni bodoh, jangan ditunjukan kebodohan kita tu pada orang lain Sarina oii.
Simpan saja kebodohan tu dalam batu jemala di atas kepala tu..’getus hatinya
dalam diam. Dia tidak suka sesiapa pun mentertawakan temannya itu kerana sikap
ambil mudahnya.
“Itu Melayu dulu Sarina. Melayu zaman purba. Melayu kini mesti
pantas dan menepati waktu, seiring dengan perubahan masa. Jika tidak kita akan
tertinggal jauh di belakang dan berada di takuk lama. Hidup ini tidak statik
Sarina, sentiasa berubah. Awak pun jika masih dengan mentaliti ‘janji melayu’,
saya tidak akan ragu-ragu untuk menggugurkan nama awak dari senarai dramatis
yang akan berlakon drama ini.” Jawapan produser drama itu sangat mengejutkan
Sarina. Terpana seketika.
Wajah teman yang dijelingnya tersengih kepadanya. ‘Rasakan kau, kan aku dah cakap tadi.’
Dia kalut dan menggelabah. Warna wajahnya yang ceria sebentar tadi kesuraman.
“Tapi saya menepati waktu kan
Encik Rosli. Maknanya keputusan Encik Rosli itu
tidak akan
menjurus kepada saya.” Ujarnya mulai risau tidak menentu.
Monday, 7 May 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)