Friday, 21 August 2020

BULETIN GEMA KARYAWAN Pk

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA

Buletin GEMA Vol. 12, Edisi 1/2020 Januari - Jun 2020 boleh dibaca dalam talian atau dimuat turun.

https://drive.google.com/


SIFU TABIR ALAM SELAKU EDITOR BULETIN GEMA KARYAWAN Pk MENYIARKAN PELBAGAI AKTIVITI PENULIS YANG MENJADI AHLI BADAN PENULISAN INI...PI TENTULAH TIDAK MAMPU BERGIAT CERGAS DALAM APA SAJA PENGANJURAN ACARA APAPUN PERSATUAN PENULIS INI...SEKADAR BERPUAS HATI SESEKALI  DAPAT MENYERTAKAN KARYA DALAM BULETIN COMEL INI SUDAH MEMADAI.


SEMUA PIC KIRIMAN SAHABAT PENULIS YAHTI HAYATI...TERIMA KASIH TI



ANTARA BEBERAPA KARYA SAHABAT PENULIS TURUT MENGISI RUANG SANGGAR PUISI BULETIN GEMA KARYAWAN Pk.
1. SRI MAWAR
2. TABIR ALAM
3. NOR AZIZAH IDRIS/NORAIS
4.ZURAIDA DEWI
5. YAHTI HAYATI
6. SITI ZAITON AHMAD
7. PARIDAH ISHAK
8. MASS ONN
9. IJAMALA

DAN BEBERAPA PUISI LAGI KARYA SAHABAT PENULIS KARYAWAN Pk.


TURUT DISIARKAN DI SINI JUGA PANTUN-PANTUN YANG SERING KE UDARA DI RADIO KLASIK KARYA MEREKA.

ANTARANYA:
SRI MAWAR
YAHTI HAYATI
SANIAH MASRI
TABIR ALAM
ZURAIDAH DEWI
PARIDAH ISHAK

TAHNIAH SEMUA PENGKARYA GEMA KARYAWAN Pk.
TAHNIAH SIFU TABIR ALAM DAN TERIMA KASIH.

Thursday, 20 August 2020

SALAM MAAL HIJRAH

 ASSALANUALAIKUM

                                                                                   PIC GOOGLE IMAGES (C)

SALAM AWAL MUHARAM 1442


SALAM MAAL HIJRAH
S-edih tinggalkan kenangan semalam
A-ndai terdaya menghentikan detak waktu
L-ewatnya pasti tertunda
A-nggapan apa pun tidak memungkinkan
M-asih jua jarum sejarah beredar
M-elintas lalu menuju hari esok
A-wal Muharam moga cerlang sinar suria pagi
A-sa dipahat pada sulbi agar segera aturkan
L-angkah hijrah tinggalkan kemungkaran
H-indarkan kemaksiatan mengasyikan
I-nsan berhati ihsan mulia jadikan idola
J-alan lurus sebenar lalui
R-asai nikmat bahagia syurgaloka
A-nugerah-Nya kepada hamba kerdil berdosa
H-anya setelah hjrah bertaubat nasuha tertunai

PARIDAH ISHAK 
DMS
01/01/1442

Wednesday, 19 August 2020

SAHABAT BARU KARYAKU

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM UKHUWAH


SAHABAT BLOGGER KARYAKU BERTAMBAH JUMLAHNYA MUTAKHIR INI  ALHAMDULILLAH... SELAMAT DATANG ADIK-ADIK DAN ANAK-ANAK SEMUA KE LAMAN KARYAKU YANG SEADANYA CUMA INI...TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGHULUR SALAM PERSAHABATAN...SEMOGA ENTRY KARYAKU BERMANFAAT DITELUSURI  DAN AKAN SALING KUNJUNG ZIARAH MENGERAT UKHUWAH...SENANTIASA DIRAHMATI ALLAH SIHAT SEJAHTERA DALAM PERLINDUNGAN-NYA SUKSESS DUNIA AKHIRAT.

SEKIRANYA INGIN BERKENAL RAPAT SAHABAT-SAHABAT INI BOLEH KLIK PIC TERTERA KAT SIDEBAR

potato chips

POTATO CHIPS

Atie Zieya

ATIE ZIEYA

nasa mulia

NASA MULIA

Mohd Safar Adim

MOHD SAFAR ADIM

didin tulus

DIDIN TULUS

Litah L

LITAH L

Nisha Nisrina

NISHA NISRINA

sheila arshad

SHIELA ARSHAD

Go West NN

GO WEST NN

Syaz Rahim

SYAZ RAHIM

Cikgu Bada

CIKGU BADA

Maksu Acha

MAKSU ACHA

mimbar kata

MIMBAR KATA

norhidana miswan

NORHIDANA MISWAN

Amar Razali

AMAR RAZALI

hendi didi

HENDI DIDI

Hanna Illy

HANNA LILI

Semut Senyum

SEMUT SENYUM

anakdenesor

ANAKDENESOR

Anisa Anuar

ANISSA ANUAR

Tedi InterpretZZ

TEDI INTEPERET ZZ


Tuesday, 18 August 2020

CINTA KASIH NABI MUHAMMAD SAW

 ASSALAMUALAIKUM



CINTA KASIH NABI MUHAMMAD SAW

 

Terbangnya gelam hinggap di dahan,

gelap sesumpah sewarna malam;

selawat dan salam Rasul pilihan,

rahmat-Nya limpah seluruh alam.

 

Lakunya  cermat tidak tergesa,

naskhah dijilid tidak sekerat;

Nabi Muhammad usia dewasa,

Khadijah Khuwailid jodoh tersurat.

 

Membara unggun di tepi huma,

rumpun kelubi dalam belukar;

wanita anggun kaya ternama

terpandang nabi cintanya mekar.

 

Tidak alogia mindanya buntu,

bosan melagang tikar digantung;

hidup bahagia saling membantu,

mengurus dagang membawa untung.

 

Terjun menjunam ke dalam lata,

terkejut kera terus berlari;

lahirlah enam cahaya mata,

dua putera empat puteri.

 

Buah pedada di dalam palong,

dibelah-belah dimakan jua;

Al-Qasim anakanda yang sulung,

susul Abdullah adinda kedua.

 

Terasa payah merawat sulbi,

ambil sekuntum bunga dimamah;

Zainab Ruqaiyah puteri nabi,

Ummi Khalthum juga Fatimah.

 

Enggang melayang ke kaki bukit,

mengutip saga untuk dimakan;

kasih dan sayang tidak sedikit

pada keluarga nabi zahirkan.


Monday, 17 August 2020

NUSA TERCINTA

 ASSALAMUALAIKUM


REZEKI SEMALAM BERGELOMBANG RASA BAHAGIA NIKMAT-NYA YANG TIDAK PERNAH PUTUS ALHAMDULILLAH...

TERIMA KASIH EDITOR MINGGUAN MALAYSIA SUDI SIARKAN SAJAK PI NUSA TERCINTA YANG SEADANYA SAJA ITU.

DIDOAKAN MINGGUAN MALAYSIA DIBAWAH PENGURUSAN BARU UTUSAN MALAYSIA TERUS MAJU JAYA SEBAGAI WADAH PEMIKIRAN RAKYAT DAN MENYEMARAKAN SENI SASTERA MEMBUDAYA JATI DIRI.


 

Sunday, 16 August 2020

WAWANCARA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMOGA CERIA MENITI HARI SAMBIL JALANI AKTIVITI YANG DI SUKAI.

BARU-BARU INI PI BERBUAL MESRA SECARA TULISAN VIA INBOX MESSENGGER BERSAMA ADMIN JOM SASTERA SDR. YATIM AHMAD BERKENAAN KETERLIBATAN PI DALAM ANTOLOGI PETALA GURINDAM SELENGGARAAN BELIAU...PI MENGENALI BELIAU SEORANG PENULIS YANG SERING MEMENANGI PELBAGAI ANUGERAH SASTERA....DAN MERUPAKAN MANTAN EDITOR KANAN AKHBAR NEW SABAH TIMES

NAMPAKNYA PI TERPAKSA ULANGI PENGALAMAN HIDUP PI KEPADA PENULIS INI DISAMPING MENJAWAB BEBERAPA SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BELIAU.

1. apa perasaan k parida memiliki 100 antologi

2. masih mahu terus buat buku, kenapa

3. puisi kak parida yang paling disukai oleh k parida, kenapa

4. bagimana kak parida mula menulis dan mengapa boleh ebrtahan hingga sekarang

5. apakah kak parida tak risau bahawa sastera mula dipinggirkan, kenapa

6. kak parida lebih suka tema apa, kenapa

 

 

Seen by Yatim Ahmad at 2:36 PM

Jawapan soalan 1

Alhamdulillah gembira sangat. Sekian lama menulis akhirnya berjaya hasilkan antologi pelbagai genre sastera.

 Jawapan soalan 2

Insyaa-Allah akan terus menulis buku jika ada daya dan kesempatan kerana hobi kak menulis dan membaca mengisi masa senggang.

Jawapan soalan 3

Kak suka puisi soneta LAGU JIWA yang pernah disiarkan NEW  SABAH TIMES sebab ianya garapan ketara luahan hati. Soneta puisi tradisi Inggeris yang indah.

Jawapan soalan 4

Kak mula menulis mulai 1976 tapi meninggalkannya setelah berkahwin dan terlibat dalam kemalangan jalan raya 1987 yang menyebabkan kelumpuhan separa, kembali aktif menulis via facebook mulai 2015 hingga kini. Dan selama itu dapat kumpulkan sejumlah lebih 100 antologi pelbagai genre dan sebuah novel dengan penerbit berbeza. Alhamdulillah.

Jawapan soalan 5.

Pada kak sastera tidak akan dipinggirkan kerana sastera itu budaya kehidupan yang tinggi nilainya dan saling bersangkutan pelbagai bidang ilmu. Terutama agama Islam, sains teknologi dll.

Jawapan soalan 6.


Saturday, 15 August 2020

NASI PENGANTIN DI PINGGAN RETAK

 ASSALAMUALAIKUM


GAMBAR SEKADAR HIASAN


NASI PENGANTIN DI PINGGAN RETAK
Barangkali begitulah kalau sudah jodoh. Walau apa pun yang hendak dilakukan tidak dapat lari daripada ketentuan-Nya. Dia merasa sangat berbahagia sekali kerana lelaki yang dicintainya itu kembali berulik dengannya. Walau dinikahkan secara tergesa-gesa kerana mengikut desakan lelaki pilihannya itu namun majlis meraikan perkahwinan mereka begitu meriah sekali diraikan rakan taulan, sahabat handai, jiran se kampung, saudara-mara dan kaum kerabat.
Malam perkahwinan yang sangat bersejarah baginya. Terutama insiden pahitnya. Sedaya upaya ingin dilupakannya walau hatinya merasa amat tersinggung dengan sikap suaminya yang menjuihkan hidangan pengantin yang disajikan di hadapannya.
Mungkin dia merasakan tidak layak seorang raja sehari dilayan sebegitu rupa dengan cuma se dulang hidangan nasi kenduri yang tidak ada kelainannya untuk tamu biasa. Wajahnya berubah. Tidak ada lagi senyum ceria di bibir suaminya. Dia juga turut terperanjat. Mengapa begini pula? Mana nasi pengantinnya?
Memanglah sebagai mempelai pada hari ini dia tidak boleh bertanya apapun tentang majlis yang akan dilakukan tapi masakan emaknya tidak memberitahu pengelola kenduri tentang penyediaan nasi pengantin untuknya dan suaminya. Keliru sungguh dia.
Lebih menyusahkan hatinya kerana suaminya tidak mengambil mudah tentang itu. Boleh jadi dia sangat berkecil hati kerana tidak diraikan selaku pengantin seperti sepatutnya.
Dan rentetan itu ujudlah persengketaan dan rungutan-rungutan yang menyiksa jiwanya
Apa yang diharapkannya majlisnya itu akan berjalan dengan lancar dan selesa. Nampaknya keselesaan telah terganggu. Suaminya itu menyuap nasi dengan tidak berselera. Seleranya juga hilang menyertai situasi. Terpandang pinggan nasi di depannya jantungnya berdegup kencang, Nasi pengantin diisi di dalam pinggan yang retak!
Dia tidaklah terlalu taksub dengan kepercayaan orang-orang lama namun firasatnya mengatakan itu adalah petanda yang tidak molek. Dia mulai menilik arah haluan perjalanan perkahwinannya yang bermula dengan tafsiran-tafsiran yang tidak diingininya.

Friday, 14 August 2020

SAYEMBARA PANTUN PTK

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA


PENERBIT BUKU TINTA KARYA MENGADAKAN SAYEMBARA PANTUN 4 RANGKAP DI GRUP WHATSAPP MEREKA...PI TAK AMBIL KISAH PUN..SEBAB MENAIP DI WHATSAPP MEMANG MASALAH BESAR KEPADA PI...LETIH MERENUNG HP CAP AYAM NAK MENAIPNYA...SEKALI PENULIS SHIDAH IDA MENGAJAK JUGA PI SERTAINYA...PI CUBALAH TAIP DAN POS...TIDAK SEMPURNA LANGSUNG KEJADIANNYA...PENULIS SANIAH MASRI MENOLONG PI MENGHANTAR SEMULA PANTUN TERSEBUT KE GRUP SETELAH MENAIPNYA DI PC...ALHAMDULILLAH ADMIN PTK MENERIMANYA.


SETELAH KEPUTUSAN DIUMUMKAN PI DAN PENULIS SHIDAH IDA MENDAPAT HADIAH SAGUHATI. 

TERIMA KASIH PENERBIT TINTA KARYA TUAN HJ MOHD NOH MOHAMED DAN SEMUA JURI TERLIBAT SUDI MENGADILI KARYA PANTUN PI DAN SEMUA SAHABAT PENULIS.

TERIMA KASIH SAHABAT PENULIS SANIAH MASRI RAJIN SEKALI MEMBANTU KESUSAHAN PENULIS YANG KURANG BERDAYA SERBA-SERBI INI.





MyBloglist