Wednesday, 17 July 2019

SANTUN KASIH...

ASSALAMUALAIKUM




SANTUN KASIH


Adik beradik saudara mara
jiran tetangga kawan sahabat
ukhuwah kasih erat dan mesra
kenali makna kaum kerabat


Bertanya khabar jauh dan dekat
mengambill tahu senang susahnya
terasa renggang segera ikat
agar hubungan kekal jalinnya

Bertolong bantu bahu membahu
masalah berat berubah ringan
tidak mengendah mengambil tahu
bersatu padu berpisah jangan

Ada masalah usaha rungkai
duduk berbincang bermesyuarat
kata diputus tidak pertikai
apa tersurat sama tersirat

Kasih dan sayang bersemi segar
bak puspa indah harum kasturi
tegaknya pohon  usah digegar
taman ukhuwah cantik berseri   

Tuesday, 16 July 2019

PANTANG LARANG...

ASSALAMUALAIKUM


PANTANG LARANG MASYARAKAT MALAYSIA
1.
PANTANG MAKAN KEPALA IKAN
Kepala ikan yang digoreng atau digulai teramatlah sedapnya jika dimakan bersama nasi. Ikan  goreng di piring sebentar saja sudah hilang kepalanya entah ke mana. Hanya  tinggal badan ikan saja. Begitu juga kalau kepala ikan yang digulai, sering menjadi tumpuan. Kesedapan  rasa ikan bahagian kepala yang ada  sedikit isi ramai yang menyukainya.
            Pesan emak PI kepada kami anak-anaknya, supaya tidak makan kepala ikan. Emak mengatakannya bahawa itu adalah pesanan tok nenek keturunan terdahulu.  Anak-anak yang masih sekolah kena pantang makan kepala ikan supaya otak tidak benak. Jadi mudah belajar dan cepat pandai.
            Maksud emak PI tentulah kalau makan kepala ikan akan menyebabkan fikiran menjadi bengap dan sukar mengingati ajaran guru. Jadi sudah  seharusnya dielakan daripada makan walau rasanya sedap menyelerakan.
            Kejayaan dalam pelajaran amatlah penting demi masa depan yang cemerlang. Bagi ibu bapa yang mementingkan kejayaan anak-anak, pesan sebegini diturunkan kepada waris-warisnya secara lisan.
            Sebenarnya tiada kaitan secara ilmiah bahawa makan kepala ikan mempengaruhi keaktifan minda berfikir dari sudut agama atau perubatan. Cuma semata pantang yang dipercayai. Tetapi tentu ada kebaikannya yang tersirat

Sunday, 14 July 2019

HAYYIN LAYYIN QARIB SAHL

ASSALAMUALAIKUM


" Maukah kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya tersentuh api neraka ? "
para sahabat berkata," Mau wahai Rasulullah"
Baginda menjawab," Yang haram tersentuh api neraka adalah orang yang Hayyin, layyin, Qarib,Sahl."
( HR At Tirmidzi dan ibnu Hiban )
1. Hayyin orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir maupun batin.tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.
2. Layyin
orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur kata atau bersikap.tidak kasar, tidak mengikuti hawa napsu, lemah lembut dan selalu mengikuti kebaikan untuk sesama manusia.
3. Qarib
akrab, ramah ketika di ajak bicara, menyenangkan bagi orang yang di ajak bicara dan murah senyum jika bertemu
4. Sahl
orang yang tidak mempersulit sesuatu.selalu ada cara untuk menyelesaikan setiap permasalahan.
Mudah-Mudahan kita semua termasuk golongan orang-orang yang di berkati dan di rahmati serta di kasihi Allah SWT di samping orang-orang yang kita sayangi Aamiin...

Friday, 12 July 2019

DENGAN DUIT....


ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


Duit boleh beli rumah.
Tapi takkan dapat beli kebahagian.
Duit boleh beli katil.
Tapi tidak dapat beli tidur yang lena.
Duit boleh beli jam.
Tapi tidak boleh beli masa
Duit boleh beli makanan.
Tapi tidak boleh beli selera.
Duit boleh beli ubat
Tapi tidak boleh membeli sihat.
Jangan fikir ada duit kita mampu mencapai segalanya. Semua ada batas-batasnya kecuali REZEKI DAN NIKMAT ALLAH.
Maka carilah ALLAH, nescaya DIA akan memberikan segala REZEKI dan NIKMAT.

Suzana.upahmenulis.com

Thursday, 11 July 2019

ULASAN BUKU DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA...

ASSALAMUALAIKUM



DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA
Genre : Biodata
Editor:
Rahman Shaari
Penyelenggara :
Norazimah Abu Bakar
Ladin Nuawi
Wanrazuhar
Wacana Minda
Usman Gumanti
Penerbit : PENYAIR Malaysia
Nombor ISBN : 978-967-14893-5-2 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 179
Pengulas : Paridah Ishak


DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA tidak saja menghimpunkan senarai  biodata100 penyair Malaysia malah turut  menyertakan biodata lebih rinci penggiat sastera yang mengagumkan dan sewajarnya dikenali.  
Mukaddimah pendahuluan buku ini oleh Tan Sri Dato’ Seri Hamad Kama Piah Che Othman penaung PENYAIR Malaysia. Kata Penghantar  pula oleh A Rahim Abdullah Presiden PENYAIR Malaysia dan  “Prakata oleh Dato’ Dr. Rahman Shaari.
            Telah dilancarkan sempena  KONPEN.(.KOVENSYEN PENYAIR DUNIA) yang berlangsung di Bachok Kelantan pada 21-22 july 018 dalam suasana meriah dengan pelbagai acara seni dan budaya yang dihadiri penyair di dalam dan luar negara juga penggiat-penggiat sastera tanah air.
            Dimulai dengan biodata Sasterawan Negara  yang dipapar detil dan lengkap..  Seramai 7 orang yang disenaraikan iaitu:
1.    1983: Dato’ Dr Usman Awang
2.    1985: datuk (Dr.) A. Samad Said
3.    1991: Prof Emritus Dr. Muhammad Haji Salleh
4.    2009: Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
5.    2011: Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
6.    2013: Datuk Baha Zain
7.    2015: Datuk Dr Zurinah Hasan
Menelusuri biodata Sasterawan Negara dalam pencapaian di arena kesusateraan dan kehidupan sebenar sangat menginspirasikan. Apalagi buat mereka yang mulai menaruh hati untuk berjinak-jinak dalam bidang ini.  Bukanlah mudah hendak berada teratas di kalangan Sasterawan Negara yang telah dinobat.ini. Tapi tidaklah mustahil mencapaiya sekiranya ada kesungguhan minat dan usaha sedari muda. lagi.
Membaca biodata setiap Sasterawan Negara pasti menyemarakan semangat untuk berkarya sebaiknya dalam bidang kepenyairan atau genre sastera lain yang diminati.
Kesemuanya bertolak dengan menghasilkan karya eceran yang disebar merata medium penulisan. Prolifik menghasilkan karya sastera tanpa jemu sehingga menjadi penulis mapan lagi disegani.
Turut disertakan juga adalah biodata penulis penulis yang menerima  ANUGERAH SEA WRITE 1979-2015. Anugerah ini menawarkan hadiah penulisan yang lumayan sebagai mengiktiraf karya penulis penulis yang terbabit di peringkat negara Asean..
PENERIMA ANUGERAH SEA WRITE 1979-2015
1.    A.Latif. Mohidin
2.    Siti Zainon Ismail
3.    Jihaty Abadi
4.    Amil Jaya
5.    Dharmawijaya
6.    A.Wahab. Ali
7.    Suhaimi Haji Muhammad
8.    Lim Swee Tin
9.    A Ghafar Ibrahim
10. Rahman Shaari
11. Zaen Kasturi
12. SM Zakir
13. Malim Ghozali PK
14. Zam Ismail
15. Jasni Matlani
Di bahagian akhirnya adalah senarai penyair-penyair yang menyertakan biodata diri masing-masing.  Nampaknya buku ini tidaklah menghimpunkan kesemua biodata penyair yang bergiat dalam kepenyairan Malaysia. Ramai lagi yang tidak tersenarai. Mungkin sebab tidak tahu tentang projek DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA yang diusahakan PENYAIR Malaysia ini.
Memetik Kata Penghantar oleh A.Rahim Abdullah Presiden PENYAIR Malaysia;
“Bagi penyair yang belum namanya termasuk dalam buku pertama ini, kami mohon kesabaran anda menunggu untuk pembaikan dan penerbitan yang lebih kemaskini . moga pengalaman pertama ini akan terus merangsangkan daya persona atau kemendirian kita sebagai insan kerdil yang ingin terbang ke langit biru, dalam meniupkan semangat kemanusiaan keseluruh  sarwajagat dan mampu melahirkan jatidiri penyair sebenar. “

PENYAIR MALAYSIA

1.    A  Aziz Deraman
2.    A Ghani Abdullah
3.    A Hamid Halim
4.    Adiwangsa Sukma
5.    Ahmad Razali
6.    Ahmad Sarju
7.    Animas Ar
8.    Asiah Sarji
9.    Aya Rohayah
10. Azizah Mds
11. Baharudin Sairi
12. Barupati Utamaju Baharum
13. Darma Mohamaf
14. Othman Yatim
15. Dil Froz Sayhals
16. Dayangku Mastura
17. Dr. Abham  TR
18. Gabriel Kimjuan
19. Ghazali Din
20. Hamzah Hamdani
21. Haryatie Abd. Rahman
22. Hipani Alwi
23. Ismail Hashim
24. Jaliha Binti Jaman @ Lya Zam
25. Juriyati Mat Jali
26. Kasajiza A.S
27. Kathrina Susana Tati
28. Ladin Nuawi
29. Lina Binti Mohd Lin
30. Maslina Binti Mahbu
31. Mahad A Bakar
32. Maulana Putera
33. Milyana Binti Arshad
34. Mohamad Rosli Bakir
35. Mohamad Saleeh Rahamad
36. Mustafa Siraj
37. Nazirah Muhammed
38. Nelson Dino
39. Noorlaila Ghafar
40. Nor Zaiton Hanafi
41. Noor Aisyah Maidin
42. Norazimah Hj. Abu Bakar
43. Norazmah Binti Zakaria
44. Nordin Hashim
45. Norgadis Labuan
46. Norhisham Mustafa
47. Norza
48. Paridah Ishak
49. Raja Abd.Rahman Bin Raja Basok
50. Raja Rajeswari Seetha Raman
51. Ramlah Abd. Rasid
52. Ramlee Bin Wahab
53. Razali Mohd Yussof
54. Rosita Ibrahim
55. Roslan Madun
56. Rozeline Vitalis
57. Saedon Ibrahim
58. Rusmimi Musa
59. Salmiah Ismail
60. Shamsudin Othman
61. Sharifah Hanura Eezwa Syed Akbar Ali
62. Syukri Abdullah
63. Siti Zaleha M Hashim
64. Solihin Osman
65. Sri Diah Shamsudin
66. Suzana Jumadil
67. Teratai Abadi
68. Tuan Siti Mustazameatun Binti Long Tuan Kecik
69. Usman Ibrahim
70. Wacana Minda
71. Wan Asyeah Wan Nawang
72. Wanrazuhar
73. Zaheera Ibrahim
74. Zaiton Haji Ajmain
75. Zaleena Ena
76. Zurhan B Bakar




Wednesday, 10 July 2019

BEBAS DARIPADA SUMPAHAN...

ASSALAMUALAIKUM


Alumni, Puan Mimi Zainuddin (kanan) memberitahu dalam komuniti penulis pada hari ini, hanya ada sedikit lagi buku Aku Tinggalkan Ibu di Bumi Anbiya. Buku kisah hidup mengenai ibu beliau yang dilancarkan dalam keluarga pada 1 Syawal.
Puan Mimi sudah bebas daripada sumpahan yang mengikat sekumpulan orang, angan-angan yang dibiarkan terus membebankan hati, membuatkan fikiran selalu teringat bilakah lagi pen akan mula mencatat kisah hidup.
Kemudian, penganjur, DNC Venture pula memberitahu tinggal empat lagi kerusi pendaftaran awal Seminar Menulis Kisah Hidup Ibu dan Anak yang berlangsung pada Sabtu, 27 Julai 2019. Insya-Allah.
Klik link untuk bonus alat kerja lain bernilai RM1,380 untuk saudara yang mendaftar awal.

Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup
Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup
Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

MyBloglist