Friday 25 December 2020

TAFSIR SURAH 98: AL BAYYINAH (BUKTI YANG NYATA)

ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA



 PERKONGSIAAN ILMU.

TAFSIR SURAH 98: AL BAYYINAH (BUKTI YANG NYATA)
MUKA SURAT: 598
(8 AYAT)
PENGENALAN:
Bayyinah itu ialah Wahyu (al Quran) dan Nabi Muhammad saw sebagai bukti yang nyata. Dakwa surah ini (isi penting) ialah celaan (jajrun) dan ancaman akhirat (takhwif ukhrawi). Allah SWT mencela kedegilan Musyrikin Mekah dan ahli-ahli kitab Yahudi serta Nasoro. Mereka membantah TAUHID dan kandungan kitab al Quran.
Ayat 1: Keingkaran orang-orang yang cintakan dunia. Orang-orang Musyrikin Mekah dan ahli-ahli kitab tidak akan meninggalkan amalan dan fahaman mereka. Selagi tidak sampai kebenaran kepada mereka. Tetapi apabila telah mendapat wahyu yang jelas (al Quran) mereka tetap degil dan dalam kekafiran. Mereka minta bukti mukjizat daripada Nabi Muhammad saw hanya alasan. Ahli-ahli kiatab Injil dan Taurat telah mengetahui kedatangan nabi akhir zaman.
Ayat 2: Allah SWT telah mengutus Nabi Muhammad saw. Baginda membacakan wahyu iaitu al AQuran. Mengandungi 114 surah yang sangat bernilai tersusun rapi. Memahaminya untuk membawa kita ke syurga yang kekal. Baginda tidak tahu membaca tetapi boleh membaca setelah mendapat wahyu daripada Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril. Malaikat Jibril bacakan kepada baginda sedikit demi sedikit selama 23 tahun.
Ayat 3: Dalam al Quran terdapat hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT. Undang-undang yang wajib ditaati. Surah-surah yang tinggi nilainya. Surah Panjang atau pendek, semua ada kelebihan- kelebihannya.
Ayat 4: Apabila telah sampai kebenaran kepada ahli-ahli kitab ada yang beriman dan ada yang ingkar. Sepatutnya mereka terima Nabi Muhammad saw, nabi akhir zaman. Sebagaimana yang telah disebut dalam kitab-kitab mereka Taurat dan Injil. Mereka degil, berpecah- belah kerana dengki.
Ayat 5: Dengan bukti-bukti yang nyata, mereka diperintahkan;
a. Menyembah Allah SWT dengan ikhlas. Menerima aqidah TAUHID.
b. Mentaati dan menuruti yang haq.
c. Mendirikan solat dan membayar zakat. Solat ibadah hubungan dengan Allah SWT. Zakat ibadah hubungan dengan manusia.
Ayat 6: Takhwif Ukhrawi (Ancaman Akhirat). Orang-orang Musyrikin Mekah, ahli-ahli kitab Israel (Yahudi) dan Nasoro (Kristian) seburuk-buruk makhluk. Balasan kepada mereka, neraka Jahannam kekal di dalamnya.
Ayat 7: Tabshir (Berita Gembira). Orang-orang yang beriman dan beramal soleh sebaik-baik makhluk. Iaitu imannya sempurna, akidah tauhid dan tidak melakukan syirik. Contoh iman tak sempurna: Percaya kepada Allah, dirikan solat tetapi dalam masa yang sama minta tolong kepada bomoh dan lain-lain. Amal soleh amalan ikut al Quran dan sunnah. Iaitu dalil sahih daripada amalan nabi dan sahabat.
Ayat 8: Mereka redha kepada Allah SWT kerana rasa takut kepada Allah. Rasa bahagia beriman kepada Allah SWT. Yakin dan tawakkal, walau tak nampak balasan. Mereka Bahagia di dunia dan di akhirat. Mereka mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Fitrah manusia suka air. Kelak di dalamnya. Motivasi daripada Allah SWT.
PENUTUP:
Manusia berbeza-beza dalam hati mereka.
Yang beriman – percaya kepada BAIYYINAH. Taat kepada Allah SWT.
Tidak beriman – ingkar kepada Allah SWT.

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    Kita umat yang beriman dan taat kepada Allah SWT

    ReplyDelete
  2. Marilah sama-sama kita tingkatkan tahap iman kita

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist