بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

Turn off for: Malay
Satu petua kepada yang mahu jadi ghostwriter untuk bos-bos.
Saya belajar dan adaptasi semula daripada seorang ghostwriter yang pagi minum kopi di warung dan duduk di kampung, tapi bak kata orang, "Pakai kain pelikat dan t-shirt. Orang tak kenal tapi masyuk."
Dia kirimkan kepada saya satu projek buku ghostwriter-nya, nipis sahaja.
Tak ada tulang buku pun.
Apa yang dia buat, dia usahakan satu buku berkaitan satu topik yang menjadi kemahiran orang itu.
Buku itu diedarkan dalam dewan untuk khalayak yang hadir pada program.
Kita boleh menawarkan diri untuk menulis bagi pihak dan tawarkan sahaja
Jika bos anda memang bagus dan dihormati, diam-diam pilih satu topik yang dapat dikaitkan dengan dia.
Inilah masa kita berlatih memilih dan menulis bahan yang relevan.
Tak perlu tebal.
Katakan bos kita ini memang ada ciri-ciri kepimpinan dan mengurus krisis yang bagus.
Kita pecahkan amalan dia menjadi bab-bab tertentu.
Cukup masa cetak satu dua sahaja. Sekarang kos cetak sembilan ringgit pun ada.
Beri pada dia.
Jika dia suka, jadikan dia 'word of mouth' pemasaran kita.
Kata pada dia,"Jika Tuan kenal mana-mana kawan Tuan yang berminat untuk diri sendirkah atau acarakah, saya pun ada usahakan tempahan kerja-kerja menulis begini."
Bos yang mahu bersara pun antara prospek yang mahu meninggalkan sesuatu untuk dikenang. Inilah sentimen mereka.
Ghostwriter belajar buka mulut dan mencuba.
Mahu belajar lagi? 
Kuasai sembilan perkara dengan klik di sini subscribepage.com/ghostwritermalaysia

Dahulu saya risau jika tawaran saya ditolak klien. Sekarang saya tak risau lagi apabila klien sendiri yang datang mencari saya untuk mendapatkan khidmat menulis saya.

Pengusaha Taska dan ghostwriter, Suhana Salleh


EMEL ZAMRI MOHAMAD

16 comments - "MENJADI GHOSTWRITTER KEPADA ORANG ATASAN...."

dear anies delete icon 5 October 2017 at 09:36

di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

paridah delete icon 5 October 2017 at 10:09

TKSH ANIES YA ADA MINAT DAN KEMAHUAN MESTI JADI

PeRdU cINta delete icon 5 October 2017 at 10:39

Berani dan yakin..

paridah delete icon 5 October 2017 at 10:50

TKSH YA MESTI ADA KEYAKINAN DIRI

Ajuya Rashid delete icon 5 October 2017 at 11:07

waahh..boleh apply juga ni kan. tq

nadhie wueen delete icon 5 October 2017 at 12:14

memang menarik juga jadi ghostwriter ni. hehe

paridah delete icon 5 October 2017 at 14:53

TKSH AJUYA YA BOLEH CUBA

paridah delete icon 5 October 2017 at 14:56

TKSH NADHIE MMG MENARIK N BOLEH JANA PNDAPTAN LUMAYAN

Fidah Shah delete icon 5 October 2017 at 17:37

Peluang untuk mereka yang berbakat dan mahu terus beajar

Khir Khalid delete icon 5 October 2017 at 18:04

Menarik juga ni kak PI.. thanks sharing kak :)

paridah delete icon 5 October 2017 at 20:34

TKSH FIDAH BLJR PERKMASKN DIRI DGN ILMU BERKAITAN

paridah delete icon 5 October 2017 at 20:36

TKSH DIK KK...BAGUS UTK YG SUKA MENULIS SPT DIK KK

nohas delete icon 5 October 2017 at 20:45

kerja senyap2 tapi masyukk...

paridah delete icon 6 October 2017 at 10:56

TKSH NOHAS YA BETUL SGT TU

Abam Kie delete icon 7 October 2017 at 07:17

dunia penulisan terus berkembang biarpun pd zaman gawat ni..

Norhayati Mohd Isa delete icon 13 October 2017 at 13:10

Penulisan bila dah jadi sebahagian hidup..
Memang bersungguh kita buatkan kak PI..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”