بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..




TUMPAT - Bunyi aneh suara nyaring seperti seorang lelaki bertempik yang datangnya dari kawasan tanah perkuburan gemparkan penduduk kampung Cherang Melintang.

Suara yang menyeramkan itu didengari seorang penduduk dua minggu lalu ketika berada di rumahnya bersebelahan tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar.

Sejak itu, cerita misteri suara dari kubur mula tersebar dari mulut ke mulut sehingga ada penduduk mula rasa takut dan ada juga yang menganggap ianya cerita tahyul.

Ia juga menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila status misteri suara aneh dari kubur itu dimuatnaik di media sosial semalam.

Mahadi Mat Salleh, 45, berkata tiga kali dia mendengar suara lelaki bertempik yang menyeramkan sehingga bulu romanya meremang.

"Suara itu jelas kedengaran dan amat nyaring bunyinya sehingga mengejutkan saya, tiga kali saya dengar ia bertempik.

"Ketika itu saya berada di belakang rumah kira-kira jam 10 malam kerana mahu mengambil tukul," katanya.


- See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/2017/04/suara-aneh-dari-kubur-gemparkan-penduduk.html#sthash.qzz1CAez.dpuf

18 ulasan - "SUARA ANEH DARI KUBUR..."

Mrs Fuzy sweetsourleyra delete icon 6 April 2017 10:42 PTG

betul ke Kak..ishh seram pulak rasa..

Adam delete icon 7 April 2017 12:31 PG

Saya pun tak tau nak kata apa.

raihanah delete icon 7 April 2017 9:38 PG

seram gak baca kisah ni

paridah delete icon 7 April 2017 10:49 PG

TKSH MRS FUZY astaghfirullah..kejadian Allah penuh rahsia.

paridah delete icon 7 April 2017 10:50 PG

TKSH ADAM..TERKEDU KITA BERFIKIR

paridah delete icon 7 April 2017 10:51 PG

TKSH HANA DGR CERITA PUN SERAM KAN

PeRdU cINta delete icon 7 April 2017 2:17 PTG

Tiada yang mustahil dengan kehendak Allah..

paridah delete icon 7 April 2017 2:58 PTG

TKSH PC ALLAH MENGINGATKAN KITA YG LALAI LEKA

nohas delete icon 7 April 2017 4:19 PTG

kun faya kun..semuanya terjadi dgn kuasa Allah Yang Maha Besar..

Fidah Shah delete icon 7 April 2017 5:56 PTG

Seram jugak..
Atau juga satu peringatan untuk kita.. :(

Normala Saad delete icon 7 April 2017 6:00 PTG

Orang2 tua ada cerita selalunya binatang akan dengar suara2 dari dalam kubur. Kuasa Tuhan kan...

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 7 April 2017 7:02 PTG

seram

paridah delete icon 7 April 2017 8:52 PTG

TKSH NOHAS ALLAH HUAKBAR..

paridah delete icon 7 April 2017 8:53 PTG

TKSH FIDAH ALAM FANA SEMENTARA JE

paridah delete icon 7 April 2017 8:57 PTG

TKSH MALA..HAIWAN DIBERI KEBOLEHANYA YG TERSENDIRI KAN

paridah delete icon 7 April 2017 8:58 PTG

TKSH MKL..SERAM MENGINGATKAN TU

nadhie wueen delete icon 8 April 2017 4:55 PTG

terima kasih atas peringatan. perkongsian yang bermanfaat :)

dear anies delete icon 18 April 2017 1:42 PTG

seremmmmmmm

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”