بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

CORETAN PAK ENGKU
Jatuh ke selut cincin suasa,
Cincin berbalut si kain kasa;
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa!
Di atas itu adalah serangkap pantun empat kerat yang diolah dari kata perbidalan Melayu kita iaitu 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.' Itulah akibatnya kalau kita menyalah-gunakan nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Kadangkala bila kita kaji secara mendalam dan halus, kenapa Allah beri kita dua kaki, dua tangan, dua telinga dan dua mata? Kenapa Allah tak beri kita dua mulut berserta dengan dua lidah? Ianya pasti disebabkan Allah Maha Mengetahui bahawa manusia tak berupaya menjaga mulut dan lidahnya dengan sebaik mungkin. Allah berikan kita mulut supaya kita mendapat nikmat boleh berkata-kata, bercakap, makan dan minum. Jika kedua-dua lubang hidung kita tersumbat, kita juga boleh gunakan mulut untuk bernafas.
Namun ramai di antara kita yang sering menyalah-gunakan nikmat
yang Allah berikan itu. Kita gunakan mulut dan lidah kita untuk mengumpat, mengeji, memfitnah, menceritakan keburukan orang lain, memaki hamun orang, mengeluarkan kata-kata keji dan nista, mencarut dan bermacam-macam lagi. Kita juga sering gunakan mulut untuk memakan benda-benda yang tidak halal. Makanan-makanan yang haram. Kita makan harta anak-anak yatim dan sebagainya. Amat kurang sekali kita gunakan mulut dan lidah kita ini untuk tujuan kebaikan dan memberi manfaat kepada orang ramai.. Terkadang-kadang kita ditimpa musibah disebabkan oleh mulut kita sendiri kerana tak mahu berfikir sebelum bercakap atau berkata-kata akan sesuatu.
Kerana itu jugalah orang tua-tua dahulu sering berpesan...
Pasang perangkap di hutan ulu,
Terlihat belatuk terbang rendah;
Sebelum bercakap nganga dahulu,
Sudah terhantuk tak guna tengadah.
Memang tepat maksud pantun di atas iaitu sebelum bercakap kita kena menganga dahulu untuk fikirkan sejenak apakah percakapan kita itu akan memberi kebaikan dan manfaat kepada diri kita dan orang lain atau musibah yang akan menimpa kita. Janganlah kita terus bercakap tanpa memikirkan akibatnya kerana kalau tersilap cakap mungkin bala akan menimpa diri kita. Jikalau ini sudah berlaku dan barulah kita hendak menyesal, maka tiadalah gunanya lagi. Kerana perbidalan ada mengatakan..
Pergi ke hulu petik rambutan,
Pokok durian banyak di sana;
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna.
Begitu juga, kerana disebabkan oleh mulut yang celupar,orang disaman dan didenda di mahkamah. Bukankah itu suatu malapetaka yang sengaja dicipta sendiri?
Lari bengkarung sungguh lajunya,
Dikejar belorong dalam sarangnya;
Kaki tertarung inai padahnya,
Mulut terdorong emas padahnya.
Memang benar kata perbidalan, 'Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak siapa yang dapat menutupnya' atau 'Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya!' Namun kita sebagai manusia, sebaik-baik makhluk yang dijadikan Allah, gunakanlah akal dan fikiran sebelum kita berkata-kata akan sesuatu perkara itu. Janganlah kita suka lepas cakap tanpa memikirkan risiko yang akan menimpa diri kita atau orang lain yang kita cakapkan itu.
Buat pengakhirnya saya titipkan dua rangkap pantun untuk kita
renungi bersama akan masud yang tersurat dan tersirat didalamnya. Semoga kita mendapat segala kebaikan darinya.
Pikul di bahu si buah kundur,
Jual di kota cepat larisnya;
Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.
Ikan talang di dalam tangki,
Ikan siakap disiang sudah,
Bila berjalan pelihara kaki,
Bila bercakap jagalah lidah.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.
Sekian. Tamattul Kalam.

15 comments - "PERBIDALAN BERKIAS..."

Khir Khalid delete icon 3 April 2017 at 08:04

Banyak maksud yg tersirat membawa nasihat buat insan...

raihanah delete icon 3 April 2017 at 10:46

betul kak, hati2 dengan lidah kita

dorsett pink delete icon 3 April 2017 at 10:58

nice!

Warisan Petani delete icon 3 April 2017 at 11:14

Jagailah mulut dan lidah kita terutama apabila berbicara,
Kebanyakan penyakit manusia juga bermula dari sini.

Adam delete icon 3 April 2017 at 13:56

Saya tabek u paridah.
Sempurna.

paridah delete icon 3 April 2017 at 14:48

TKSH DIK KK PERBIDALAN MELAYU LAMA PNUH MKSUD TERSIRAT

Normala Saad delete icon 3 April 2017 at 14:54

kita ni bila bercakap memang selalu terlupa...bila bergosip la...laju saja....mudah2an kita sentiasa berpikir dulu sebelum bercakap.Jaga lidah sebelum padah.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 3 April 2017 at 20:25

cantik

paridah delete icon 3 April 2017 at 21:18

tksh hana...hati2 ukir kata

paridah delete icon 3 April 2017 at 21:19

TKSH DP

paridah delete icon 3 April 2017 at 21:23

TKSH WP MULUT MMG BERBISA

Hero Borneo delete icon 3 April 2017 at 22:24

pantun yang lejen..

sampai sekarang masih terbaik ..

tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas

Norhayati Mohd Isa delete icon 4 April 2017 at 11:16

Nabi pun dah kata "Lebih baik diam dari berkata" kan kak ..

Fidah Shah delete icon 4 April 2017 at 15:32

Peringatan yang baik Kak PI
Moga kita sentiasa berhati-hati bila berkata-kata

dear anies delete icon 18 April 2017 at 14:44

sbb tu pepatah arab ada menyatakan, lidah itu lebih tajam dari mata pedang

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”