بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

haiku #1
kesemak jingga -
berjuntaian lebat
seraga penuh

haiku #2
gadis sendiri
persimmon merah kuning –
simpang jalanan

haiku #3
hiris kesemak
debaran sesak dirasa –
jantung bermaya

haiku #4
pandang leka -
gugusan pisang kaki
rantau wisata

haiku #5
haciya Jepun –
buah tradisi asli
shogun tertawa

haiku  #6
khormaloo parsi –
Asia barat daya
jajaran pohon

haiku #7
jingga kemerahan –
pisang kaki Amerika
herba kalsium

haiku #8
mabolo merah –
tanaman Filipina
informasi jagat

haiku #9
beri sebenar –
bentuk sfera besar
hikmah Pemberi

haiku #10
persimmon China -
sepsis abanacea
produk tani

haiku #11
kesemak matang –
ricis dikisar halus
jus terhidang




haiku #12
Haruman manis –
aroma pisang kaki
dari seberang

haiku #13
unik namanya –
pisang bertampuk empat
geram memandang

haiku #14
pasaraya kota
pisang pilihan ramai-
belian kalut

haiku #15
Warna sekata-
pisang berlainan rupa

luar biasa

13 comments - "HAIKU PISANG KAKI...."

Mazlan Othman delete icon 17 July 2016 at 11:05

Cara penulisan orang seni.
Susah nak faham ni.
Saya belum ada lagi tanam pokok pisang yang ini.
Pokok pisang lain banyak.

PeRdU cINta delete icon 17 July 2016 at 12:27

Halus bahasanya...

paridah delete icon 17 July 2016 at 12:27

CUBALAH TANAM WP SEDAP BUAHNYA TU...TQ

paridah delete icon 17 July 2016 at 12:28

HEH..HEH..BIASA SAJA PC..TKSH

Fidah Shah delete icon 17 July 2016 at 17:45

Cantik susunan katanya kak PI

paridah delete icon 17 July 2016 at 19:00

heh..heh..biasa je fidah...tksh

Bunda_nora delete icon 18 July 2016 at 05:41

Rasanya belom pernah makan lagi buah ni, tapi biasa dengar namanyer...

paridah delete icon 18 July 2016 at 09:34

yeke...cubalah bunda bnyk kat pasaraya tu...tq

Khir Khalid delete icon 18 July 2016 at 10:20

Susunan ayat yg penuh kandungan isi... indah berseni ni kak PI.. :)

paridah delete icon 18 July 2016 at 10:53

heh..heh..yeye je dik KK ni...tksh.

Jie Susanos delete icon 19 July 2016 at 13:01

huhu..karya org seni..

mcm ni ya pokok pisang kaki..biasa mkn buah jer.

aryan azra delete icon 20 July 2016 at 07:52

begitu rupa pokok pisang kaki ye, tak pernah tengok dan google pun sebelum ni..

Jari Manis delete icon 21 July 2016 at 11:03

sedap katanya pisang kaki ni..kat China byk jual

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”