pic google
TAPI ITU GAMBARAN SUASANA AWAL 70-AN DULU. SEKADAR BERAYA ALA KADARNYA SAMBIL MENGENANGI KESERONOKAN BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN SENDIRI.
KINI TIADA LAGI CERITA GENERASI PERTAMA ATAU KEDUA YANG BERBONDONG PULANG KE NEGERI ASAL SEBALIKNYA MENJADI PENUNGGU SETIA ANAK-ANAK/CUCU PULANG BERAYA BERSAMA MEREKA SETELAH BERPULUH TAHUN BERMASTAUTIN DI TANAH FELDA.
SITUASINYA TIDAK LAGI SUNYI DAN HENING. PERKARANGAN RUMAH SARAT DENGAN KERETA ANAK-ANAK YANG PULANG. MALAM 7 LIKUR TDAK LAGI DISAMBUT DENGAN JAJARAN PELITA AYAN TAPI SINARAN KELAP-KELIP LAMPU LETRIK.
SURAU-SURAU BLOK DIPENUHI AHLI BLOK DAN KELUARGANYA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWEH PADA SETIAP MALAM. MASING-MASING TERASA RUGI SANGAT JIKALAU TIDAK BERUPAYA MELAKUKANNYA JIKALAU ADA GENDALANYA.
SERONOKNYA BERSEMBAHYANG RAYA DI MASJID YANG MELIMPAH MAKMUMNYA HINGGA KE RUANG LAMAN. RAMAI SUNGGUH ANAK-ANAK PENEROKA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MEREKA DI FELDA MENYAMBUT RAYA BERSAMA KELUARGA.
KUIH MUIH ATAU HIDANGAN YANG TERSEDIA TENTULAH BERANEKA KERANA MASYARAKAT FELDA TERDIRI DARIPADA GABUNGAN PELBAGAI NEGERI. MASING-MASING MEMBAWA TRADISI BUDAYA BERAYA YANG DICAMPUR GAUL DENGAN KOMPROMI DAN SIKAP MENERIMA SESUATU YANG BARU.
MEREKA YANG BERASAL DARI PERAK DAN NEGERI SEMBILAN DENGAN LEMANG DAN RENDANGNYA MESTI TERSEDIA DI MEJA.
ORANG KEDAH, PULAU PINANG, PERLIS PULA TENTU TIDAK AKAN LUPA KETUPAT PULUT DAN GULAI DAGINGNYA.
SEMENTARA PENEROKA YANG BERASAL DARI SELANGOR DAN JOHOR MESTI DENGAN LONTONG, LODEH, KETUPAT NASI DAN KUAH KACANGNYA.
NASI IMPIT, NASI DAGANG MENJADI KEGEMARAN MEREKA YANG BERASAL DARI TERENGGANU DAN KELANTAN PULA SEBAGAI HIDANGAN ISTIMEWA DI PAGI RAYA.
PENDUDUK ASAL NEGERI PAHANG PULA PASTI BERBANGGA DENGAN ANEKA KUIH-KUIH TRADISI YANG JARANG DITEMUI KECUALI DICARI. TETAPI MEREKA JUGA SIAP DENGAN LEMANG KETUPAT DLL SAJIAN UTAMA PAGI RAYA.
KINI TIDAK PERLU LAGI UNTUK BERKUNJUNG KE RUMAH PENEROKA YANG BERASAL DARI PERAK ATAU NEGERI SEMBILAN UNTUK MERASA LEMANG KERANA APA SAJA JENIS MAKANAN TRADISI YANG TERSAJI DI HARI RAYA TELAH DIKONGSI BERSAMA PENGETAHUANNYA.
JADI TIDAK HAIRAN MAKANAN ASAL NEGERI TERTENTU DISAJIKAN DI MANA-MANA SAJA RUMAH PENEROKA TANPA MENGIRA DARIPADA MANA NEGERI ASALNYA. SEMUANYA MENYATU MEMBENTUK MASYARAKAT YANG TOLERAN DAN SALING BERKERJASAMA.
raya for KA lebih kpd anak2.. & terbaiknyer bersederhana kan !
ReplyDeletemasa kecik sy sgt suka kalau arwah atok mengajak beraya di pahang
ReplyDeletekawasan felda ;)
meriah sgt
raya ni hanyak utk anak2 n kita yg tua ni hanya siapkan duit n tenaga utk mempersiapkan segala yg menggembirakan mrk.
ReplyDeleteraya kat felda mmg meriah irfa, ada saja acaranya...tq irfa
ReplyDeletedatok nenek belah mak duduk di felda, masa kecik2 memang selalu beraya di felda..tapi nak sampai ke felda, memanglah azab, naik bas, jln bengkang-bengkok..raya kat sana memang best, rumah dekat2..
ReplyDeleteyeke...generasi ketigalah ni, kalau jln bengkang-bengkok mestilah felda kat Pahang area jerantut kot...mmg seronok beraya kat felda ni....tq nohas
ReplyDeleteFelda Ijok di Selama, Perak..memang jauh..saya generasi ketiga..generasi kedua, Pak Long seorang je yg ikut masuk felda di Sg Pancing, Pahang, yang lain semuanya berhijrah ke bandar. Sekarang ni rumah di felda takde sapa duduk, kebun pajak kat orang..
Deletesudah tidak ada siapa yg sanggup mengurus ladangnya yer sehingga terpaksa dipajakan. merugikan juga tu. kalau dicari seseorang saudara yg dpt menguruskan ladang tentu lebih baik, setiap bulan boleh dipungut hasilnya. lgpun harga getah r sawit agak memadai juga sekarang ni walau xmahal mcm dulu. itu pendapat aunt je nohas...
Deletesentiasa balik kampung bila raya..=)
ReplyDeletebalik kampung kat felda ke tp kampung kat mana-manapun setiap kali raya kita mesti teringat nk balik....tq -Kak Nah Backyard.
Delete