"Berapa banyak pendapatan bulan ni Idah...?"
"Adalah sikit...kadang dua ribu kadang tiga kadang 4. Ikut jumlah tan buah sawit yang dikait dan harga semasa di pasaran."
Idah bercakap dengan arif sesuatu yang diketahuinya pasti sebagai penerokawati.
"Kau ladang serah pada felda pertanian kan? Berapa yang felda bayar?"
"Adalah seribu...dulu tu felda bayar dekat 1500...la ni felda bayar ikut banyaknya tan buah yang dikeluarkan ladang..tapi tahu sajalah kalau bukan kita sendiri yang urus, hasil yang banyak pun akan jadi sedikit sampai bila-bila. Kita nak urus sendiri kita pun tak daya...lainlah kau ada suami yang rajin uruskan ladang..."
"Cukuplah tu kau duduk saja je...tiap bulan duit masuk...lagipun nak buat apa duit banyak-banyak kan...heh..heh..."
'Duit banyak nak buat apa? Duit seribu cukup ke nak berbelanja sebulan.' Suara hatinya mengiring senyum tawar.
Patutlah viral Ayam Gepuk Top Global ....
-
Dah lama kak ana tengok orang share makan Ayam Gepuk Top Global di
mana-mana media sosial. Teringin sangat nak cuba tapi kak ana ni penakut
pedas. Kebanya...
1 day ago