Sekiranya boleh laksana angin
tentu mudah meresapi
setiap alur nadi
dan
menolak segenap kerikil
yang menghalangi laluannya...
Sekiranya boleh laksana ombak
yang bergerak dan berolak
setiap yang melintas
pasti dipintas....
Sekiranya dapat laksana burung
pasti akan terbang ke langit
meninggalkan bebanan duka
di celah awan gemawan
dan
bibir kembali mengorak senyuman
justeru telah terlerai olah hidup
yang sangat perih...
Siri Pengembaraan Masa (Part 1): Lintasan Asar di Jalan Lama
-
*foto hiasan ~ sumber*
Petang itu aku dalam perjalanan pulang ke kampung kerana urusan keluarga.
Lebuhraya penuh sesak, deretan kenderaan seolah-olah tida...
2 hours ago