Saturday 12 October 2019

GEMA KARYAWAN Pk.

ASSALAMUALAIKUM

JOM BACA GEMA KARYAWAN Pk...SAMBIL BERHUJUNG MINGGU,,,EDITORNYA SIFU TABIR ALAM PENERBIT SPTA...PELBAGAI PERKONGSIANNYA MENGENAI SUSASTERA SEMASA...ADA JUGA SEDIKIT KISAH PI SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI KARYAWAN Pk TURUT DISERTAKAN...ALHAMDULILLAH SEMOGA MEMBERI SEDIKIT MANFAAT KEPADA PEMBACANYA...TERIMA KASIH SIFU ATAS KESUDIAN MENERBITKAN KISAH HIDUP PI...INI KALI KEDUA PI DI INTERVIEW UNTUK SIARAN MEDIA.

PERSATUAN KARYAWAN PERAK BAGI PENGGAL 2018 - 2020 Presiden Dr. Hj. Zabidin b. Hj. Ismail @ M Zaki Arif Timbalan Presiden Prof. Dr. Emeritus HMBukhari Lubis @ Rizi SS Setiausaha Agung Tn. Hj. Abdullah b. Samsudin @ Onn Abdullah Timbalan Setiausaha Agung Bendahari Pn. Shakirah bt Rashid @ Shasha Shakirah Tn. Hj. Hamdan b. Yaakub Ahli-Ahli Jawatankuasa Hjh. Sabariah bt. Bahari Tn. Hj. Mohd Paris b. Arshad Pn. Saudah Mat Lazim En. Abdul Latif Hisham b. Samsuri @ Al Hisyam En. Hairi b. Yahya En. Mohd Noor b. Hamzah @ Ijamala MN En. Ahmad Salleh b. Hj. Ahmad @ Asha Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin Pn. Nurul Hayati bt Ilias En. Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub @ Nimoiz TY Auditor Dalaman Pn. Ratna Laila bt Shahidin En. Mohammed Khairi b Mohammad Ani KEPIMPINAN

MEMETIK BEBERAPA ARTIKEL YANG DISIARKAN

Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) kali Ke-33 telah berlangsung di Dewan Utusan, Kuala Lumpur pada Rabu, 27 Februari 2019. Tetamu Kehormat pada malam itu, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan bersama artis undangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza bt Tarudin. Penulis dari Karyawan Pk, #039 Siti Zaiton Ahmad dari Tapah, Perak, telah dianugerahkan Hadiah Penghargaan Kategori Puisi dengan sajak bertajuk “Bagaimana Untuk Ditangiskan” yang telah tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad, 26 November 2017. Kejayaan beiiautel mengharumkan nama Persatuan Karaywan Perak. Antara beberapa kategori yang telah dipertandingkan termasuklah kategori Novel Remaja, Cerpen Dewasa, Puisi, dan Cerpen Media Baru.
                                                                                 PIC TABIR ALAM (C)

  Di sepanjang awal tahun 2019, sebanyak tiga buah antologi terbitan Siri Penerbitan TabirAlam (SPTA) telah diulas oleh beberapa orang penulis yang bergabung dalam buku penerbitan antologi bersama tersebut. Mereka mengambil inisiatif memperkenalkan buku-buku antologi penglibatan sendiri dalam bidang penulisan. Buku pertama, Asmaraloka - Antologi Syair Melayu diulas oleh Nazim Mohd Subari dari Mersing, Johor dengan tajuk “Kisah Cinta Dalam Syair” dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad, 6 Januari 2019. Buku kedua, Seribu Sonian diulas oleh Sabariah Nor Salleh dari Dungun, Terengganu dengan tajuk “Menikmati Seribu Puisi Sonian” dalam akhbar Mingguan Malaysia , Ahad 7 April 2019. Buku ketiga, Petua - Dari Meja Penulis diulas oleh penulis bukan Melayu, Sujata Wee dari Wakaf Bharu, Kelantan dengan tajuk “Buku Pelbagai Petua” dalam akhbar Mingguan Malaysia, Ahad 12 Mei 2019.

 “OKU Bukan Penghalang Paridah Ishak Berkarya” - begitulah tajuk berita laporan Norhidayu Zainal di ruang ‘Ikon Seni & Budaya’ pada Ahad 8 Oktober 2017 tentang seorang penulis Orang Kelainan Upaya ahli Karyawan Pk - #312 Paridah Ishak. Paridah Ishak mula menulis sejak tahun 1976, menulis d e n g a n t u l i s a n tangan kemudiannya dipindahkan ke komputer peribadi. Walaupun separa lumpuh, kehilangan suara akibat dari kemalangan jalan raya pada 1987, beliau tetap gigih menulis. Pada Sabtu 11 Mei 2019, Paridah Ishak bersama Norazimah Abu Bakar menerima bantuan ‘Zakat Asnaf PEMUISI’ summbangan UMW Berhad di Desa Haras, Hulu Klang, Selangor. Paridah Ishak menulis berbagai genre penulisan; Sajak “Lebaran” tersiar di New Sabah Times (23 Jun), Coretan “Kisah Seorang Beliawanis Felda” di Radio Klasik Nasional (3 Mei 2017), menulis Purbawara serta Melodrama untuk radio. Pemenang hadiah u t a m a “ P e r a d u a n DBPniaga”, serta hadiah saguhati “Peraduan Resensi Buku” anjuran DBP @ Facebook. Dalam tempoh Januari hingga Jun 2019 beliau telah bergabung dalam 14 buah antologi bersama; Kuatrin Suara Hati, Karmina - Pantun Dua Kerat, Rahsia Kabin Biru, Bunga Cinta, Elegi Musim Luruh, Dari Hujan Ke Hujan, Sonian Langit Garuda, Demi Cita-Cita Murni, Petua - Dari Meja Penulis, Pantun Empat Kerat Tun Kreatif, Soneta Langit Palestin, Anekdot Hujan Kayu, dan Lagenda Ikan - Syair Melayu II. Beberapa buah antologi bersama; projek Gurindam, Saduka, Petanda, Rejang, Pantun Kanak-Kanak dan antologi sajak kerja sama Malaysia dan Rusia bakal diterbitkan nanti pada tahun ini.



8 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah kak PI.. kak PI ada jiwa semangat yg besar. Sudah pastinga memberi inspirasi kpd ramai insan2 lain. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
  2. TKSH DIK KK AMIIN KAK NI SEMANGAT JE YG KUAT PROF SEKADAR MENGISI MENULIS WAKTU BERLALU INSYAA ALLAH ADA JUGA REZEKI-NYA

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada semua karyawan yang terlibat terutama kepada PI yang gigih berkarya

    ReplyDelete
  4. TKSH WP XLAH GIGIH SANGAT. MENULIS SEMATA MENCORET SUARA HATI

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah...ditarik satu nikmat, dianugerahkan nikmat yg lain...

    ReplyDelete
  6. TKSH KHAM ALHAMDULILLAH REDA SEADANYA SYUKUR

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH Kak PI... kuat semangat akak menulis.. bakat semulajadi dr Allah. moga Akak terus menulis utk semua...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist