بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Penglibatan wanita dalam pertandingan tilawah al-Quran turut membuktikan kemampuan penguasaan bacaan dan taranum yang tidak kurang hebat. - Gambar hiasan
AL-QURAN merupakan mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat Islam sebagai panduan perjalanan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Maka pengetahuan yang terkandung dalam al-Quran bukan sahaja diterjemahkan melalui hukum syarak tetapi di dalamnya menyentuh ilmu pengurusan diri seperti sains, matematik, perubatan dan sebagainya.
Oleh demikian, setiap umat Islam wajib menghayati setiap patah ayat al-Quran dengan cara membaca, mendengar atau mempelajarinya bagi mencari khazanah mukjizat yang terdapat dalam kitab suci itu.
Sehubungan itu, kerajaan Malaysia turut tidak terlepas untuk menerapkan ajaran al-Quran dengan memperkenalkan pelbagai saluran untuk mengajak umat Islam di negara ini mencintai mukjizat tersebut termasuklah menganjurkan pertandingan musabaqah al-Quran.
Bermula di peringkat daerah atau zon sehinggalah ke peringkat kebangsaan, para qari atau qariah yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran dengan terbaik sekali, selain diselitkan dengan alunan taranum akan dinobatkan sebagai juara dan seterusnya bertanding ke peringkat antarabangsa pula.
Maka sehingga ke saat ini, penganjuran Majlis Tilawah al-Quran (MTQA) peringkat antarabangsa yang sudah kali ke-55 dianjurkan sudah tepat pada masanya untuk mendekatkan jiwa masyarakat dengan al-Quran.
Jika diimbas kembali sejarah penganjuran MTQA, pertandingan itu kali pertama diadakan pada 9 Mac 1961 bersamaan 22 Ramadan 1380 Hijrah setelah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengusulkan idea agar acara itu dibuat di peringkat antarabangsa semasa Majlis penutup Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaan kali Pertama.
MTQA yang direalisasikan oleh Tunku Abdul Rahman itu telah meletakkan Malaysia sebagai negara pertama menganjurkan program seumpama itu kerana belum pernah negara lain hatta dari negara Asia Barat sekalipun, mengadakan pertandingan tilawah al-Quran di peringkat antarabangsa.
Perkembangan itu selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. usaha Tunku Abdul Rahman telah membuktikan usaha dan keprihatinan kerajaan meninggikan syiar Islam khususnya dalam mendaulatkan al-Quran melalui penganjuran majlis tilawah.
Selain itu, MTQA diadakan dengan matlamat untuk mewujudkan silaturahim sesama umat Islam dan hubungan baik antara negara-negara Islam di dunia ini.
Dalam MTQA kali pertama itu, sebanyak tujuh buah negara dengan seramai 13 peserta telah mengambil bahagian.
Namun pada waktu tersebut, pertandingan tidak dibuka kepada negara-negara berbahasa Arab sehinggalah pada 1976 kerana jawatankuasa MTQA berpandangan penyertaan dibuka sekiranya mutu bacaan peserta negara-negara bukan Arab dapat menyaingi bacaan qari dan qariah dari Asia Barat.
Pada 1980 sehingga kini, penyertaan negara-negara luar semakin bertambah, meliputi negara-negara Asia, Afrika, negara-negara bekas taklukan Soviet Union serta benua Eropah dan Amerika.
Johan pertama MTQA adalah Ahmad Mat Som dari Malaysia. namun pada masa itu belum lagi dibuka kepada peserta qariah sehinggalah pada 1964 apabila ia dibuka kepada wanita dengan Faridah Mat Saman dari Malaysia dinobatkan sebagai juara qariah pertama.
Ketika Majlis Perasmian MTQA, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak yang mewakili Tunku Abdul Rahman berkata kerajaan akan terus menggalakkan rakyatnya membaca al-Quran.
Rentetan daripada cadangan itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan termasuklah mewujudkan kursus mempelajari dan menghafaz al-Quran dengan pembukaan kelas tahfiz di Masjid Negara pada 1 Mac 1966


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130704/ba_02/Hikmah-tilawah-al-Quran#ixzz2YK5NTVDF
© Utusan Melayu (M) Bhd 


TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA TELAH BERAKHIR. DAN SEMPENA RAMADAN YANG BERKAH LAGI MULIA KITA MULA BERTADARUS PULA. SEBELUM BERTADARUS DENGAN BACAAN TAJWID YANG BETUL ELOK JUGA MEMBACA TAFSIRNYA DAHULU SUPAYA KITA LEBIH MEMAHAMI AYAT SUCI YANG KITA BACA ITU. AGAR MERESAP DI KOLBU KITA NILAI AYAT-AYAT CINTA ALLAH ITU...


2 ulasan - "AYAT-AYAT CINTA..."

Kesuma Angsana delete icon 9 Julai 2013 10:19 PG

info yg menarik ni kak

paridah delete icon 25 Ogos 2014 12:58 PTG

insya Allah Kesuma angsana....tq

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”