بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
KENAPA AGAKNYA RUMAH-RUMAH YANG BENTUKNYA CANTIK DAN AGAM TAPI TIDAK BERORANG. KOSONG TIDAK BERPENGHUNILAH TU. HATIKU SERING TERTANYA BEGITU SETIAP KALI MELEWATI RUMAH-RUMAH ITU DALAM PERJALANANKU KE SMY. SMY TU SEKOLAH MENENGAH YAN. TIADA JAWAPAN YANG DIPEROLEH MELAINKAN UCAPAN SAYANG... KERANA MEMBIARKAN RUMAH-RUMAH CANTIK ITU TERABAI TANPA PENJAGAAN.
PIC GOOGLE


SEKIAN TAHUN BERLALU KINI BARUKU KETAHUI KENAPA KEADAAN SEBEGITU TERJADI DENGAN SEBAB-MUSABAB TERSENDIRI SETELAH MELIHAT SITUASI ITU UJUD JUGA DI KAMPUNG HALAMANKU DI MANA RUMAH-RUMAH AGAM YANG TERBINA DENGAN BELANJA YANG TIDAK SEDIKIT DITINGGALKAN BEGITU SAJA.

PIC TOHID ROSDI


ANTARA SEBAB-SEBABNYA IALAH ANAK-ANAK TIDAK MAHU TINGGAL DI RUMAH ITU SETELAH KETIADAAN IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA DAN MEREKA MEMILIKI KEHIDUPAN JAUH LEBIH BAIK DI RUMAH BARU DI TEMPAT BARU.


PIC GOOGLE


ADA PULA YANG TERPAKSA MENINGGALKAN RUMAH KESAYANGAN TERABAI KERANA JATUH SAKIT DAN TERPAKSA TINGGAL BERSAMA ANAK-ANAK UNTUK KEMUDAHAN PERAWATAN DAN KESELAMATAN.

RASANYA SEMACAM TIDAK BERBALOI SUSAH PAYAH IBU BAPA MENYIAPKAN RUMAH CANTIK LAGI MAHAL UNTUK ANAK-ANAK SEKIRANYA LANGSUNG TIDAK DIHARGAI SETELAH KETIADAAN MEREKA. TERABAI BEGITU SAJA. NAMPAKNYA BERPADA-PADALAH MEMBUAT SESUATU  AGAR TIDAK MERUGIKAN SEMATA....



LAGIPUN SEPERTI KATA PANTUN;

HALIA INI TANAM-TANAMAN
   KE BARAT JUGA CONDONG AKARNYA
DUNIA INI PINJAM-PINJAMAN
   AKHIRAT JUGA AKAN SUDAHNYA...

2 ulasan - "RUMAH RUMAH CANTIK YANG DITINGGALKAN...."

Kesuma Angsana delete icon 21 Mei 2013 10:41 PG

mmg sayangkan kalau rumah lama ditinggalkan mmg cepat & mudah rosak !

paridah delete icon 21 Mei 2013 11:03 PG

RUMAH KAK LAH TU KA...HEH...HEH... TQ

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”