بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
SUSUNAN AKSARA YANG MEMBENTUK AYAT BEGITU TIDAKLAH MENIMBULKAN TANDA TANYA PUN PADA TIKA INI KERANA TIDAK LAMA LAGI PILIHAN RAYA AKAN MENJELMA. MANA-MANA YANG MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI DI KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING TENTU AKAN BERGEGAS PULANG MENUNAIKAN TANGGUNG-JAWAB KEPADA NEGARA TERCINTA.

PIC ZUL AMIR FB

TAPI RASANYA ALANGKAH MOLEKNYA SEKIRANYA PENGUNDI-PENGUNDI YANG MENDAFTAR DI KAMPUNG ITU MEMBUAT PERTUKARAN DAFTAR KE BANDAR PULA, ANAK-ANAK KAMPUNG RAMAI YANG BERADA DI BANDAR UNTUK MENCARI REZEKI DAN MENUNTUT ILMU.

PIC TOHID RAMLI FB

MUDAH-MUDAHAN DENGAN ITU AKAN SEIMBANG PENGUASAAN POLITIK DI KOTA RAYA INI DAN TIDAK HANYA DIDOMINASI PEMBANGKANG.

TAPI YANG MUSYKILNYA APABILA ANAK-ANAK KAMPUNG INI BERADA DI BANDAR MEREKA JUGA BERTANDAK MENGIKUT RENTAK PERSEKITARAN MEREKA. MERASA SANGAT BIJAK BERSIFAT ANTI DAN MEMBANGKANG APA SAJA DAN ORANG-ORANG KAMPUNG DIANGGAP DUNGU SEBAB SENTIASA MEMENANGKAN KERAJAAN....

AGAKNYA MEREKA TERLUPA DISEBABKAN KEDUNGUAN ORANG-ORANG KAMPUNG  MEMILIH KERAJAAN YANG SEDERHANA MEMBUATKAN MEREKA MUDAH MELANGKAH KE MENARA GADING, MENGEPIT FILE DAN BERSOSIAL DALAM GOLONGAN BIJAKSANA DENGAN TENANG TERSENYUM PUAS TANPA APA-APA WASANGKA YANG AKAN MENCEMAR KEDAMAIAN SUASANA.

3 comments - "LAMBAIAN KAMPUNG HALAMAN MENGGAMIT PULANG...."

Irfa delete icon 25 April 2013 at 09:01

tahun ni pertama kali saya nak mengundi
saya rasa tahun ni adalah paling ramai pengundi
adik2 saya pun akan balik mengundi buat kali pertama.semoga saya tidak tersilap masa mengundi nanti

paridah delete icon 13 May 2013 at 02:45

tq irfa slmt mengundi dgn bijak...

aji nugraha delete icon 15 April 2015 at 16:45

hmmmm membuat saya kangen pulang kampung halaman,,,
Obat Kanker Payudara

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”