بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Letak di pintu manisan mayang
kain labuh buat bertudung
Rumah itu warisan moyang
tempat berteduh tempat berlindung

Pokok melaka di dalam kota
batang berkelok diletak kaki
Rumah pusaka milik kita
sentiasa diperelok sentiasa dibaiki

Saprah hiasan siap berenda
letak di sisi tabur perada
Rumah warisan tempat bersenda
kita berkongsi apa yang ada

Senduduk ungu di tepi kolah
sayang angsana merah cerah
Rumah itu anugerah Allah
moyang membina susah payah

Sorong papan di dalam taman
anak panah dilepas jatuh
rumah warisan zaman berzaman
jangan dipunah jangan diruntuh

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”