بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
LIMAU PURUT LEBAT DI PANGKAL



PIC FATIMAH ISMAIL FATIMAH
SENDUDUK TIDAK BERBUNGA LAGI
HUJAN RIBUT DAPAT DISANGKAL
TERTUNDUK HATI MENGENANG YANG PERGI....


SEBENARNYA BUKAN HENDAK BERBICARA SOAL PANTUN YANG TERMAKTUB SEBAGAI WARISAN SASTERA MELAYU TRADISI ITU TAPI HENDAK BERCERITA TENTANG LIMAU PURUT. SEJENIS LIMAU YANG BERADA DI DALAM KARTEGORI LIMAU. TERLALU BANYAK LIMAU YANG DITUMBUHKAN ALLAH DI MUKA BUMI-NYA INI. PELBAGAI BENTUK RUPA DENGAN PELBAGAI RASANYA. BOLEH SAJA PILIH YANG MANA BERKENAN DI HATI UNTUK DINIKMATI. RASANYA TIDAK PERLU MENYEBUT JENIS LIMAU ITU SATU PERSATU KOT...KERNA YANG HENDAK DIFOKUSKAN HANYA LIMAU PURUT.

LIMAU PURUT KEGUNAANNYA SECARA MELUAS JUGA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU. TERUTAMA DALAM SOAL PERUBATAN ALTERNATIF ATAU SEBAGAI PENAMBAH PERISA MASAKAN.

DI DALAM MASAKAN DAUN LIMAU PURUT DIMASUKAN UNTUK MENAIKAN AROMA DAN MEMBERI RASA YANG BERBEZA DI DALAM TOMYAM, RENDANG, NASI ULAM DLL.
DAN JUSNYA BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK SAMBAL BELACAN, SAMBAL TUMIS DLL.

UNTUK MENYEGARKAN DIRI BOLEHLAH BERMANDI-MANDA DENGAN LIMAU PURUT YANG DIBELAH-BELAH SAMBIL MENGGOSOKNYA KE SELURUH TUBUH. TENTU BADAN YANG KELETIHAN AKAN SEGAR MENGHARUM.

PUCUK MUDA DAUN LIMAU PURUT JUGA BOLEH DIBUAT ULAM DAN MENGAMALKANNYA MENYEBABKAN TUBUH LANGSUNG TIDAK MENGELUARKAN BAU YANG MERIMASKAN KITA. 

ELOKLAH MENANAM LIMAU PURUT INI DI KAWASAN RUMAH KITA SEKIRANYA KITA SANGAT MEMERLUKANNYA UNTUK MEMPEROLEHI HASIL PENGGUNAAN YANG MEMUASKAN HATI KITA.

PETUA ORANG TUA-TUA KITA SEKIRANYA RUMAH DIMASUKI ULAR LETAKAN BUAH LIMAU PURUT DI TEMPAT YANG KITA RASA ULAR ITU BERADA. IN SYA ALLAH ULAR ITU AKAN KELUAR DAN TIDAK AKAN MASUK KE RUMAH KITA LAGI....KALAU ULAR ITU BAHAYA DAN BERBISA KENALAH DAPATKAN PERTOLONGAN UNTUK MENANGKAPNYA....ISH TAKUT SUNGGUH DENGAN REPTILIA NI... 

7 comments - "LIMAU PURUT LEBAT DI PANGKAL..."

Kesuma Angsana delete icon 17 April 2013 at 12:15

mmg byk kegunaannyer limau purut ini ye kak!

paridah delete icon 17 April 2013 at 12:52

yer KA kalau nk tahu lebih banyak infonya x susah google jer...

Kesuma Angsana delete icon 18 April 2013 at 13:35

Tq atas ucap selamt untuk Adik yer kak

paridah delete icon 18 April 2013 at 17:07

sama2 KA...adik mcm cucu2 maktok jg...

Kesuma Angsana delete icon 19 April 2013 at 13:26

tq again kak!

Irfa delete icon 25 April 2013 at 09:02

suka bau daun limau purut

paridah delete icon 25 January 2014 at 19:51

daun limau purut ni aromanya special....tq irfa.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”