Sehari-hari menenun rindu pada keselesaan
sekian lama ia telah berlalu
meninggalkan urat-urat biru
yang menyarati saraf jasad itu
sekian lama tergadai jiwa raga
kesetiaan yang tulus jitu total.
Penamatnya hanya rentetan trajidi
yang tragis.
Sujud bermohon doa
nyah segera semua itu
namun masih juga di sini
di mata ini
di hati ini
Thursday, 30 June 2011
Wednesday, 29 June 2011
Rumah itu
Letak di pintu manisan mayang
kain labuh buat bertudung
Rumah itu warisan moyang
tempat berteduh tempat berlindung
Pokok melaka di dalam kota
batang berkelok diletak kaki
Rumah pusaka milik kita
sentiasa diperelok sentiasa dibaiki
Saprah hiasan siap berenda
letak di sisi tabur perada
Rumah warisan tempat bersenda
kita berkongsi apa yang ada
Senduduk ungu di tepi kolah
sayang angsana merah cerah
Rumah itu anugerah Allah
moyang membina susah payah
Sorong papan di dalam taman
anak panah dilepas jatuh
rumah warisan zaman berzaman
jangan dipunah jangan diruntuh
kain labuh buat bertudung
Rumah itu warisan moyang
tempat berteduh tempat berlindung
Pokok melaka di dalam kota
batang berkelok diletak kaki
Rumah pusaka milik kita
sentiasa diperelok sentiasa dibaiki
Saprah hiasan siap berenda
letak di sisi tabur perada
Rumah warisan tempat bersenda
kita berkongsi apa yang ada
Senduduk ungu di tepi kolah
sayang angsana merah cerah
Rumah itu anugerah Allah
moyang membina susah payah
Sorong papan di dalam taman
anak panah dilepas jatuh
rumah warisan zaman berzaman
jangan dipunah jangan diruntuh
Sunday, 26 June 2011
Bicara hati
Di atas nyiru di bawah nyiru
atur hidangan atur penganan
Langit biru laut pun biru
bumi terbentang saujana pandangan
Pohon beringin singgah kenari
ranting kayu buat penujah
Sepoi angin daun menari
lembut bayu mengusap wajah
Susun berjalur lengkong pelangi
nilam delima berubah rona
Mawar melor harum mewangi
sepasang rerama menambah warna
Sayur terung gulai terung
ikan puyu di bawah tudung
Jangan tenung jangan merenung
wajah sayu bawah kerudung
atur hidangan atur penganan
Langit biru laut pun biru
bumi terbentang saujana pandangan
Pohon beringin singgah kenari
ranting kayu buat penujah
Sepoi angin daun menari
lembut bayu mengusap wajah
Susun berjalur lengkong pelangi
nilam delima berubah rona
Mawar melor harum mewangi
sepasang rerama menambah warna
Sayur terung gulai terung
ikan puyu di bawah tudung
Jangan tenung jangan merenung
wajah sayu bawah kerudung
Saturday, 25 June 2011
Sedikit tips kehidupan - 3
Ingin murah rezeki?
Lakukanlah amalan-amalan di bawah ini:
1. solat sunat tahajud sepertiga malam
2. solat sunat duha tika mentari segalah hingga sebelum masuk zuhur
3. beristigfar berulangkali
4. berselawat berulangkali
5. membaca surah duha 7 x pagi dan 7 x petang
6. membaca surah alamnasyrah berulang kali
7. membaca surah alwaqiah
8. membaca ayat seribu dinar.
Amalkanlah mengikut kesesuaian dan kemampuan diri. Rezeki Allah itu mahaluas untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah berserta sedikit usaha pasti akan melimpah rezeki itu ke ribaan kita
Lakukanlah amalan-amalan di bawah ini:
1. solat sunat tahajud sepertiga malam
2. solat sunat duha tika mentari segalah hingga sebelum masuk zuhur
3. beristigfar berulangkali
4. berselawat berulangkali
5. membaca surah duha 7 x pagi dan 7 x petang
6. membaca surah alamnasyrah berulang kali
7. membaca surah alwaqiah
8. membaca ayat seribu dinar.
Amalkanlah mengikut kesesuaian dan kemampuan diri. Rezeki Allah itu mahaluas untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah berserta sedikit usaha pasti akan melimpah rezeki itu ke ribaan kita
Thursday, 23 June 2011
Perasaan
Pohon beringin rendah merimbun
anak gajah menyisip tebu
meraup angin menadah embun
menyapu wajah mengusir debu
Lemah berhemah bertudung wajar
menyusur alur menghilir lembah
kaki lemah tersadung akar
jatuh tersungkur menyembam tanah
Bunga sekuntum barang dibawa
sopan laku tertib laku
orang tersenyum orang tertawa
sedih pilu bawa beradu
Limau purut lebat dipangkal
sayur lodeh bersama tauhu
angin ribut dapat disangkal
hati sedih siapa tahu
Bulan cerah luruh senduduk
buah nona buah belinja
hendak kemana mengayuh biduk
langit merah hari dah senja
anak gajah menyisip tebu
meraup angin menadah embun
menyapu wajah mengusir debu
Lemah berhemah bertudung wajar
menyusur alur menghilir lembah
kaki lemah tersadung akar
jatuh tersungkur menyembam tanah
Bunga sekuntum barang dibawa
sopan laku tertib laku
orang tersenyum orang tertawa
sedih pilu bawa beradu
Limau purut lebat dipangkal
sayur lodeh bersama tauhu
angin ribut dapat disangkal
hati sedih siapa tahu
Bulan cerah luruh senduduk
buah nona buah belinja
hendak kemana mengayuh biduk
langit merah hari dah senja
Wednesday, 22 June 2011
Sedikit tips kehidupan - 2
Alam ini fana dan sentiasa berubah-ubah.Hendaklah jadi alim pada lidah dan alim pada hati.
1. Berpadalah dengan yang sedikit justeru hatinya kaya kerana redha. Bils kita bersyukur dengan apa yang ada Allah akan tambah nikmatnya.
2. Tinggalkanlah rasa dengki dan iri kerana itu adalah sifat iblis.Nescaya kelak akan bahagialah hatimu.
3. Jauhkanlah yang haram pasti Allah akan jadikan kita pecinta agama
4. Barang siapa yang kurang bercakap sempurnalah akalnya, bernas pemikirannya.
5. Amalkan ilmu benar yang diketahui walau sedikit nescaya AllAH AKAN TAMBAH ILMU YANG TIDAK DIDUGA.
6. Berusahalah untuk dunia seolah akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhirat seolah akan mati esoknya. istiqamah dalam melakukannya.
7. Jadikanlah dirimu itu manis dan disenangi.
1. Berpadalah dengan yang sedikit justeru hatinya kaya kerana redha. Bils kita bersyukur dengan apa yang ada Allah akan tambah nikmatnya.
2. Tinggalkanlah rasa dengki dan iri kerana itu adalah sifat iblis.Nescaya kelak akan bahagialah hatimu.
3. Jauhkanlah yang haram pasti Allah akan jadikan kita pecinta agama
4. Barang siapa yang kurang bercakap sempurnalah akalnya, bernas pemikirannya.
5. Amalkan ilmu benar yang diketahui walau sedikit nescaya AllAH AKAN TAMBAH ILMU YANG TIDAK DIDUGA.
6. Berusahalah untuk dunia seolah akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhirat seolah akan mati esoknya. istiqamah dalam melakukannya.
7. Jadikanlah dirimu itu manis dan disenangi.
Tuesday, 21 June 2011
WAJAH
Sepasang mata yang bening
kemilau sinarnya
setenang kolam di bawah bulan
Sepasang alis hitam
rerambut halus di dahinya
kotak fikir yang sarat
mindanya dicerna dengan hebat
kata putus yang ditimbang dengan bijaksana
merahnya ulas bibir yang tidak dipoles
mengulum gigi putih berbaris
sentiasa ada pengucapan ria
buah pilu yang terawang pun jatuh
inginku sentuh bibir merkahmu
yang memandang pengertian
mengalih bayangan-bayangan
jemari yang lemah ini
tidak terdaya lagi mengelus pipimu
hai anak...
SECEBIS KISAH
Bagaimana hendak dimulakan
mengungkap kembali yang telah lama dilupakan. Mengungkitnya?
Mengadunnya, mencerna semula secanggih mungkin.
Siapa lagi yang mahu mendengar hikayat lama
yang sudah bermula
namun belum berakhir
kemilau sinarnya
setenang kolam di bawah bulan
Sepasang alis hitam
rerambut halus di dahinya
kotak fikir yang sarat
mindanya dicerna dengan hebat
kata putus yang ditimbang dengan bijaksana
merahnya ulas bibir yang tidak dipoles
mengulum gigi putih berbaris
sentiasa ada pengucapan ria
buah pilu yang terawang pun jatuh
inginku sentuh bibir merkahmu
yang memandang pengertian
mengalih bayangan-bayangan
jemari yang lemah ini
tidak terdaya lagi mengelus pipimu
hai anak...
SECEBIS KISAH
Bagaimana hendak dimulakan
mengungkap kembali yang telah lama dilupakan. Mengungkitnya?
Mengadunnya, mencerna semula secanggih mungkin.
Siapa lagi yang mahu mendengar hikayat lama
yang sudah bermula
namun belum berakhir
Monday, 20 June 2011
Sedikit tips kehidupan
Kerja jangan bertangguh/solat pada waktunya.
2. Basah lidah dengan zikir
3. Jangan bersekutu dengan syaitan.
Tanda2 mereka yang mendapat keberkatan dunia dan akhirat:
1. tidak rakus kepada dunia dan inginkan akhirat
2. Semangat tertumpu ibadah kepada Allah.
3. Tidak bantak bercakap kecuali perlu
4. Menjaga solat
5. Merendah diri/tidak sombong
6. Bersahabat dengan para solihin
7. Menjauhkan diri kepada perkara yang haram
8. Pemurah/baik hati
9. Kasih sayang kepada semua makhluk
10. Selalu ingat mati
2. Basah lidah dengan zikir
3. Jangan bersekutu dengan syaitan.
Tanda2 mereka yang mendapat keberkatan dunia dan akhirat:
1. tidak rakus kepada dunia dan inginkan akhirat
2. Semangat tertumpu ibadah kepada Allah.
3. Tidak bantak bercakap kecuali perlu
4. Menjaga solat
5. Merendah diri/tidak sombong
6. Bersahabat dengan para solihin
7. Menjauhkan diri kepada perkara yang haram
8. Pemurah/baik hati
9. Kasih sayang kepada semua makhluk
10. Selalu ingat mati
Sunday, 19 June 2011
Satira rasa
Buat rimpi padi muda
biar wangi semarak baunya
biar mimpimenjadi nyata
biar pelangi mewarnainya
Baju kedah pakai ke kota
bunga melati riaskan pipi
bukan mudah bagai dikata
justeru realiti bukan mimpi
Sampah sarap atas permatang
air bertakung di laman orang
apa diharap kelapa sebatang
pohonnya condong ke laman orang
Berbaju merah bersongkok merah
letak pelana di takar suasa
berdiri marah dudukpun marah
dalam lena membakar rasa
Sri Kedah indah dilagu
buah peria di tanah Cina
hari indah telah berlalu
tika ceria telah sirna
Bunga angsana sulur berduri
kain khaki kain pelikat
hendak kemana mengangsur diri
sedang kaki kemas terikat.
biar wangi semarak baunya
biar mimpimenjadi nyata
biar pelangi mewarnainya
Baju kedah pakai ke kota
bunga melati riaskan pipi
bukan mudah bagai dikata
justeru realiti bukan mimpi
Sampah sarap atas permatang
air bertakung di laman orang
apa diharap kelapa sebatang
pohonnya condong ke laman orang
Berbaju merah bersongkok merah
letak pelana di takar suasa
berdiri marah dudukpun marah
dalam lena membakar rasa
Sri Kedah indah dilagu
buah peria di tanah Cina
hari indah telah berlalu
tika ceria telah sirna
Bunga angsana sulur berduri
kain khaki kain pelikat
hendak kemana mengangsur diri
sedang kaki kemas terikat.
Friday, 17 June 2011
SEBUAH VERSI CHINTA
Kenapa chinta?
Bukankah cinta!
chinta itu semalam
cinta ini hari ini
laras waktu yang terpisah jauh mengatakannya
chinta yang kehilangan mahu dirasakan
lalu dinukilkan sebuah keindahan.
aduhai kemboja putih
redupi pusara kekasih di bawah pohonmu
gugurkan kelopak menghamparinya
dan keharuman chinta menafaskannya sekata seudara maya
alfatihah adalah ayat-ayat chinta
Bukankah cinta!
chinta itu semalam
cinta ini hari ini
laras waktu yang terpisah jauh mengatakannya
chinta yang kehilangan mahu dirasakan
lalu dinukilkan sebuah keindahan.
aduhai kemboja putih
redupi pusara kekasih di bawah pohonmu
gugurkan kelopak menghamparinya
dan keharuman chinta menafaskannya sekata seudara maya
alfatihah adalah ayat-ayat chinta
Tuesday, 14 June 2011
LUBUK YU/LUBUK IRU/LUBUK BIRU
Rahsianya tersembunyi tiada yang peduli
hutan dara melindungi indah alamnya
latanya menggema terjunan air yang bertemali
mengapakah kau bersuara kini
setelah sekian lama berdiam memendam rasa
murkakahmu dengan kezaliman-kezaliman
yang mencemari sunyi alammu
lalu tega menelan mangsa berbilang-bilang
Lubuk Yu adalah lubuk Iru yang biru
rahsianya tiada yang tahu
kemarahannya akan meletus
dengan kemungkaran yang dicetus
hutan dara melindungi indah alamnya
latanya menggema terjunan air yang bertemali
mengapakah kau bersuara kini
setelah sekian lama berdiam memendam rasa
murkakahmu dengan kezaliman-kezaliman
yang mencemari sunyi alammu
lalu tega menelan mangsa berbilang-bilang
Lubuk Yu adalah lubuk Iru yang biru
rahsianya tiada yang tahu
kemarahannya akan meletus
dengan kemungkaran yang dicetus
Sunday, 12 June 2011
ADUHAI MALAM!
meski rembulan berselindung
ketara menjauh
kenapa kau simpan gusar itu pada rembulan yang
semakin pucat kerana sinarnya yang sirna
bukankah telah terkubur semua cintamu
di dalam laut Cina Selatan
yang berolak-alek pasang dan surut
Aduhai malam
biarkanlah rembulanmu berkelana
kemana saja
walau ke selat Sunda
lupakan cahaya pucatnya
yang tidak bermakna
malammu tetap indah
jangan ada gundah...
Saturday, 11 June 2011
GELONGSOR HARI
Sapaan pagi bersama butiran embun jernih di ujung daun
gemerlap sinarnya laksana berlian disepuh
bermula pengaturan rencana-rencana
belum tentu terlaksana
pelan-pelan matari menggelongsor
meninggalkan pagi yang tidak lagi berselimut
teguhkan hati agar rancangan-rancangan
terlaksana sebelum hari menggelongsor
menuju horizon
dan kita berlapang dada
justeru redha apa saja takdirNya
gemerlap sinarnya laksana berlian disepuh
bermula pengaturan rencana-rencana
belum tentu terlaksana
pelan-pelan matari menggelongsor
meninggalkan pagi yang tidak lagi berselimut
teguhkan hati agar rancangan-rancangan
terlaksana sebelum hari menggelongsor
menuju horizon
dan kita berlapang dada
justeru redha apa saja takdirNya
RANJAU
Telah diharunginya dengan mati hati
menyisihkan onak durinya
meski kaki luka tertusuk
darah yang mengalir bening
air mata deras menitis
gambaran duka di wajah
kesakitan kesukaran bukan lukisan
yang bisa kau simbah warnanya ke kanvas
hanya memerahi dadamu dan seluruh kota hatimu.
masih jua ranjau itu dikuak
biar semakin ditepis semakin banyak
maka pujuklah hati sambil berkata
ujian Allah jua
redha
namun air mata terus menitis
membawa rasa
hiba
menyisihkan onak durinya
meski kaki luka tertusuk
darah yang mengalir bening
air mata deras menitis
gambaran duka di wajah
kesakitan kesukaran bukan lukisan
yang bisa kau simbah warnanya ke kanvas
hanya memerahi dadamu dan seluruh kota hatimu.
masih jua ranjau itu dikuak
biar semakin ditepis semakin banyak
maka pujuklah hati sambil berkata
ujian Allah jua
redha
namun air mata terus menitis
membawa rasa
hiba
Wednesday, 8 June 2011
LINGKARAN DUKA
Terkial-kial melepasinya
namun tidak terdaya menolak kabut mendung gelap
siksa yang teramat melapisi
terkedu tanpa suara hilang suara
sekian lama raungan jiwa menggema
dipersisikan saja dengan menggenggam kesabaran
biarkan dukalara
mengubat sengsara
seolah salju yang memutihi sahara
walau gersang gurunnya
ketara hanya fatamorgana
tidak terdaya lagi
melepasi lingkaran duka yang berlapis-lapis itu
kerana gendalanya yang tidak tertangkis
namun tidak terdaya menolak kabut mendung gelap
siksa yang teramat melapisi
terkedu tanpa suara hilang suara
sekian lama raungan jiwa menggema
dipersisikan saja dengan menggenggam kesabaran
biarkan dukalara
mengubat sengsara
seolah salju yang memutihi sahara
walau gersang gurunnya
ketara hanya fatamorgana
tidak terdaya lagi
melepasi lingkaran duka yang berlapis-lapis itu
kerana gendalanya yang tidak tertangkis
Tuesday, 7 June 2011
Mawar di luar jendela
ronanya mempesona merah darah
menggapainya masakan mungkin
walau keinginan melonjak menepu
kerna jendela tidak wenang terbuka.
hanya layak selaku pemerhati
tatkala kaki jejak di kota batu ini
relakan saja mengurung diri
tika di kota batu ini
agar tidak tersesat barat
hilang arah dan melarat
biarkan saja
mawar merah diluar jendela
tanpa menyentuhnya
demi waktu berlalu
kelopaknya pasti gugur satu persatu
menggapainya masakan mungkin
walau keinginan melonjak menepu
kerna jendela tidak wenang terbuka.
hanya layak selaku pemerhati
tatkala kaki jejak di kota batu ini
pic google
relakan saja mengurung diri
tika di kota batu ini
agar tidak tersesat barat
hilang arah dan melarat
pic norita kamarudin
biarkan saja
mawar merah diluar jendela
tanpa menyentuhnya
demi waktu berlalu
kelopaknya pasti gugur satu persatu
Monday, 6 June 2011
SENDIRIAN
Gandingannya pasti sunyi sepi
kemurungan menjerat diri
terkurung di dalam situasinya melemaskan
merimaskan
emosi kacau bilau
ayuh lari lepaskan diri
jelmakan dalam ruang kesibukan
dan kegembiraan menyerlahkah?
entahlah...
kadangkala
kesendirian mendamaikan
kesunyian kesepian menenangkan
kemurungan menjerat diri
pic fatimah ismail fatimah
merimaskan
emosi kacau bilau
ayuh lari lepaskan diri
jelmakan dalam ruang kesibukan
dan kegembiraan menyerlahkah?
entahlah...
pic tohid rosdi
kadangkala
kesendirian mendamaikan
kesunyian kesepian menenangkan
Sunday, 5 June 2011
Rindu
Rindu betapa rindu hatiku tidak tertahan
sketsa yang terhapus dan terpadam
nota-nota yang kabur tulisannya
sukar amat menyelak naskhahnya
kita segera menyimpulkannya sebagai kenangan
kenangan silam wajar dilupakan
walau mendera perasaan
kadangkala kenangan adalah sejarah
melupakannya mengundang padah
merindukannya siksa parah
sketsa yang terhapus dan terpadam
nota-nota yang kabur tulisannya
sukar amat menyelak naskhahnya
kita segera menyimpulkannya sebagai kenangan
kenangan silam wajar dilupakan
walau mendera perasaan
kadangkala kenangan adalah sejarah
melupakannya mengundang padah
merindukannya siksa parah
Saturday, 4 June 2011
demi masa
Demi masa sesungguhnya
hamba-hamba-Ku di dalam kerugian
langkah yang ditinggalkan penuh penyesalan
kecuali mereka yang bertakwa lagi beriman
ingin dikutip kembali mutiara masa yang tercicir
dan mengalungkannya semula ke leher
masakan mungkin melakukannya
justeru laksana air yang lalu derasnya ia mengalir
malang sekali jikalau angkuh berkata
masa itu akan berhenti bersama kesibukan berkarya
yang terhenti cuma kealpaan
pabila kita menoleh ke belakang
lantas tersedar kehampaan lompong yang ditinggalkan
tanpa apa-apa pengisian...
Friday, 3 June 2011
perjalanan ini
seiring dengannya apa yang dibawa
ke hulu ke hilir jangan tega menongkah arus
kelak lelah sungguh menguaknya
mencari tanda mula
namun jangan sirna putus asa
kebarangkalian apapun
sukar terduga
cahaya kadang samar di ujung terowong
dan harapan tidak salah terus digantung
INSYAALLAH
ke hulu ke hilir jangan tega menongkah arus
kelak lelah sungguh menguaknya
mencari tanda mula
namun jangan sirna putus asa
kebarangkalian apapun
sukar terduga
cahaya kadang samar di ujung terowong
dan harapan tidak salah terus digantung
INSYAALLAH
Thursday, 2 June 2011
suara si kecil
si kecil membola matanya menatap skrin pc jalur lebar
ternganga mulutnya; sayu hatinya
seketika terjeda ralit
apa yang menjentik deria bersih lagi lurus itu?
tapak kecilnya mengatur langkah
mencari wajah mama
kepastiannya mahu diminta.
mama terkapa tatkala si kecil bersuara
tangannya mengusap kasih wajah adik yang menyusu lahap
"abang sayangkan adik
abang tak akan buang adik keatas rumput hingga luka
kesian adik mama...
mama adik tu pasti berdosa
dan masuk api neraka...."
ternganga mulutnya; sayu hatinya
seketika terjeda ralit
apa yang menjentik deria bersih lagi lurus itu?
tapak kecilnya mengatur langkah
mencari wajah mama
kepastiannya mahu diminta.
mama terkapa tatkala si kecil bersuara
tangannya mengusap kasih wajah adik yang menyusu lahap
"abang sayangkan adik
abang tak akan buang adik keatas rumput hingga luka
kesian adik mama...
mama adik tu pasti berdosa
dan masuk api neraka...."