Thursday, 18 March 2021

SESUMPAH

 ASSALAMUALAIKUM


 

PIC GOOGLE IMAGES (C)

Andai menjadi sesumpah tentu kewujudan tidak disedari. Namun ada yang menyampah dan menyumpah kerana mengelirukan kewujudan diri.

Terlalu banyak bertanya akan ketara kebodohannya. Tapi malu bertanya tentu mengekalkan kebodohan selamanya.

Sering mengucapkan kalimat sabar kepada seseorang kala ujian menimpanya tapi jangan pula terlupa kalimat hikmat itu tika diri sendiri diuji pula.

Yakinlah kebaikanmu akan memayungi kesusahanmu.

Mencari permata antara pasir itu agak mudah kerana permata itu berkilauan tapi menentukan keaslian permata itu sukar juga selagi tidak diuji.

Lautan ilmu menenggelamkan kebodohan penyelam ke dasarnya dan mengapungkan kebijaksanaan ke daratan.

Kemahuan mengasak asa mencapai cita-cita. Tiada kemahuan cita-cita dikuasai pesimis.

 

Menyalahkan sesiapa kerana kesusahan kita tidak menyelesaikan masalah. Tapi memperbaiki kekurangan dengan menolong diri sendiri akan lebih membantu.

 

Boleh sahaja berdalih hendak melakukan sesuatu atau tidak dengan pelbagai  sebab. Tetapi jika sebab yang menjadi alasan tidak masuk akal tentu akan diketawakan.

 

Luruskan selembar benang yang hendak dimasukkan ke dalam lubang jarum, kerana benang yang bersimpul menyukarkan jarum menjahit kain..


12 comments:

  1. Sesumpah ada taktik menyelamatkan diri. Tapi kalau kita yang buat begitu tidak mustahil dibenci orang.

    ReplyDelete
  2. kotakan apa di kata..walk the talk..

    dah lama x nampak sesumpah..

    ReplyDelete
  3. cam & leon...
    bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan sekeliling

    ReplyDelete
  4. kat kebun wak banyak sesumpah ni
    ia haiwan bermanfaat kerana dapat mengawal serangga perosak.

    ReplyDelete
  5. sesumpah salah satu keunikan ciptaan Ilahi

    ReplyDelete
  6. penah jg terfikir kena dia dinamakan sesumpah? dia boleh sumpah org ke? hahahaha

    ReplyDelete
  7. kalau manusia yg bersifat sesumpah ni boleh menyamar. takut juga weh kpd org yg berpura2 ni...

    ReplyDelete
  8. sesumpah ni, kalau di manusia, kena hati2 tapi sometimes kita juga kena jadi sesumpah.. tapi sesumpah yg bisu

    ReplyDelete
  9. Hidup biarlah menjadi manusia yang bermanfaat samada sesama manusia mahupun hidupan-hidupan lain kerana Allah suka begitu.

    ReplyDelete
  10. Contohilah sesumpah, boleh sesuaikan diri dengan keadaan

    ReplyDelete
  11. Di rumah saya ada 2,3 ekor sesumpah suka duk di pokok² yang ditanam.. Tapi kecil je,tak besar.. Pandai dia menyamar diri apabila didekati.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”