Thursday, 4 March 2021

POTENSI DIRI

 ASSALAMUALAIKUM


MENGGILAP POTENSI DIRI

 

Maksud potensi ialah kemampuan mencapai sesuatu menurut rujukan PRPM. Tajuknya bagai hendak memperkatakan isu motivasi pula. Sedangkan yang menulisnya bukanlah motivator atau sesiapa pun. Tapi menulis lantaran teruja mengikuti kemajuan penulis grup GRAHA yang menyerlah namanya dalam arena penulisan berkat rajin berkarya sastera dalam pelbagai genre.

Antaranya penulis Sujata Wee, Nizam Mohd Subari, Gabriel Kim Juan, Addyra Azzahra, Aloy Indera, Noorizam, Anamatara, Faridah Ida Rasul, Annur, Qurniaan Jiwa, Abd Aziz, Amir Hamzah, Sarji  dll. Karya penulis-penulis ini sering saja disiar menghiasi akhbar dan majalah tempatan. Dan kerap pula memenangi sayembara penulisan anjuran penganjur. Tahniah!

Yahti Hayati, Zuraida Dewi, Syidah Ida Sabariah Nur Salleh  antaranya pemenang sayembara. Saniah Masri, Ustazah Ana, Russ Asan, Wahidah Ahmad sering disiar karyanya di Radio Klasik dalam slot pantun, ADILA dll karya kreatif. Tahniah!

Salmah Amir  Jamal A Majid, Pak Ngah, Hamimah, Iris Suzanis,Oui Sai, penulis-penulis berketrampilan dengan cara karya berbeza namun sangat berkualiti tinggi. Tahniah!

Bayu Pagi dan Pak Engku dalam kluster istimewa kerana kedua-duanya miliki pesona tersendiri dalam penghasilan karya.

Bakat yang ada anugerah Ilahi digilap sebaiknya dengan gigih berkarya dan menghantar setiap karya yang dihasilkan kepada penerbit. Sikap penulis-penulis ini memang terbaik dicontohi. Seperti kata sifu TA mesti berani mencuba. Selagi tidak berani mencuba masakan tahu hasilnya. Lalu kita terpegun memandang tiga cerpen karya seorang penulis ini disiar tiga akhbar arus perdana; Mingguan Malaysia, Berita Harian, Harian Ekspress Sabah, Ahad 28 Feb semalam. Hebat sungguh NURIMAS ini. Tahniah! Nurimas SN atau Samiron Rahmat pernah menulis cerpen dalam antologi SENJAKALA terbitan SPTA. Beliau baru saja bersara sebagai guru kanan pada tahun lalu. Pada pemerhatianku secara peribadi beliau ini seorang yang sangat rajin berkarya sejak lama. Jika ingin berjaya dalam bidang penulisan ini paling utama mesti rajin berkarya pelbagai genre sastera. Terasa jemu berpuisi, menulis esei atau cerpen pula. Sebelum hendak menulis apa pun kenalah cari serba sedikit info berkenaannya.

SPTA kendalian admin sifu Tabir Alam tidak lokek berkongsi ilmu sastera kepada yang berminat menyantuninya tidak mengira siapa. Tahap pengajian standard tertinggi tidak mampu dipertikai. Alhamdulillah merasa juga menuntut ilmu sastera secara lebih sempurna walau semata dalam talian secara santai mengisi luang masa.

Semoga potensi diri PUJANGGA SPTA memancar-mancar sinarnya justeru sifu TA telah menggilap kesuramannya. Terima kasih banyak sifu. Budi dan jasa sifu tidak ternilai harganya. Dikenang abadi selamanya. Semoga tiasa dilindungi Allah sihat sejahtera dengan rezeki melimpah sukses dunia akhirat amiin.





7 comments:

  1. bestkan klu ada sifu yang sudi bantu dalam bidang yg kita minat

    ReplyDelete
  2. Bila ada yang mahu dan suka menggilap bakat atau selalu memberi semagat, akan ramai yang bangkit dan menjadi positif. Termasuklah dalam berkerya kan Kak PI.

    ReplyDelete
  3. semoga akak akan terus menghasilkan karya2 yg menarik n bermutu tinggi...

    ReplyDelete
  4. salams rindu dari saya kak....lama tak membaca karya2 akak :):)

    ReplyDelete
  5. dulu minat jg menulis..sekrg minat membaca & menonton..

    bagus ada sifu yg boleh bagi tunjuk ajar..tahniah kepada semua penggiat karya seni tanahair..

    ReplyDelete
  6. semoga usaha mulia ini berterusan ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”