ASSALAUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU VIEWERS N BLOGGERS YANG DIKASIHI
NOVEL ATUK
Aqil Hariss menyapa atuknya
yang sedang ralit menulis karya. Atuknya terdongak memandang wajah cucunya,
tertanya-tanya.
“Atuk ada novel yang atuk
tulis? Cikgu suruh baca sebuah novel sebelum masuk sekolah April ni.”
Atuknya menyuruhnya
mencarinya di atas rak buku yang dipenuhi timbunan buku pelbagai tajuk yang
bersepah tidak tersusun. Selama berada di rumah dalam tempoh PKP,PKPP,PKPD dan
segala macam P norma baharu lantaran covid-19 dia sibuk dengan PdPR dan game
komputer saja. Ini sudah dekat nak masuk sekolah esok lusa baru teringat
pesanan gurunya supaya membaca sebuah novel. Mujurlah atuknya seorang penulis
novel juga. Penulis sendu yang baru saja menulis karya secara suka-suka mengisi
masa.
Tidak sia-sia atuknya menulis
novel KELARAI IMPIAN terbitan DBP 2020. Dapat juga cucunya memanfaatkannya
sebagai wadah pembelajaran sastera peringkat menengah rendah. Aqil Hariss masih
dalam tingkatan dua di sekolah berasrama penuh sekitar sini.
Sesekali fikir nak ketawa
juga....rupanya aku ni novelis ya…heh..heh..
Mudah2an Aqil Haris juga akan jadipenulis hebat macam atuknya
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Nama saya juga ada tercatat dalam beberapa buku dan majalah sebagai penulis. Seingat saya ada 3 esei saya keluar dalam Dewan Budaya, dan 2 buah buku, 1 antologi pantun (berkumpulan), 1 buku terbitan jabatan. Juga sebagai penulis dan penolong editor bagi majalah jabatan.. Seronok dapat berkenalan dengan penulis di blog.. ������
ReplyDeleteTerbaik Aqil, semoga Aqil berjaya dalam bidang penulisan sastera jadi hebat macam atuk jugak.
ReplyDeletep/s sy ada tag akk ;-)
ReplyDeletehttps://aniesandyou.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html
Alhamdulillah,tumpang bangga dan seronok
ReplyDeleteAlhamdulillah, bangga Aqil baca novel tulisan atuk sendiri..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulilah... tumpang bangga, gembira dan teruja. harap suatu hari nanti bakat penulisan ini ada kesinambungannya. daripada atuk kepada cucu-cucunya...
Bestnya Aqil ada atuk novelist! 😎👍🏻
ReplyDeleteAqil akan buat presentation novel depan kelas ke? and novel atuk sendiri pula tu... best and bangga betul :)
ReplyDeleteMesti Aqil bangga bagitau kawan-kawan dan cikgu yang novel dia baca tulisan atuk sendiri
ReplyDelete