Monday, 29 February 2016

TIPS MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT DAN MENGAWAL SELERA MAKAN...

ASSALAMUALAIKUM....

TIPS MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT DAN SELERA MAKAN SEAWAL SEMINGGU!!!!
Nak share satu lagi tips yang sangat berkesan menghilangkan perut buncit seawal seminggu dan mengurangkan selera makan!!!

Bahan2 yang biasa kita lihat:

-lemon(setengah)
-kurma(2 biji)
-secawan air suam-150mls
-bawang putih(4 ulas)
1.Mula2 sekali blend semua..ika suka blend lemon skali dgn kulit sbb nak dpt khasiat 100%.
2.buang kulit bawang putih
3.kurma dapat mengurangkan pahit selain khasitnya tersendiri
4.blend semua dan tapis
5.kemudian boleh minum
6.ika suka titiskan minyak biji delima utk cepatkn metabolisma(jika ada)

๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒbawang putih merangsang penghasilan leptin(hormon mengurangkan selera makan)
๐Ÿ˜๐Ÿ˜lemon pulak boleh mengikis lemak degil dan membuang toxin..
๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•hampasnya jangan dibuang kerana mampu merubat jerawat...

Boleh minum 2x sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur
Selepas itu boleh tgk hasilnya slps seminggu mencuba tanpa jemu...

Tips ini utk yg benar2 tekad utk buang lemak degil
๐Ÿ˜•lemak yang dikumpul setahun xkan hilang dalam masa sehari kan
Selamat mencuba!!!


AYAM GORENG ALA KFC...

ASSALAMUALAIKUM...

RAMAI YANG DAH TAHU MENGGORENG AYAM ALA KFC YANG ENAK SANGAT...DAN BOLEHLAH PRAKTIKANNYA UNTUK DIJADIKAN HIDANGAN KELUARGA....TIDAK PERLU LAGI KE KFC MEMBAWA ANAK-ANAK HANYA SEBAB NAK MENIKMATI AYAM GORENG...BELI AYAM SEEKOR BERSIHKAN DENGAN TEPUNG GANDUM UNTUK HILANGKAN BAUNYA...BERSELAWAT NABI DAN BOLEH MULA MENGGORENG DENGAN CARA YANG DIKONGSIKAN INI..

AYAM GORENG RANGUP ALA KFC

Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap
Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur
Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak.




Sunday, 28 February 2016

KEPUTUSAN PERADUAN MENULIS SAJAK ZAABA...ITBH KHIDMAT...

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAHPUN DIUMUMKAN PEMENANG PEMENANG YANG MENYERTAI PERADUAN MENULIS SAJAK MENGENANG JASA PENDETA ZAABA....ADA DI ANTARANYA YANG PI KENALI SEBAGAI PEMUISI YANG AMAT AKTIF DI LAMAN MAYA IAITU PENULIS SITI NURZA DAN PEMUISI CIKGU PAUZI MD ISA.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG SEMUA KERTAGORI YANG DIPERTANDINGKAN.
MAJLIS BACA SAJAK DAN LAIN-LAIN ACARA YANG SANGAT MERIAH ANJURAN ITBH DAN SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKANNYA DIADAKAN DI TERATAK ZA'ABA BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN



KEPUTUSAN PERADUAN MENULIS SAJAK JASA ZA'BA sempena Majlis Mahabbah Bahasa Pendeta Za'b
2016Pelajar Sekolah
Pertama
33 ZA’BA033 MEMOIR SEORANG CENDEKIA BAHASA
Fakhira Izzati binti Kamarulsaman SMK Bandar Baru Serting
Kedua
35 ZA’BA035 PENDETA ZA’BA
Nurul Aisyatul Alissa Mohd Agus
Nama Pena : Ilham Alissa
Sekolah MRSM Muadzam Shah, Pahang
KETIGA
36 ZA’BA036 BAPA BAHASA Nama : Ahmad Akhwan Ayyat B.Mohd Agos
Nama Pena : Ilham Ayyat
Sekolah : SK (Felda) Bukit Puchong, Triang, Pahang.
KATEGORI PENULIS BARU
PERTAMA
34 ZA’BA034 MAAFKAN AKU, PENDETA
MOHAMED NASSER MOHAMED
Semenyiah, Selangor
KEDUA
21 ZA’BA021 TOKOH PERSURATAN MELAYU
SITI NUR BINTI ZAINAL
Jerantut, Pahang.
KETIGA
18 ZA’BA018 Kau Tiada Pengganti
Nama penuh: Maisarah Binti Ghazali
Kuala Terengganu. Terengganu.
KATEGORI PENULIS SENIOR
PERTAMA
9 ZA’BA009 PENDETA ZA'BA
SYED MAHADZIR BIN SYED IBRAHIM
BANTING, SELANGOR
KEDUA
20 ZA’BA020 ZA’BA : PUTERA BAHASA, PUTERA BANGSA
ABD. HADI BIN HASHIM
Alor Setar, Kedah Darul Aman.
KETIGA
38 ZA’BA038 PEMIKIR AGUNG
Nama: PAUZI BIN MOHD ISA
Bidor, Perak Darul Ridzuan
Tahniah dan cuba lagi...


Sumber Ilhami Hisham

CEMBURU DI FACEBOOK?

ASSALAMUALAIKUM...



CEMBURU DI FACEBOOK LEBIH TERUK

Kenapa awak mesej bini aku kat fb?
Sapa bini engkau?

Puteri Kayangan
Aduh, engkau pakai nama Gondrong Apaci je, bini engkau Puteri Kayangan?
Bini engkau yang pakai gambaq Hema Malinu, star Industan tu
Yelah…
.
Engkau pulak pakai gambar Ultraman Taro tu?
Apa tak boleh?... dengaq sini, aku bagi last warning ketiga, kalau kau buat lagi, nahas hang!
Hey malaun, kalau kau cemburu sangat kat bini hang tu, hang suruh bini hang pakai talipaun hitam puteh …
Ingat, kalau hang nak idop lama…. Hang jangan kacau bini aku…
Podaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrr!

Sumber Nor Adabi Rosdi.

SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

ASSALAMUALAIKUM...


Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016
2. Copy & paste photo diatas dan linkkan ke entry ini.
3. Follow blog Vitaminwawa.
4. Follow Ig : @vitaminwawa2u
5. Like page : Vitaminwawa2u
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

Saturday, 27 February 2016

KEK KUKUS COKLAT SUNRISE...

ASSALAMUALAIKUM...

Kukus kek coklat sunrise pula ya...haripun sudah petang...siapkan adunan dengan cepat malam nanti sudah boleh mengukusnya...hendak sarapan pagi berserta lain-lain makanan yang disukai boleh saja...jom rajinkan diri.


Kek Kukus Coklat Sunkist

Bahan-bahan:

2 cawan tepug gandum*
1/2 st baking powder*
1 st baking soda*
1/2 cawan serbuk koko + 1/2 cwn milo*

Bahan-bahan * di ayak

2 biji telur gred A
1 cawan air
3/4 cawan minyak canola
3/4 cawan gula pasir
1 biji limau sunkist (di parut kulit dan di ambil jusnya anggaran 6 sudu besar)
Secubit garam

Cara²:

1. Masukkan telur, air, gula dan minyak dalam mangkuk adunan dan mix selama 5 minit dengan kelajuan yang max atau sehingga gula hancur.

2. Masukkan garam, tepung, koko dan milo yang telah d ayak tadi sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula di kaub balikkan sehingga rata.

3. Kemudian masukkan parutan kulit limau dan jusnya ~ digaul rata.

4. Alaskan loyang 8" yg telah lenserkan dengan sedikit margerin dengan kertas kuih dan tuangkan adunan ~ kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

5. Setelah sejuk ~ jika suka bolehlah dibubuh topping.

AIR LERI KELINCI...

ASSALAMUALAIKUM...

INFO YANG PI PEROLEHI DARIPADA WALL FB KAWAN-KWAN PENGGEMAR ORKID INDONESIA SERING MENYATAKAN AIR LERI KELINCI AMAT BERMENAFAAT MENGGALAKAN ORKID BERBUNGA DAN KESUBURANNYA DENGAN TERLEBIH DAHULU DICAMPUR BAHAN ALAMI TERTENTU SEPERTI CARA YANG DI BAWAH INI.

SEBENARNYA AIR LERI KELINCI ITU IALAH AIR NAJIS ARNAB.....TAPI PI SUKA MENGGUNAKAN BAJA TAHI KAMBING YANG SIAP DIPROSES TAPI MERENDAMNYA SELAMA SEMINGGU SEBELUM DISIRAM PADA ORKID....HASILNYA NAMPAK OK JUGA RAJIN ORKID PI BERBUNGA...BANYAK CARA PILIHAN YANG BOLEH DIADAPTASIKAN MENGIKUT KESUKAAN MASING-MASING UNTUK MENYUBURKAN ORKID DAN MENGGALAKANNYA BERBUNGA MERIAH..

1. 100 gr kulit pisang
2. 200 ml air kelapa
3. Dosis air 1 liter
4. 50 ml air leri kelinci
5. Em4 10 ml
cara pembuatanya, potong kecil2 kulit pisang lalu jemur sampai kering,setalah kering rebus kulit pisang dengan air

secukupnya setelah dingin di saring masukan em4 molases dan air kelapa.
Atur pencahayaan anggrek sesuai dengan keperluan jenis anggrek, cara kerja pupuk akan baik bila terkena 

penjemuran matahari pagi antara jam 6 sampai jam 9,

sebaiknya orkid yang siap berbunga di tempatkan di tempat yang terkena cahaya matahari pagi karena sinar 

matahari pagi sangat membantu fotosintesis bunga





Friday, 26 February 2016

PESAN UNTUK ANAKKU....

ASSALAMUALAIKUM....



SEBUAH KELAHIRAN

Sembilan bulan sepuluh hari belum pasti dikandung ibumu dengan lelahnya
Lalu dizahirkan susah payah bersalut darah melimpah
bertakwakal dengan takdir-Nya
berjuang hingga hujung nyawa.
melahirkan dikau beberapa kesakitan
berpantang pula minum dan makan.

Tatkala engkau melihat dunia raung tangismu berhiba-hiba
dengan segera bidan mencapai
sudah dimandikan lalu dipakai
tinggallah ibumu lemah gemalai, rebah terkulai.

Takbir dan qamat bersilih ganti bapa mengendong putera puteri
memohon doa ke hadrat Ilahi supaya selamat dunia akhirat
beramal ibadat menurut pesan nabi Muhammad
..
Aduhai anak tersayang janganlah engkau durhaka
Dengan kasih ibu dan Allah merestu akan sempurna urusan hidupmu
Tidak menjadi Tanggang yang disumpah menjadi batu.

PARIDAH ISHAK
ULU JEMPOL.


IKAN BAKAR SAMBAL PETAI..

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA...

KAUM LELAKI MUSLIMIN TENTU SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMPERSIAP DIRI KE MESJID MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT HARI INI TANPA ALASANNYA JIKA TIADA KEUZURAN YANG MENGGANGGU KESIHATAN TUBUH....BERSIRAM BERSIH MANDI-MANDA, BERPAKAIAN RAPI, BERWANGI-WANGIAN DENGAN NIAT TULUS BERSUJUD MENGADAP ALLAH PENCIPTA...

YANG DI RUMAH MULA KE DAPUR MEMASAK HIDANGAN TENGAHARI INI UNTUK DINIKMATI BERSAMA SUAMI DAN ANAK-ANAK LELAKI YANG PULANG SETELAH USAI SOLAT JUMAAT NANTI...

PI PILIH RESEPI INI...NAMPAK SANGAT MENYELERAKAN DIGANDINGKAN DENGAN NASI PANAS SAYUR ATAU ULAM....CUKUPLAH TU.

JOM CUBA.

Ikan bakar sambal petai

Bahan
1 ekor siakap
2 bawang merah
2 bawang putih
1 btg serai
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
sedikit asam keping/ asam jawa..(buang biji)
sedikit belacan
sedikit halia
5 Cili kering.. boleh juga guna cili boh
2 sudu minyak masak
Bahan perasa
daun pisang

Cara Masak
Basuh ikan siakap.. belah..dan toskan

PART A
bahan yang diblend
bawang merah
bawang putih
kunyit hidup
serai
lengkuas
asam keping/ asam jawa..(buang biji)
sedikit belacan
halia
Cili kering

PART B
Masukkan minyak 1 sudu
Tumis bahan yang telah diblend
Masukkan gula, garam dan serbuk perasa... secukup rasa

PART C
layur daun pisang
letak ikan siakap atas daun pisang
letak sambal sos yang ( PART B) diatas ikan,
Letak petai atas ikan.
Bungkus sempurna ikan dengan daun pisang
masak atas kuali leper...


DAH SIAP MASAK HIDANGKAN....

Thursday, 25 February 2016

AMALAN SEBELUM TIDUR...

ASSALAMUALAIKUM..

MALAM TIKANYA UNTUK REHATKAN BADAN SETELAH KELELAHAN BERKERJA SEHARIAN ATAU MELAKUKAN BANYAK AKTIVITI YANG MENGERAH TENAGA...SEBELUM TIDUR PASTIKAN RUMAH KITA TERKUNCI RAPAT PINTU DAN TINGKAPNYA DAN KUNCIKAN DENGAN TULISAN YASIN YANG DIGAYAKAN DI SETIAP PENJURU RUMAH UNTUK MENGELAKAN GANGGUAN APA SAJA YANG TAK DIINGINI..

MAKANAN DAN MINUMAN MESTI BERTUTUP RAPAT DENGAN TUDUNG SAJI YANG TIDAK JARANG..AGAR TIDAK ADA ANASIR YANG BERSIFAT ATAU TIDAK BERSIFAT MERENJISKAN MUDARATNYA...CUCI SEMUA PINGGAN/MANGKOK PERIUK DAN BEKAS KOTOR YANG DIIGUNAKAN UNTUK MEMASAK...

SUDAH BERPUAS HATI SEMUA TU BOLEHLAH MASUK KE BILIK DAN KIBAS-KIBASKAN DULU TEMPAT TIDUR SEBELUM BARINGKAN TUBUH...

SEBELUM TERLELAP MATA BACALAH BASMALAH 21X SYAHADAH 3X 3 QUL 3X ALWAQIAH, AYAT KURSI SEHINGGA TERLELAP...PASTI MIMPI INDAH INSYA-ALLAH..
.

SAMBAL SOTONG KERING...

ASSALAMUALAIKUM...


SOTONG KERING AGAK MAHAL HARGANYA TAPI KALAU DIMASAK SAMBAL TUMIS AMATLAH SEDAPNYA....TAK PERLU BEREKOR-EKOR SEBAB SOTONG KERING BIASANYA BESAR...BELI IKUT TIMBANGAN GRAM  YANG DIPERLUKAN SAJA...DIPOTONG KECIL DAN RENDAM DENGAN AIR BIASA KALAU TIADA AIR ABU PUN TAK JADI MASALAH...DIMASAK SAMBAL TUMIS SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI LEMAK ATAU NASI PANAS  DAN LAUK PAUK LAIN ....BUAT LAUK BERBUKA PUASA SUNAT HARI KHAMIS HARI NI PUN AMATLAH NIKMATNYA..

Sambal Sotong Kering
Bahan
Sotong Kering 300 gram (kita beli 130 gram dapat 2 keping harga dalam rm5-50 se gram dan bila sotong kembang berat menjadi lebih kurang 300 gram) 
Air Abu
Cara menyediakannya
Sotong kering di rendam dengan 4 sudu makan air abu selama 6 jam
Ditoskan
Rendam semula dengan air abu selama 6 jam
Ditoskan dan direndam dalam air yang mendidih selama 30 minit
Bahan sambal
Cili kasar 1/2 kg
Bawang besar 100 gram
Asam jawa 100 gram
Gula Merah 100 gram
Gula Putih 50 gram
Minyak 2 cawan
Cara Menyediakan
Panaskan minyak
Masukkan cili kisar, bawang kisa, tunggu sehingga mendidih
Masukkan bahan lain
Masukkan sotong

Wednesday, 24 February 2016

AIR DARI TEBU...TEKNOLOGI THAILAND.

ASSALAMUALAIKUM....

BANYAK JUGA PI TANAM TEBU DI RUMAH DAN MENJUALNYA KEPADA JIRAN YANG MENGUSAHAKAN PENJUALAN AIR TEBU DI GERAINYA...WALAU TAK RIBU-RIBU RINGGIT HASILNYA TAPI LEPAS JUGALAH BELANJA KALA SESAK...SETAKAT NAK TANAM TEBU OKU MACAM PI PUN BOLEH LAKUKAN SECARA PERLAHAN DAN BERHATI-HATI...TAPI TEKNOLOGI THAILAND MENGAMBIL AIR TEBU TANPA MEMOTONG POKOKNYA MENGUJAKAN SEKALI.....BAGAI MENYADAP NIRA NIPAH DAN KELAPA SAJA...SEBATANG TEBU BOLEH HASILKAN SEGELAS AIR TEBU...DAN KENA RAJIN MENADAHNYA SETIAP HARI.....NAK MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN INILAH CARANYA...KALAU ADA TANAMAN TEBU DI RUMAH BOLEHLAH CUBA CARA NI...
Air dari tebu, tanam sekali boleh minum air selamanya (Ancient technology of Thailand) sama seperti mengambil nira nipah di Malaysia.
Caranya:
1. Tunggu sehingga pokok tebu berumur 6 bulan. Dalam satu rumpun tebu hanya pilih satu pokok yg sesuai.
2. Ambil tong cat, potong di tengah ikat dan isi dgn media tanaman/potting soil. Ikat tong ini ke besi yg ditanam di tanah dikiri kanan tong tadi, agar tidak tumbang seperti ditunjuk di gambar.
3. Tunggu 2 bulan akar akan tumbuh dalam tong tersebut.
4. Setelah 2 bulan, cantas batang tebu bawah tong tadi secara serong 45° dan lebih kurang cukup untuk letak gelas/cawan di bawahnya, air akan keluar setitik2 dari batang tebu tadi. Boleh dapat dalam 1 gelas 1 hari.
5. Untuk dapatkan air, hiris nipis batang tebu itu setiap hari.
6. Sekiranya hirisan dibatang tebu yang dibuat setiap hari, telah sampai ke tong, injak tong tersebut naik ke atas.
7. Untuk maniskan air letak fertilizer (tak tahu baja apa).
Sumber fb Normala Nawar.
Top of Form
Bottom of Form


Tuesday, 23 February 2016

PI DAN PENULISAN..

ASSALAMUALAIKUM...


Pic google images.

Paridah Ishak. lahir: 24 mei 1958 di kampung Kuala Dulang kechil, Yen, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Dulang Kechil, Sek. Keb. Ulu Jempol dan peringkat menengah di Sek. Men.Yen, Kedah, Sek.Men.Keb.Maran, Pahang, SMART. (Sek. Men. Abd.rahman Talib) Kuantan. Menetap di Pahang kini sebagai peneroka generasi kedua.

Aktif menulis akhir 70-an dengan karya, puisi, cerpen, berita dan ada yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, majalah Dewan Sastera dll majalah. Meninggalkan minat yang bersemi di hati sejak tahu tulis baca itu setelah berkahwin dan mengurusi tanggungjawab sebagai ibu rumahtangga.

Kembali memegang pena dan menulis setiap hari setelah lumpuh  akibat kemalangan jalanraya di lebuhraya Karak 1987. Justeru hanya itu sajapun yang berdaya dilakukan. Hanya tangan sebelah yang kanan mampu digerakan. Dan tangan kanan itu memainkan peranan besar dalam permudahkan urusan hidup yang ternyata begitu sukar dirasakan lantaran hilang keupayaan dan juga suara. Menulis saja kerjanya. Berkomunikasi juga dengan tulisan. Dalam ertikata penulis sebenar sehingga terhasil sebuah manuskrip novel berjudul KELARAI IMPIAN yang sudah dihantar kepada pihak DBP. Semoga hasil karya penulisan seorang OKU ada nilai untuk diterbitkan.

Setelah terpenjara dalam kelumpuhan total selama tiga tahun, terbalas juga kesabaran itu dengan kudrat yang dianugerahi Allah Yang Esa walau tahap kenormallannya amat minima untuk melakukan kegiatan dunia seadanya. Syukur Alhamdulillah. Dan computer yang diperkenalkan kepada khalayak awal 90-an memudahkan untuk menaip apa saja tulisan yang bersifat karya kreatif seperti novel, cerpen, sajak, puisi tradisi dan apa saja yang terlintas di fikiran. Mujur ada pengalaman sebagai guru sementara, kerani, jurutaip memudahkan untuk mengoperasikan computer dengan belajar daripada computer saja. 

Mengisi waktu dengan kesukaan baru menunggu waktu berlalu. Dengan adanya internet dapat pula dimenafaatkan untuk menyebarkan karya penulisan di facebook dan blog. Juga menghantar karya kepada media tertentu yang kini hanya banyak melalui emel. Dan beberapa karya berupa cerpen dan sajak telah dipilih beberapa penerbitan untuk antologi karya bersama.
Semoga pena di tangan akan terus menari selagi hayat dikandung badan insya-Allah.


Monday, 22 February 2016

BUAH-BUAHAN SEGAR MENGELAK KEKERINGAN TUBUH....

ASSALAMUALAIKUM....

SEDAPNYA ADA STRAWBERRI, EPAL, LIMAU, KIWI, PISANG, BERRI..BILA BILA PUN BOLEH MAKAN TAK KIRA MALAM ATAU SIANG....MENYEGARKAN TUBUH MENGELAK KEKERINGAN DI MUSIM PANAS KINI....BUAH-BUAHAN MENGANDUNGI SERAT YANG MEMUDAHKAN PENCERNAAN DISAMPING MILIKI VITAMIN C DLL  YANG AMAT BAIK UNUK KESIHATAN..



TEMBIKAI BUAH KESUKAAN NABI MUHAMMAD SAW..


CAMPURAN PISANG STRAWBERRI MEMPELAM, KIWI, BETIK.


BUAH NAGA PUN ADA...

ANGGUR BERRI DAN DELIMA.

POTONG BUAH-BUAHAN KECIL-KECIL BEGINI MUDAH NAK DISUAPKAN KE MULUT.


Pic like page resepi kek dan biskut raya.

Sunday, 21 February 2016

ANJING DAN BAYANG BAYANG...

ASSALAMUALAIKUM....

PENGAJARAN DARIPADA HAIWAN


Pic google images.

BAYANG-BAYANG DI AIR TENANG.


Sudah tergonggong seketul tulang
Bangga sungguh rasa di hati
Diusung merata ditayang-tayang
Tak mungkin dilepaskan, kemas dicengkam gigi geraham
Mentari terik di tengah hari
Segera ke tasek anjing berlari
Tekak yang kering ingin dibasahi
Tasek biru berair tenang
Di dalamnya wajah terbayang
Terkejut memandang seketul tulang
hadir tamak sukar terhalang
Ingin direbut lagi mesti dan pasti
Ketamakan yang mebawa padah
Anjing ditipu bebayang sendiri
Mengejar rezeki tanpa fikir akan
tercebur ke tasik lalu mati.

PERADUAN MENULIS SAJAK PENDITA ZAABA..

ASSALAMUALAIKUM.
..


Peraduan Menulis Sajak Jasa Pendeta Za'ba ‪#‎szaba25‬

1- Terbuka kepada semua

2- Terdapat 3 kategori; pelajar, penulis baru dan terkenal.

3- Panjang sajak maksima 20 baris

4- Sajak boleh dibukukan oleh penganjur

5- Tarikh tutup pada 25 Feb jam 23.59 malam.

6- Pemenang akan diumumkan pada 27 Feb di Terarak Za'ba

7- Hadiah dan sijil akan diberikan

8- Emelkan karya anda ke ilhamihisham@gmail.com dalam fail Word atau Doc. Tajuk 

atau subjek emel ditulis dengan Sajak Za'ba

9 - Tuliskan nama penuh, alamat pos, no KP dan no HP

10- Keputusan muktamad.



Sumber Ilhamihisham IBH.

Saturday, 20 February 2016

KEK KUKUS OREN...KEK EVERGREEN KUKUS.

ASSALAMUALAIKUM...

KEK YANG DIKUKUS SEDAP JUGA...LEBIH MUDAH CARA MENGOLAHNYA...BOLEH PILIH ANTARA DUA RESEPI YANG PI PAPARKAN DI SINI.



Resepi Kek Kukus Oren

Bahan-bahan :
10 biji telor (asingkan putih dengan kuning)
12 oz mentega
10 oz gula halus
9 oz tepung gandum
5 oz susu cair (boleh digantikan dengan 1 tins Nestle cream)
1 biji limau sunkist (kulitnya diparut, jusnya diambil 1 sudu teh)
1 sudu teh esen oren
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus

Cara Membuatnya :
1.Mentega, esen oren, garam, kulit limau dan jusnya dipukul hingga gebu dan putih. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dipukul adunan hingga mesra.
2.Pukul putih telor bersama baking powder hingga kembang. 3.Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan kuning telor sebiji demi sebiji hingga habis ke dalam mentega yang dikacau tadi hingga rata. Masukkan tepung, kacau rata dan tuangkan ke dalam loyang. Kukus hingga masak.



Resepi Kek Evergreen Kukus

Bahan-bahan utk Lapisan Hijau:
10 biji kuning telur
225 gram mentega
1/3 cawan gula halus
3/4 cawan horlicks
1/2 cawan biskut marie kisar (diayak)
1/2 - 1 botol kecil pandan paste cap koepoe-koepoe

Cara-cara:
Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, gula halus dan mentega dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan utk Lapisan Putih:
1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)
10 biji telur putih
1 cawan gula halus
1/2 tin susu manis
225 gram mentega

Cara-cara:
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi. Didalam mangkuk berasingan, pukul mentega dan susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata.

**Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira-kira 2-3 senduk nasi) dan apabila masak, tuangkan adunan putih (3 senduk nasi) diatasnya. Buatlah berlapis-lapis hingga habis. Kukus lagi selama 1 jam


LIKE PAGE KEK BISKUT RAYA FB,

P.RAMLEE ...PEMIKIR KLASIK...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU KAWAN KAWAN SEMUA DAN LAKUKANLAH  KEGIATAN YANG MENYUKAKAN HATI...HARI SEMAKIN PETANG BERANSUR SENJA DAN MALAM PUN MENJELMA....SEBELUM MENANTI KEESOKAN TIBA...DAN BERDOALLAH YANG BAIK-BAIK SAJA AKAN DIDEPANI DEMI KESEJAHTERAAN KITA BERSAMA...INSYA-ALLAH.




HEH...HEH...
TAK MAU UNTUNG 25 PERSEN KA...

Friday, 19 February 2016

MAHLIGAI CINTA...

ASSALAMUALAIKUM...

MAHLIGAI CINTA…

Kenapa kau tak pilih dia? Dia kan kaya, ada syarikat guaman sendiri dan seorang yang berjaya di dalam hidup kau tentu senang lenang kelak..." Kawannya itu masih meneruskan komentarnya lagi.


"Atau kau pilih saja sidia yang kau ceritakan pernah melamarmu tapi kau tolak. Aku tengok dia pun hebat orangnya, seorang kontraktor tahap jutawan. Kenapalah kau ni menolak tuah...sah-sah kau akan bermandikan wang ringgit kelak...tak faham betul aku..."

Kawannya itu dijeling sekilas dengan senyuman berbunga.
"Dah habis omel kau ke...kau tak payah nak susah-susah faham aku, aku sendiri pun kadang tak faham diri aku sendiri tapi bolehlah aku cerita sedikit setakat yang aku faham tentang diri aku ni..."
"Ceritalah...aku dengar ni..."


"Aku tak pilih sidia-sidia yang kaya-raya tu bukan sebabnya aku tak suka jadi kayaraya segera. Cuma aku rasa  aku pun boleh cari kekayaan tu dengan usaha aku sendiri. Tak payah nak bergantung hidup dengan kekayaan orang lain. Lagipun kau nak kalau suami kau kata lepas kita kahwin nanti awak duduk saja kat rumah...takpayah nak kerja. Sedangkan mak ayah kita yang miskin tu dah melabur banyak duit untuk pengajian kita. Takkan kita taknak berkerja membantu mak ayah kita. Dibuatnya jodoh kita tak panjang dengan sidia...ditinggalkannya kita, macamana kita nak hidup kalau tak berkerja.

Alasan aku yang kedua mudah saja...sebab aku tak cintakan mereka. Aku akan pilih seorang sidia yang baik, berbudi bahasa,bertanggungjawab, hormat orang tua. Walaupun tak kaya. Kebaikan tu sangat penting tau. Dalam dunia sekarang tidak ramai lagi lelaki yang baik tau...Lagipun aku dah ada sidia yang sangat cintakan aku..."


'Patutlah pun. Moga apa yang direncanakan menjadi kenyataan. Kadangkala memang amat payah menolak takdir justeru jodoh pertemuan itu Allah yang atur sahabatku.'

SEKAWAN ITIK PULANG PETANG....

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA...

PENGAJARAN DARIPADA HAIWAN...



Pic google images.

SEKAWAN ITIK PULANG PETANG

Senja semakin membirai kaki langit
Kelihatan itik berderetan di permatang bendang

Pulang ke reban berkawanan dengan girang
Meninggalkan siang untuk nikmati saat malam
Setelah kegiatannya berterusan seharian.

Masa ditentu dengan urusannya
Maghrib yang pendek fardunya tunaikan segera
Mempersiap diri secepatnya jangan terlambat
Ibarat sekawan itik yang pulang tidak pernah lewat.

Paridah ishak
PARIDAH ISHAK

18 JAN 016.