Saturday, 27 February 2016

KEK KUKUS COKLAT SUNRISE...

ASSALAMUALAIKUM...

Kukus kek coklat sunrise pula ya...haripun sudah petang...siapkan adunan dengan cepat malam nanti sudah boleh mengukusnya...hendak sarapan pagi berserta lain-lain makanan yang disukai boleh saja...jom rajinkan diri.


Kek Kukus Coklat Sunkist

Bahan-bahan:

2 cawan tepug gandum*
1/2 st baking powder*
1 st baking soda*
1/2 cawan serbuk koko + 1/2 cwn milo*

Bahan-bahan * di ayak

2 biji telur gred A
1 cawan air
3/4 cawan minyak canola
3/4 cawan gula pasir
1 biji limau sunkist (di parut kulit dan di ambil jusnya anggaran 6 sudu besar)
Secubit garam

Cara²:

1. Masukkan telur, air, gula dan minyak dalam mangkuk adunan dan mix selama 5 minit dengan kelajuan yang max atau sehingga gula hancur.

2. Masukkan garam, tepung, koko dan milo yang telah d ayak tadi sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula di kaub balikkan sehingga rata.

3. Kemudian masukkan parutan kulit limau dan jusnya ~ digaul rata.

4. Alaskan loyang 8" yg telah lenserkan dengan sedikit margerin dengan kertas kuih dan tuangkan adunan ~ kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

5. Setelah sejuk ~ jika suka bolehlah dibubuh topping.

20 comments:

  1. aduih... sedapnya kak... anak2 mmg suka kek coklat

    ReplyDelete
  2. yela shiela kalau anak2 suka elok buatkan...tq

    ReplyDelete
  3. Sedapnye, pos kat Cikna ye...;-)

    ReplyDelete
  4. HEH..HEH..INSYA ALLAH TQ CIKNA.

    ReplyDelete
  5. hitam mengkilap, sedapnya.. hehehe...

    ijin kopi resepnya ya..

    ReplyDelete
  6. terliur tengok...kecik2 macam ni sekali gap je saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA SERI NIAN COMEL KECIL SEKALI SUAP JER...TQ.

      Delete
  7. sedapnya...chocolate moist..i like..

    ReplyDelete
  8. Mcm dah terasa di mulut akan kesedapannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PANDANG PIC PUN DH TERASA KAN KY HEH..HEH...TQ

      Delete
  9. Campuran coklat dan sedikit limau...bestnya

    ReplyDelete
  10. Kak PI, bestnya, mudah sgt, tq sgt2, tq sharing..mmmuah...cayang cikit, saya nk screen shot ye, nnt senang nk buat.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”