Friday, 19 February 2016

SEKAWAN ITIK PULANG PETANG....

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA...

PENGAJARAN DARIPADA HAIWAN...



Pic google images.

SEKAWAN ITIK PULANG PETANG

Senja semakin membirai kaki langit
Kelihatan itik berderetan di permatang bendang

Pulang ke reban berkawanan dengan girang
Meninggalkan siang untuk nikmati saat malam
Setelah kegiatannya berterusan seharian.

Masa ditentu dengan urusannya
Maghrib yang pendek fardunya tunaikan segera
Mempersiap diri secepatnya jangan terlambat
Ibarat sekawan itik yang pulang tidak pernah lewat.

Paridah ishak
PARIDAH ISHAK

18 JAN 016.

9 comments:

  1. Sekawan itik selalu pulang
    Tepat saat jelang petang
    Sebelum ada teriakan bintang
    Mereka masuk kandang...

    ReplyDelete
  2. Hihihi ..
    Kisah si kawan itik pulang petang ye Kak PI..
    Haiwan pun tahu balik bila dah petang..
    Yg manusia ada jadi hantu maghrib..
    Entah dimana masih merayau..

    ReplyDelete
  3. Moga jadi pengajaran.
    Malunya kalau waktu maghrib masih ada kat pasar malam :(

    ReplyDelete
  4. Itik pun pandai membezakan waktu mana keluar dan balik
    Kalau dia boleh cakap dgn manusia mesti dia marah bila tiba waktu tak dilunaskan apa yg sepatutnya..

    ReplyDelete
  5. Itik pandai jaga masanya tapi manusia mudah leka...

    ReplyDelete
  6. biasa orang dulu2 memang disiplinkan anak2 balik sebelum magrib. comel gambar itik tu kak

    ReplyDelete
  7. masa kecik2 dulu kena cari itik pd lewat ptg n halau mereka masuk ke dalam reban..
    P.S. akak buat la blog list jd bolehlah masukkan link blog kwn2. TQ.

    ReplyDelete
  8. cantiknya..dah lama tak nampak pemandangan sebegini..

    ReplyDelete
  9. hebat kata2 pesanan dan nasihat kepada semua

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”