Saturday, 30 January 2016

APPARTMENT HANTU?

ASSALAMUALAIKUM..

APARTMENT HANTU!
*Baca je, kalau selesai anda membaca, anda ketawa, memang betul apa yang ditulis. Kalau anda merasa serrrram, maknanya ia sekadar hiburan, rugi kalau anda takhabis membacanya. Takrugi pun kalau anda membacanya.
Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?
Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.
PKOK BERINGIN

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.
POKOK SUKUN

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.

POKOK ARA
Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.
POKOK KEKABU
Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak
.
POKOK CIKU
Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.
POKOK SAGA
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat
hantu.
POKOK ASAM JAWA
Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.
POKOK PISANG
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.
POKOK BULUH
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh.
POKOK NANGKA
Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.
POKOK BACANG
Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol. Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.
Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.
Bacalah sekadar untuk menambah pengetahuan, tak percaya pun tidak mengapa.

TULISAN NORADABI ROSDI.

Friday, 29 January 2016

CERITA KERBAU KEPADA KANCIL...

ASSALAMUALAIKUM...

Pengajaran daripada haiwan.

CERITA KERBAU KEPADA KANCIL
Pic google images

Berjalan dia di tepi sungai
airnya deras laju  menghilir
Terlihat sang bedal tergeletak longlai
Pohon  menghempap badan tergulir.
Tiada dayanya lolos  daripada kesakitan
 melolong merayu sang bedal minta tolong dilepaskan.
Timbul di hati rasa kasihan.
Dengan sepenuh kekuatan raga
pohon diangkat lalu dihempaskan
sang bedal merasa lega.
Beban  sang bedal sudah dialih
pantas pula kakiku diraih
terkejut sungguh tanpa diduga
diberi budi  budi dibalas tuba
Kebaikan tidak dibalas kebaikan jua
Lihatlah  aku tikar usang tua
sudah buruk dihanyut pula
sedang budiku tidak terkira
menjadi hamparan tidur lena jenera
Tikar mengkuang hanyut melantun bicara kala ditanya.
Kancil yang bijak memikir persoalan
keputusan tepat untuk penyelesaian.
Diminta menghempas bebanan kembali
baru cerita sebenar dipercayai
Sang bedal menanggung kesakitan
akibat kebaikan dibalas kejahatan.
Kancil dan kerbau membuka langkah perlahan-lahan
penuh rasa syukur terlepas daripada kezaliman.

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA.


SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA...

Betapa telah dipesankan oleh orang-orang terdahulu, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna". Namun ramai dari kalangan kita yang masih terburu-buru dengan perlakuan atau percakapan mereka.
Mereka langsung tidak mahu memikirkan akan kesan akibat dari perlakuan atau percakapan mereka itu.
Hanya apabila berlaku kekalutan atau musibah menimpa ke atas mereka hasil perbuatan atau percakapan mereka, barulah mereka berasa kesal dan menyesal. Pada ketika itu semuanya sudah tidak bererti lagi. Ibarat kata orang tua-tua, "Nasi sudah menjadi bubur", Mana mungkin boleh menjadi nasi lagi! Kesal dan sesal setelah perkara terjadi adalah tiada memberi guna. Begitu juga apabila kita berjalan, kalau "Sudah terhantuk baru hendak menegadah" tiada untungnya lagi. Kepala sudah bengkak atau berdarah baru kita hendak mendongak atau menegadah. Apakah ianya memberi guna lagi?
Dalam percakapan atau pertuturan, kita juga diberi ingatan supaya "Menganga dahulu sebelum bercakap". Kenapa kita disuruh menganga dahulu? Tujuannya agar kita dapat memikirkan sejenak apakah buah atau butir percakapan kita itu akan menyakiti hati atau mengaibkan orang lain. Kesan akibatnya kita tidak tahu. Kemungkinan akan berlaku sesuatu yang tidak baik selepas itu kepada diri kita. Apalah gunanya kita menyesal setelah ianya berlaku. Tiada apa-apa manfaat pun yang akan kita perolehi lagi. Menjadi kenyataan bahawa jarang orang yang mahu menyesal dahulu. Yang paling ramai adalah mereka yang hanya menyesal kemudian! Apabila semuanya sudah terlanjur!
Renungkan dan fikir-fikirkanlah. Sekian.


Thursday, 28 January 2016

BIHUN HAILAM DAN BIHUN LADA SULAH...

ASSALAMUALAIKUM...

UNTUK MAKAN TENGAHARI NI MASAK BIHUN SAJALAH....SEDAP JUGA KAN...ADA DUA RESEPI YANG PI KONGSIKAN DI SINI....KALAU SUKA BIHUN YANG AGAK BASAH BERKUAH BOLEHLAH PILIH BIHUN HAILAM...MASAK BIHUN STYLE CHINA TU...TIDAK MINAT BIHUN CARA MASAK GITU BOLEH CUBA BIHUN GORENG LADA SULAH...
SELAMAT MEMASAK MAKAN TENGAHARI DENGAN PENUH KASIH SAYANG AGAR MEMPEROLEH BERKAT DAN PAHALA YANG BANYAK...INSYA-ALLAH.


BIHUN HAILAM

Bahan-bahan:
bihun yang di celur

Bahan-bahan kuah:
5-10 biji cili kering-blend
4 ulas bawang putih-blend

Campuran sos:
sos tiram
sos tomato
kicap (saya guna kicap manis dan masin, campur. kalu ade kicap pekat lagi bagus)
lada hitam
lada sulah
2,3 titik minyak bijan *
sos nampla aka sos ikan *
10 ekor udang
2 mug air masak
sawi 2 pokok, daun kubis 2 helai, carrot setengah batang, cendawan, tomato sebijik.
bancuhan tepung jagung 1/2sudu teh)

Cara:
1. tumis bawang dan lada kering di blend sampai naik bau.
2. masukkan air dan campuran sos, kicap dan lada hitam, lada sulah. sos tomato letak sikit jer dalam 2 sudu besar. sos tiram biar rasa. kicap pon secukup rasa. serbuk lada hitam letak dalam setengah sudu teh. lada sulah tu kalau suka pedas menyengat hidung letak banyak-banyak.tambah lah garam gula sikit kalau rasa tak cukup.
3. masukkan udang.
4. masukkan sayur mayur.
5. try sesedap rasa. biar rasa dia kuat sikit sebab nak makan ngan bihun nanti tawar.
6. nak pekat campur dengan bancuhan tepung jagung akhir sekali

BIHUN LADA SULAH

Bahan-bahan:
*6 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Kisar semua bahan2 * di atas
1 Paket Bihun (direndam dalam air biasa sampai kembang)
3 genggam udang yang telah dibuang kulit
1/2 paket Mix Vege
3 genggam taugeh
sedikit crabstick (dihiris nipis)
boleh ganti/tambah dengan daging atau dada ayam
telur dadar yang potong nipis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka
lada sulah dan lada hitam secukupnya
sedikit air garam
cili hidup yang dihiris nipis
bawang goreng
Jika suka, boleh tabur daun bawang, daun sup atau daun kucai.

Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi
2. Masukkan sos tiram,cuka lada sulah,lada hitam mix vege,crabstick dan udang...
3. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan semua bihun tadi. Akhir sekali masukkan Taugeh. Kacau rata. Rasa dan tambah lagi serbuk sos tiram/lada hitam/lada sulah/garam/cuka jika perlu. Tutup api dan boleh la dihidangkan panas2. Hias dengan hirisan telur, cili hijau/merah dan juga bawang goreng

Wednesday, 27 January 2016

TERIMA KASIH CIKGU ETUZA...

ASSALAMUALAIKUM...

http://madey09.blogspot.my/
Blogger Sabah mengirimkan PI hadiah lagi sebagai menghargai antara 10 pengomen tegar blog beliau bagi bulan Disember 2015....Sebenarnya PI amat merasa serbasalah hendak menerimanya tapi rezeki Allah memang tidak wajar ditolak...pemberinya amat bermurah hati dan penerimanya terlalu berbesar hati. Terima kasih banyak cikgu Etuza.Semoga Allah sentiasa melimpahi cikgu sekeluarga rezeki yang banyak, berada di bawah perlindungan-Nya sentiasa sihat walafiat selalu....PI juga mendoakan yang sama kepada semua kawan-kawan kita...insya-Allah.


Saudaraku
Berjalanlah dengan penuh harapan
walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman
walau di hatimu tak lagi
mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau di hatimu terluka.
Berhentilah memberi alasan
walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dala iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah
walau Dia tak kelihatan.

cikgu etuza.

Tuesday, 26 January 2016

MENULIS PUISI...

PENULISAN PUISI.
BISMILLAHIROHMANIRROHIM
LUAHAN perasaan hati yang digarap sebaiknya mencetus ilham dalam membentuk kuntuman puisi yang disukai pengkaryanya. Setelah pengkaryanya berpuas hati barulah boleh memikirkan langkah seterusnya. Permulaannya adalah renungan mata hati tanpa susah payah memikirkan apa saja temanya terlebih dahulu. Apa yang dilihat sepasang kejora mata dan hati menafsir maknanya lalu aksara segera pula menyusun bait-baitnya.
Antara definisi puisi yang popular dari Barat ialah yang dikemukakan oleh Samuel Taylor Coleridge sebagai "Kata-kata terbaik dalam susunan terbaik" (The best words in the best order). Penyair memilih kata-kata yang setepatnya dan disusun secara sebaik-baiknya, misalnya seimbang, simetris, antara satu unsur dengan unsur lain sangat erat berhubungannya, dan sebagainya.
Menurut Zaaba puisi adalah karangan yang digunakan untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.

Menurut H.B. Jassin, sajak itu adalah suara hati penyairnya, sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukanlah hanya permainan kata semata-mata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat.

Sumber http://mimbarkata.blogspot.my/
Puisi Penulis/PI kebanyakannya tertulis secara spontan ekoran berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang sentiasa silih ganti berlaku di persekitaran hidup. Kadang kalau detik yang dilalui suasananya riang gembira  maka akan cerialah puisi itu dengan gambaran hati yang tersenyum ria. Kedukaan dan kepahitan hidup pula akan menyebabkan Penulis mencoret puisi yang melankolik, sedih, pilu. Walau bersifat puisi  peribadi yang hanya perlu disimpan sebagai koleksi.
Menulis puisi memang sudah lama diminati sejak di bangku sekolah lagi. Apalagi setelah terdedah dengan puisi puisi indah yang menyirat makna sebenar kehidupan nukilan Sasterawan Negara yang pertama iaitu Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warant lewat antologi puisi DURI DAN API yang menjadi teks subjek sastera 1975.
Berpeluang  pula mengenali Sasterawan Negara yang menghasilkan karya penulisan hebat aneka genre melalui surat-surat yang dikirim kepada beliau. Seorang yang sangat berbudi mulia sekali peribadi SN yang pertama ini. Sanggup beliau yang terhormat itu melayani seorang anak sekolah yang kononnya sangat meminati subjek kesusasteraan dan ingin berkarya kreatif menulis puisi persis idolanya yang terbilang itu dengan menghantar buku buku berkenaan sastera kepada Penulis.
Hanya ungkapan terima kasih yang sebanyaknya  mampu Penulis ungkapkan dan dengan iringan doa semoga roh Allahyarham Sasterawan Negara yang banyak  berjasa kepada negara itu dicucuri rahmat-Nya dan rohnya berada di sisi-Nya di kalangan para solehin beriman. Al fatihah. Amiin.

Sajak DURI DAN API oleh SN Usman Awang @ Tongkat Warrant.

Duri dan Api

Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.
Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.
Apakah ini derita diri dalam mimpi
atau kenyataan pahit menjepit
pada lena yang membunuh kehidupan manusia
sama-sama kita rangkul menguji diri.
Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.
Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.
Oleh: Usman Awang.
(Catatan pertama Pemogokan Utusan Melayu)


CARA PENULIS  MENCORET PUISI
1.       Meneliti karya penulis penulis puisi mapan.
Dalam apa saja yang ingin direalisasikan dalam kehidupan perlukan kemahuan dan kesungguhan. Yang pertama tentulah minat dan bakat. Kedua cuba kenali penyair-penyair terkenal yang banyak menerbitkan karya puisi di media massa. Menikmati dengan asyik keindahan karya karya penyair terkenal itu walau kadangkala sukar memprosanya kerana sarat dengan simbol perlambangan, metafora dan maksud kiasan tersirat.
Dalam konteks ini Penulis hanya mampu kenali beberapa nama saja iaitu penyair Nawawee Mohamad, Noorlaila Ghafar, Zaharah Nawawi, Ahmad Solehin, Ilhamsuri, Ami Masra, Kathrina tati sitaim, sekadar menyebut beberapa nama. Dan ramai yang tidak penulis kenali terutama di kalangan penyair baru generasi Y, Z yang ternyata kehebatan mereka dalam berkarya puisi. Penyair Noorlaila Ghafar baru-baru ini menerbitkan bersama ITBM antolgi puisi NYANYIAN MURABBI koleksi puisi murni keTuhanan yang amat indah.
2.       Berkenal mesra dengan penullis penulis mapan.
Mengapa pula perlu berkenal mesra dengan penyair penyair ternama hanya kerana mahu menulis puisi? Pepatah Arab ada mengatakan jika seseorang berkawan dengan pembuat minyak wangi tentu keharumannya akan terpalit juga secara tidak langsung kepada yang rapat dengannya. Tetapi niat sebenarnya kenalah dibetulkan semata-mata ikhlas di hati demi Allah. Bersilaturahim di tuntut Allah demi kebaikan kehidupan. Dengan cara mengeratkan silaturahim saling kita dapat bertukar pandangan juga memperbaiki kekurangan di dalam pengolahan dalam berkarya dan memperbaiki kelemahannya.
3.       Memilih tema kesukaan Penulis.
Penentuan tema di dalam penghasilan karya sajak memang perlu. Tetapi tetap bergantung kepada situasi dan suasana. Sajak yang ditulis semata-mata gejolak perasaan tentulah bertemakan apa yang dirasai hati iaitu sedih, riang, gembira, duka berhadapannya. Secara tidak sedar pantas ilham menjengah dan sajak pun ditulis secara kasar.
3.1  Sajak isu semasa.
Apa saja yang berlaku di persikataran samada dalam dan luar negara jadi pemerhatian dan renungan jiwa halus tentangnya untuk menghasilkan sajak yang berkait dengannya. Memilih pula latar suasana yang bertepatan.
Sekadar contoh:
Perang yang kejam telah bermula
Di Sham, Syria, Lubnan.
Mengorbankan kehidupan.
Pelarian bergelandangan
mencari perlindungan
dengan harapan kedamaian dipulihkan.
Paridah Ishak
19 Jan 2016
4.       Sajak permintaan.
Sajak permintaan adalah sajak yang telah ditentukan tajuknya yang jadi fokus utama seperti  KECINTAAN ALAM. Namun temanya tetap berbeza antara setiap tajuk pilihan. Penulis amat selesa sekali dengan tajuk sajak yang berkaitan alam kerana kehidupan yang dijalani lestari bersama alam. Sekiranya sajak yang ditulis diterima yang memintanya syukur Alhamdulillah. Kalau ditolak pun bersyukur juga justeru menyedari masih ada kekurangan dan kelemahan pada sajak tersebut. Dan perlu diperbaiki lagi. Menghasilkan sajak permintaan mesti sangat teliti dalam pemilihan kata dan perlu merujuki sumber sepatutnya sekiranya ingin memasukkan dalam sajak tersebut info sebenar. Tidaklah boleh menulis fakta ikut suka di dalam sajak yang pendek sekadar 20 atau 25 baris saja itu.
5.       Pemilihan kata/diksi
Pemilihan kata untuk sesebuah puisi tentulah yang indah dan bermakna tapi mesti bertepatan. Penulis akan menulis menurut ilham yang tercerna. Pada mulanya Penulis menyukai garapan kasar itu walau rasanya sudah sangat berpuas hati tetapi tetap meminta pandangan penyajak berkelibar . selalunya daripada penyajak Noorlaila Ghafar sebab beliau seorang yang prihatin dan rajin membantu Penulis dalam berkarya sajak. Dan sajak dibawah ini adalah hasil pemurniaan penulis Noorlaila Ghafar. Indah sungguh.
RERAMA HIJAU

Dan rerama yang mengepak sayap kecilnya
mengiringi langkah yangku atur.

Dan tidakku tahu ke mana hala destinasinya.

Rerama terbang membawa indah
warna-warni kepaknya
ke rimbun hutan dara
menghisap madu.
Rerama itu pernah hinggap
di sanggul nostalgiaku
memberi kemilau bahagia
memberi dalamnya luka.
Rerama semakin terbang jauh
ditelan rimba dara
meninggalkan aku di ranjang rindu
dan aku sering menyelak kembali
lembar silam itu.

PARIDAH ISHAK
ULU JEMPOL
30 NOV 015

6.       Licente poetica
Di dalam menulis sajak atau lain-lain karya sastera kreatif moden  ada keizinan yang diberikan untuk menulis tanpa format tertentu. Penulis sangat menyukainya. Justeru di dalam sajak sajak yang Penulis hasilkan ada yang berima seperti pantun, gurindam, syair, seloka dan rubaiyat yang sudah ditetapkan format  cara untuk menulisnya yang berbeza antara setiap puisi tradisi itu. Ada pengolahan kata yang sedikit seperti haiku dan sonian. Apabila digabung sekali terhasillah sajak yang direkakarya tapi telah hilang format asli tapi kepada Penulis terserlah keindahannya dalam bentuk puisi pula.
Dan menulis sesuka hati memberikan Penulis keselesaan tatkala menulis puisi.
Keizinan menulis puisi secara bebas tidak membebaskan kita untuk lari daripada menyusun frasa yang teratur menurut adab menulisnya.  Tepat dalam penggunaan huruf besar, ejaan dan tanda bacaan.  Memenuhi keperluan menulis sajak memeningkan juga kepada Penulis. Berhari-hari juga untuk menghasilkan sajak terbaik. Terbaik kepada anggapan Penulis saja pun.

7.      Pemurnian sajak.
7.1      Pertama, tipografi puisi. Ia merupakan bentuk puisi yang dipaparkan oleh seseorang penyair. Ia meliputi atur huruf , atur barisnya, puisi yang tidak dimulai dengan huruf besar, setiap hujung baris bertanda noktah, tanda baca seperti titik dan koma. Penghasilan tipografi puisi ini merupakan penentuan terhadap makna yang terkandung dalam puisi berkenaan.

Penulis akan memurnikannya terlebih dahulu mengikut kemampuan diri seadanya sekiranya berhasrat menghantar karya tersebut ke mana mana media penerbitan. Dan harus bersedia menahan rasa sedih di hati andai karya yang dihasilkan dengan cernaan minda ditolak. Bersabarlah. Mungkin tiada rezeki yang Allah tentukan di situ. Akuilah hakikat bahawa Penulis bukanlah sesiapa di bidang persajakan. Namun masih meneruskan menulis karya kreatif sajak kerana berminat menyusun, menggubah bahasa indah yang menyegarkan jiwa. Dan Penulis masih lagi belajar tentang sajak ini daripada kawan kawan penyair dan lain-lain sumber yang diyakini.


Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim.” – Hadis riwayat Ibnu Majah.

Saturday, 23 January 2016

PESAN KATAK KEPADA IKAN...

ASSALAMUALAIKUM....

PENGAJARAN DARIPADA HAIWAN

SAJAK 1
PIC GOOGLE IMAGES SEKADAR HIASAN...

CERITA KATAK KEPADA IKAN

Kata katak kepada ikan,
janganlah termakan umpan
yang dilayang kail berjoran
kelak dirimu merana badan
Kata katak kepada ikan lagi,
di atas darat kau menggelepar
perutmu dibelah  lalu dibakar
matilah kau justeru tidak sabar.
Tidak sabar menelan rezeki enak
yang sebenarnya beronak
Katak memeri cerita sebak
tentang alam darat yang bergejolak
Sifat umpan adalah umpan
ambil ibarat jadikan sempadan
tersentak kail sukar dilepaskan
sentiasa dimangsai mengikut kemahuan.
Pesanan katak kepada ikan
lewat pengalaman di dua alam
Di dalam air dan atas daratan.
PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA.

SAJAK 2

Friday, 22 January 2016

WAJAH TANPA KENING?

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT YANG MULIA...

….
MENGHIAS SOLAT…

Apa yang difahami dengan tajuk di atas? Mungkin ada yang beranggapan menghias diri dengan berpakaian cantik dan bersih sebelum menunaikan solat. Betul juga tu. Tapi menurut kuliah yang diberi ustaz di kampung PI tidak hanya semata begitu.

Jangan abaikan setiap yang dikatakan sunat dilakukan dalam solat tapi hanya menyempurnakan rukun yang wajib saja. Meninggalkan amalan sunat boleh diumpamakan wajah kita tanpa kening dan alis mata dan kepala tanpa rambut yang ikal lebat. Tentu tidak cantik dipandang….bayangkan wajah kita tanpa kening dan alis mata yang lentik…

Hiaslah wajah secantik-cantiknya hanya dengan solat yang tidak diabaikan hukum sunat yang dituntut kerana ingin cepat menyelesaikan solat wajib atau sunat.

PI hanya sampaikan sedikit ilmu yang diberi seorang ustaz kepada PI dan muslimah di kejiranan PI.



Pic google images sekadar hiasan.

Thursday, 21 January 2016

PAK KADOK DAN IKAN TAPAH...

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE IMAGES.

KENAPA ORANG PERAK TIDAK MAKAN IKAN TAPAH
Sumpahan ikan tapah sehingga kini terus menjadi misteri terutama membabitkan waris Pak Kaduk yang percaya keturunan lelaki itu tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkhianati secara sengaja atau tidak, ikan berkenaan.
Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan Pandak Logam Pandak Demat, seorang daripada keturunan Pak Kaduk yang terbabit sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang ikan tapah.
Pandak Logam dilahirkan pada 1873 dan meninggal dunia pada 1963 pada usia 90 tahun.
Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas yang ditemui dalam perut ikan tapah yang masih ada, ia berbentuk empat segi iris wajik digunakan sebagai keronsang baju wanita.
Jumlah yang ada sekarang sebanyak tiga keping dan inilah yang digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Pak Kaduk yang kebanyakannya tinggal di sekitar Sungai Perak, jika terkena sumpahan bisa ikan tapah.
Kini emas kerongsang ikan tapah itu dijaga oleh seorang keturunan Pak Kaduk yang kesembilan bernama Hasmah Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.
Hasmah, 87, atau lebih dikenali sebagai opah, berkata kisah Pak Kaduk bermula ketika zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah.
Beliau berkata, pada zaman kesultanan itu permainan menyabung ayam amat disukai ramai, ia menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi, malah permainan itu membabitkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah sultan.
Hasmah berkata, Pak Kaduk adalah berasal daripada keturunan raja yang berasal dari Negeri Siak, Sumatera merantau ke Tanah Melayu.
Pak Kaduk memulakan pelayaran ke Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya sampai di tepi Sungai Perak bernama Lambor (menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri.
Pak Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis tempatan dan menetap beberapa lama di Kampung Pulau, Lambor Kiri.
Pak Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.
Hasmah berkata, pada suatu hari Pak Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular itu pun berundur dan menghilangkan diri. Pak Kaduk pun mengambil telur itu dan dieramkan oleh ayamnya.
Telur itu akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal, dinamakan Biring Si Kunani. Ayam sabungnya sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Pak Kaduk.
Pak Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Pak Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dapat menyabung ayam.
Berita kehebatan ayam sabungan Pak Kaduk turut mendapat perhatian sultan, lalu baginda mencabar Pak Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan.
Syaratnya – ayam Pak Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata. Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya dan syarat di pihak sultan pula, Pak Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat berkenaan kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
Hasmah berkata, seperti yang dijangkakan ayam Pak Kaduk yang ditukarkan dengan sultan menang. Pak Kaduk bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu sudah menjadi milik sultan. Selepas pengumuman dibuat barulah Pak Kaduk sedar bahawa dia sudah dipermainkan sultan.
Dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Pak Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada sultan, hanya yang tinggal pada Pak Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa sultan mengambil pertaruhan kucing itu tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik sultan.
Pak Kaduk pun membawa diri ke sebuah pulau (satu tempat di tepi tebing Sungai Perak tempat orang menanam padi huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Pak Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki Pak Kaduk seakan ingin memberitahunya sesuatu. Puas juga beliau menghalau kucing itu tetapi tetap juga begitu.
Pak Kaduk pun mengikut kucing itu ke tepi tebing sungai. Apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar. Pak Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah itu keluarlah emas dengan banyaknya. Pak Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.
Maka Pak Kaduk pun menjahit perut ikan tapah itu dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Ketika inilah Pak Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi;
“Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabung lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piat-piut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan ikan tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.
Ikan tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah-olah mengucap selamat tinggal dan kemudian hilang.
Selepas itu, Pak Kaduk pun pergilah mengadap sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan sebahagian bakinya disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar, Sumatera untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana pada zaman itu tukang emas hanya berada di wilayah itu saja.
Kepada anak cucu Pak Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya jika terkena air dari ikan tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam kerongsang emas tapah sebagai penawar bisa sumpahan.
Difahamkan ada keturunan Pak Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan tapah.
Selepas segalanya selesai Pak Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Pak Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku beberapa perkara luar biasa.
Antaranya Sultan Perak melantik Pak Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datuk Bendahara Garang mengenai selok-belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh seperti dalam kisah Megat Terawis.
Seorang daripada waris Pak Kaduk, Azizah Mat lodin, 67, berkata beliau yakin bahawa cerita lagenda Pak Kaduk adalah cerita benar kerana ada beberapa bukti kukuh yang diwarisi sehingga kini.
Beliau berkata, walaupun cerita Pak Kaduk ditokok tambah hingga menjadi cerita humour, namun bagi keturunannya mereka menyifatkan ia sebagai sumber sejarah yang perlu diperhalusi.
Katanya, pihak tertentu terutama pusat pengajian tinggi perlu melakukan kajian secara ilmiah berhubung kewujudan Pak Kaduk dan peranannya dalam institusi kerajaan Melayu Perak.
“Saya tidak pernah malu dengan cerita Pak Kaduk, malah berbangga bahawa Pak Kaduk pernah menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri pada masa lalu.
“Saya yakin, cerita Pak Kaduk adalah cerita benar, kerana bukti yang wujud dan beberapa barangan kemas lain yang masih disimpan oleh generasi Pak Kaduk sehingga kini,” katanya.
Seorang lagi keturunan Pak Kaduk, Maimunah Idrus, 58, berkata, beliau pernah mengalami sakit seperti kulit terbakar kerana tersentuh air ikan tapah kira-kira 30 tahun lalu.
Beliau berkata, ketika itu, dia sedang memilih ikan di Pasar Awam Pekan Sungai Galah, Changkat Tin dan tiba-tiba terasa tangannya seperti terbakar sebaik saja cuba mencuci tangan ketika memilih ikan di situ.
“Saya tidak kenal ikan tapah, tetapi dipercayai bekas air itu digunakan oleh pelanggan lain untuk membasuh tangan selepas membeli ikan tapah di pasar berkenaan.
“Saya menderita kesakitan selama lebih dua hari sebelum ayah membawa saya ke Teluk Sareh dan berjumpa Pandak Logam untuk mengubati tangan saya.
“Sungguh ajaib, sebaik saja air berkenaan yang direndam bersama kancing emas mengenai tangan saya, didapati tangan saya tidak lagi terasa panas,” katanya.
Maimunah berkata, dia kini yakin bahawa apa yang dikatakan sumpah Pak Kaduk itu benar-benar berlaku dan sememangnya kancing emas itu adalah penawar kepada sumpahan keturunannya.

CATATAN TUN KREATIF

Wednesday, 20 January 2016

MENULIS PUISI ISLAM ...

ASSALAMUALAIKUM...

PERADUAN MENULIS PUISI ISLAM ASEAN.

NAMPAKNYA LUMAYAN HADIAH YANG DITAWARKAN KEPADA PERSERTA YANG MENGHANTAR KARYA PUISI DAN MEMENANGINYA PULA....RUGI TIDAK MENCUBA TU...MANATAHU KOT KOT MENANG KAN....

PUISI ISLAM ASEAN SEMPENA MAHRAJAN  DAN KESENIAN ISLAM NUSANTARA KE 5 MEMBAKUT SABAH.



SUMBER FB GABRIEL KIM.

SUMB

Tuesday, 19 January 2016

LEPAT CENDOL...

ASSALAMUALAIKUM...

SEDAP KAN KALAU DAPAT MINUM CENDOL DALAM CUACA PANAS BAWAAN EL NINO KINI...CENDOL DIBUAT AGAK BANYAK DAN JEMU DIHIRUP MELEGAKAN DAHAGA BOLEH JUGA DIJADIKAN LEPAT...GANDINGAN CENDOL YANG HIJAU DI DALAM ADUNAN TEPUNG YANG PUTIH MENYERLAH SEKALI SERINYA....ELOK SEDIAKAN UNTUK HIDANGAN MINUM PETANG DAN BOLEH DISIMPAN DALAM PETI SEJUK UNTUK SARAPAN ESOK PAGI PULA...

LEPAT CENDOL

Bahan-bahan ( 30 - 40 kpg )

400 g cendol - dicuci dan ditapis
1 cawan tepung jagung
1 sb tepung Hoen Kwee
1 cawan gula pasir
1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (saya guna 500ml santan Kara+1,200ml air)=10 cwn
2 helai daun pandan - disimpul
daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai

Cara-cara

Satukan tepung2, gula, garam, santan dan daun pandan di dlm periuk dan kacau rata. Masak atas api yg sederhana panasnya hingga pekat dan licin.

Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata.Matikan api dan keluarkan daun pandan.

Ambil 3 sb adunan dan bungkus dlm daun pisang yg disediakan tadi.Buat hingga habis. sejukkan pd suhu bilik dahulu.

Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.

Adunan ini juga boleh dibubuh dlm mangkuk2 plastik yg kecil.
selamat mencuba....




Monday, 18 January 2016

RAHSIA KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT...

ASSALAMUALAIKUM...

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...
.
Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
.
Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..
.
Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..
.
Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
.
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
.
Saya catat & mahu kongsikan..
.
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..
.
2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..
.
3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..
.
4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..
.
5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..
.
6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..
.
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..
.
8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
.
9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..
.
10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2...
Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.