Monday, 18 January 2016

RAHSIA KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT...

ASSALAMUALAIKUM...

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...
.
Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
.
Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..
.
Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..
.
Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
.
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
.
Saya catat & mahu kongsikan..
.
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..
.
2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..
.
3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..
.
4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..
.
5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..
.
6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..
.
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..
.
8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
.
9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..
.
10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2...
Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.

32 comments:

  1. Kagum dgn hamba Allah yg begini
    Bila pandai mengejar dunia dan akhirat
    Tak mustahil akan bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dunia dikilik akhirat dijunjung...dunia n akhirat seiring sejalan. barulah sempurna segalanya...tq kakzakie.

      Delete
  2. syukran berkongsi kisah ni..semoga kita diberi kekuatan utk mengikut jejak langkah lelaki tua ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm org muda patut ikuti langkah org tua yg berjaya...tq nohas.

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini.
    Mohon untuk share.. ;)

    ReplyDelete
  4. Dah banyak kali saya terima wasap dan FB cerita ni Kak PI..
    Sungguh terkesan buat saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...ELOK KITA SEBAR LUASKAN CERITA YG PENUH PENGAJARAN...TQ HAYATI.

      Delete
  5. Banyak pengajaran kan dari kisah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENGAJARAN YG BAIK JADIKAN PANDUAN HIDUP...TQ SANIAH.

      Delete
  6. pernah nampak dlm fb cerita ni P, kagum tk mustahil perkara di dunia ni kalau Allah nk bg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ULANG BACA NOOR..JADIKAN TELADAN KEHIDUPAN...TQ

      Delete
  7. Terima kasih PI kita jadikan cerita ini panduan untuk hidup bahagia.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah... perkongsian yg membuka minda dan bermanfaat utk diperhalusi. T kasih atas perkongsian ini kak PI

    ReplyDelete
  9. insyaAllah semoga perkngsian bermenafaat dik KK.

    ReplyDelete
  10. terima kasih kak share kisah ni, jadi iktibar

    ReplyDelete
  11. subhanallah, bgus sangat tips ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..moga bermenafaat...tq raihanah.

      Delete
  12. Subhanallah, baik amalan berkat hidup kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org muda mcm zumal contohi amalan ni...tq

      Delete
  13. Assalamualaikum kak,
    Terima kasih atas perkongsian yg amat memotivasikan ini. Tidak mudah utk berbuat demikian melainkan mereka yg terpilih.Semoga kita juga dipermudahkan utk melakukan yg sama menurut kemampuan yg ada..Allahu al-musta'an..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz...kisah2 motivasi yg menyemarakan semangat mncapai kejayaan dlm hidup harus disebarluaskan semoga bermenafaat hendaknya...tq abuikhwan.

      Delete
  14. Peringatan memperkuatkan ibadah..

    ReplyDelete
  15. orang muda mcm BP elok contohi amalan lelaki hebai ini insyaAllah hidup berkah.

    ReplyDelete
  16. Sub ahanallah...semoga Allah memebrekati kehidupannya ..amin

    ReplyDelete
  17. subhanallah, sungguh terinspirasi..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”