Tuesday, 26 January 2016

MENULIS PUISI...

PENULISAN PUISI.
BISMILLAHIROHMANIRROHIM
LUAHAN perasaan hati yang digarap sebaiknya mencetus ilham dalam membentuk kuntuman puisi yang disukai pengkaryanya. Setelah pengkaryanya berpuas hati barulah boleh memikirkan langkah seterusnya. Permulaannya adalah renungan mata hati tanpa susah payah memikirkan apa saja temanya terlebih dahulu. Apa yang dilihat sepasang kejora mata dan hati menafsir maknanya lalu aksara segera pula menyusun bait-baitnya.
Antara definisi puisi yang popular dari Barat ialah yang dikemukakan oleh Samuel Taylor Coleridge sebagai "Kata-kata terbaik dalam susunan terbaik" (The best words in the best order). Penyair memilih kata-kata yang setepatnya dan disusun secara sebaik-baiknya, misalnya seimbang, simetris, antara satu unsur dengan unsur lain sangat erat berhubungannya, dan sebagainya.
Menurut Zaaba puisi adalah karangan yang digunakan untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.

Menurut H.B. Jassin, sajak itu adalah suara hati penyairnya, sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukanlah hanya permainan kata semata-mata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat.

Sumber http://mimbarkata.blogspot.my/
Puisi Penulis/PI kebanyakannya tertulis secara spontan ekoran berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang sentiasa silih ganti berlaku di persekitaran hidup. Kadang kalau detik yang dilalui suasananya riang gembira  maka akan cerialah puisi itu dengan gambaran hati yang tersenyum ria. Kedukaan dan kepahitan hidup pula akan menyebabkan Penulis mencoret puisi yang melankolik, sedih, pilu. Walau bersifat puisi  peribadi yang hanya perlu disimpan sebagai koleksi.
Menulis puisi memang sudah lama diminati sejak di bangku sekolah lagi. Apalagi setelah terdedah dengan puisi puisi indah yang menyirat makna sebenar kehidupan nukilan Sasterawan Negara yang pertama iaitu Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warant lewat antologi puisi DURI DAN API yang menjadi teks subjek sastera 1975.
Berpeluang  pula mengenali Sasterawan Negara yang menghasilkan karya penulisan hebat aneka genre melalui surat-surat yang dikirim kepada beliau. Seorang yang sangat berbudi mulia sekali peribadi SN yang pertama ini. Sanggup beliau yang terhormat itu melayani seorang anak sekolah yang kononnya sangat meminati subjek kesusasteraan dan ingin berkarya kreatif menulis puisi persis idolanya yang terbilang itu dengan menghantar buku buku berkenaan sastera kepada Penulis.
Hanya ungkapan terima kasih yang sebanyaknya  mampu Penulis ungkapkan dan dengan iringan doa semoga roh Allahyarham Sasterawan Negara yang banyak  berjasa kepada negara itu dicucuri rahmat-Nya dan rohnya berada di sisi-Nya di kalangan para solehin beriman. Al fatihah. Amiin.

Sajak DURI DAN API oleh SN Usman Awang @ Tongkat Warrant.

Duri dan Api

Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.
Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.
Apakah ini derita diri dalam mimpi
atau kenyataan pahit menjepit
pada lena yang membunuh kehidupan manusia
sama-sama kita rangkul menguji diri.
Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.
Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.
Oleh: Usman Awang.
(Catatan pertama Pemogokan Utusan Melayu)


CARA PENULIS  MENCORET PUISI
1.       Meneliti karya penulis penulis puisi mapan.
Dalam apa saja yang ingin direalisasikan dalam kehidupan perlukan kemahuan dan kesungguhan. Yang pertama tentulah minat dan bakat. Kedua cuba kenali penyair-penyair terkenal yang banyak menerbitkan karya puisi di media massa. Menikmati dengan asyik keindahan karya karya penyair terkenal itu walau kadangkala sukar memprosanya kerana sarat dengan simbol perlambangan, metafora dan maksud kiasan tersirat.
Dalam konteks ini Penulis hanya mampu kenali beberapa nama saja iaitu penyair Nawawee Mohamad, Noorlaila Ghafar, Zaharah Nawawi, Ahmad Solehin, Ilhamsuri, Ami Masra, Kathrina tati sitaim, sekadar menyebut beberapa nama. Dan ramai yang tidak penulis kenali terutama di kalangan penyair baru generasi Y, Z yang ternyata kehebatan mereka dalam berkarya puisi. Penyair Noorlaila Ghafar baru-baru ini menerbitkan bersama ITBM antolgi puisi NYANYIAN MURABBI koleksi puisi murni keTuhanan yang amat indah.
2.       Berkenal mesra dengan penullis penulis mapan.
Mengapa pula perlu berkenal mesra dengan penyair penyair ternama hanya kerana mahu menulis puisi? Pepatah Arab ada mengatakan jika seseorang berkawan dengan pembuat minyak wangi tentu keharumannya akan terpalit juga secara tidak langsung kepada yang rapat dengannya. Tetapi niat sebenarnya kenalah dibetulkan semata-mata ikhlas di hati demi Allah. Bersilaturahim di tuntut Allah demi kebaikan kehidupan. Dengan cara mengeratkan silaturahim saling kita dapat bertukar pandangan juga memperbaiki kekurangan di dalam pengolahan dalam berkarya dan memperbaiki kelemahannya.
3.       Memilih tema kesukaan Penulis.
Penentuan tema di dalam penghasilan karya sajak memang perlu. Tetapi tetap bergantung kepada situasi dan suasana. Sajak yang ditulis semata-mata gejolak perasaan tentulah bertemakan apa yang dirasai hati iaitu sedih, riang, gembira, duka berhadapannya. Secara tidak sedar pantas ilham menjengah dan sajak pun ditulis secara kasar.
3.1  Sajak isu semasa.
Apa saja yang berlaku di persikataran samada dalam dan luar negara jadi pemerhatian dan renungan jiwa halus tentangnya untuk menghasilkan sajak yang berkait dengannya. Memilih pula latar suasana yang bertepatan.
Sekadar contoh:
Perang yang kejam telah bermula
Di Sham, Syria, Lubnan.
Mengorbankan kehidupan.
Pelarian bergelandangan
mencari perlindungan
dengan harapan kedamaian dipulihkan.
Paridah Ishak
19 Jan 2016
4.       Sajak permintaan.
Sajak permintaan adalah sajak yang telah ditentukan tajuknya yang jadi fokus utama seperti  KECINTAAN ALAM. Namun temanya tetap berbeza antara setiap tajuk pilihan. Penulis amat selesa sekali dengan tajuk sajak yang berkaitan alam kerana kehidupan yang dijalani lestari bersama alam. Sekiranya sajak yang ditulis diterima yang memintanya syukur Alhamdulillah. Kalau ditolak pun bersyukur juga justeru menyedari masih ada kekurangan dan kelemahan pada sajak tersebut. Dan perlu diperbaiki lagi. Menghasilkan sajak permintaan mesti sangat teliti dalam pemilihan kata dan perlu merujuki sumber sepatutnya sekiranya ingin memasukkan dalam sajak tersebut info sebenar. Tidaklah boleh menulis fakta ikut suka di dalam sajak yang pendek sekadar 20 atau 25 baris saja itu.
5.       Pemilihan kata/diksi
Pemilihan kata untuk sesebuah puisi tentulah yang indah dan bermakna tapi mesti bertepatan. Penulis akan menulis menurut ilham yang tercerna. Pada mulanya Penulis menyukai garapan kasar itu walau rasanya sudah sangat berpuas hati tetapi tetap meminta pandangan penyajak berkelibar . selalunya daripada penyajak Noorlaila Ghafar sebab beliau seorang yang prihatin dan rajin membantu Penulis dalam berkarya sajak. Dan sajak dibawah ini adalah hasil pemurniaan penulis Noorlaila Ghafar. Indah sungguh.
RERAMA HIJAU

Dan rerama yang mengepak sayap kecilnya
mengiringi langkah yangku atur.

Dan tidakku tahu ke mana hala destinasinya.

Rerama terbang membawa indah
warna-warni kepaknya
ke rimbun hutan dara
menghisap madu.
Rerama itu pernah hinggap
di sanggul nostalgiaku
memberi kemilau bahagia
memberi dalamnya luka.
Rerama semakin terbang jauh
ditelan rimba dara
meninggalkan aku di ranjang rindu
dan aku sering menyelak kembali
lembar silam itu.

PARIDAH ISHAK
ULU JEMPOL
30 NOV 015

6.       Licente poetica
Di dalam menulis sajak atau lain-lain karya sastera kreatif moden  ada keizinan yang diberikan untuk menulis tanpa format tertentu. Penulis sangat menyukainya. Justeru di dalam sajak sajak yang Penulis hasilkan ada yang berima seperti pantun, gurindam, syair, seloka dan rubaiyat yang sudah ditetapkan format  cara untuk menulisnya yang berbeza antara setiap puisi tradisi itu. Ada pengolahan kata yang sedikit seperti haiku dan sonian. Apabila digabung sekali terhasillah sajak yang direkakarya tapi telah hilang format asli tapi kepada Penulis terserlah keindahannya dalam bentuk puisi pula.
Dan menulis sesuka hati memberikan Penulis keselesaan tatkala menulis puisi.
Keizinan menulis puisi secara bebas tidak membebaskan kita untuk lari daripada menyusun frasa yang teratur menurut adab menulisnya.  Tepat dalam penggunaan huruf besar, ejaan dan tanda bacaan.  Memenuhi keperluan menulis sajak memeningkan juga kepada Penulis. Berhari-hari juga untuk menghasilkan sajak terbaik. Terbaik kepada anggapan Penulis saja pun.

7.      Pemurnian sajak.
7.1      Pertama, tipografi puisi. Ia merupakan bentuk puisi yang dipaparkan oleh seseorang penyair. Ia meliputi atur huruf , atur barisnya, puisi yang tidak dimulai dengan huruf besar, setiap hujung baris bertanda noktah, tanda baca seperti titik dan koma. Penghasilan tipografi puisi ini merupakan penentuan terhadap makna yang terkandung dalam puisi berkenaan.

Penulis akan memurnikannya terlebih dahulu mengikut kemampuan diri seadanya sekiranya berhasrat menghantar karya tersebut ke mana mana media penerbitan. Dan harus bersedia menahan rasa sedih di hati andai karya yang dihasilkan dengan cernaan minda ditolak. Bersabarlah. Mungkin tiada rezeki yang Allah tentukan di situ. Akuilah hakikat bahawa Penulis bukanlah sesiapa di bidang persajakan. Namun masih meneruskan menulis karya kreatif sajak kerana berminat menyusun, menggubah bahasa indah yang menyegarkan jiwa. Dan Penulis masih lagi belajar tentang sajak ini daripada kawan kawan penyair dan lain-lain sumber yang diyakini.


Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim.” – Hadis riwayat Ibnu Majah.

17 comments:

  1. Itulah dikatakan jiwa seorang penulis sangat berseni. Gerak tari tangan ketika menulis/menaip bergerak pantas seiring dengan akal yg mengarang. Keindahannya dinikmati pembaca. Semua itu ada pada diari PI yg tak semua org mampu dan miliki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..XDERLH KAK ZAKIE...SESEKALI TLS ARTIKEL YG PANJANG SIKIT...KAK KALAU NK TLS ARTIKEL PANJANG AMBIL MASA BERHARI-HARI JUGA...SBB TU N3 KAK KEBANYAKANNYA PENDEK JER..CPT SIAP CPT PUBLISH...TQ KAKZAKIE.

      Delete
  2. suka puisi-puisi kak PI..begitu puitis sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH NOHAS INSYA ALLAH XDERLH PUITIS SGTPUN..

      Delete
  3. Memang kagumlah pada mereka yang bijak mengatur ayat sehingga menjadi puisi indah. Saya ni memang takda bakat, kak. Takda bakat boleh diasuh tapi kalau tak berminat, itu yang susahnya ^_^

    Membaca coretan akak ni pun saya dah rasa indahnya susunan ayat-ayat akak ni tak macam saya yang suka 'merewang' entah ke mana-mana! Memang takda bakat menulis puisilah senang cerita saya ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERKARYA KREATIF PERLU MINAT SAJA KURANG MINAT TENTU XJADI TAPI MENULIS RENCANA YG FAKTA RAMAI YG BERBAKAT TU...LBH LAGI YG BERMINAT MENCORET APA SAJA MACAM MD...KAK MMG XMAMPU MENULIS SEBAIK MD..KAKZAKIE NOHAS..BP..ZUMAL YANTY YATI..KK..MKL.USTAZ ABUIKHWAN N KAWAN2 BLOGGER YG LAIN..TQ MD

      Delete
  4. Betul PI seorang gifted berbakat dan bijak menyampaikan mesej di dalam bahasa halus lagi bermakna, keep it up :)

    ReplyDelete
  5. Suka puisi Kak PI. Ringkas tapi padat isinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH FIDAH..SAJAK ORG MLS PENDEK JER HEH..HEH..

      Delete
  6. Wah, ramai yg puji puisi PI ni, saya blm berpeluang menelusurinya, in shaa Allah...
    Saya pun suka puisi terutama puisi islamik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAGUS JUGA PUJI-PUJIAN MENYUKAKAKAN HATI PENERIMANYA KAN NOR...TAPI PUISI2 KAK BIIASA JER XLAH SEBAIK PUJIAN KWN2 TU...TQ NOR AZIMAH.

      Delete
  7. Suka sangat puisi, perseitaran selalu beri ilham untuk kita berpuisi

    ReplyDelete
  8. HMM BETUL TU ZUMAL...PERSEKITARAN SELALU MEMBERIKAN ILHAM UTK KITA BERPUISI...TQ.

    ReplyDelete
  9. sajak itu kadangkala akan lahir atau terbina apabila ada perasaan ..kalau sedih lain lontaran kata, bila gembira lain kiasan kata yang amat mendalam. Best kalau pandai buat sajak ..kurang terbeban..terlelari kekusutan fikiran..ada kala begitu. Pada yang ada perasaan..

    ReplyDelete
  10. dua wajah penulis terhormat negara..

    ReplyDelete
  11. Jiwa seni ni adalah anugerah Illahi kpd sesetengah insan... meluahkan isi hati utk dicerna masyarakat. Kak PI ada anugerah bakat tu... :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”