Friday, 29 January 2016

SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA...

Betapa telah dipesankan oleh orang-orang terdahulu, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna". Namun ramai dari kalangan kita yang masih terburu-buru dengan perlakuan atau percakapan mereka.
Mereka langsung tidak mahu memikirkan akan kesan akibat dari perlakuan atau percakapan mereka itu.
Hanya apabila berlaku kekalutan atau musibah menimpa ke atas mereka hasil perbuatan atau percakapan mereka, barulah mereka berasa kesal dan menyesal. Pada ketika itu semuanya sudah tidak bererti lagi. Ibarat kata orang tua-tua, "Nasi sudah menjadi bubur", Mana mungkin boleh menjadi nasi lagi! Kesal dan sesal setelah perkara terjadi adalah tiada memberi guna. Begitu juga apabila kita berjalan, kalau "Sudah terhantuk baru hendak menegadah" tiada untungnya lagi. Kepala sudah bengkak atau berdarah baru kita hendak mendongak atau menegadah. Apakah ianya memberi guna lagi?
Dalam percakapan atau pertuturan, kita juga diberi ingatan supaya "Menganga dahulu sebelum bercakap". Kenapa kita disuruh menganga dahulu? Tujuannya agar kita dapat memikirkan sejenak apakah buah atau butir percakapan kita itu akan menyakiti hati atau mengaibkan orang lain. Kesan akibatnya kita tidak tahu. Kemungkinan akan berlaku sesuatu yang tidak baik selepas itu kepada diri kita. Apalah gunanya kita menyesal setelah ianya berlaku. Tiada apa-apa manfaat pun yang akan kita perolehi lagi. Menjadi kenyataan bahawa jarang orang yang mahu menyesal dahulu. Yang paling ramai adalah mereka yang hanya menyesal kemudian! Apabila semuanya sudah terlanjur!
Renungkan dan fikir-fikirkanlah. Sekian.


10 comments:

  1. Tapi itulah yg biasanya bila dah lepas baru menyesal
    Kakak ni pun sama juga kadang dah terlepas baru menyesal.
    Beli online lagilah tengok macam cantik bila tiba kat tangan alahai tak sama - menyesal dah tak guna. Nasi dah jadi bubur.

    ReplyDelete
  2. Samalah mcm komen dlm wasap. Silap komen tak bolwh delete dah..boleh kita delete tapi pihak sana tetap membaca komen kita..

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat kak...betul...lebih baik diam dulu....dengar dan fikir sebelum bercakap sesuatu...lebih lebih lagi bila dikhalayak...

    ReplyDelete
  4. Betul fikir masak-masak sebelum membuat keputusan, tengok kebaikkan dari keputusan itu :) senang ja tulis kan..

    ReplyDelete
  5. Daripada sesal dikemudian
    Lebih baik terdahulu dipikirkan
    Agar semua keputusan
    Hasilnya nyaman terkesan...

    ReplyDelete
  6. Kadang tu bila dah cakap baru terfikir akan kesannya, sayalah tu kadang2 begitu

    ReplyDelete
  7. Hari ini berada di sini..hari esok entah di mana...
    Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

    Nasihat yg baik tu Kak. Moga jadi peringatan utk sy selalu

    ReplyDelete
  8. asalam..terima kasih ingatan..kadang kala tanpa sedar ada orang merasa sakit hati dengan kita. kita kena jaga amalan dan usahlah sombong..Allah tak suka kita menyombong di Dunia ni tiada untung apa2

    ReplyDelete
  9. Sebab tu Allah kurniakan hati dan akal kan. Agar tindakan dari hati disulam pemikiran yg betul... subhanallah walhamdulillah...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”