Saturday, 31 January 2015

ANAK-ANAK BULUS YANG COMEL..

ASSALAMUALAIKUM...

DUA HARI LEPAS BERENTRY TENTANG MEOW MEOW...ISH TAK HABIS LAGI KISAH MEOW NI YA. KALI NI PI NAK TULIS TENTANG INSAN PRIHATIN IAITU SAHABAT PI NORMASRI ADABI DAN ISTERINYA KARTENA MOERALI YANG RAJIN MENGUTIP KUCING-KUCING YANG TERBIAR DI JALANAN, MEMBERINYA MAKAN DAN PERLINDUNGAN SEWAJARNYA.

SUNGGUH MULIA SIKAP YANG DITUNJUKAN INSAN BERHATI SUCI MURNI INI BERKASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK ALLAH.  HUBUNGAN DENGAN ALLAH MESTI DIJAGA SESEMPURNANYA BEGITU JUGA SESAMA MANUSIA DAN DITUNTUT HUBUNGAN YANG BAIK SESAMA MAKHLUK JUGA.

BLOGGER ZUMAL  http://duniazumal.blogspot.com/ ADALAH SEORANG ANAK MUDA YANG SANGAT SUKAKAN KUCING. KUCING-KUCINGNYA BANYAK JUMLAHNYA, COMEL-COMEL BELAKA. BELIAU SERING MENULIS ENTRY TENTANG KUCING-KUCING KESAYANGANNYA.

JARANG ADA ANAK MUDA SEPERTI ZUMAL YANG SANGGUP BERKORBAN MASA DAN PERHATIANNYA KEPADA KUCING-KUCING PELIHARAANNYA. SIKAP SEMULIA INI PATUT DICONTOHI YANG LAIN. LEBIH-LEBIH LAGI ORANG MUDA.

KUCING-KUCING ZUMAL..PIC BLOG DUNIA ZUMAL.



YANG DATANG DAN YANG PERGI
NORMASRI ADABI.
Dalam masa dua hari, kami menjumpai 8 ekor si anak bulus, 4 ekor setiap kali, selang sehari. Alhamdulillah, rezeki untuk si anak bulus, makanlah apa seadanya. Yang kami termampu, memberikan perlindungan, makanan dan minuman.
Tidak sanggup untuk kami pertikaikan insan yang tergamak hatinya meletakan si anak bulus ditepi jalan, bahaya sentiasa menjadi teman. Usah cerita pasal kelaparan.
Ya-Allah, bukalah hati manusia-manusia itu untuk menyayangi haiwan kecintaan Rasulullah ini, Amin.
PIC NORMASRI ADABI...


TART BANGKAHULU...

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT BERSARAPAN PAGI...GOOGLE CARI RESEPI KUIH TRADISI TERJUMPA KUIH INI. NAMPAK UNIK BENTUKNYA. MENURUT SIEMPUNYA BLOG KUIH NI FEMES DI NEGERI SEMBILAN. BOLEH DIBUAT SARAPAN PAGI JUGA NI MELIHATKAN SAIZNYA YANG BESAR PASTI MENGENYANGKAN..

RESEPI KUIH TART BANGKAHULU

solehahismail.weebly.com
Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung
  • 1/2 kg gula (dikisar halus)
  • 2 biji telur
  • 1/2 kg santan pati
  • 2 sudu teh baking powder
  • kuning telur
  • 2 sudu minyak
  • inti= 1 1/2 kg biji kelapa parut
  • gula merah 
  • gula melaka
  • garam ikut rasa


Cara-cara menbuat:

INTI
  • masukkan 1 cawan air dalam kuali dan campurkan gula merah dan gula melaka serta garam.didihkan.masukkan kelapa parut kacau hingga kering.
KULIT TART
  • Ayak tepung dgn baking powder dan gula halus yang dikisar.
  • Pukul telur dan masukkan santan sedikit demi sedikit.
  • Masukkan tepung yang sudah diayak dan gaul sehingga sebati.
  • Biarkan setengah jam.
  • Bulat-bulatkan adunan ikut saiz yang diinginkan.
  • Leperkan adunan tersebut dan balutkan inti mengikut bentuk daun.
  • Kepit-kepitkan kulitnya dengan pengepit supaya berjalur seperti urat daun.
  • Sapukan kuning telur yang sudah dicampur dengan minyak
  • Bakar setengah jam dengan 160 C sehingga masak.
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

Friday, 30 January 2015

AYAT PELINDUNG DARIPADA SEGALA KEMUDARATAN...

ASSALAMUALAIKUM..



Satu ikhtiar untuk terhindar daripada segala bala bencana dan mala petaka daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)
.
Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.



Doa Berlindung Dari Kawan & Jiran Yang Jahat


LIKE PAGE DATO.' HARUN DIN.

Thursday, 29 January 2015

ANTOLOGI PUISI MH 17 TERBITAN DBP...

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE SEKADAR HIASAN.

ANTOLOGI PUISI MH17 TERBITAN DBP.

Makluman semua penulis yang terlibat dalam antologi ini. Pohon kerjasama untuk melengkapkan Surat Izin Terbit ini. Surat ini perlu dilengkapkan oleh semua penulis yang terlibat dalam Antologi Puisi MH17 dan kembalikan segera kepada saya secepat mungkin. Sekiranya karya anda pernah tersiar di mana-mana akhbar atau majalah, mohon dinyatakan juga. Mohon nyatakan juga nama penuh, alamat, no.kad pengenalan dan no. telefon tau e-mel untuk dihubungi. Manakalan bagi karya yang pernah tersiar di majalah atau akhbar selain terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, penulis perlu memohon izin terbit daripada mereka terlebih dahulu sebelum karya tersebt boleh diterbitkan oleh DBP. Sekiranya anda, mempunyai sebarang pertanyaan, mohon hubungi saya di inbox atau email saya azimahdee@gmail.com.
Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.


Norazimah Abu Bakar
Penyelenggara
Antologi Puisi MH17
SENARAI PENULIS TERLIBAT.


1. DISEBALIK WAJAH YANG HILANG - A.Hamid Jemain
2. MENCARI SAHABAT YANG HILANG - A.Hamid Jemain
3. MH 17 AL-FATIHAH - Abham T.R.
4. MH 17 : HANCUR LEBUR DI MEDAN TEMPUR - ‘Abd. Hadi Bin Hashim @ Aldi
5. PESAWAT MH 17 MAS - ‘Abd. Hadi Bin Hashim @ Aldi
6. CINTA DI DALAM AWAN (Dedikasi buat isteri yang kehilangan suami tragedi MHI 371) – Aflieza Arshad
7. DAMAILAH KAMU DI SANA - Aimee Nour
8. FIRASAT SUCI - Ali Samat
9. BELASUNGKAWA BONDA PADA SAYAP MH17 - Amaruszati Noor Rahim
10. PATAH SAYAP SERIBU DUKA - Amran Ibrahim Rashidi
11. SALAM TAKZIAH (Buat kru dan anak kapal MH17) - Ami Masra
12. BERTAFAKUR SEJENAK - Ami Masra
13. ANGKARA TANGAN (II) (Al-Fatihah: Doa untuk penumpang dan anak kapal MH17) - Ami Masra
14. APA SALAH DAN DOSAKU – Angin retak
15. TRAGEDI YANG MEMBINGUNGKAN - Anginretak
16. RAHSIA DI LANGIT UKRAINE - Azian Ariff
17. MASA TERTEGUN DI TOREZ - Azian Ariff
18. MONOLOG ANAK KECIL - Baharuddin Sairi
19. NASKAH MH 17 – Buck Lee
20. KEMBALI AKHIRNYA, SAHABATKU MH17 (22 Ogos 2014, Hari Berkabung Malaysia) - Chai Loon Guan,.
21. MH17 (Belasungkawa...) - Chai Loon Guan,
22. ABADI SEBUAH KEMATIAN.- Dayana Chacho
23. KEPULANGAN HIBA - ET Ram G @ Yusuf Ramji
24. TERBANGLAH - Gabriel Kim
25. KEPULANGAN YANG ABADI – Huzaini Harun
26. PULANG DALAM DOA BUAT KEKASIH - Ijamala MN
27. LANGIT TERBUKA LUAS - Ismas Saring
28. MH17 - Ismas Saring
29. BERSEMADI (sempena hari berkabung negara MH17) - Kamal Isak
30. SUDAH TAKDIR - Kamar Zaman
31. UNTUKMU - Kamarliehudie NS
32. DALAM RAHMATMU - Kamarliehudie NS
33. PERKABUNGAN BUATMU MH17 - Kathirina Susanna Tati
34. SEMOGA DAMAI BERSAMAMU - Kathirina Susanna Tati
35. SEBUAH PUISI YANG TERCIPTA DI MALAM 20 RAMADHAN - Kasajiza A. S.
36. SEBUAH PUISI YANG TERCIPTA DI PAGI 26 SYAWAL.- Kasajiza A. S.
37. KERINDUAN - Latifah Binti Zainol
38. PERJALANAN TERAKHIR (MH17 ) - Lya Jamielya
39. SALAM RAHSIA - Lya Jamielya
40. PERINTIH YANG SETIA - M. Ashikin
41. KAMI RELA MH17 - M. Ashikin
42. CANGKIR KENANGAN - Maharatu Rafidah Mohamad
43. PERGILAH BERSAMA RINDU - Maharatu Rafidah Mohamad
44. MENGENANGMU (MH17) - Marjuliana Jumingan (Larra Dhea)
45. DOA UNTUKMU (MH17) - Marjuliana Jumingan
46. KEPULANGAN (Dedikasi Kepada Mangsa Tragedi MH17) - Mat Lazim @Mahasan B Noor (Lara MN)
47. MENGENANG PEMERGIANMU - Mat Lazim @Mahasan B Noor(Lara MN)
48. ANGIN RINDU BERTERBANGAN (Dedikasi Buat Waris MH17) - MS Haron
49. BURUNG PUTIH MH 17 - Merpaty_Sahara89
50. BENAR-BENAR KAU MENDARAT DI SISI TUHAN - Moh Azam Rezali
51. MENDARATKAH KAU DI SISI TUHAN? - Moh Azam Rezali
52. SANG BURUNG MH17- Mohd Fazly Ag Othman
53. DALAM SANUBARI - Nelson Dino
54. TUNGGU - Nida Ghani
55. DOA ADIK - Nida Ghani
56. DUA PULUH DUA DALAM DUKA MALAYSIA - Nilamsuri©
57. MALAYSIA BERKABUNG - Norazimah Abu Bakar
58. SUARA YANG SENYAP - Norjannah MA
59. NOTA KECIL BUAT MH17- Nordin Saad
60. SURAM SEMALAM (Buat MangsaTragedi MH17) - Norezah Ismail
61. RINDU TERLERAI - Norezah Ismail
62. TAKDIR - Norgadis Labuan
63. KERINDUAN TERAKHIR (Untukmu mangsa MH17) - Norlizah Mohd Yassin
64. GERBANG PETAKA - Norlizah Mohd Yassin (MawarPutih)
65. MH17-TAKDIR YANG TERSURAT - Normala Hassan
66. MH17-DIKAU YANG TERPILIH - Normala Hassan
67. CATATAN SEBUAH TAKZIAH - Noorlaila Ghafar,
68. CATATAN SEMINIT BERTAFAKUR - Noorlaila Ghafar
69. TRAGIS MH17 - Nur Ain Hanis
70. YANG TIBA HANYA LUKA - Osman Mahali
71. MH17, TRAGEDI DAHSYAT 17 JULAI, 2014 -Padin Majid
72. SELAMAT KEMBALI - Paridah Ishak
73. TAWARIKH TERCIPTA - Rahim Yahya
74. BUKAN SEKADAR TRAGEDI - Raja Yusof Ariffin
75. YANG BERLAKU TELAH BERLAKU - Raja Yusof Ariffin
76. LUKA SEBUAH SUKMA - Raja Rajeswari Seetha Raman
77. KHABAR DUKA DARI ANGKASA - Ratna Laila Shahidin
78. SELAMAT PULANG SAUDARA-SAUDARAKU (Sempena Hari Perkabungan Negara) - Ratna Laila Shahidin
79. BAGAIMANA BERPERAHU DI DARATAN BERKONFLIK - Raymond Majumah
80. MH17: GUGURNYA MANUSIA - Raymond Majumah
81. MH 6129 – KAU TURUNKAN EMOSI YANG MERUNTUN JIWA - Razali Mohd Yussof
82. MENANTI HADIRNYA (MH 17) - Ridzuan Z.A.
83. DUKA LUKA MH370 KE MH17 - Rosani Hiplee
84. TINGGALLAH ARJUNA, TINGGALLAH JUITA - Rosani Hiplee
85. AIR MATA DI MH17 - Roslan Mohamed
86. MH17 - Roslan Mohamed
87. TANGISAN MH17 - Rozeline Vitalis
88. MH 17 - Rozeline Vitalis
89. SENANDUNG DUKA MENGENANGMU-MH 17 - Sabariah Bahari
90. TAKZIAH MH17 - Sabahuddin Senin
91. SIAPA PETUALANGNYA ? - Saedon Hj Ibrahim
92. DAN DUNIA TAHU - Saedon Ibrahim
93. KETENTUAN - Sani La Bise
94. RATAPAN DI TABIR SENJA - Saniah Masri
95. MH17 DALAM KENANGAN - Sazalee Sulaiman
96. KONSPIRASI DAJAL - Sazalee Sulaiman
97. TANGKA1 - Sazalee Sulaiman
98. GUGURNYA MH17 - Seri Seroja
99. SELAMAT TINGGAL MH17 - Shasha Shakierah
100. MH370 ANTARA ADA DALAM TIADA – Shazwani Alhadi
101. KENAPA MAS? - Sifu Art
102. LALUAN TAKDIR MH17 - Siti Zaiton Ahmad
103. TRAGEDI MH17 - Sri Mawar
104. PESAWAT MH 17 JATUH – Suili ANS
105. MERAH HITAM 17 - Ramakrishnan a/l Ramasamy
106. LANGIT RAPUH - Ramakrishnan a/l Ramasamy
107. KITA DI UJI LAGI - Tarmizi Kassim
108. SYAPEN TRAGEDI MH 17 - Teratai Abadi
109. MEMORI LUKA - Wan Yusof
110. BELASUNGKAWA (Buat Mangsa MH 17) – Wanrazuhar
111. PERKABUNGAN - Yatim Ahmad
112. KERANDA KEHIBAAN - Zabidin Haji Ismail
113. MALAYSIA BERKABUNG - Zaiton Ajamain
114. CITRA TRAGEDI - Zaiton Hanafi
115. MH17: KEPULANGAN 22 OGOS - Zulkifli Jamaasim
116. KORBAN GADAIAN SEBUAH PEPERANGAN! - Zuraidah Bte Hj Jaafar @ Dahlia J.


PS...HEH..HEH...TERSELIT JUGA NAMA PI YA...TERIMA KASIH PUAN  NORAZIMAH ABU BAKAR  PENYELENGGARA 
ANTOLOGI PUISI MH17 DBP. TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMUISI YANG KARYANYA DIPILIH. MOGA SUMBANGAN KECIL MEMPERINGATI ANAK BANGSA YANG TERKORBAN DALAM TRGEDI TRAJIS YANG SANGAT MENYAYAT HATI ANGKARA KEGILAAN MANUSIA ZALIM ITU ADALAH SESUATU YANG BERMAKNA...ALFATIHAH...SEMOGA ABADI DAN DAMAI DI SANA DI BAWAH RAHMAT PERLINDUNGNNYA...AMIN.

MEOW...MEOW...

ASSALAMUALAIKUM...




KELETAH MEOW MEOW PELIHARAAN YANG MANJA MELUCUKAN MEMANG MENGHIBUR HATI. MEOW KESAYANGAN RASULLULLAH, MEMBELANYA, BERSABAR DENGAN KERENAHNYA DIJANJIKAN REZEKI YANG MELIMPAH...INSYA ALLAH KERNA MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH..



GRAFIK GKAP.

Wednesday, 28 January 2015

ORKID-ORKID BERBUNGA LEBAT...

ASSALAMUALAIKUM...

HAA..CAMANA..TERUJA TAK MEMANDANG ORKID-ORKID YANG BERBUNGA SELEBAT INI? TAMBAHAN DENGAN KEHARUMANNYA YANG SEMERBAK...
SUBHANALLAH KEJADIAN ALLAH TERAMATLAH INDAH...


PIC LIKE PAGE SEDANG NURSERY FB.

PIC LIKE PAGE MING NURSERY FB.


LIKE PAGE ORKID HUTAN FB.








Tuesday, 27 January 2015

APA DAYAKU...

ASSALAMUALAIKUM...

PI KONGSIKAN DENGAN IZIN PENULISNYA CERPEN YANG SANGAT MENARIK INI. CERPEN INI DISIARKAN MINGGUAN WANITA AHAD LALU. TERIMA KASIH KEPADA PENULISNYA  NOORLAILA GHAFAR YANG MAHU KARYANYA TURUT DIIKUTI KAWAN-KAWAN YANG GEMAR SINGGAH KARYAKU. TERIMA KASIH BANYAK YA...KAWAN-KAWAN..



APA DAYAKU
-         Karya : Noorlaila Ghafar

Kadang-kadang Noralia merasakan dunia berlaku tidak adil kepadanya. Kadang-kadang dia terasa undang-undang negara tidak adil kepada wanita-wanita sepertinya. Kadang-kadang dirasakan ceramah-ceramah yang pernah didengarnya di kaca televisyen, untuk membela nasib kaum wanita yang didera suami hanya retorik. Artikel-artikel yang menjelaskan hak-hak wanita di  dalam majalah-majalah atau di dada-dada akhbar yang pernah dibacanya tidak membantu.
Untuk menghubungi Umi pun dia tidak mampu kerana telefon bimbit dirampas lelaki itu. Cemburu lelaki yang telah bergelar suaminya itu sentiasa mengawal seluruh kebebasan hidupnya. Hidup umpama burung dalam sangkar, hanya mata terlepas badan terkurung. Nikmat terbang telah tiada. Bagaimana dia mahu keluar membuat aduan kalau dirinya sentiasa dikurung? Bagaimana dia mahu mendapat rawatan doktor selepas tubuhnya lebam-lebam dipukul?
“Umi, tolong. Tolong Along, Umi... Adik, tolong kakak, Dik...” Noralia menjerit . Tetapi tiada siapa mendengar jeritan sanubarinya. Hanya sepi menemani kegelapan malamnya.
“Tolong... Tolong Along, Umi...” Jeritan itu terus bergema di relung hatinya. Wajah Umi dan Adik dirindui amat.   Wajah  Walid yang telah lama kembali kerahmatullah  turut bergentayangan di ruang mata. Sesekali bunyi katak memanggil hujan Disember saling bersahutan. Sesekali dingin angin Monsun Timur Laut menyapa tubuh kurusnya, yang dibaluti telekung putih bersulam indah pemberian Umi. Dinginnya menusuk hingga ke tulang hitam
Mengenang Umi, nubarinya bagai ditusuk tajam sembilu. Sedih dan kesal silih berganti kerana kedegilannya tidak menerima nasihat Umi.  Kini jiwa dan jasadnya terpenjara akibat kedegilannya.  Bagaimana dia mahu melepaskan diri dari jeriji-jeriji yang memagari diri dan hatinya? Bagaimana...?
“Umi, maafkan Along.. Maafkan Along, Umi..”  Esak tangisnya tenggelam dalam relung jiwanya yang kosong. Untuk kesekian kali air matanya tumpah meratapi takdir.
“Oh Tuhan, aku sudah tidak mampu menanggung dugaan  ini.” Dia merebahkan dirinya di atas sejadah ungu, hadiah daripada Adik. Hanya telekung dan sejadah itulah pengubat rindunya kepada Umi dan Adik. Setiap kali menyarung telekung itu, terasa dirinya dalam pelukan  Umi. Terasa panasnya kasih Umi yang tiada tepinya. Benarlah kasih ibu membawa ke syurga. Terasa dekatnya Adik di sisi, setiap kali menatap sejadah itu. Lukisan Kaabah yang tertera di tengah-tengah sejadah bagai  dirinya amat dekat dengan Baitullah.
“Dik, hati kakak seungu sejadah pemberianmu.” 
Telekung dan sejadah itulah yang terus mendekatkan dirinya kepada Allah swt.  Dia yakin amat, Allah swt mendengar suara hatinya. Mendengar rintihan jiwanya. Dia tahu, doanya terjawab bersama berlalunya waktu. Dia tidak kesorangan dalam kegelapan dan kesepian malam ini.
“Demi waktu dhuha (ketika matahari naik sepenggalah) dan demi malam apabila telah sunyi. Allah tidak pernah meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu. Dan  sesungguhnya, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan. Kelak Allah swt akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akan puas. Bukankah dulu engkau seorang yang yatim? Lalu Allah melindungimu. Dulu engkau dalam keadaan binggung lalu Allah memberi petunjuk. Dan Dia mendapati kamu dalam serba kekurangan, lalu Dia mencukupkan. Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau bersyukur.”

Membaca Surah 93, Surah Ad-Dhuha yang mengandungi sebelas ayat itu menginsafkan dirinya. Beberapa kali Noralia beristigfar. Sesungguhnya dia  tidak bersendirian. Allah swt sentiasa bersamanya. Allah swt sentiasa mendengar doanya. Didakapnya al-Quran milik gemulah Tok Wan. Dia, Adik dan sepupu-sepupunya mengaji dengan Tok Wan. Sesungguhnya Tok Wan guru Quran terbaik yang pernah ditemui. Merdu suara Tok Wan melagukan ayat-ayat cinta bertajwid bagai  masih terngiang-ngiang di telinganya. Kini Tok Wan telah tiada, menyusul Walid ke alam barzakh.
            Nostalgia bersama gemulah Walid bertandang dalam kotak kenangan. Walid yang begitu garang dan tegas dalam mendidik mereka dua beradik, terutamanya dalam soal solat. Masih membasah kenangan itu, ketika Walid menyiram segayung air , apabila pada suatu hari minggu, pagi jumaat, dia dan Adik terlewat bangun. Begitulah Walid akan sentiasa memastikan anak-anak menunaikan fardhu yang lima.
            “Ya Allah, ampunkan dosa-dosa Walid, cucurilah rahmat ke atas rohnya. Tempatkanlah dia bersama para Solehhin. Jauhkanlah Walid daripada azab kubur. Aminnn.” Hanya doa itu yang mampu dipanjatkan saat Noralia mengenang Walid. Walid pergi saat usianya baru menginjak dua belas tahun. Meninggalkan Umi yang masih muda.  Dia kagum dengan ketabahan Umi hingga saat ini masih tidak berkahwin lain. Dia kagum dengan kesabaran Umi bertahun-tahun menjaga Walid yang sakit hingga Walid dijemput Illahi.
            Kehadiran Azrul dalam hidup Noralia bagai dinantikan. Barangkali kekosongan yang ditinggalkan oleh Walid membuatkan dia begitu mudah menerima cinta lelaki. Nasihat Umi supaya menyelesaikan dahulu kuliahnya yang hanya tinggal setahun lagi tidak dihiraukan.  Pujukan Azrul untuk segera mengakhiri cinta mereka dengan akad yang suci, meyakinkan hatinya bahawa lelaki itu benar-benar ikhlas. Azrul terus merayu, walau pun telah bergelar isteri, lelaki itu akan terus memberi izin dia meneruskan kuliah. Lebih-lebih lagi apabila ibu Azrul menemui Umi. Akhirnya Umi terpaksa akur dengan cintanya. Umi merestui cinta mereka dengan ijab dan kabul. Harapan Umi, menantu lelaki ini boleh menjadi payung pelindung. Menantu boleh menjadi dahan kukuh tempat berpaut.
Tetapi kebahagian yang diimpikan tidak menjadi realiti. Harapan bahagia hanya tinggal mimpi.  Realiti rumah-tangganya hanya kengerian. Rumah-tangganya dipagari tembok cemburu suami yang tinggi bagaikan tembok besar Negara China. Noralia terpenjara di dalamnya. Noralia terpisah dari dunia luar. Paling melukakan dia dipisahkan daripada insan-insan yang disayangi. Dipisahkan daripada Umi... Dipisahkan daripada Adik...
Mengingatkan tembok besar Negara China yang pernah dibaca daripada buku-buku sejarah negara itu,  dia terbayang nasib gundik-gundik Maharaja China. Tetapi nasib mereka pastinya lebih baik daripada takdir dirinya. Malahan ramai gadis-gadis China zaman itu, berebut ingin menjadi gundik Maharaja. Tinggal dalam mewah istana, dilayani dayang-dayang. Tubuh bersalut indah kain sutera dan emas permata menghias diri.  Pastinya mereka gembira walaupun hanya setahun sekali menerima giliran dikunjungi Maharaja. Aduhai betapa ramainya gundik Maharaja China!  
Noralia hanya mampu memandang kegelapan malam dari dalam rumah. Rumah yang baru dirikan setelah beberapa bulan usia perkahwinan mereka, bersebelahan rumah ibu mertuanya. Semua barang kemasnya pemberian Umi digadaikan oleh Azrul untuk menyiapkan rumah ini. Gelang, cincin, subang dan rantai leher dengan loket yang berukir nama Noralia dipajakgadaikan.  Malah cincin tunang pemberian lelaki itu turut diambil semula. Cincin tunang juga dipajakgadaikan.
 Sebelum itu Azrul sudah menunjukkan tembelangnya. Meminta semula mas kahwin  yang diberi, dengan alasan untuk membeli kereta. Baru disedari Myvi yang sering dipandu suaminya adalah milik abang ipar. Noralia berkeras tidak mahu mengeluarkan wang tersebut yang telah disimpan di dalan bank. Tetapi akhirnya dia terpaksa akur setelah kedua-dua pipinya menerima tamparan demi tamparan dari tangan sasa lelaki yang baru seminggu bergelar suaminya. Baru seminggu mereka diikat akad, Merah pipinya terasa perit. Merah inai di jari masih belum hilang, dirinya telah menjadi mangsa.
Noralia hanya mampu bersabar. Bersyukur masih diberi izin meneruskan kuliah. Setiap pagi Azrul akan menghantar ke kampus, yang kebetulan tidak berapa jauh dari rumah. Kerana cemburu atau barangkali takut rahsia rumah-tangganya terbongkar, setiap hari Azrul sanggup menunggu di dalam kereta hingga kuliah berakhir. Noralia tidak berani membantah. Meneruskan kuliah sudah cukup memberi sedikit kebebasan kepadanya. Apa yang ada dalam minda fikirnya ketika itu, hanya ingin menggenggam segulung ijazah. Dia gigih berusaha untuk lulus peperiksaan, walau terpaksa mengharungi gelora ombak rumah-tangga yang membadai. Dia yakin doa Umi sentiasa mengiringi.
Hanya kepada-Mu ya Allah, syukurnya melimpah apabila menatap  keputusan peperiksaan yang tertera di skrin komputer.  Ketika itu, Noralia dibenarkan Azrul mengikutnya ke Siber Cafe milik mereka. Azrul telah meminjam wang Umi dalam jumlah yang agak besar untuk membuka perniagaan Siber Cafe itu. Noralialah yang menjadi orang tengah memujuk Umi supaya memberi pinjaman itu. Dengan alasan setelah tamat pengajian, Noralia akan bersama Azrul menguruskan Siber Cafe. Demi kasih Umi kepada anak-menantu, Umi sanggup membuat pinjaman. Sebagai kaki tangan kerajaan, tidak sukar untuk Umi membuat pinjaman peribadi daripada Bank Rakyat. Pastinya Umi terpaksa berjimat kerana setiap bulan gajinya dipotong untuk melunaskan pinjaman itu.
“Oh.. Umi, maafkan Along. Abang Azrul yang mendesak Along. Along tidak pernah berpeluang menceritakan ketidakjujuran suami kepada Umi. Hidup Along dikawal rapi dan sentiasa diintip. Kalau membantah, sepak teranjang sebagai hadiah.  Memikirkan kuliah, Along terpaksa mengalah. Menelan segala kepahitan ini.”
Dia tahu, suaminya tidak segan-silu bertemu pensyarahnya kalau ada yang tidak berkenan di hatinya. Dia takut kalau dibuang dari kolej. Dia tidak mahu mengecewakan Umi andainya gagal dalam pelajaran.  Dengan rasa ketakutan itulah dia memujuk Umi membuat pinjaman, walaupun sebenarnya dia telah mengecewakan Umi. Azamnya setelah tamat pengajian dia akan melarikan diri daripada cengkaman lelaki yang sudah tidak dicintainya lagi.
Sejak petang tadi, Azrul menunaikan fitrah di rumah isteri yang lain. Sebelum keluar Azrul telah mengunci rumah mereka dari luar!
“Apa dayaku kerana aku perempuan. Bagaimana kudrat wanitaku untuk merungkai kusut masalah ini.” Sebelum bernikah, sesungguhnya Noralia tidak tahu Azrul telah beristeri dan telah mempunyai dua orang anak. Sungguh bijak sandiwara Azrul. Norlia yang masih mentah, tertipu oleh lakonan lelaki itu. Malah ibu Azrul turut memainkan peranan dalam sandiwara itu. Lebih mengejutkan, apabila Noralia mendapati dirinya merupakan wanita ketiga menjadi isteri Azrul! Isteri abang iparnya juga memaklumkan bekas isteri pertama Azrul lari dari rumah, dan kini mereka telah bercerai.
Kemudian Azrul menikah lagi di sempadan. Noralia tidak menyangka, dia telah merampas suami orang! Dan kini Azrul telah merampas seluruh hidupnya... Dia juga dimaklumkan madunya tidak dapat menuntut penceraian kerana pernikahan mereka tidak disahkan di Malaysia. Tanpa surat nikah yang sah, bagaimana umtuk menuntut penceraian? Aduhai bagaimana nasib wanita itu? Sesekali terdetik pertanyaan di hatinya.
“Apakah dia juga seperti diriku? Apakah dia juga tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit? Apakah dia juga sering dipukul dan disepak-terajang?”
 Hasrat untuk bercerai masih buntu. Usaha melarikan diri menemui kegagalan. Noralia pernah keluar rumah sehelai sepinggang tanpa sesen  di tangan. Untuk menghubungi Umi juga tidak mampu kerana telefon bimbitnya dibawa suami. Mujur Pakcik pemandu teksi yang dinaikinya mempercayai dirinya dan sanggup menghantar ke rumah dengan janji akan membayar tambang teksi apabila sampai di rumah Umi. Sepanjang perjalanan pulang, yang mengambil masa  hampir dua jam dirasakan terlalu lambat. Tidak berhenti-henti bibirnya berselawat dan berdoa agar perjalanannya selamat.
Umi terkejut melihat kehadirannya. Mereka saling berpelukan dan tenggelam dalam banjir air mata. Kesedihan jelas terpamer di wajah Umi. Bimbang Azrul menjejaki langkahnya, Umi membawa Noralia menumpang buat sementara waktu di rumah Pak Ngah, di kampung berhampiran.
 Benar, telahannya. Azrul datang menngamuk-ngamuk mencari Umi di tempat kerja setelah gagal mencari Noralia. Umi terpaksa minta izin pulang awal,  untuk melayani kerenah Azrul kerana malu. Malam itu Azrul tidur di rumah Umi. Umi cuba menghubungi pihak polis, tetapi pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana Azrul masih menantunya. Undang-undang apakah ini?
Dengan bersembunyi-sembunyi  Pak Ngah membawa Noralia ke bandar dengan kereta seorang kawannya, untuk menemui seorang peguam wanita. Setelah berbincang, peguam itu bersetuju membawa kes Noralia ke mahkamah untuk membuat tuntutan fasakh. Setelah selesai menandatangani borang-borang yang berkaitan, Noralia ke utara tanah air, ditemani Pak Ngah.  Pak Su dan isterinya telah dimaklumkan tentang kehadiran mereka. Dia bersembunyi di rumah Pak Su, sementara menunggu dipanggil ke mahkamah untuk sebut kes. 
Beberapa minggu kemudian Pak Ngah datang mengambil dirinya untuk hadir ke mahkamah. Pak Su sengaja tidak menghantar Norlia pulang, untuk mengelakkan Azrul menghidu tempat persembunyian ini. Umi, Adik dan beberapa orang keluarganya turut hadir ke mahkamah. Betapa terkejutnya mereka, apabila Azrul hadir bersama berpuluh-puluh keluarga dan kawan-kawannya. Malah Azrul turut membawa bomoh ke mahkamah!
“Aduh... sakitlah, lepaskan.. lepaskan...” Noralia menjerit saat Azrul menerpa dan memegang pergelangan tangan kanannya. Semakin dia cuba meronta semakin kuat cengkaman  tangan sasa lelaki itu.
Suasana di dalam mahkamah menjadi kecoh. Semua mata di dalam mahkamah tertumpu kepada mereka. Norlia amat malu. Azrul bagai orang hilang akal. Tanpa malu dan segan cuba memeluknya. Azrul merayu-rayu supaya Norlia menarik balik tuntutan fasakh. Tuan Hakim terpaksa memanggil mereka ke dalam bilik untuk Sebutan Kes tuntutan fasakh itu. Sepanjang berada di dalam bilik di depan Tuan Hakim, Azrul tidak melepaskan pergelangan tangan kanannya. Masih terngiang-ngiang di telinga Norlia, kata-kata Tuan Hakim;
“Oh.., Sayang sangat kat isteri. Tapi pukul isteri?”
Setelah selesai urusan Sebutan Kes. Azrul mengheret Norlia keluar dari mahkamah. Norlia meronta-ronta ingin melepaskan diri. Pihak polis terpaksa dipanggil . Azrul diberkas dan dibawa ke balai kerana membuat onar di mahkamah.   
Pak Ngah menghantar semula Norlia bersembunyi di rumah Pak Su. Hidupnya bagai pelarian. Dirinya ibarat pendatang tanpa izin. Takut untuk keluar rumah. Takut untuk mencari kerja. Kadang-kadang untuk bersiar-siar bersama keluarga Pak Su pun takut. Takut seharian di rumah, ketika Pak Su dan isterinya bekerja. Dia  takut ditemui Azrul, kerana dia masih bergelar isteri kepada lelaki itu.
Ketakutan itu menjadi kenyataan, apabila suatu pagi, saat Norlia bersendirian di rumah tiba-tiba wajah bengis Azrul muncul. Belum sempat dia menjerit, Azrul telah menerkam dan menutup mulutnya. Seorang lelaki lain, pastinya rakan Azrul menekup hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang lembab. Sesaat dia terhidu bau yang asing daripada sapu tangan itu.  Kepalanya tiba-tiba terasa berat. Alam sekeliling bagai berpusing-pusing.  Tangn sasa Azrul memaut tubuhnya yang hampir rebah. Terasa tubuh diangkat. Dalam pandangan yang berpinar-pinar itu, dia nampak seorang lelaki sedang menunggu di dalam sebuah kereta di tepi pagar. Noralia terasa dirinya dicampakkan ke dalam kereta bahagian penumpang. Azrul segera melabuhkan diri di sisinya. Kedengaran pintu-pintu kereta ditutup kuat dan terasa kereta melunjur laju. Selepas itu dia tidak ingat apa-apa. 
Sedar-sedar dirinya terlantar di atas katil di dalam bilik tidur yang telah dua bulan ditinggalkannya. Barangkali dia pengsan hampir lapan jam. Azrul ketawa kuat tanda dia telah menang. Di tangannya sehelai kertas putih, surat daripada mahkamah untuk hadir perbicaraan. Dengan ketawa yang masih tersisa, tangan rakus itu mengoyak-ngoyakkan kertas, berkecai-kecai. Hati Norlia bagai dikoyak-koyak seperti kertas itu., berkecai-kecai. Dia ingin menjerit tetapi suara itu bagai tersekat di kerongkong.
“Sayang...Pak Su buat laporan polis, sayang diculik.” Azrul ketawa sambil mengelus-ngelus kepala Noralia. Mahu saja Noralia menepis tangan itu. Tapi, sesungguhnya dia tidak berdaya.
“Apa yang polis boleh buat kalau isteri diculik oleh suami sendiri??” Ketawa ego lelaki itu semakin kuat. Dia hanya mampu memandang kosong. Di sebalik pintu bilik, senyum sinis ibu mertua menikam jantung hatinya.
Ketika azan maghrib sayup-sayup dari surau Noralia bangun untuk menutup daun tingkap. Pandangannya sempat dilemparkan ke luar dari tingkap bilik yang kini telah dipagari grill. Oh, di keliling rumah itu kini telah berpagar tinggi. Pagar yang dibina itu turut memagari rumah ibu mertua di sebelah kanan, rumah abang ipar di sebelah kiri. Semua tingkap dan pintu telah dipasang grill. Noralia yakin pasti suami dan ibu mertua membuat perancangan ini, untuk menghalang dia lari dari rumah. Setiap kali dia dan suami bergaduh, pasti ibu mertua akan menyebelahi anak lelaki bungsu kesayangannya. Sudahlah badannya sakit-sakit disepak terajang oleh lelaki yang tidak berhati perut itu. Ibu mertua menambah kesakitan itu dengan sindiran: Tak pandai jaga suami!
 “Bagaimana aku hendak hadir ke Mahkamah pada hari pembicaraan? Bagaimana aku hendak meneruskan tuntutan fasakh ini?” Bisikan-bisikan hati Norlia hanya disambut oleh titis-titis hujan di luar, yang lebat menimpa bumbung rumah. Laungan batinnya hanya disambut oleh keras tiupan angin Monsun yang menampar-nampar dinding rumah.
Sebelum kejadian melarikan diri, sesekali Noralia boleh juga menghubungi Umi walaupuan Azrul akan mendengar perbualan mereka. Pastinya Azrul mahu memastikan dia tidak mengadu apa-apa kepada Umi! Sesekali Azrul akan membawanya pulang ke rumah Umi, terutama jika perlu bantuan kewangan. Sesekali Umi dan Adik datang berkunjung. Tetapi sejak Azrul berjaya menjejaki tempat persembunyiannya, hidupnya semakin terpenjara. Hidup di sebalik jeriji memeritkan amat. Azrul tidak membenarkan dia menghubungi Umi. Malah Umi dan Adik tidak dibenarkan datang... Polis tidak ada kuasa mengambil dirinya atau menangkap Azrul kerana mereka masih suami isteri!
“Oh... di mana keadilan? Bagaimana aku hendak menuntut keadilan? Bagaimana aku menuntut hak, andai diri terus berada di sebalik jeriji ini? Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang lemah ini... Berilah aku kekuatan menghadapi ujian-Mu ini...” Norlia hanya mampu berdoa dan mengharap.
 Tarikh perbicaraan telah berlalu. Norlia tidak dapat hadir ke mahkamah.
“Azrul, aku tahu kau gembira. Aku derita dalam kurungan ini. Tapi apa dayaku? ” Norlia hanya mampu menghitung hari-hari dukanya. Hanya masa yang akan menentukan.


 TAMAT.

Monday, 26 January 2015

KULAT TAHUN...MEMUTIH LAGI...

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GKAP.

WAH MEMUTIH CANTIK TUMBUH MERATA KULAT TAHUN INI DI TANAH LADANG SAWIT/GETAH SELEPAS HUJAN BERSAMA PETIR. MENUNGGU MEREKA YANG RAJIN UNTUK MENGUTIPNYA. BANYAK SANGAT TU. BIASANYA YANG DIKUTIP MEMENUHI RAGA ADALAH KULAT YANG MASIH KUNCUP DAN BELUM  KEMBANG.  SEBAB BIASANYA YANG DAH KEMBANG NI BERULAT. TAK KAN NAK DISAYUR KULAT YANG DAH BERULAT.

 FENOMENA BIASA BAGI ORANG-ORANG FELDA SEJAK LAMA DAHULU. SELAIN HASIL SAWIT, GETAH, KOKO INILAH REZEKI YANG SERING DIMUNCULKAN ALLAH DI TANAH LADANG FELDA SEBAGAI TAMBAHAN REZEKI ALAM SEMULAJADI YANG AMAT NIKMAT.

NAMUN KADANGKALA ADA JUGA CERITA NEGATIF DISEBARKAN KERANA MAKAN KULAT NI BOLEH SEBABKAN KEMATIAN. MUNGKIN JUGA KOT. KEMATIAN DISEBABKAN KEKENYANGAN BERLEBIHAN MAKAN KULAT. ATAUPUN KULAT YANG DIMAKAN TU TUMBUH DI TANAH YANG BERACUN. KENA HATI-HATI JUGA DALAM MENGUTIP KULAT NI. TIDAK BOLEH SEMBARANGAN KUTIP.

KULAT NI DIMASAK SAYUR AIR BERSAMA BAYAM PUN SEDAP ATAU DIGORENG TUMIS BERCAMPUR HALIA LADA HITAM SEDIKIT BERSAMA KUNYIT. MUDAH SANGAT RESEPI UNTUK MEMASAKNYA TAPI KESEDAPANNYA TAK TERKATA...





SELIRATAN CINTA BAB 11...

ASSALAMUALAIKUM...



PIC GOOGLE SEKADAR HIASAN.
Sudah selesai sesi fotografi untuk majalah yang amat memenatkan Anita. Sarina pula tidak merasa begitu. Dia santai dan lapang saja. Sentiasa galak riang tertawa, menegur itu ini. Tanpa segan silu.
Kini sesi bertemu dengan wartawan hiburan yang akan mewawancara kedua-dua artis itu untuk

disiarkan artikelnya di dalam majalah Jelitawan Era yang akan diterbitkan awal bulan hadapan. 

Seorang wartawan bernama Aziah atau lebih di kenali sebagai Jee di kalangan artis sedang mengatur

langkah menghampiri Sarina dan Anita.

Tulisan Jee sering diikuti peminatnya kerana gaya tulis kewartawanan yang bersahaja. Jika dia

sukakan seorang artis itu dia tidak akan terbawa-bawa ke dalam tulisannya dengan memujinya

melambung tinggi.

Sekiranya dia menghidu sebarang keburukan sesaorang artis itu dia tidak akan mendedahkannya


dalam tulisannya secara terang-terangan. Hanya menepati pepatah ‘pukul anak sindir menantu.’ Siapa

yang makan cili akan terasa pedasnya. Sentiasa berusaha hendak mematuhi etika kewartawanan yang wajib dipegang.

Aziah mengambil tempatnya. Duduk berhadapan dengan kedua-dua ‘mangsa’ yang akan ‘dikuliti’

dan dipaparkan ceritanya menjadi hidangan enak pembaca yang berminat.

Sesi wawancara seorang wartawan dengan dua orang artis sedang berlaku.

Wartawan:

Takkan Anita tidak tahu, ramai artis memang suka di gossip. Merekalah yang mengundangnya. Bila sudah disiar di media...mula takut. Lepas tu buat kenyataam akhbar, tak cakap pulak macam tu. Kami orang media ...tulis je. Kami tidak ada niat apa-apa pun.

Anita:

Saya memang tidak suka digosip perkara bukan-bukan yang tidak saya lakukan.
Saya menceburi bidang lakonan bukan kerana hendak hidup mewah, atau dengan niat mencari suami dari kalangan Datuk-datuk bergelar yang kaya. Saya cuma hendak mencari sedikit rezeki yang halal buat menyara kehidupan..

Wartawan:

Baru-baru jadi pelakon memanglah cakap macam tu Nita. Tapi bila dah tengok member-member artis lain hidup mewah, tinggal di banglo, sentiasa bertukar kereta yang diimpot ...tentu terikut-ikut juga.

Anita:

Maaf …saya tidak begitu. Saya ada nilai hidup saya sendiri. Jika saya hendak kaya dan mewah saya akan berusaha sendiri mendapatkannya.

Wartawan:

Sarina pula macamana? Nampaknya awak berdua kawan baik. Tetapi rambut saja sama hitam…ya.

Sarina:

Gosip tu asam garam hidup artis. Saya tidak kisah kalau digosip jikalau dengan cara itu saja nama yang tidak popular akan meletup semalaman.

Wartawan:

Bagaimana dengan cik abang hari tu? Masih dengan dia ke?

Sarina:

(Tersengih. Jari telunjuknya diletakan di bibir merahnya.)

Hey..ini off record ya. Sebenarnya hubungan saya dan dia sudah lama habis. Buat masa ini saya belum ada sesiapa. Tapi saya tidak mahu orang lain tahu antara saya dan dia sudah tiada sebarang hubungan lagi.

Wartawan:

Betul ke ni? Dulu macam nak rak bercinta?

Wajah Sarina menjadi kelat. Dia menoleh ke sisinya menancap anak mata temannya yang bersalut resah. Wawancara yang mulanya berlaku secara formal dan mesra semakin melalut arahnya. Anita tidak menggemari situasi sebegitu. Hatinya sebal dan jengkel.

                                               * * *

Girang sungguh hati Nadia. Dia ditemani seorang Datuk yang tebal isi kantungnya untuk membeli-

belah apa saja kemahuannya. Dia bergerak dari satu sudut ke sudut lain yang sarat dengan barangan

berkualiti yang dipamerkan.

Menilai segenap benda yang tergantung di sebalik cermin yang licin berkilat. Harganya ternyata

sangat mahal. Dia langsung tidak pedulikannya. Dia yakin Datuk itu bersedia membayar berapa saja

angka RM yang tertera kecil sebagai penanda harga itu. ‘Jika takut dengan angka harganya masakan

dia berani melangkah masuk ke sini bersama aku.’ Monolognya memutuskannya.


Sudah ada beberapa beg kertas yang ada di tangannya. Kini dia sedang membelek-belek lagi busana

fesyen terkini yang terpamer diimpot dari luar negara keluaran syarikat yang establish terkemuka

namanya..

“Lawa baju ni Datuk. Rasanya ni memang padan dengan Nadia. Kena pula warnanya dengan kulit

Nadia yang cerah.” Amin mengusulkan pandangannya. Datuk Shaari tidak berupaya hendak

menafikannya kerana Nadia di sisinya tersenyum bagai mengharap.

“Lawa…lawa…memang padan.” Datuk Shaari bersuara seakan ada sesuatu yang termengkelan di

tekaknya. Menyendat tenggoroknya. Tersekat-sekat sebelum melantun menjadi sebutan.

“Ish…abang Amin ni...mana Nadia mampu.” Balas Nadia tersengih menjeling Datuk Shaari

mengharap reaksi timbal balas yang setimpal.

“Tidaklah mahal mana datukkan. Sebab yang lebih mahal dari ini pun datuk pernah beli.” Amin

tersenyum mengangkat tinggi keupayaan kewangan tuannya.

“Ye ke Datuk?” Nadia menoleh memandang Shaari. Tersangat kagum dengan kemampuannya.

Namun kekaguman kerana keupayaan kewangan datuk itu tidak menyebabkan hatinya tiba-tiba jatuh

cinta terhadap datuk itu. Teman pilihan yang diharapkan seganding dengannya kelak kriteria yang

telah ditetapkan tidak ada pada datuk itu. Lagipun lelaki idamannya memang sudah ada. Seorang

lelaki Inggeris yang ditemuinya ketika mengadakan pertunjukan fesyen di London.

“You dengar ajelah cakap Amin tu. Manalah saya tahu pasal pakaian perempuan. Baju untuk lelaki

saya tahulah.” Balas Shaari. Pandanganya tajam menikam anak mata Amin yang diserbu rasa serba

salah. Pucat wajahnya. Amin mengerah mindanya berfikir sesuatu. Dia ingin segera melepaskan diri

dari kesalahan terlepas kata-kata yang tidak disenangi tuannya.

“Maksud saya…maksud saya baju Datuk yang mahal. Sehelai kot pun harganya berbelas ribu.”

Amin
sempat juga mencari alasan sedang dirinya menggelabah rusuh.

“Kalau Nadia berminat sangat dengan baju ni…ambillah… harganya tidak usahlah dikira sangat.

Lagipun saya ni tidak suka menghampakan harapan orang.” Datuk Shaari terpaksa berkata begitu

untuk mengelakan pandangan negatif Nadia terhadapnya. Melabelkannya sebagai seorang korporat

yang kedekut jikalau menolak hasrat Nadia untuk memiliki apa yang dihajatinya.

Dari raut yang tertera di wajah Nadia dia dapat membaca kehendak gadis itu terhadap busana yang di

beleknya beberapa kali itu. Tentunya model itu tersangat ingin hendak memilikinya.

Nadia tersenyum senang. Dia melepaskan senyuman yang sangat manis ke wajah Datuk Shaari.

Akhirnya terlaksana juga hasratnya hendak menggayakan busana indah setara dengan harganya,

10,000 RM. Dia melangkah senang ke kaunter pembayaran.

Shaari membayar dengan menggunakan Kad Hutang yang dimilikinya. Dia juga turut membeli

beberapa helai kemeja. Tetapi Amin hanya berlenggang kosong tanpa apa-apa di tangan. ‘Mahal

rezeki aku kali ini’ keluhnya dalam dirinya.

“Ini hadiah untuk kau Amin.” Datuk Shaari menghulurkan sehelai kemeja jenama kebanggaannya.

Tersungging senyum di bibirnya. Riang hatinya bukan kepalang.

“Terima kasih banyak-banyak Datuk. Datuk memang baik. Tidak pernah lupa pada saya khadam

datuk yang setia ni.” Shaari dan Nadia saling tersenyum melihat perilaku Amin yang melucukan

seperti seorang anak kecil mendapat pemberian dari bapanya.

Ada juga rezeki untuk kau Amin. Tidaklah penat saja mengekori Datuk hari ini.’ kata Amin kepada

dirinya seakan berbisik.

Masing-masing melangkah dengan interperatasi yang berbeza tentang kegembiraan yang telah

dikecapi. Amin dengan caranya yang tidak banyak kisah dan berpada dengan rezekinya.

Nadia juga gembira tetapi sedikit kesal kerana tidak memilih busana yang lebih mahal dari 10,000

RM. Dia yakin Datuk itu mampu membayar berapapun harganya.

Sedang Datuk Shaari pula menyesal tak sudah kerana menjadi pemurah tidak bertempat. ‘Ah!

Biarlah. Bertimbun-timbun lagi duit aku di bank.’ Dia malas hendak memikirkan kesilapan yang

mendera mindanya.

                                                 

Sunday, 25 January 2015

INDAHNYA NYANYIAN MURABBI...

ASSALAMUALAIKUM....

NYANYIAN MURABBI ADALAH ANTOLOGI PUISI PENULIS/PENYAIR NOORLAILA GHAFAR YANG BARU DITERBITKAN ITJM ..INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA. PUISI-PUISI YANG DIKOLEKSI DALAM ANTOLOGI INI SANGAT PUITIS DAN MENYENTUH RASA. SUSUNAN DAN GUBAHAN BAHASANYA INDAH AMAT. KARYA-KARYANYA HALUS BERJIWA TAPI MENYELITKAN MAKNA-MAKNA  YANG BERMENAFAAT.

PI MEMANG SETUJU DAN SESUAI DENGAN HATI PI SETIAP KARYA BELIAU SAMAADA BERBENTUK NOVEL, CERPEN ATAU PUISI.

BOLEHLAH KALAU NAK DAPATKAN ANTOLOGI NYANYIAN MURABBI INI KERANA KINI SUDAH ADA DI PASARAN DENGAN HARGA 20 RM.


SINOPSIS.
Nyanyian Murabbi membawa tiga nuansa; kerohanian, kritikan sosial dan persoalan kemasyarakatan, serta soal-soal yang berlegar di sekitar peribadi penulis. Nanyian Murabbi dipilih menjadi judul untuk kumpulan puisi ini bagi menggambarkan betapa roh sebagai seorang pendidik (murabbi) sangat sebati dalam diri penyair. Sebagai seorang pendidik, penyair ingin menyampaikan pesanan kepada para anak didiknya khasnya, dan kepada para pembaca amnya untuk menjadi insan yang terbaik. 
Dengan berbekalkan daya kreativit, pesanan-pesanan tersebut dilarik bait demi bait dengan menggunakan kata demi kata yang tersusun indah. Setiap persoalan dan mesej yang disampaikan sangat mudah untuk dicerna dan difahami. Pemilihan katanya sangat bersahaja dan tidak perlu kepada ketajaman akal yang tinggi untuk menangkap setiap maksud yang ingin disampaikan penyair.

Kumpulan Puisi: NYANYIAN MURABBI

BALIK KAMPUNG DI HUJUNG MINGGU...

ASSALAMUALAIKUM






RUMAH LAMA BERTIANG TINGGI BERTANGGA BANYAK SUDAH LAMA DITINGGALKAN KERANA MERANTAU KE KOTA DENGAN FAKTOR URUSAN KERJAYA MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP.

HUJUNG MINGGU NI BOLEHLAH BERGERAK PULANG MENEMUI IBUBPA DAN KELUARGA YANG DITINGGALKAN DI SANA. KEADAAN DI KAMPUNG HALAMAN
 KITA BEGITU SAJA TIDAK BANYAK SANGAT PERUBAHANNYA. KEKAL SEPI, AMAN DAMAI SITUASINYA.




PETANI-PETANI NYA PADA AWAL PAGI YANG BERBENDANG TENTU AKAN KE BENDANG MELIHAT PADINYA SAMAADA SUBUR ATAU SEBALIKNYA. JIKA ADA SERANGAN KULAT BENA PERANG TENTU PERLU DI RACUN.UNTUK MENGELAK JANGKITAN YANG LEBIH MELUAS DI KAWASAN LAIN.

TENANG DAN DAMAI MEMANDANG SAWAH BENDANG YANG SAUJANA LUASNYA.



MELANGKAH PULA KE SEGENAP CERUK DESA MENIKMATI KEINDAHANNYA. KAN DAH LAMA TAK BALIK KAMPUNG.




KALAU KAMPUNG KITA BERDEKATAN DENGAN LAUT TENTU SERONOK BERJALAN-JALAN DI PANTAI MENGHIRUP UDARA SEGAR SAMBIL BERMAIN PASIR.






SUBHANALLAH INDAHNYA LUKISAN ALAM KAMPUNG-KAMPUNG KITA.


PIC NORADABI ROSDI.

Saturday, 24 January 2015

LAKSA LEMAK SARDIN...

ASSALAMUALAIKUM...

LAKSA KUAH SARDIN KALAU DIBUAT SECARA LAKSA ASAM PENANG SEDAP JUGA. TAPI LAKSA LEMAK MENGGUNAKAN IKAN SARDIN PUN TIDAK KURANG ENAKNYA. KALAU NAK RASA KESEDAPANNYA BOLEHLAH DICUBA...SESEKALI BERTUKAR SELERA DARIPADA BIASA.



LAKSA LEMAK SARDIN
1 tin besar ikan sardin
1 paket laksa ( laksa segera )
3 ulas bawang merahSI 
1 sudu makan lada hitam
2 inci halia
2 keping asam gelugur
2 inci belacan
4 tangkai daun kesum
1 mangkuk air
1 cawan santan
Bahan tabur
- Sedikit daun kesum ( dimayang )
- Cili api dihiris
- Sayur kubis
- Limau kasturi
Cara2nya
1. Hancurkan sardin sama ada dikisar atau menggunakan sudu dan masukan di dalam kuali berserta 1 mangkuk air kemudian masak di atas api perlahan.
2. Masukan bawang merah, halia, lada hitam dan belacan yang telah ditumbuk lumat.
3. Apabila kuah mendidih, masukan asam keping, daun kesum dan bahan2 perasa seperti gula dan garam.
4. Akhir sekali masukan santan dan kacau sehingga mendidih kemudian padam api.
Cara hidangan
-Tabur laksa bersama hirisan daun kubis, daun kesum, cili api dan limau kasturi.
Masakan ringkas ini sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan yang ringkas dan mudah. Selamat mencuba dan selamat beristirehat.
by admin zaz 

LIKE PAGE RESEPI DAN PETUA.