PIC GOOGLE SEKADAR HIASAN.
Sudah selesai sesi fotografi untuk
majalah yang amat memenatkan Anita. Sarina pula tidak merasa begitu. Dia santai
dan lapang saja. Sentiasa galak riang tertawa, menegur itu ini. Tanpa segan
silu.
Kini sesi bertemu
dengan wartawan hiburan yang akan mewawancara kedua-dua artis itu untuk
disiarkan artikelnya di dalam majalah Jelitawan Era yang akan diterbitkan awal bulan hadapan.
disiarkan artikelnya di dalam majalah Jelitawan Era yang akan diterbitkan awal bulan hadapan.
Seorang wartawan bernama Aziah atau lebih di kenali sebagai Jee di kalangan artis sedang mengatur
langkah menghampiri Sarina dan Anita.
Tulisan Jee sering diikuti peminatnya kerana
sukakan seorang artis itu dia tidak akan terbawa-bawa ke dalam tulisannya dengan memujinya
melambung tinggi.
Sekiranya dia menghidu sebarang keburukan sesaorang artis itu dia tidak akan mendedahkannya
dalam tulisannya secara terang-terangan. Hanya menepati pepatah ‘pukul anak sindir menantu.’ Siapa
yang makan cili akan terasa pedasnya. Sentiasa berusaha hendak mematuhi etika kewartawanan yang wajib dipegang.
Aziah mengambil tempatnya. Duduk berhadapan dengan kedua-dua ‘mangsa’ yang akan ‘dikuliti’
dan dipaparkan ceritanya menjadi hidangan enak pembaca yang berminat.
Sesi wawancara seorang wartawan dengan dua orang artis sedang berlaku.
Wartawan:
Takkan Anita tidak tahu, ramai artis memang suka di gossip. Merekalah yang mengundangnya. Bila sudah disiar di media...mula takut. Lepas tu buat kenyataam akhbar, tak cakap pulak macam tu. Kami orang media ...tulis je. Kami tidak ada niat apa-apa pun.
Anita:
Saya memang tidak suka digosip perkara bukan-bukan yang tidak saya lakukan.
Saya menceburi
bidang lakonan bukan kerana hendak hidup mewah, atau dengan niat mencari suami
dari kalangan Datuk-datuk bergelar yang kaya. Saya cuma hendak mencari sedikit
rezeki yang halal buat menyara kehidupan..
Wartawan:
Baru-baru jadi pelakon memanglah cakap macam tu Nita. Tapi bila dah tengok member-member artis lain hidup mewah, tinggal di banglo, sentiasa bertukar kereta yang diimpot ...tentu terikut-ikut juga.
Anita:
Maaf …saya tidak begitu. Saya ada nilai hidup saya sendiri. Jika saya hendak kaya dan mewah saya akan berusaha sendiri mendapatkannya.
Wartawan:
Sarina pula macamana? Nampaknya awak berdua kawan baik. Tetapi rambut saja sama hitam…ya.
Sarina:
Gosip tu asam garam hidup artis. Saya tidak kisah kalau digosip jikalau dengan cara itu saja nama yang tidak popular akan meletup semalaman.
Wartawan:
Bagaimana dengan cik abang hari tu? Masih dengan dia ke?
Sarina:
(Tersengih. Jari telunjuknya diletakan di bibir merahnya.)
Hey..ini off record ya. Sebenarnya hubungan saya dan dia sudah lama habis. Buat masa ini saya belum ada sesiapa. Tapi saya tidak mahu orang lain tahu antara saya dan dia sudah tiada sebarang hubungan lagi.
Wartawan:
Betul ke ni? Dulu macam nak rak bercinta?
Wajah Sarina menjadi kelat. Dia menoleh ke sisinya menancap anak mata temannya yang bersalut resah. Wawancara yang mulanya berlaku secara formal dan mesra semakin melalut arahnya. Anita tidak menggemari situasi sebegitu. Hatinya sebal dan jengkel.
*
* *
Girang sungguh
hati Nadia. Dia ditemani seorang Datuk yang tebal isi kantungnya untuk
membeli-
belah apa saja kemahuannya. Dia bergerak dari satu sudut ke sudut lain yang sarat dengan barangan
berkualiti yang dipamerkan.
belah apa saja kemahuannya. Dia bergerak dari satu sudut ke sudut lain yang sarat dengan barangan
berkualiti yang dipamerkan.
Menilai segenap benda yang tergantung di sebalik cermin yang licin berkilat. Harganya ternyata
sangat mahal. Dia langsung tidak pedulikannya. Dia yakin Datuk itu bersedia membayar berapa saja
angka RM yang tertera kecil sebagai penanda harga itu. ‘Jika takut dengan angka harganya masakan
dia berani melangkah masuk ke sini bersama aku.’ Monolognya memutuskannya.
Sudah ada beberapa beg kertas yang ada di tangannya. Kini dia sedang membelek-belek lagi busana
fesyen terkini yang terpamer diimpot dari luar negara keluaran syarikat yang establish terkemuka
namanya..
“Lawa baju ni Datuk. Rasanya ni memang padan dengan Nadia. Kena pula warnanya dengan kulit
Nadia yang cerah.” Amin mengusulkan pandangannya. Datuk Shaari tidak berupaya hendak
menafikannya kerana Nadia di sisinya tersenyum bagai mengharap.
“Lawa…lawa…memang padan.” Datuk Shaari bersuara seakan ada sesuatu yang termengkelan di
tekaknya. Menyendat tenggoroknya. Tersekat-sekat sebelum melantun menjadi sebutan.
“Ish…abang Amin ni...mana Nadia mampu.” Balas Nadia tersengih menjeling Datuk Shaari
mengharap reaksi timbal balas yang setimpal.
“Tidaklah mahal mana datukkan. Sebab yang lebih mahal dari ini pun datuk pernah beli.” Amin
tersenyum mengangkat tinggi keupayaan kewangan tuannya.
“Ye ke Datuk?” Nadia menoleh memandang Shaari. Tersangat kagum dengan kemampuannya.
Namun kekaguman kerana keupayaan kewangan datuk itu tidak menyebabkan hatinya tiba-tiba jatuh
cinta terhadap datuk itu. Teman pilihan yang diharapkan seganding dengannya kelak kriteria yang
telah ditetapkan tidak ada pada datuk itu. Lagipun lelaki idamannya memang sudah ada. Seorang
lelaki Inggeris yang ditemuinya ketika mengadakan pertunjukan fesyen di London.
“You dengar ajelah cakap Amin tu. Manalah saya tahu pasal pakaian perempuan. Baju untuk lelaki
saya tahulah.” Balas Shaari. Pandanganya tajam menikam anak mata Amin yang diserbu rasa serba
salah. Pucat wajahnya. Amin mengerah mindanya berfikir sesuatu. Dia ingin segera melepaskan diri
dari kesalahan terlepas kata-kata yang tidak disenangi tuannya.
“Maksud saya…maksud saya baju Datuk yang mahal. Sehelai kot pun harganya berbelas ribu.”
Amin
sempat juga mencari alasan sedang dirinya menggelabah rusuh.
“Kalau Nadia berminat sangat dengan baju ni…ambillah… harganya tidak usahlah dikira sangat.
Lagipun saya ni tidak suka menghampakan harapan orang.” Datuk Shaari terpaksa berkata begitu
untuk mengelakan pandangan negatif Nadia terhadapnya. Melabelkannya sebagai seorang korporat
yang kedekut jikalau menolak hasrat Nadia untuk memiliki apa yang dihajatinya.
Dari raut yang tertera di wajah Nadia dia dapat membaca kehendak gadis itu terhadap busana yang di
beleknya beberapa kali itu. Tentunya model itu tersangat ingin hendak memilikinya.
Nadia tersenyum senang. Dia melepaskan senyuman yang sangat manis ke wajah Datuk Shaari.
Akhirnya terlaksana juga hasratnya hendak menggayakan busana indah setara dengan harganya,
10,000 RM. Dia melangkah senang ke kaunter pembayaran.
Shaari membayar dengan menggunakan Kad Hutang yang dimilikinya. Dia juga turut membeli
beberapa helai kemeja. Tetapi Amin hanya berlenggang kosong tanpa apa-apa di tangan. ‘Mahal
rezeki aku kali ini’ keluhnya dalam dirinya.
“Ini hadiah untuk kau Amin.” Datuk Shaari menghulurkan sehelai kemeja jenama kebanggaannya.
Tersungging senyum di bibirnya. Riang hatinya bukan kepalang.
“Terima kasih banyak-banyak Datuk. Datuk memang baik. Tidak pernah lupa pada saya khadam
datuk yang setia ni.” Shaari dan Nadia saling tersenyum melihat perilaku Amin yang melucukan
seperti seorang anak kecil mendapat pemberian dari bapanya.
‘
dirinya seakan berbisik.
Masing-masing melangkah dengan interperatasi yang berbeza tentang kegembiraan yang telah
dikecapi. Amin dengan caranya yang tidak banyak kisah dan berpada dengan rezekinya.
Nadia juga gembira tetapi sedikit kesal kerana tidak memilih busana yang lebih mahal dari 10,000
RM. Dia yakin Datuk itu mampu membayar berapapun harganya.
Sedang Datuk Shaari pula menyesal tak sudah kerana menjadi pemurah tidak bertempat. ‘Ah!
Biarlah. Bertimbun-timbun lagi duit aku di bank.’ Dia malas hendak memikirkan kesilapan yang
mendera mindanya.
Betul-betul pentas dunia. Masing-masing berlakon hebat tak pasti siapalah yg akhirnya terjerat lehernya sendiri. Geram kakak baca.
ReplyDeleteHee.... novel ajepun tapi bestlah PI:)
HEH..HEH..BEGITULH REALITI KEHIDUPAN KAKZAKIE...TERIMA KASIH KAKZAKIE SUDI IKUTINYA...
DeleteKak parida mahir menulis cerpen yah :)
ReplyDeleteTIDAKLAH MAHIR MBAK SUSI...SUKA2 SAJA...TQ
ReplyDelete