Monday, 26 January 2015

KULAT TAHUN...MEMUTIH LAGI...

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GKAP.

WAH MEMUTIH CANTIK TUMBUH MERATA KULAT TAHUN INI DI TANAH LADANG SAWIT/GETAH SELEPAS HUJAN BERSAMA PETIR. MENUNGGU MEREKA YANG RAJIN UNTUK MENGUTIPNYA. BANYAK SANGAT TU. BIASANYA YANG DIKUTIP MEMENUHI RAGA ADALAH KULAT YANG MASIH KUNCUP DAN BELUM  KEMBANG.  SEBAB BIASANYA YANG DAH KEMBANG NI BERULAT. TAK KAN NAK DISAYUR KULAT YANG DAH BERULAT.

 FENOMENA BIASA BAGI ORANG-ORANG FELDA SEJAK LAMA DAHULU. SELAIN HASIL SAWIT, GETAH, KOKO INILAH REZEKI YANG SERING DIMUNCULKAN ALLAH DI TANAH LADANG FELDA SEBAGAI TAMBAHAN REZEKI ALAM SEMULAJADI YANG AMAT NIKMAT.

NAMUN KADANGKALA ADA JUGA CERITA NEGATIF DISEBARKAN KERANA MAKAN KULAT NI BOLEH SEBABKAN KEMATIAN. MUNGKIN JUGA KOT. KEMATIAN DISEBABKAN KEKENYANGAN BERLEBIHAN MAKAN KULAT. ATAUPUN KULAT YANG DIMAKAN TU TUMBUH DI TANAH YANG BERACUN. KENA HATI-HATI JUGA DALAM MENGUTIP KULAT NI. TIDAK BOLEH SEMBARANGAN KUTIP.

KULAT NI DIMASAK SAYUR AIR BERSAMA BAYAM PUN SEDAP ATAU DIGORENG TUMIS BERCAMPUR HALIA LADA HITAM SEDIKIT BERSAMA KUNYIT. MUDAH SANGAT RESEPI UNTUK MEMASAKNYA TAPI KESEDAPANNYA TAK TERKATA...





22 comments:

  1. sedapnya masak lemak kulat..suka goreng kunyit + lada hitam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh...heh..sama resepi kita nohas ya...tq

      Delete
  2. ya jgn sebarang kutip kalau xbeul2 yakin diana....tq

    ReplyDelete
  3. memang sedap cendawan busut nih... pernah sekali tu tumbuh kat belakang rumah kat kampung, macam orang giler orang kat rumah tu berebut mencabut... satu lagi cendawan terkukur yg tumbuh di kayu mati...tu pun kemain lagi sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...sedap sgt tu walau dimasak biasa2 saja...kulat kukur tu sedap juga...wah bagus najib ni tahu juga jenis mkanan org kampung...tq najib.

      Delete
  4. masak bening saja pun sedap..lawankan sambal belacan dan ikan masin..nyumnyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kakyon msk bening campur bayam pun sedap...tq kak yon.

      Delete
  5. Sedapnya...kak zai suka masak asam rebus bubuh ikan bilis sikit.

    ReplyDelete
  6. masak apa saja pun sedap ni...tq zaitun.

    ReplyDelete
  7. Dulu masa kakak kecik-kecik selalu juga dpt memetik secara live cendawan macam ini PI
    Tapi sekarang macam dah tak ada lagilah kat persekitaran kampung kakak. Kebun bapak pun tak ada lagi cendawan ini. Sedap ni. Tumis-tumis biasa pun dah sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh tinggal kenangan ya kak zakie...mungkin ada yg tumbuh tu tp xde rezki nk berjumpa dgn kakzakie....tq

      Delete
  8. lebih lezat di onseng atau di tumis ya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya masak simple2 saja pun sedap dik budi purnomo...tq

      Delete
  9. Dulu masa kecil zumal tak suka makan sayur kulat atau cendawan tapi sejak dah tahu masak sendiri jadi suka pula ^-^

    ReplyDelete
  10. selera berubah ya zumal...tapi kulat ni mmg sedap...tq zumal.

    ReplyDelete
  11. PI, masak lemak cili padi sedap! Dulu-dulu kalau dapat kutip banyak arwah mak akan gantungkan atas dapur kayu... ia jadi kering dan boleh simpan lama... bila nak masak balik arwah mak rendamkan semula dlm air sejuk bagi ia kembang balik.

    ReplyDelete
  12. YEKE..BOLEH CUBA NI...DI TEMPAT KAK MEMANG BNYK TUMBUH KULAT NI MAKLUM LADANG SAWIT LUAS BERKARUNG-KARUNG KALAU RAJIN MENGUTIPNYA...BOLEH DIKERINGKAN UTK SIMPANAN...TQ SWEETIE BERKONGSI INFO.

    ReplyDelete
  13. teringin kulat hat nipis2 tu buat masak lemak..dapnya :)

    ReplyDelete
  14. OOOH..KULAT SISIR YA SEDAP TU...TQ BABYPOSE.

    ReplyDelete
  15. Wow! Bestnya dapat makan kulat ni! Saya suka kalau dibuat sup! Nikmat apabila mengunyahnya!

    ReplyDelete
  16. yeke suka juga ya.mmg sedap ni dimasak apa pun...tq BM.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”