Tuesday, 29 October 2024

PUTIH GINGGER OYEN

 ASSALAMUALAIKUM


PUTIH GINGGER OYEN

 

 







Setelah Mektam dijemput Izrail kembali ke syurga, anakku membawa sepasang anak kucing berwarna jingga untuk perminan anak-anaknya. Semua anak-anaknya memang sukakan kucing dan menyayanginya. Terutama Damia. Kucing dua beradik sewarna itu kelihatannya amat berdisiplin. Mereka tidak buang najis merata-rata kecuali di tempat yang disediakan.

 

Sebelum kehadiran kucing dua beradik itu, rumah anakku sering didatangi Putih iaitu kucing dimiliki jiran sebelah rumahku. Pada mulanya tiada apa yang berlaku antara mereka. Mutakhir ini Putih menunjukkan garangnya. Dia bersengketa dengan Gingger dan Oyen. Setiap kali dia bertemu kucing dua beradik sama ada di dalam rumah atau di luar rumah dia akan mengejar dan menyerang mereka.

 

Ginger lebih pantas berlari dan menyorok untuk menyelamatkan dirinya. Oyen agak lembab sedikit langkahnya. Dia menjadi mangsa terkaman Putih. Kasihan Oyen. Luka tubuhnya dicakar Putih. Kalau aku melihat Putih mengejar Oyen aku akan cuba menghalaunya dengan penyapu. Tapi kalau Putih bergelut dengan Putih di luar rumah tidak dapatlah aku hendak menolongnya lantaran keuzuranku.

 

Suatu malam Oyen tidak pulang ke rumah. Ginger mengiau-ngiau memanggil abangnya.

“Nanti papa cari abang kamu ya!” kata anakku sambil membelai Gingger.

Keesokannya anakku mencari Oyen di sekitar rumah. Dia menemui Oyen terjatuh dalam longkang. Anakku berusaha mengambilnya dari situ. Longkang itu agak dalam juga. Oyen kelihatan amat lemah. Tapi masih bernafas. Dia mengodek-ngodekkan ekornya. Akhirnya Oyen mengikuti langkah Mektam juga. Tinggal Gingger sendirian. Tiada lagi Oyen yang sering tidur di atas katilku.


Thursday, 24 October 2024

DEMI CINTA

 ASSALAMUALAIKUM


 


DEMI CINTA

 

Cinta sejati kerana Allah

setia kasih menuju syurga

tidak ternilai tertentu harga

rela terima waima bersalah

.

.

Bersama-sama lerai masalah

tabah berdepan segala duga

cinta sejati kerana Allah

setia kasih menuju syurga

.

Aral melintang bukan halangan

mengorak langkah berhati-hati

kala berpisah rindu menanti

impi bersua menyata angan

cinta sejati kerana Allah

setia kasih menuju syurga


Wednesday, 23 October 2024

OSTEO-INTEGRASI

 ASSALAMUALAIKUM


ALHAMDULILLAH ULASAN BUKU OSTEO-INTEGRASI KARYA PROF IRWAN ABU BAKAR TULISAN PI TELAH DISIARKAN DALAM MAJALAH DEWAN SASTERA EDISI NOVEMBER 2024....TERIMA KASIH BANYAK EDITOR DS KESUDIANNYA



Tuesday, 22 October 2024

SI LUNCAI

 ASSALAMUALAIKUM

SI LUNCAI



Teringin dia menghadap raja

Dirinya hamba dia sahaja

Dapat peluang mencelah ruang

Dihukum pula sebab teruja


[Verse 2]

Dia tersalah mengungkap kata

Wajah bapanya bagai tercipta

Sama seiras serupa paras

Murkalah raja rasa dinista


[Chorus]

Raja titahkan pada panglima

Dua perahu bawa bersama

Dayung ke laut bersahut-sahut

Membuang Luncai niat utama


[Bridge]

Luncai pun terjun dengan labunya

Lagu itu diajarkannya

Panglima ikut tersangkut-sangkut

Tanpa tersedar benar jadinya


[Verse 3]

Luncai tersenyum bijak tersirat

Siasat akal sebelum disirat

Mainkan raja mainkan semua

Hamba pun menang tanpa derita


[Chorus]

Raja titahkan pada panglima

Dua perahu bawa bersama

Dayung ke laut bersahut-sahut

Membuang Luncai niat utama

Monday, 21 October 2024

NORAZIMAH ABU BAKAR

 ASSALAMUALAIKUM

NORAZIMAH ABU BAKAR



Aku mengenali Puan Norazimah Abu Bakar awalnya di alam maya ketika aku teruja hendak menerbitkan karyaku dalam antologi di mana beliau sebagai penyelenggara. Setelah itu berpeluang bertemu dengan sasterawan kelahiran Perak ini beberapa kali dalam beberapa majlis sastera. Beliau sangat peramah berbudi bahasa dan prihatin.

Walaupun beliau salah seorang peneraju GAPENA sebagai Setiausaha Kerja sebuah badan penulisan merangkum semua persatuan penulis negara namun beliau sangat sederhana. Aku pernah menyertai antologi selenggaraan Katrina Tati Sitaim, penulis terkenal Sabah dan antologi itu telah terbit. Kebetulan Puan Norazimah ke sana untuk menghadiri beberapa acara sastera, beliau sanggup bersusah-payah membawa buku-buku bahagianku dalam bagasinya untuk diberi padaku.

Aku terharu sungguh kesudiannya. Dalam perjalanan dari Sabah kemudian ke Sarawak beliau turut membawa beban itu bersamanya. Baik budinya tidak ternilai. Aku bukanlah sesiapa pun. Tapi beliau turut menyenaraikan namaku sebagai penerima zakat asnaf penulis pada Ramadan 2018, 2019 oleh sasterawan Tan Sri Dr Hamad Kama Piah juga seorang usahawan.

Beliau sebagai penyelenggara buku terbitan GAPENA turut memilih sajak karyaku antaranya. Antologi BUNGA-BUNGA PULAU JAUH dalam dwi bahasa iaitu Rusia dan Malaysia beliau mengundangku turut serta. Masya-Allah terharu amat pelawaannya.

Tiba-tiba aku terkedu terima khabar, deklamator negara dan penyair Puan Norazimah Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah. Air mataku bergenang menitis perlahan. Langkahnya telah mendahuluiku ke sana. Suatu waktu kita pasti bersua jua, bersama kembali.

 

Karya puisinya tersiar di media arus perdana sejak 1990-an serta pelbagai antologi puisi bersama. Allahyarhamah menghasilkan dua kumpulan puisi, Melarik Malam (ITBM, 2014) dan Langit, Bumi dan Lautan (ITBM, 2016). Pernah mewakili negara untuk deklamasi sajak di China, Thailand, Vietnam, Kemboja, dan Indonesia. Beliau turut pernah menyelenggara dan menjadi editor buat beberapa buku antologi. Norazimah merupakan penerima Anugerah Penyair Berpotensi 2016 Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Anugerah Tokoh Dunia NUMERA 2017 sebagai Srikandi NUMERA.

 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang diredai. Amin amin amin ya Rabbil Alamin.(cnp Raja Yusof Raja Ariffin) (c)

Amiin… semoga kebaikannya beramal soleh memayunginya di mana saja dia berada berbahagia abadi di sisi-Nya… innalillahiwainnailaihirojiun alfatihah takziah pada keluarga.


Friday, 18 October 2024

KENAPA

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

https://suno.com/song/c8f11076-21ab-4575-bfa9-bd316a8870ea

https://suno.com/song/c8f11076-21ab-4575-bfa9-bd316a8870ea


CERIA LAGI


Tiada angin tiada ribut

Rasa bagaikan dilambung-lambung

Segala lihat jadi serabut

Selirat lilit bersambung-sambung


[Chorus]

Aduhai hati kenapa gundah

Malam terasa penuh berhiba

Mari bangkit dari derita

Berseri lagi hilang segala


[Verse 2]

Cahaya pagi menyapa sinar

Janji hari baru berseri

Usah bimbang walau sejenak

Hingga malam rasa ceria lagi


[Chorus]

Aduhai hati kenapa gundah

Malam terasa penuh berhiba

Mari bangkit dari derita

Berseri lagi hilang segala


[Bridge]

Sentuh langit pegang bintang

Dengar lagu ceria riang

Hidup ini satu peluang

Hapus lara hapus duka


[Chorus]

Aduhai hati kenapa gundah

Malam terasa penuh berhiba

Mari bangkit dari derita

Berseri lagi hilang segala

Thursday, 17 October 2024

LAYAR PAPARAN

 ASSALAMUALAIKUM

PI MAIN2 MASUKKAN PUISI UNTUK KOMPOS LAGU DENGAN AI.....SEKALI LAGU SIAP DENGAN TAMBAHAN LIRIK...SEBENARNYA BOLEH EDIT TAPI PI TAK PANDAI HEH HEH...


PIC GOOGLE(C)


LAYAR PAPARAN


Suara hati gemaan rasa jauh

Persepsi segenap sisi tak bertemu

Lontar kritikan senantiasa membeku

Lakar cerita atur diksi tak tentu


[Verse 2]

Pandang sepintas hati terusik rindu

Jejak kenangan yang selalu mengganggu

Setiap langkah tergenang dalam pilu

Layar paparan naratif yang kelabu


[Chorus]

Layar paparan naratif gundah

Sayap harapan kini lelah

Dalam duka ku tulis serapah

Setiap bait hati pun menyerah


[Verse 3]

Hilang pelangi kala hujan jatuh

Menghapus mimpi yang dulu utuh

Suara hati kian mengecil

Dalam sepi ku merasa getir


[Bridge]

Apa yang tertinggal hanyalah bayang

Setiap nafas terasa pincang

Cinta yang hilang takkan pulang

Sepi yang kian datang menjelang


[Chorus]

Layar paparan naratif gundah

Sayap harapan kini lelah

Dalam duka ku tulis serapah

Setiap bait hati pun menyerah

[10:28, 17/10/2024] Paridah: https://cdn2.suno.ai/image_491b26ac-f043-4363-b9ba-cb7c2fcfb9ee.jpeg

Wednesday, 16 October 2024

ANTAGONIS

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


ANTAGONIS

 

Sifat sombong diri

bertindak zalim

antagonis

dunia

.

Di dalam al-Quran

Allah Berfirman

tipu helah

mereka

.

Menganggap wujudnya

benar sempurna

hamba Allah

terpilih

.

Menggila menjajah

menjarah harta

cara laku

biasa


Tuesday, 15 October 2024

BERKENAN

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


BERKENAN

 

Jikalau hati sudah berkenan

senyuman manis dara jelita

arjuna lupa kata pesanan

terbayang-bayang sebagai nyata

.

Walau cabaran merintang duri

tega dirempuh mematahkannya

demi semangat menjati diri

masih mengharap tertanya-tanya

.

Berbahagia dengan pilihan

selama-lama sepanjang hayat

adakah jodoh hadirnya lahan

junjung harapan tidak tersayat

.

Daya upaya meraih impi

bukan semata hanya bermimpi


Monday, 14 October 2024

PAKAR FORMULA

 ASSALAMUALAIKUM



FORMULA MATEMATIK

 

Ketika bersekolah rendah subjek matematik mudah saja bagiku menyelesaikannya. Naik menengah rendah mula belajar algebra mulalah aku pening kepala.  Mempelajarinya perlu mengingati pelbagai formula.  Padaku agak sukar mengingati formula algebra ini. Minatku mempelajari matematik makin luntur. Kalau ujian pun setakat P7 saja.  Tapi ramai kawan-kawanku dapat menguasai formula matematik dengan baik. Pakar.  Aku lebih mudah menghafal fakta sejarah berbanding formula matematik. Kini kusedari formula matematik amat penting dalam menentukan suatu kejayaan yang diingini. Tapi sejarah tanpa formula merupakan ilmu ibrah untuk direnungi agar kegagalan masa lalu tidak berulang.

 

pakar formula -

pelajar tahap satu

sejarah gagal


Sunday, 13 October 2024

BEKOR DI SEBALIK CERITA DUKA

 

ASSALAMUALAIKUM

 


BEKOR DI SEBALIK CERITA DUKA

Genre : Multigenre

Penulis;

Esei: Shari Shawarudin Pandak Osman, M Zaki Arif,  Ros Anita Kartini Mohamad, Sabariah Bahari.

Anekdot: Chai Loon Guan, Amir Hamzah Mohd Wazir, Mohd Nazri Zainudin, Eima Shams, Paridah Ishak, Adziah Abd Aziz, Norhafizan Jamaludin, Abd Aziz Ali, Naharudin Abd Rashid, Onn Abdullah, Sabariah Bahari, Siti Zaiton Ahmad, M Zaki Arif, Farhan Zainudin, Rosmarina Abu Bakar, Nor Anis Izzati Mohd Sahlan, Abd Hanif Eh-Lah

Sajak: Jaimey Mat Senang, Farhan Zanziba, Shuhada Junid. Chai Loon Guan, J.r Jel, Mamu Mk Hasny,Hanom Ibrahim, Al Khair AlJohore, Eima Shams, Mohd Zuraimi Razali, Ahmad Noh, Amir Hamzah, Abd Aziz Ali, Adziah Abd Aziz, MK Paydee Mualim, Mohd Nazri Zainudin, Z.Luzaif, Onn Abdullah, Paridah Ishak, Samsa Harris, Mohd Hashim Osman, Itaharmy, Anuar Mohd Yusof, Siti Zaiton Ahmad, Al Hisyam, Norhafizan Jamaludin, Abd Hanif El-Lah, Pena Berdoa, Medan HY, Khairul Azman Mokhti, Nudra Syafini, Wacana Minda, Noor Samsiah Mohaidin, Lanzz, S Fatimah Said, Rosmarina Abu Bakar, Sriwati Hj. Labot, Zannfahan, Faris Arshad, Shapiai Mohd Ramly, Jamilah Mohd Tahir, Nor Anita Mat Isa, Shasha Shakirah, Sargumaran Macnikam, Ijamala MN, Saudah Mat Lazim, D Pinggiran, Nor Azmi Osman,

Cerpen: M Zaki Arif, Sabariah Bahari, Rosmarina Abu Bakar, Mana Sikana

Penyelenggara M Zaki Arif                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Penerbit : Karyawan Pk

Nombor ISBN : 978-629-99705-3-8

Bilangan mukasurat : 231

Pengulas : Paridah Ishak

 

Naskhah multigenre berjudul BEKOR DI SEBALIK CERITA DUKA  mengandungi esei, anekdot, sajak, cerpen mengungkap sejarah perang yang berlaku di Bekor suatu ketika dulu. Semua karya dan sajak berkaitan peristiwa tragis berlaku di Bekor menarik ditelusuri hasilan penulis terlibat selenggaraan M Zaki Arif. Membaca esei Shari Sharafudin Pandak Osman, M Zaki Arif, Sabariah Bahari, Ros Anita Kartini Mohamad menambah pengetahuan tentang sejarah sebenar yang berlaku. Penulis Shari Sharafudin Pandak Osman menulis esei panjang dengan teliti. Semua yang terlibat dan menjadi mangsa serangan Komunis disenaraikan. Beliau anak jati Bekor dan telah membuat kaji-selidek dengan menemuramah penduduk kampung Bekor dan empat kampung berhampiran terlibat yang masih hidup juga warisnya. Di samping membuat rujukan buku ditulis Mohamad Ali Haniffa 2022, HUBUNGAN MELAYU-CINA SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU (1945-1955) KONFLIK DAN KOMPROMI, terbitan Universiti Utara Malaysia.

Pembaca dibawa menghayati saat cemas, kritikal, ngeri, sedih, marah berbaur rasa mengenang kepayahan penduduk melawan serangan Komunis yang ingin menawan Bekor. Masyarakat bersatu padu di bawah kepimpinan beberapa orang ulama dan mempelajari seni mempertahankan diri zahir dan batin untuk melindungi keluarga dan kampung. Perlawanan memberi kemenangan awal tapi peranan tali barut mengalahkannya. Kekejaman Komunis membunuh ramai mangsa dan membakar rumah penduduk digambarkan  ketara. Mereka juga mencetuskan permusuhan antara kaum yang menghuni sekitar pekan Manong dan empat kampung berhampiran Bekor.   

Sajak petikan karya penyelanggara naskhah ini menyimpulkan citra kejadian sebagai penutup.

 

BEKOR

Kerantung dipalu siapa yang mendengar

raung sepelaung menyisir hutan gunung

Subuh hening bergelimpangan syuhada dari anak tangga surau santak ke pinggir sungai

Nyatalah kita tewas di gelanggang patriotism. Hari ini kita ungkit kembali cerita duka

kerana sejarah tidak pernah mati

gersang di persada, tidak di jendela hati.

 

M Zaki Ariff 1 Disember 2023    

Friday, 11 October 2024

APRESIASI SAHABAT

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

Subhanallah apresiasi indah terimakasih banyak dik  Sabariah Eda...frasa aksara bagai kalungan mutiara merias leher renta terharu sungguh



DIRIMU INSPIRASIKU
(dedikasi Paridah Ishak )
Susuk ini inspirasiku
keberadaan fizikalmu
tidak menghalang jayamu
Aku terkesima melihatmu, kak
satu demi satu tempa jaya
Perjuangan tak pernah padam
kau tetap mara
kalahkan insan sempurna fizikal
Aku mengintai usahamu
Di mana mahu kucampak
keasaan yang pudar ini
saat menyuluh kelam diri
Perlahan aku menelan
sambil menelaah titipan
dari insan luar biasa ini
Obormu mengasak diriku
memanah kelemahan diri
dalam berlari aku merangkak
betapa beruntungnya diri
hadirmu berteman sinar
Terima kasih kuucapkan
suntikan mutiara kata
lewat dihulurkan buatku
syukur pada Ya Rabb
Sabariah Eda Yaakub
Seberang Takir
9Okt2024

Thursday, 10 October 2024

UJIKARYA GURINDAM

 ASSALAMUALAIKUM


TERIMA KASIH SIFU TA SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH DAN ZIARAH SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN DI SANA BEROLEH UMRAH MABRUR DAN PULANG KE TANAH AIR DENGAN SELAMAT 











































Wednesday, 9 October 2024

HADIAH ISTIMEWA BLOGGER ANIES

 ASSALAMUALAIKUM






MASYA-ALLAH...ALLAHU AKBAR....TERHARU PI MENERIMA HADIAH KIRIMAN BLOGGER ANIES PENGHARGAAN ISTIMEWA SEBAGAI PENGOMEN TEGAR BLOG https://aniesandyou.blogspot.com/2024/10/september-for-blogger-mulan-and-blogger.html. PI MENGENALI ANIES SEJAK MULA BLOGGING...BELIAU PERNAH MENOLONG PI MENUKAR TEMPLATE...SERING JUGA KIRIM HADIAH PADA PI KERANA MENANG GA ANJURAN BLOGNYA JUGA SEBAGAI PENGOMEN TEGAR....TERIMA KASIH BANYAK ANIES BUDI BAIK TIDAK TERDAYA DIBALAS SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKANMU GANJARAN TERBAIK....TIASA SIHAT SEJAHTERA, MURAH REZEKI SUKSES DUNIA AKHIRAT AMIIN YRBA

JOM PAKAT SINGGAH BLOG ANIES YG INFORMATIF DENGAN KISAH TRAVEL KE LUAR NEGARA DLL PENGISIAN ILMU BERMANFAAT...KALAU ADA REZEKI INSYA-ALLAH AKAN BEROLEH HADIAH ISTIMEWA BERHARGA.

TERIMA KASIH BANYAK ANIES 

Tuesday, 8 October 2024

RATNA PAKAJA

 ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah RATNA PAKAJA, antologi terbaru Akademi SPTA selamat kepenerimaan kakpidah kiriman Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak sifu. Antologi terbitan Akademi SPTA ini merupakan 106 puisi rondel karya 22 penulis Akademi SPTA dengan bimbingan Sifu Tabir Alam amat indah. Terima kasih banyak Sifu kesudiannya. Puisi rondel berasal dari Peranchis.Penulisan puisi rondel terdiri dari beberapa bentuk, antaranya;

Pilihan pertama: terset, kuatrin, dan pancalarik
Pilihan kedua: terset, kuatrin, dan sestet
Pilihan ketiga: kuatrin
, kuatrin, dan pancalarik
Pilihan keempat: kuatin, kuatrin, dan sestet
Pilihan kelima: pancalarik, kuatrin, dan sastet

RATNA PAKAJA naskhah puisi puitis dengan disiplin suku kata rima sesuai sebagai lirik lagu. Lima puisi rondel kakpidah dengan bimbingan Sifu TA;
1. Arjuna
2. Bahasa Cinta
3. Pejuang Palestin
4. Petani
5. Saudara

Tahniah Sifu Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbitnya
Sekiranya ingin memiliki antologi genre puisi rondel ini sila hubungi penulisnya atau penerrbitnya. Harganya sederhana dan mampu milik.



RATNA PAKAJA

 

Ratna pakaja gemala hati

dikau kekasih suratan takdir

bersyukur amat sudinya hadir

tidaklah hanya ternanti-nanti

.

Mungkinkah telah mencari ganti?

kala menghilang sinis tersindir

ratna pakaja gemala hati

dikau kekasih suratan takdir

.

Mengenang dikau separuh mati

diburu rindu ragu berbisik

merayu sayu syahdu gemersik

selagi nafas belum berhenti

ratna pakaja gemalla hati

dikau kekasih suratan takdir

 

 PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

8/10/024