ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah RATNA PAKAJA, antologi terbaru Akademi SPTA selamat kepenerimaan kakpidah kiriman Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak sifu. Antologi terbitan Akademi SPTA ini merupakan 106 puisi rondel karya 22 penulis Akademi SPTA dengan bimbingan Sifu Tabir Alam amat indah. Terima kasih banyak Sifu kesudiannya. Puisi rondel berasal dari Peranchis.Penulisan puisi
rondel terdiri dari beberapa bentuk, antaranya;
Pilihan
pertama: terset, kuatrin, dan pancalarik
Pilihan kedua: terset, kuatrin, dan sestet
Pilihan ketiga: kuatrin, kuatrin, dan pancalarik
Pilihan keempat: kuatin, kuatrin, dan sestet
Pilihan kelima: pancalarik, kuatrin, dan sastet
RATNA PAKAJA naskhah puisi puitis dengan disiplin suku kata rima sesuai sebagai lirik lagu. Lima puisi rondel kakpidah dengan bimbingan Sifu TA;
1. Arjuna
2. Bahasa Cinta
3. Pejuang Palestin
4. Petani
5. Saudara
Tahniah Sifu Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbitnya
Sekiranya ingin memiliki antologi genre puisi rondel ini sila hubungi penulisnya atau penerrbitnya. Harganya sederhana dan mampu milik.
RATNA PAKAJA
Ratna pakaja
gemala hati
dikau kekasih
suratan takdir
bersyukur amat
sudinya hadir
tidaklah hanya
ternanti-nanti
.
Mungkinkah
telah mencari ganti?
kala menghilang
sinis tersindir
ratna pakaja
gemala hati
dikau kekasih
suratan takdir
.
Mengenang dikau
separuh mati
diburu rindu
ragu berbisik
merayu sayu
syahdu gemersik
selagi nafas
belum berhenti
ratna pakaja
gemalla hati
dikau kekasih
suratan takdir
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
8/10/024
Kena baca beberapa kali utk faham.. hihihi..
ReplyDeletetksh dik fahamlah setakat boleh heh heh
DeleteNampaknya ttg seorang jejaka yang sangat menyukai gadis jelita, ya kah☺️?
ReplyDeletetksh fanny betullah tu heh heh
Delete