ASSALAMUALAIKUM
BEKOR DI SEBALIK CERITA
DUKA
Genre : Multigenre
Penulis;
Esei: Shari Shawarudin Pandak
Osman, M Zaki Arif, Ros Anita Kartini
Mohamad, Sabariah Bahari.
Anekdot: Chai Loon Guan,
Amir Hamzah Mohd Wazir, Mohd Nazri Zainudin, Eima Shams, Paridah Ishak, Adziah
Abd Aziz, Norhafizan Jamaludin, Abd Aziz Ali, Naharudin Abd Rashid, Onn
Abdullah, Sabariah Bahari, Siti Zaiton Ahmad, M Zaki Arif, Farhan Zainudin, Rosmarina
Abu Bakar, Nor Anis Izzati Mohd Sahlan, Abd Hanif Eh-Lah
Sajak: Jaimey Mat Senang, Farhan
Zanziba, Shuhada Junid. Chai Loon Guan, J.r Jel, Mamu Mk Hasny,Hanom Ibrahim, Al
Khair AlJohore, Eima Shams, Mohd Zuraimi Razali, Ahmad Noh, Amir Hamzah, Abd Aziz
Ali, Adziah Abd Aziz, MK Paydee Mualim, Mohd Nazri Zainudin, Z.Luzaif, Onn Abdullah,
Paridah Ishak, Samsa Harris, Mohd Hashim Osman, Itaharmy, Anuar Mohd Yusof, Siti
Zaiton Ahmad, Al Hisyam, Norhafizan Jamaludin, Abd Hanif El-Lah, Pena Berdoa, Medan
HY, Khairul Azman Mokhti, Nudra Syafini, Wacana Minda, Noor Samsiah Mohaidin, Lanzz,
S Fatimah Said, Rosmarina Abu Bakar, Sriwati Hj. Labot, Zannfahan, Faris Arshad,
Shapiai Mohd Ramly, Jamilah Mohd Tahir, Nor Anita Mat Isa, Shasha Shakirah,
Sargumaran Macnikam, Ijamala MN, Saudah Mat Lazim, D Pinggiran, Nor Azmi Osman,
Cerpen: M Zaki Arif, Sabariah
Bahari, Rosmarina Abu Bakar, Mana Sikana
Penyelenggara M Zaki Arif
Penerbit : Karyawan Pk
Nombor ISBN : 978-629-99705-3-8
Bilangan mukasurat : 231
Pengulas : Paridah Ishak
Naskhah multigenre berjudul BEKOR DI SEBALIK CERITA DUKA mengandungi esei,
anekdot, sajak, cerpen mengungkap sejarah perang yang berlaku di Bekor suatu ketika
dulu. Semua karya dan sajak berkaitan peristiwa tragis berlaku di Bekor menarik
ditelusuri hasilan penulis terlibat selenggaraan M Zaki Arif. Membaca esei
Shari Sharafudin Pandak Osman, M Zaki Arif, Sabariah Bahari, Ros Anita Kartini
Mohamad menambah pengetahuan tentang sejarah sebenar yang berlaku. Penulis Shari
Sharafudin Pandak Osman menulis esei panjang dengan teliti. Semua yang terlibat
dan menjadi mangsa serangan Komunis disenaraikan. Beliau anak jati Bekor dan
telah membuat kaji-selidek dengan menemuramah penduduk kampung Bekor dan empat
kampung berhampiran terlibat yang masih hidup juga warisnya. Di samping membuat
rujukan buku ditulis Mohamad Ali Haniffa 2022, HUBUNGAN MELAYU-CINA SELEPAS
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU (1945-1955) KONFLIK DAN KOMPROMI, terbitan Universiti
Utara Malaysia.
Pembaca dibawa menghayati saat cemas, kritikal, ngeri, sedih,
marah berbaur rasa mengenang kepayahan penduduk melawan serangan Komunis yang
ingin menawan Bekor. Masyarakat bersatu padu di bawah kepimpinan beberapa orang
ulama dan mempelajari seni mempertahankan diri zahir dan batin untuk melindungi
keluarga dan kampung. Perlawanan memberi kemenangan awal tapi peranan tali
barut mengalahkannya. Kekejaman Komunis membunuh ramai mangsa dan membakar
rumah penduduk digambarkan ketara. Mereka
juga mencetuskan permusuhan antara kaum yang menghuni sekitar pekan Manong dan
empat kampung berhampiran Bekor.
Sajak petikan karya penyelanggara naskhah ini menyimpulkan
citra kejadian sebagai penutup.
BEKOR
Kerantung dipalu siapa yang mendengar
raung sepelaung menyisir hutan gunung
Subuh hening bergelimpangan syuhada dari anak tangga surau
santak ke pinggir sungai
Nyatalah kita tewas di gelanggang patriotism. Hari ini kita
ungkit kembali cerita duka
kerana sejarah tidak pernah mati
gersang di persada, tidak di jendela hati.
M Zaki Ariff 1 Disember 2023
Tahniah PI terlibat sama
ReplyDeletetksh WP insyaAllah
DeleteAlhamdulillah... terbitnya BEKOR mengungkap kembali sejarah kekejaman komunis. Semoga rakyat Malaysia mendapat iktibar dari peristiwa lalu.
ReplyDeleteamiin ya amie sedih membaca esei kekejaman komunis tika itu
Delete