Sunday, 31 March 2024

BISKUT RAYA

 ASSALAMUALAIKUM


 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

BISKUT RAYA

(HAIBUN)

 

Ramadan sudah masuk hari ke 20. Suri  rumah atau peniaga online sibuk sekali menyiapkan tempahan juadah raya. Pabila puasa Ramadan selesai ditunaikan selama sebulan tentulah Aidilfitri akan disambut.

          Jadi persiapan menyambutnya diadakan juga walau secara sederhana. Pakaian baharu untuk anak-anak mesti dibeli untuk menggembirakkan mereka dan menceriakan suasana. Tidak perlu ke pusat membeli-belah untuk membelinya. Boleh saja dipesan melalui web yang menjalankan bisnis berkenaan. Begitu juga dengan kuih muih. Pada hari raya tentulah nak merasa kuih raya sedikit sebanyak. Kalau rajin buatlah sendiri walau sejenis dua. Membuat cookies/biskut tidaklah susah.

          Dulu-dulu memasak biskut ini memang suka kulakukan. Dalam sehari lima jenis biskut/cookies mampu kusiapkan. Membakarnya menggunakan oven hitam berkotak saja. PelbagaI cara membuat cookies/biskut diadaptasi sebaiknya dengan perisa dan hiasan yang disukai. Kreatif. Pengalamanku  kala membuat cookies/biskut ingin dikongsi juga agar ramai yang tahu. Ilmu  yang kuperoleh daripada emak saudaraku yang telah tiada eloklah diperturunkan walau biasa-biasa dan sedikit saja.

 

          Kadangkala  kita mendapati cookies yang dijual langsung tidak rangup, keras membatu.  Dibaling  ke dinding pun tak pecah. Apalagi  untuk dikunyah gigi yang tak berapa ada. Pasti  tak lut. Biskut   sebegitu mesti terlebih banyak menggunakan tepung gandum.

          Untuk  merangupkan biskut agar lebih ringan gunakan saja tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi atau campur kedua-dua tepung itu dengan menambah tepung gandum sedikit-sedikit untuk memejalkan doh sehingga mudah dicanai.

 

Tidaklah  perlu menggunakan serbuk penaik, baking soda atau bicorbonate soda. Nanti  terlebih rangup dan biskut tidak cantik jadinya.

          

aneka biskut –

campuran tepung jagung

ilmu warisan

 

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

31/3/024


Saturday, 30 March 2024

PADI ANGIN

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


PADI ANGIN
.
Aku baru saja tahu tentang padi angin ini. Selama ini aku hanya tahu tentang padi hampa dan padi bernas saja. Melalui perkongsian seorang petani muda, pesawah padi secara terus dalam talian, aku menelitinya. Aku faham sedikit saja penerangannya. Padi angin merupakan masalah besar pada pesawah padi kerana hasilnya tidak terpakai. Menurutnya lagi, pesawah padi telah dibekalkan benih padi yang tidak bermutu oleh pihak pengurusan yang mengendalikan penanaman padi secara keseluruhannya. Daripada menabur benih, meracun, membaja, menuai hasil, semuanya diserahkan pada penggiat tersebut. Pesawah padi hanya menerima wang jualan padi setelah ditolak semua kos. Maka akan berlakulah pelbagai penyelewengan pada setiap segi. Beginilah normal baharu penanaman padi yang lebih mudah. Tapi hasilnya sentiasa dipertikaikan. Kalau dahulu segala yang berkaitan penanaman padi daripada menyediakan benih, tapak semaian, membaja, meracun dan menuai diuruskan pesawah. Hasilnya dijual ke kilang padi. Dan pendapatannya pesawah padi tersebut akan membayar zakat. Dan dijadikan sebagai perbelanjaan sara hidup sebelum penanaman padi bermula mengikut jadualnya. Kalau hasilnya tiada akibat yang tumbuh hanya padi angin atau padi hampa, bagaimanalah pesawah padi hendak menyara kehidupan dan membayar zakat?

pesawah muda –
tapak semaian padi
kemelut hasil

Friday, 29 March 2024

KARAS

 

ASSALAMUALAIKUM

 


pic google images(c)

KARAS

 

Dia  mencuba memasak karas

bahan asasnya hai tepung beras

campurkan gula

uli sehala

tersilap adun masih mengeras

.

Memandang nenek buat begitu

tidaklah pula dia membantu

malas tersangat

sekadar ingat

kuih tak jadi mula menghantu

.

Adunan keras lalu cairkan

mengikut kata saranan rakan

siap semua

terasa mua

kala digoreng terkejut sakan

.

Jadi bentuknya tiada sama

terhangus pula terbiar lama

segan menjamah

asanya lemah

masa terbuang sesal bergema

Thursday, 28 March 2024

SALAM NUZUL QURAN

 ASSALAMUALAIKUM




KARYA RAYA PILIHAN


 Paridah Ishak | KACAU DODOL

Kredit gambar: TV3

TERIMA KASIH SIFU TABIR ALAM


KACAU DODOL

.

Buat apa

tegur sapa

main-main

jemur kain

.

Angkat bahu

sudah tahu

tanya lagi

darah tinggi

.

Tolong saja

akan kerja

kacau dodol

bukan sondol

.

Perlu kudrat

buang lorat

menu raya

penuh gaya

 





Wednesday, 27 March 2024

SEMPURNAKAN AIDILFITRI

 

ASSALAMUALAIKUM


 



PENULIS/WARTAWAN SDR NIZAM WAHID menghadiahkan antologi SEMPURNAKAN AIDILFITRI dalam kunjungannya menziarahi PI Sabtu lalu...terima kasih kesudian dan hadiahnya...didoakan moga usahanya dalam perniagaan dan pengkaryaan sastera sukses gemilang.

 

ANTOLOGI SEMPURNAKAN AIDILFITRI

Genre : Puisi Moden

Penulis

Safarina Hazwan, Nani Abra, Ummi Natrah Huda, Sarah Zainal, Bunga Melor, Nizam Wahid, Rosnani  Abdullah, Suzana Muhamad Isa, Johari A Julaihi, Yahaya Ibrahim, Siti Hajar Zainal, Tinie Aliff.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Penerbit : Hikarya Publishing

Nombor ISBN : scan code

Bilangan mukasurat : 70

Pengulas : Paridah Ishak

 

Antologi SEMPURNAKAN AIDILFITRI mengandungi 68 puisi indah meraikan Aidilfitri hasilan 12 penulis prolifik Malaysia. Gubahan susunan diksi berbaur pelbagai emosi menyulam kenangan setiap penulis ketika menyambut Aidilfitri. Kebanyakan penyajak tidak membentuk sajak yang boleh ditentukan genre sajaknya. Puisi sajak walau cuma luahan rasa yang bebas namun  perlu patuh dengan disiplin ditetapkan genre pilihan. Tinie Alif menulis sajak prosa berjudul ANUGERAH AIDILFITRI yang sempurna tatabahasa. Agak panjang sajak ini melakarkan citraan perasaan mengumpulkan kenangan penulis meraikan Aidilfitri. Tujuh stanza dan lima larik ditetapkan.

“Aidilfitri tanda kemenangan, ingatan mesra menyorot kenangan, segala yang khilaf kita jernihkan, manusia kan tak lekang daripada kesilapan, usahlah berbekas rajuk perasaan.” Petikan stanza akhir sajak karya  Tinie Alif.  

“SEPINGGAN SYAWAL DI TANGAN” merupakan sajak karya Nizam Wahid, penulis mapam dan telah lama bergelut dalam dunia penulisan sebagai wartawan sebuah akhbar arus perdana. Judul pilihan penyajak ini menarik bersonifikasi dan menjalin metafora selirat maksud.

Sedikit petikan sajak “SEPINGGAN SYAWAL DI TANGAN”

“Sepinggan Syawal di tangan

harumnya menyelerakan

dari dapur Ramadan………

siyam dan qiyam kita adunkan

sabar menanak iman”

Selain karya sajak indah penerbit dari Sarawak ini turut sertakan biodata penulis berkenaan bersama keluarga masing-masing tatkala berhari raya. 

 

Tuesday, 26 March 2024

MENGACAU DODOL

 ASSALAMUALAIKUM







SALAM RAMADAN KE 15
KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 8 ) "PUASA"
PEMENANG:
❤ Jamal A Majid Jamajidin
❤ Paridah Ishak
KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 9 ) "TIDUR"
PEMENANG:
❤ Paridah Ishak
❤ Rina Chundau
❤ Syidah Ida
Kredit Graha Karya
Terima kasih banyak Sifu Tabir Alam
Tahniah semua peserta dan pemenang

KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 11 ) "PELAWAK"
PEMENANG:
❤ Che Fauziah Idris
❤ Paridah Ishak
❤ Rina Chundau
❤ Saudah Mat Lazim
KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 12 ) "DODOL"
PEMENANG:
❤ Lanz Linked
❤ Mak Russ
❤ Paridah Ishak
❤ Rina Chundau
❤ Yahti Hayati
cnp GRAHA KARYA (c)
Terima kasih Sifu Tabir Alam

Sunday, 24 March 2024

TETAMU

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU 

SALAM RAMADAN KE 13

Alhamdulillah puisi kakpidah disiarkan Media Permata Brunei Darussalam Khamis lalu. Terima kasih banyak kesudian editor menerbitkan puisi TETAMU karya kakpidah seadanya.
Pic kiriman Tuan Hj Bidin Brunei Darussalam terima kasih banyak.



Saturday, 23 March 2024

KEUPAYAAN

 ASSALAMUALAIKUM

KEUPAYAAN

 


Kalau  keupayaanmu kurang

kenapa kau kusutkan kepalamu

kemelut krisis kau kirimkan kejauhan

kembalikan ketenangan

katarsis

.

Kemampuanmu  kecil

kasihanlah kepada khalayakmu

kian kalut kerusuhannya

kerana kepelbagaian

kemahuan

.

Kepadamu  kukirai kesemua keliru

katamu kota keputusan

keharmonian kepentingannya

kemuncak kecintaan

kau kuis


Friday, 22 March 2024

RAMADAN TERAKHIR

 ASSALAMUALAIKUM


pic Sifu TA (c)


CERPEN PARIDAH
Sekian lama cerpen tulisan Paridah Ishak aku simpan dalam folder daulu kerana belum ada masa terluang untuk membacanya. Tajuk cerpen itu sungguh menangkap perhatianku. Apatah lagi sekarang in sudah masuk sepertiga bulan Ramadan 1445 Hijrah. Aku memenuhi masa lapangku pagi ini untuk membacanya. Tajuk - "Ramadan Terakhir" tentu ada kisah yang menyayat hati.
Suasana keriangan membuka tirai cerpen dengan menggambarkan kedindahan kampung. Segala apa yang kita miliki ini hanyalah pinjaman dari-Nya. Dan setiap yang dipinjam itu mestilah dipulangkan kembali. Tapi, aku sudah tidak lagi balik kampung kerana ramai ahli keluarga tua sudah tiada lagi. Mahu tak mahu, aku teruskan membaca cerpen itu.
Pengakhiran ceritanya menyentap hatiku seketika. Kepiluan menguasai diriku sejenak. Aku teringatan emak yang sudah berpulang pada Selasa, 31 Oktober 2023 tahun lalu. Tahun ini aku tidak lagi membayar zakat fitrah buat emak. Dan tahun ini aku tidak dapat lagi bersalaman di pagi raya mencium tangan emak.
Cerpen Paridah menyamai suasana yang akan aku alami. Patutlah aku sangat tertarik dengan tajuk cerpen Paridah. Namun aku berasa tenang hati kerana emak memilih untuk tinggal bersamaku sebelum kembali ke rahmatullah.
-----
22 Mac 2024
11 Ramadan 1445H
CORETAN SIFU TABIR ALAM
Innalillahiwainnailaihirojiun al fatihah semoga bonda sifu dan bonda kita yg telah kembali pada-Nya berada di kalangan para solehin beriman dalam lindungan kassih dan rahmat-Nya amiin...terima kasih apresiasinya sedih baca coretan sifu. Terharu.

Thursday, 21 March 2024

MUSIM KEMARAU

 ASSALAMUALAIKUM


MUSIM KEMARAU

 

Adik sepupuku menayangkan gambar pelbagai jenis ikan hasil tangkapannya di bendang.  Ada haruan, keli, sepat, puyu, belida. Sepupuku ini tinggal di Seremban. Tapi sering berulang-alik dari Seremban ke Yan memperhatikan kebajikan ibu bapanya. Dan turut mengerjakan bendang ibu bapanya iaitu pak ngah dan mak ngahku. Sekarang ini musim kemarau. Penangan el-Nino dengan kepanasan yang amat sangat menyebabkan bendang kering kontang. Dan ada tempat yang agak dalam berselut. Dalam selut ini terdapat ikan pelbagai jenis. Tidak perlu susah-payah hendak menangkapnya. Cuma gagau saja ke dalam selut untuk mendapatkan ikan yang bersembunyi di situ. Tapi perlu berhati-hati agar tidak terkena sengat ikan keli. Walau bisanya tidak terlalu sangat, sakitlah juga. Itulah kenanganku juga suatu ketika berada di kampung asalku dulu. Seronok sungguh menggagau ikan di bendang kala musim kemarau. Ikan yang diperolehi jika tidak habis dimasak sebagainya, boleh dijadikan pekasam atau dikeringkan.

 

 

musim kemarau –

ikan haruan kering

keseronokan

pic google images (c)