Sunday, 31 March 2024

BISKUT RAYA

 ASSALAMUALAIKUM


 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

BISKUT RAYA

(HAIBUN)

 

Ramadan sudah masuk hari ke 20. Suri  rumah atau peniaga online sibuk sekali menyiapkan tempahan juadah raya. Pabila puasa Ramadan selesai ditunaikan selama sebulan tentulah Aidilfitri akan disambut.

          Jadi persiapan menyambutnya diadakan juga walau secara sederhana. Pakaian baharu untuk anak-anak mesti dibeli untuk menggembirakkan mereka dan menceriakan suasana. Tidak perlu ke pusat membeli-belah untuk membelinya. Boleh saja dipesan melalui web yang menjalankan bisnis berkenaan. Begitu juga dengan kuih muih. Pada hari raya tentulah nak merasa kuih raya sedikit sebanyak. Kalau rajin buatlah sendiri walau sejenis dua. Membuat cookies/biskut tidaklah susah.

          Dulu-dulu memasak biskut ini memang suka kulakukan. Dalam sehari lima jenis biskut/cookies mampu kusiapkan. Membakarnya menggunakan oven hitam berkotak saja. PelbagaI cara membuat cookies/biskut diadaptasi sebaiknya dengan perisa dan hiasan yang disukai. Kreatif. Pengalamanku  kala membuat cookies/biskut ingin dikongsi juga agar ramai yang tahu. Ilmu  yang kuperoleh daripada emak saudaraku yang telah tiada eloklah diperturunkan walau biasa-biasa dan sedikit saja.

 

          Kadangkala  kita mendapati cookies yang dijual langsung tidak rangup, keras membatu.  Dibaling  ke dinding pun tak pecah. Apalagi  untuk dikunyah gigi yang tak berapa ada. Pasti  tak lut. Biskut   sebegitu mesti terlebih banyak menggunakan tepung gandum.

          Untuk  merangupkan biskut agar lebih ringan gunakan saja tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi atau campur kedua-dua tepung itu dengan menambah tepung gandum sedikit-sedikit untuk memejalkan doh sehingga mudah dicanai.

 

Tidaklah  perlu menggunakan serbuk penaik, baking soda atau bicorbonate soda. Nanti  terlebih rangup dan biskut tidak cantik jadinya.

          

aneka biskut –

campuran tepung jagung

ilmu warisan

 

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

31/3/024


6 comments:

  1. Jaman dulu2 seingat wak, emak2 kita akan buat sendiri pelbagai kuih raya.
    Jaman sekarang lebih mudah, main hujung jari atau tunjuk jari aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh wp ya sonok buat kuih raya hujung Ramadan

      Delete
  2. Seminggu lagi nak raya , CCL pun belum decide untuk beli kuih raya . Kalau nak buat memang x ada masa da sekarang ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cik CL la ni kuih banyak dijual beli saja

      Delete
  3. dana entah apa sumpahan memang tak pandai buat biskut raya, takat buat cornflakes madu bolehla

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”