Thursday, 21 March 2024

MUSIM KEMARAU

 ASSALAMUALAIKUM


MUSIM KEMARAU

 

Adik sepupuku menayangkan gambar pelbagai jenis ikan hasil tangkapannya di bendang.  Ada haruan, keli, sepat, puyu, belida. Sepupuku ini tinggal di Seremban. Tapi sering berulang-alik dari Seremban ke Yan memperhatikan kebajikan ibu bapanya. Dan turut mengerjakan bendang ibu bapanya iaitu pak ngah dan mak ngahku. Sekarang ini musim kemarau. Penangan el-Nino dengan kepanasan yang amat sangat menyebabkan bendang kering kontang. Dan ada tempat yang agak dalam berselut. Dalam selut ini terdapat ikan pelbagai jenis. Tidak perlu susah-payah hendak menangkapnya. Cuma gagau saja ke dalam selut untuk mendapatkan ikan yang bersembunyi di situ. Tapi perlu berhati-hati agar tidak terkena sengat ikan keli. Walau bisanya tidak terlalu sangat, sakitlah juga. Itulah kenanganku juga suatu ketika berada di kampung asalku dulu. Seronok sungguh menggagau ikan di bendang kala musim kemarau. Ikan yang diperolehi jika tidak habis dimasak sebagainya, boleh dijadikan pekasam atau dikeringkan.

 

 

musim kemarau –

ikan haruan kering

keseronokan

pic google images (c)

  


6 comments:

  1. Sedapnya ikan pekasam, makan dengan nasi panas-panas, fuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh syaz bolan posa makan pekasam buka selera

      Delete
  2. Teringat jaman kecik2 dulu menggagau ikan time sawah kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh wp ya sonok kenangkan kisah gagau ikan muim bendang kering dulu2

      Delete
  3. perit betul musim kering dan kemarau skrg esp di Kedah dan Sabah. Dugaan plak pd bulan Ramadhan yg mulia. Semoga kita dpt menempuh cabaran ini dgn jayanya. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu air xde ni mmg masalah bertabahlah mrk menghadapi ujian kala Ramadan

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”