Saturday, 30 March 2024

PADI ANGIN

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


PADI ANGIN
.
Aku baru saja tahu tentang padi angin ini. Selama ini aku hanya tahu tentang padi hampa dan padi bernas saja. Melalui perkongsian seorang petani muda, pesawah padi secara terus dalam talian, aku menelitinya. Aku faham sedikit saja penerangannya. Padi angin merupakan masalah besar pada pesawah padi kerana hasilnya tidak terpakai. Menurutnya lagi, pesawah padi telah dibekalkan benih padi yang tidak bermutu oleh pihak pengurusan yang mengendalikan penanaman padi secara keseluruhannya. Daripada menabur benih, meracun, membaja, menuai hasil, semuanya diserahkan pada penggiat tersebut. Pesawah padi hanya menerima wang jualan padi setelah ditolak semua kos. Maka akan berlakulah pelbagai penyelewengan pada setiap segi. Beginilah normal baharu penanaman padi yang lebih mudah. Tapi hasilnya sentiasa dipertikaikan. Kalau dahulu segala yang berkaitan penanaman padi daripada menyediakan benih, tapak semaian, membaja, meracun dan menuai diuruskan pesawah. Hasilnya dijual ke kilang padi. Dan pendapatannya pesawah padi tersebut akan membayar zakat. Dan dijadikan sebagai perbelanjaan sara hidup sebelum penanaman padi bermula mengikut jadualnya. Kalau hasilnya tiada akibat yang tumbuh hanya padi angin atau padi hampa, bagaimanalah pesawah padi hendak menyara kehidupan dan membayar zakat?

pesawah muda –
tapak semaian padi
kemelut hasil

4 comments:

  1. Selamat berpuasa ya...perkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tksh wp ya bantuan utk pesawah diberi pada pengusahanya.

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”