Thursday, 2 February 2023

DARI SUNGAI BESAR, SELANGOR KE MELAKA

 ASSALAMUALAIKUM



DARI SUNGAI BESAR, SELANGOR KE MELAKA

 

Suatu  hari ke Sungai Besar

dari Serendah tidaklah jauh

arah menghala tidak tersasar

sepanjang jalan merendang pauh

.

Menguning padi di tengah sawah

terhampar luas saujana pandang

di langit biru melayang sewah

indah sekali damai terundang

.

Sampailah sudah tempat tujuan

di Parit Dua makan kenduri

majlis meriah jadi tumpuan

usai segala beransur diri

 

Tuju Melaka dirancang awal

sebelum petang menjelang senja

tiba di hotel ada pengawal

ronda sekitar sungguh teruja

.

Esok pagi ke Parit Melana

restoran tular pun dikunjungi

sedia air herba bejana

pelbagai jenis ruap mewangi

 


11 comments:

  1. Dari Sg Besar kira jauh jugak tu, utara ke selatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Sal anak2 suka berjalan kak mengekor ja tksh Sal

      Delete
  2. Selamat datang ke negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia.. :)

    ReplyDelete
  3. ada hal ke kak smpi ke parit melana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya anies car ubat air herba ajaib heh heh...tksh anies

      Delete
  4. dua tempat yg sy mengidam nak pi cuma belum ada rezeki nak ke sana lg. Last pi Melaka 30 thn yg lampau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lama dah tu dah jauh beza Melaka dulu n kini tksh cikgu

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”