Monday, 18 May 2020

NEGARAKU

ASSALAMUALAIKUM



SYAIR NEGARAKU

Kugubah syair deminya nusa,
tanah tercinta damai sentosa,
berbilang bangsa rasi selesa,
membina jaya luar biasa.

Hidup harmoni erat bersatu,
saling hormati bantu-membantu,
menjauh rasa hati kematu,
suka berseteru sifat menghantu.

Negaraku makmur mewah rezeki,
laut direnang gunung didaki,
warganya rajin perempuan lelaki,
reda berkongsi tidak berdengki.

Pelbagai kaum berbilang ragam,
bermacam cara rencah dilagam,
berbilang adat tidak seragam,
kadang kemelut berpancaragam.

Hidup bersama memang begitu,
masih terkawal emosi itu,
tidak memuncak kemelut buntu.
cinta negara warga bersatu.

Negara kita jalin muhibbah,
Semenanjung, Sarawak dan Sabah,
kurnia Allah tanda mahabbbah,
milik bersama tidak berubah

Rakyat mengharap semua jelas,
apa bicara tulus dan ikhlas,
tiada cara berbeza kelas,
salah suatu semua kilas.

Deminya nusa syair berakhir,
mencoret ilham jenuh berfikir,
senada rima tiada mungkir,
sangkaan buruk cuba disingkir.

7 comments:

  1. saya baca sampai cuba2 sikit syair.. tingat zaman sek..
    hahaha x penah menang =P

    ReplyDelete
  2. kali terakhir bersyair masa darjah 4 rasanya...

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak dengar orang mendendangkan syair

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah sentiasa melindungi negara kita yg tercinta ini dgn rahmat keberkatanNya.. aamiin.

    ReplyDelete
  5. Demi negara yg tercinta
    Kucurah bakti penuh setia
    Demi raja yg disanjung tinggi
    Kesetiaan tak berbelah bagi..

    Serangkap dari lagu patriotik..

    ReplyDelete
  6. ersyukur atas setiap kurniaanNYA termasuk negara tercinta.

    ReplyDelete
  7. Saya minat syair masa zaman sekolah tapi syair dalam hati jelah sebab pemalu nak bagi orang dengar. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”